hai fillanie,
Ina ni silent reader blog fillanie.. suke sgt baca blog u.. coz u citer apapun ikhlas walopun entry tu simple tanpa gamba skali pun ina suke sgt membacanye terutama skali bab masalah yg selalu fillanie tolong bg pandangan sgt bagus nasihat u tu... actualy ina just nak minta sedikit nasihat n pandangan fillanie tentang problem yg memeningkan pale ina ... tak berat pun masalah ina tp ina rasa ina perlukan satu jawapan yang terbaik utk menjawap pertanyaan yg membuatkan ina rasa sesak sgt...
ina dah berkahwin br tempoh setahun sebulan.. ina dah xde mak ayah ( dah meninggal) begitu juga blah husband ina.. adik beradik ina semua lelaki n adik beradik husband semua girl... yg menjadi mslh ina skang..
ina sgt tension dgn k.ipa ina ( yg sulung).. setiap kali kami pergi melawat mesti akan tanya ' mcm ne ina, dah ada isi ke blum' (smbil memegang perut ina).. ina x berapa nak kisah tp bile sampai tahap msg pun tanya yg sama, call pun tanya yg sama dan paling menyakitkan call opis ina n tanya hal serupa... ina keje kat sekto goverment pephm la keje tempat org ramai melayu ni kalo kite tak kahwin lg sibuk nak tahu bile org tu kawen tp bli dah kahwin sbk plak nak tahu bile nak ada baby.. ina xberapa nak amik port pun, xpenah nak feel down pun kalo membe opis tanya hal baby nie jwpan ina ' xde rezeki lagi'.. ina x kisah lagi.. tp ina jd kisah sgt bile k.ipa ina dah makin menjadi-jadi bertanya sampai ke tahap memaksa huby ina pi buat rawatan berurut sampai ke pahang kene 3 kali ulangan, ina ada jawap ' xpelah kak, ina xkisah lagi blum ada rezeki kami lagi insyaallah ada nye nanti' tp apa yg ina dapat dia sound ina 'eh, ko xleh pk mcm tu ko xblh buat x kisah ko dah kene berubat mkn ubt biodex ke wat treatment kat pakar ke.. kalo masuk 4 tahun korang xde baby sure rumahtangga korg bermasalah nanti ' ... tekejut tau ina bile k.ipa ckp mcm tu.. terus ina rasa sgt kecil ati, kenapa mcm mendoakan sesuatu yg buruk pd rumahtgga kami if blum ada rezeki kami nak dpt baby lg.. ina ni dah masuk 30 tahun ni n huby baru 25... jodoh ina dpt lebih muda tp alhamdulillah huby memahami n syg ina... xde pun dia salahkan ina.. penah la dua bulan yg lepas ina cube pi berurut tp pantang larang mcik urut tu kami xfollow lgpun ina n huby x nak mengharap sgt...insyaallah ada rezeki kami...
ina terkilan sgt dgn sikap k.ipa ina.. dia ada ckp ' akak kene memainkan peranan sebagai org tua coz mak ayah dah xde, lgpun akak nak sgt anak buah dr korang walopun sorg pun jdla jgn sampai xde langsung plak kite nie org perempuan cepat expired' ... a'ahhhhhh ina sgt tensi.. ina xtau nak jwp apa bile dia tanya soal nie ina akan diam paling lebih pun ina jwp 'ermmm' ... 'yaaaa'.. then sekarang ina dah decide n bagitahu huby yang ina malas dah nak pi rumah kakak dia, ina rasa down n tetiba tertekan smpe skang ina xleh dengar bile org tanya soalan ' bile ko nak ada anak?' (walhal sebelum ni ina tak kisah pun)
fillanie.. leh tak bg sedikit nasihat n pandangan utk ina.. untuk ina menjwap ckp2 pedas dr k.ipa ina supaya xtanya soalan mcm nie n supaya ina tak rasa tension bile persoalan 'baby' timbul.. ( alhamdulillah blah pamily ina sgt memahami xde soalan pun menyakitkan ati ina)
tq sb sudi membaca n ina hargai sgt kalo filanie menjwp
Ok itulah masalah yang ditanggung oleh Ina bukan nama sebenar.. habis aku tukar nama sebenar dia jadi Ina..
first of all nak bagi tau.. jangan salah anggap k.. kalau ada orang cerita masalah dan pendapat.. aku bukanlah pakar motivasi ke hapa nak memandai.. setiap pandangan orang berbeza.. so kalau ko mintak pendapat aku.. itu just pendapat aku.. nak ikut silakan.. tak nak pon takpe.. dan jangan blame aku kalau terjadi apa-apa.. ahahah.. *takotttttttttttttttttt*
Ok ini masalah yang Ina hadapi.. sian dia.. asyik lah orang keliling bertanya bila nak dapat anak.. aku yang membaca ni pon jadik tensi dengan orang keliling dia tau.. Ok aku tak de experience. so aku taktau betapa hebatnya tekanan yang Ina hadapi.. tapi boleh imagine lah kan kalau kita di tempat Ina..
Apa masalah orang keliling Ina ni pon aku tak paham.. especially akak ipar dia.... rezeki tu semua di tangan Tuhan.. yang ko dok push-push si Ina tu dah kenapa? ni semua mentality lah aku rasa.. cara becakap macam lah si Ina tu tak nak anak.. please lah.. orang tu lagi lahhhhh nak!!! dah tak belum tiba lagi rezeki dia kenapa lah nak push budak tu mcm kan dia yang bersalah tak mengandung-mengandung lagi.. elok orang boleh mengandung pon jadik tebantut dengan tekanan tu semua.. sebenarnya elok akak ipar si Ina ni je yang baca entry aku nie.... muahahha...
Ina, ko relaks je ye Ina.. baru setahun je pon.. tak perlu risau-risau.. orang lain tu haa.. sampai 5 tahun pon ada.. tapi kalau Allah dah janjikan rezeki nak dapat cahayamata tu, InsyaAllah ada.. memang lah kita nie kena usaha.. akak pon yakin yang Ina dah puas usaha kan? sabar je banyak-banyak.. sebab tak elok kalau ina tertekan.. semakin tertekan semakin susah pulak kang nak dapat.. orang keliling ni memang takkan pernah berhenti nak memekak-mekak macam kan dia sorang je terror boleh mengandung.. haaa kau.. geram aku... tak fikir ke hati perasaan orang.. main mulut lepas je.. serious makciks okeh.. aku tau lah kau tu caring.. sebab tu adik kau.. adik ipar kau.. tapi bukan gitu cara nya.. fikir sama lah hati perasaan orang tu.. sentap ke.. kecik hati ke.. pastu siap ckp pulak kalau tak de anak selepas 4 tahun SURE rumah tangga akan bermasalah.. hello? ko pulak yang jadi nujum kan? itu dah macam mendoakan pulak.. Ina, len kali ko jawab "Tak baik akak cakap macam tu.. tu macam mendoakan yang tak baik untuk rumahtanggan kami" ko tengok sikit dia sentap ke tak.. pastu mesti dia cakap "Eh, akak ni ikhlas.. sebagai akak, mestilah nak korang bahagia.. sebab tu akak suruh ko tu beranak cepat".. pastu ko jawab kat dia "Akak ingat saya taknak ke anak? saya bukan tak ikhtiar kak.. tak perlu saya cerita apa ikhtiar saya suami isteri.... tapi saya tau rezeki tu bukan di tangan saya... rezeki tu di tangan Allah, mungkin bukan sekarang.. mana tau, esok lusa kan, akak doakan banyak-banyak supaya saya mengandung cepat ye? mana tau doa akak tu dimakbulkan cepat dari doa saya".... ok cukup! ko tengok dia melenting ke tidak.
Heeiii tensi aku orang-orang kepoci nie.. ko nak belagak caring, tapi sebenarnya kepoh.... tolong lah korang-korang kat luar sana yang ada sikap-sikap kepohci nie kan.. kurang-kurangkan lah.. suka hati orang tu lah dia nak mengandung ke tak nak ke..... lagi-lagi kat office.. jangan sibuk hal orang boleh? ni pantang okeh.. orang kawin je.. baru 2 minggu kawin ko dah start tanya.. "Eh dah ada isi ke?".. isi menda????? Isi perot ko nak??? coiiiiiiiiiiiiiiii.... bukan tak leh tanya sebagai kengkawan nie.. boleh sangat.. tapi cuba jangan tanya yang stok-stok menyakitkan hati.. agak-agak dah 7 bulan orang tu kawin.. tak de lagi rezeki.. ko tanya lah elok-elok.. contoh "wahhh lama nya honeymoon.. hahaha.. tapi elok jugak.. kang dah ada baby tak leh nak honeymoon".. paham tak? masa tu mungkin ko boleh dengar tuan punya badan jawab "tak de rezeki lagi lah".. tak pon dia jawab "a'ah, memang lom ready lagi nak ada baby.. nanti-nantilah"... ok kat situ kau dah dapat jawapan kau.. sibuk kan? nak busybody hal orang.. hahaha..
Ina pulak.. jangan tensi-tensi ok.. Ina kena paham.. bukan semua orang mentality macam yang Ina harapkan.. kalau dulu ina boleh buat tak kisah.. ina kena buat macam tu jugak sekarang nie.. tak kisah lah akak ipar yang dok push ke.. orang luar ke.. yang penting suami sendiri tak abaikan ina.. itu dah cukup.. jangan sampai orang luar punya hal.. ina laki bini pulak jadi tertekan.. kang begaduh pulak siang malam.. orang lain relakkkkkksss je makan cekodok..
akak ada ramai kawan yang kawin tapi tak de rezeki pon lagi nak dapat baby.... so benda tu biasa.. tak payah nak rasa rendah diri ke apa.. ada kawan akak dulu tu.. dah setahun kawin tak de rezeki.. siap call lagi tanya cemana nak dapat anak.. salah teknik ke apa.. muahaha... tup-tup mengandung.. pastu 2nd pregnancy dia.. dapat kembar lagi.. hamek kau.... jangan pedulikkan mulut-mulut orang.. kita bukan boleh nak tutup pon mulut manusia nie.. ignore je.. tapi ignore lah dengan cara berhemah.... enjoy je dengan life ina yang dah kawin tu.. pegi jenjalan.. tengok wayang.. bercuti... orang tengok pon tensi jek.. muahahha.. sebab korang masih banyak lagi peluang nak bercinta.. ko tengok macam ahkak nie.. bekejar-kejar okeh.. teringin nak balik keja tu tegolek-golek atas katil.. mandi lama-lama sental daki.. sapu lotion... belek kuku... tapi tak dapek dik.. itu baru dua anak.. kalau banyak haku pitam okeh..
so apa pun.. masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.. kelebihan ina, Allah belum nak bagi lagi rezeki tu.. tapi fikir positif.. fikir hikmah dia.. maybe dia nak bagi Ina suami isteri manja-manja lebih sikit.... harap Ina sedap hati sikit lepas baca nie.. akak doakan Ina dapat jugak menimang anak suatu hari nanti k? usaha tangga kejayaan.. muahah.. good luck!
*sesiapa yang ada pengalaman macam ina or ada kawan-kawan yang mengalami nasib macam Ina, boleh lah share.. bagi semangat sikit kat Ina untuk mengadap orang-orang keliling yang very the kak nam*
EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com
41 comments:
stuju dgn kak filla..ade ipar2 yg very the kak nam ni bole buat sesak napas sentiasa..kite hanya bole merancang & ikhtiar..rezeki semua Allah yg tentukan..cepat atau lambat semua kuasa dia..to ina,saba bebanyak yeh! ;)
Sama la sy pun dpt pressure dr Sepupu Sepapat Family in Law..nak hadap macam mana pun tak tau la..
selalu klu tanya byk2 kali tu, awal2 jawab la xde rezeki bla bla bla semua lps tu klu tanya tiap kali jumpa mmg trs blah tak ddk situ dah..
agak2 diorg nk buka cerita psl baby je terus bgn blah..tak kisah la g bt keja ke..tetiba g masuk toilet ke apa ke..sbb mmg tak le nak hadap soalan tu..
Semua cakap macam senang, padahal klu rezeki tu Allah nak bagi bila-bila masa je cuma belum masanya lagi dah nak buat macam mana kan.
Usaha tu dah macam2 dah buat tapi takkan la tiap kali kita berusaha nak cerita kat orang kan..
Org yg bertanya pun macam xde fikir perasaan org yg ditanya..sape yg xnak anak..semua pun nak..
Huhuhu sedih sebab selalu yang akan dipersalahkan pompuan klu tak bole nak beranak...
ouih, ni dah mcm komen luahan perasaan plak..bukan nak membantu ina...huhuhu sorry ye sebab faham perasaan tu..kita dalam satu bot yang samalah..
Ina,
kawan along kan..dah 10n taun kahwin xde anak..last2 amik anak angkat..bahagia sampai sekarang..
Assalammualaikum.. selama ni saya silent reader kak filla..tapi entry ni buat saya terpanggil pulak untuk menulis..mungkin sebab saya faham apa yang sedang ina alami. Saya muda 2 tahun dari ina tapi dah 4 tahun lebih berkahwin, juga masih belum dikurniakan cahaya mata. Orang sekeliling memang lah suka sangat 'ambil berat'. Kadang2 tak terjawab rasanya. Tu tak termasuk saudara mara sendiri/belah mertua lagi.Kadang2 bila pressure tu, kita dengan suami pun boleh bergaduh.Apa yang saya boleh cakap adalah kita kena sentiasa bertenang dan berfikiran positif.Abaikan kata-kata negatif orang lain.Apa yang penting ina dan suami sentiasa bahagia.Percayalah bahawa Allah dah merancang yang terbaik untuk Ina.Banyakkan berdoa dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan( ingatlah), Allah jualah yang mengetahui(semuanya itu,) sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah, 216)
Kak filla, sorry tertulis banyak plak :p
hi fila,
silent reader tapi hari ni nak komen sebab ada kena mengena dgn ina ni.
saya dah 5+ tahun kawen but belum rezeki lagi. nasihat saya, belajar utk jgn cepat sentap sebab nanti kita yg sakit. saya kalau ada majlis or raya ke, saya buat solat hajat mohon pada Allah agar tutup mulut tempayan ni tak tanya ttg zuriat.
pastu, kalau ada orang tanya, "Eh dah ada isi eh?", jawab camnih, "Aah dah ada, lemak banyak nih, nak sikit?" Comfirm sentap orang tu dik..
terpanggil nak komen..
same cam Iza..kawen dah 2 years tp belum rezeki..
kita kena bljr terima ketentuan Allah. Yakin yang semua nya Allah yang aturkan.
klu usaha kite hebat mcm mane sekali pun klu Allah x izinkan pun x menjadi..
senang je nak jawab klu org mcm tu keep asking..
Iza jawab : owh, ingat anak ni asal korang "bersama" je jadi ke? x pun, ingat nak anak ni mcm beli kat pasar ke?
dah penat kite sentap sorang2 kan. kdg2 bg diorang plak sentap.
then pertanyaan tu biar stop takat tu je.
xperlu simpan dlm kotak fikiran kite yg mane kite leh pk ulang2 kali dan buat kite jadi sedih.
Allah klu nak bg rezeki dgn mcm2 cara..so x yah pk sgt.:)
Salam kak. Rasanya baru setahun ina tu kawin. Awal lagi tu. Insyaallah peluang cerah gi. Kawan2 opis saya ada gak yg dah kawin dlm 2 tahun lebih and muda2 lagi tp xdpt anak gi tp saya xpernah lak bertanya coz saya tau kalo saya kat tempat dorg, saya mesti xsuka org tanya soalan bodoh cmtu.So saya tunggu je biar dorg bercerita sendiri. Kak ina, saya ada makcik sorg kawin lewat umur 36, sekarang dah ada 3 anak, sepasang kembar. Kalo dh rezeki kita, insyaallah Allah SWT akan bagi.. chill kak. .
hmm betul itu kata filla itu..xpyh lah kita nk pening2 pk hati org ini...hati kita ada org nak jaga!!ar kan dh emosional dh ni...jaga rumahtangga kita...jaga hbungan rohani kita dgn Allah..itu lagi baik...sbb manusia mcm ini takkan pernah berenti kepochi...beranak salah tak beranak pun slh..bila orang itu tak de anak kecoh jgk...bila anak berderet pun kecoh jgk..ckp asik beranak je pulak...aih kepochi2...
meh sini aku nak bagi petua kat ina sebab aku pun tak ada anak walau dah bertahun kahwin..bila bekas laki aku kahwin lain, dah nak masuk 3 tahun pun still tak beranak2 lagi...
dulu aku okay bila orang tanya bila aku nak beranak ke semua kan?? lama2 aku naik hangen..
simple je jawapan aku pada orang2 yang sibuk tanya tu..:
1. mungkin kalau saya kahwin dgn laki awak, saya dapat anak kot. awak nak saya jadi isteri no. 2 laki awak???
2.saya memang tak nak anak. ada masalah ke??
3. anak awak yang ramai tu menjamin ke dapat jaga awak masa tua?? kalau kita menatang bagaikan minyak tanpa plumbum pun bila besar dah ada bf atau gf, lain pulak jadinya...
4. kalau aku buat treatment atau tak perlu ke aku bagitau kau?
tulah antara jawapan2 membunuh yang telah menutup mulut2 para kaknam kat ofis dan juga diluar sana...
rezeki dari Allah ....jangan putus asa key..Insya Allah ada jalan nanti
br tgk drama karma semlm, scene yg watie elite sruh fiz fairuz kawen dgn fouziah gous sbb dia xleh preggy..suami dia jwb perkahwinan bkn semata-mata nk dpt zuriat..apa-apa pun hrp ina bersabar, mulut org mmg xleh nk buat apa dah..yg penting ina n hubby bahagia..
sy juga dapat rasai apa yang ina rasakan coz sy pon dah setahun lebih kawen tp blom ada rezeki nk dpt anak.stress mmg stress tambah plak famili blah hubby yg selalu brtanya. sy dah malas nk jawab .skarang ni sy dah jarang blik rumah mentua.malas dah nk fikir. nasib baik hubby sgt memahami.buat masa ni kitaorang tak pernah buat rawatan apa2 lg.tgok lah dlm masa trdekat ni insyaAllah nk p buat rawatan.ina jgn sedih sgt coz ramai lg yg senasib dgn ina.
sama-sama kita brdoa ye.
hishhhh apa la ada kakak ipa cam nih memalu kan kakak kakap ipar cam kita neh ...ellloooo tew bukan caring tew tapi dah tahap nak pelempang ...see aku tak ley bagi pendapat sebab aku sangat cepat bercampo ngan peraaaan emo
wahai kakak ipa ina ...kalau nko nak sangat anak buah nko set je appointment ina tew ngan doc pakar sakit puan ke sakit tuan ke ...bila nko asek tanya org pun meluat kay .........
Ina saba je ...anggap la dia tew menceriakan hidop kowang ...kalau nampak nom dia kuar jgn angkat ...
kalau dia suka sangat nak baby suh je dia mengandung
hahahhahaha
Ina saba ek ...ini adalah dugaan kecik ...banyakkan saba . Tuhan menguji tahap kesabaran anda sekarang ...inysyaallah ...saba je dik .
tew je akak ley ckp ..
Ina jgn tensen2 sebab ramai lagi org yg ada masalah lagi besar dr ina ...so bila Ina pikir cam tew u will feel better .....trust me . I do it all the time
Hugs from kak moon
kak nam* tuh ape?hik hik..
sabar la ina..tu sume dugaan dlm rumahtangga..bersabar lahh..mungkin lepas ni dpt twin..Allah bagi rezeki double :)
Lagipon baru jer setahun..enjoy ur life 1st..honeymoon puas2..aku pon cam ahkak fillanie..tekedek2 kejar anak2..hahahah..
emm...bila baca entry ni..tangan ni mmg gatal sangat2 nak bagi komen...and mostly yg komen kat entry ni, mengalami nasib yang sama..sama lah jugak mcm jaja..bln 3 thn ni genap lah jaja kawen 5 thn...
tahun pertama memang semua pakat bz body..termasuk lah saudara2 dan jiran2...and jaja paling tak suka sangat kalau time kenduri kendara atau pun time raya..sbb time tu mesti ada gak mulut yang gatal nak bertanya kan hal tu...
mula2 jaja memang terasa sangat2..sampai pernah menangis and mengadu kat hubby..lagi2 terasa bila biras yg sama kenduri ngan jaja mula mengandung and now dah ada anak dua..lepas tu ipar2 yg kawen selepas jaja pun dah mengandung gak..memang perasaan ni memberontak sangat2..
but percayalah..perasaan nak anak tu takkan pernah padam..selagi kita belum bergelar ibu...mmg itu yg kita nak...tapi hati ni lama2 akan jadi cekal dan kuat..nak menghadap orang2 yang suka bertanya ni...and now kalau ada yang tanya..
'ha, ko bila lagi nak ada anak' or ' tak habis honeymoon lagi ke?'..jaja akan jawab...'kalau jaja tau bila jaja bleh ngandung, senang la plak cerita' dan kalau malas sangat nak layan, jaja jawab jek..ESOK ngandung la....
diaorang ni kadang2 macam tak tau menda2 mcm tu mmg la sensitif..takyah la sibuk sgt nak tanya....buat mcm kita ni tak risau plak...
cuma skang ni jaja bersyukur sbb dapat hubby yg memahami..jaja tau dia pun nak anak, tapi dia tak pernah pressure jaja...cuma bila tgk dia main dgn anak2 sedara dia or dgn anak2 jiran..hati terus jadi sayu..
harap2 ada lah rezeki untuk kami satu hari nanti...
ok..ramai je sebenarnya yang mcm situasi ina nie.. chill ok.. chill..
eh tapi tetiba aku terfikir.. kenapa kalau tak mengandung je orang mesti tanya pompuan.. napa tak tanya laki dia????? pelik kan? padahal nak mengandung tu, bahan dia dari lelaki kan? pompuan ni mesin dia je.. serious this is not fair.. patut nye tanya kat lelaki.. sebab lelaki kurang sikit sifat sensitif.. dorang kurang sikit nak emo macam kita yng pompuan nie..
aku rasa sebab yang SEBOK nak busybody pon selalunya PEREMPUAN jugak.... ish ish ishhhh.. cuba lah terap sikit sifat lelaki kat diri memasing.. so takde lah jadi KAKNAM sangat kan.. dan KURANG lah sikit nak menyentap hati perempuan lain.. ok mak emo.. babai..
hye kak filla...
btemu di ruangan tepat kali ini nak mengkomen...
bln feb ni ai kawen selama 2 thn.. blom ade rezeki anak lg... masih berusaha n berdoa ke arah itu...moga2 ade rezeki buat ai dah rakan2 senasib di sini.....InsyaAllah..
ai slalu je berhadapan situasi begini.. bukan shj ipar2, malahan makcik2 belah suami yg very laaaaa the naaaammmmmmm...
cth mase knduri, tgh2 org ramai, makcik menghantar utusan anak die seumur 11thn nak tanye pasal ai kan....ai jawab tgh2 org tu :
"ai bukan tuhan nak tentukan rezeki.. rezeki anak bkn kerja ai.. ai blh usaha n doa saja.. tp kalo laki ai rase x sabar nak ade anak, dipersilakan calonnya, ai sign.. ai x kisah..."
geram okk!!
sebenarnye kannnn dieorg sgt2 jeles pasal kite2 golongan yg xde anak ni manjangggggggg manja dgn suami...
ABAIKAN JE DIEORG TU INA.. kite sebenarnya sgt2 bhgia... perkahwinan bukan utk mendapatkan anak semata2..
apa guna ade anak 10, canang subur sana sini... tp kalo suami x bhgia, suami terabai, dan yg paling ditakuti, kite sebenarnya x mampu pun nak bimbing anak-anak yg ramai tu sebaiknya dan END UP with semua anak tu nnti membawa neraka utk kite.. haaa... cmne?
DAPATKAN KERDHAAN ALLAH DLU, BAHAGIAKAN HATI SUAMI DULU...
SETIAP PERKARA YG TERJADI PASTI ADE SEBABNYA TERSENDIRI DAN ALLAH TAK MENGUJI SESEORANG TU SELAIN DATI KEMAMPUAN HAMBA DIA TU.. InsyALLAH...
p/s : harap sgt yg ade anak ni, phm la keadaan kami..dan doa sy, moga anak yg kamu punya akan bisa mendoakan syurga buat kamu sekalian..didiklah mereka sebaiknya..doakan kami juga! :)
maaf kak fila, pjg pulak komen.. ke entry ni?hahaha
-hamba-
kak filla, saya ada masalah yg sama sebijik dgn Ina ni. cuma bezanya, mak mertua saya yg dok pressure lebih, sampai tuduh saya tak subur la(sedangkn kami dah pegi check pakar, memg takde masalah). cuma Allah belum bagi rezki. paling tak boleh tahan, smpai adik beradik mertua saya pun nk masuk campur jgk. ok, saya bersangka baik la yg diorg concern kami tak ada anak lg dah nk masuk 2 thun kawin. tapi, abg husband saya pn takde anak lg..so kenapa nak salahkan yg belah perempuan je? ini yg saya sungguh tak paham.
Untuk Ina, kita anggap je la diorg tu berniat baik. mulut org memg kita tak boleh nak tutup. bertahan je dgn jawapan "belum rezki lagi". percayalah, Allah Maha Besar, Dia tak bg rezki anak, rezki kat lain yg dia bg. bersyukur je dgn hidup ni, yang penting kita husband and wife bahagia. Rezki anak tu dr Allah, bkn boleh beli kat kedai...yg penting kita usaha. kalau Allah belum nak bg, takkan kita nak salahkan takdir plak kn.
Sorry panjang lebar. tp saya cukup tak suka klau org lain bzbodi smpai bg tekanan kat kita, saya dh rasa semua tu...memg bersabar je la jalannya. asalkan suami beri sokongan and tak termakan kata2 org, cukupla. harap Ina tabah. :)
xde anak org kata, anak berderet2 org kata, dapat anak lambat org kata, dapat anak lelaki sume org kata, dapat anak pompuan sume puuunnnn org kata.. kita x boleh nk puaskan hati sumeorg yg berkata tu.. pelik kan? lupa ke org2 yang berkata tu, sumenye tu kan ketentuan Allah? ikhtiar la cemana pun, kalo belum diizinkan, belum la lagi.. yang pasti, Allah dah aturkan yang terbaik untuk hidup kita masing2.. kenapa nk persoalkan?
ina jangan tensi tensi..sebab kemurungan boleh membawa faktor kepada tidak sihat dan menyukarkan lagi proses nak mendapatkan anak. wahhhh mak pakar kesihatan nokkk..hahaha.
actually, apa yang aku nak cakap...manusia ni selalu pandang zahir tanpa pandang lebih dalam apa yang tersirat disebalik ketetapan tuhan itu sendiri. bukan seorang dua yang tak dapat anak. raaaaamai sangat. orang orang ini lah yang membela nasib anak anak yatim lain. see...?? how great GOD has created these people dan how great pahala yang telah dijanjikan untuk mendidik dan jaga anak anak yatim tu semua? ehhh macam je aku nyer entry tadi, Tuhan tu maha ADIL. dia tak bagi zuriat..tapi dia bagi berlipat2 kali ganda ganjaran bila kita amik anak angkat untuk dibela mcm anak sendiri. kalau kita asyik tengok kekurangan..sampai mati pun kita tak akan bersyukur...
banyak lagi yang tersirat sebenarnya...cuba tengok dengan dalam..insya'Allah dapat jawapan.
skang aku ustajahh plak! tadi doktor!! auuww.. i kan multipurpose!
ok..ni pun wat I emo dgn org2 camni..i dah 2 setengah tahun kawen tapi belum rezeki...
memang ramai kepochi tapi I jawab belum rezeki jer..
kalau org tegur pregnant ker? (almaklum badan dah berisi..perut dah buncit kalahkan org mengangdung..)
i jawab tak lah..gemuk ja lebih...lemak banyakla..
tapi i ada biras yg cetek akal asik tanya bila lagi nak ada anak...
kalau boleh nak jawab jer kat dia
kenapa tak tolong tanya kat Allah bila dia nak bagi..i pun nak tau juga jawapanNya..tu kan Allah yg tentukan rezeki masing2..jangan tanya i soalan yg i takder jawapan ok...baik doakan I supaya cepat mengandung beranak..tu kan lagi baik...
tu pun kalau la boleh i jawap cmtu la..kang sentap dia lak...
salam kak filla & ina(bukan nama sebenar)
saye bukan nak bg nasihat lah cume nak share pengalaman saje.
saye paham ape yg ina rase. sebab saye dah hampir 5 tahun kahwin pun belum ade anak lagi. tahun pertama dan kedua mmg tension sangat. bila org start tanye bila nak ada baby, bila nak ada baby. taip pagi pegang perut feeling2 ada manusia kat dlmnya sambil nangis2.sampaikan tiap kali bukak fb nampak kwn punye status hepi2 pasal pregnen buat saye down sgt. bkn tak suke kwn pregnen tapi sedih sbb diri sendiri xboleh pregnen. bila kwn baik bg tau yg dia dah pregnen padahal baru sebulan kahwin, sampai menangis saye mengenang nasib diri. (ewah ayat novel.)
pastu mula la persoalkan dekat tuhan kenapa buat saye mcm ni. oh berdosa sgt. tapi cepat2 sedar yg, siapalah kita kan. kita tak tau apa yg DIA rancang utk kita. Dia bagi ujian ni sebab kita mampu nak hadapi.tuhan takkan bg ujian yg kita xmampu. :)
mebi jugak sbb nak hapuskan dosa2 sebelum ni. so redha je. lame2 jadi biasa. dah takde nak nangis2 lagi sbb hati dah start kering kot. haha.
so bila org tanya pasal anak, saya cuma cakap belum rezeki.
org biasa la, suka amik berat terlebih2. tambah bila dia lebih sikit dr kita. kalau belum kawen, tanya bila nk kawen. dah kawen tanya bila nak ade anak. bila dah ade anak sorang, tanya pulak bila nak tambah lagi. bila dah ada anak ramai, tanya jugak asal ramai sgt xkontrol ke. so bila anak esok dah besar2 jd penyamun, pun tanya jugak xpandai jaga anak ke. semua pun salah je.
kadang kita ni nak tanye kat kwn bila ko nak kawen pun rase mcm kak nam sangat.
org2 mcm ni memang makcik2 sgt! elok dibagi tembakau je buat sentil gigi. kehkeh
ok dah start merepek.
harap ina tabah menghadapi dugaan ni ye. jgn risau baru setahun je. awal sgt lagi. berkasih syg dulu dgn husband.
yang benar,
silent reader.
tepanggil nak komen jgk lah.tp sy belum kawen.ehehe.tapi sy kena tang part utk org2 yg mcm sy la.mmg mak nam pak nam ni asiiiikkkkklah gitu je kejenya.kak ina sabar ye.sila nikmati tempoh bulan madu itu.dorang dh memang kompem xleh nk wat gitu.itu pasal jeles ngan kak ina.
hehe.. oh itu kakak ipar ye. saya dulu kakak kat opis. at least u dia tanya after 1 year.. i yang baru 2/3 month kawin ne dia sibuk2 suh makan ubat bagai & paling sakit hati depan officer2 lelaki + my bos!! tau my bos cakap apa? bisik kat telinga "jangan makan2 ubat u baru kawin insya allah akan ada" yela fila baru 2/3 month ok..baru nak rasa honeymoon lagi yg ko kepeoci apa hal? saya tak blh tahan saya ngadu kat hubby.biasala lelaki lebih relex tapi masuk beberapakali & ada sekali tue mmg saya rasa sampai saya mennagis..kuar ayat keramat "dia tak tau ke anak2 ne hanya pinjaman allah. saya doakan sesuatau jadi kat anak2 dia" doa org2 teraniya; betul mmg jadi! anak dia kritikal kena bedah & wayar2 berselirat dll.. mungkin lps tue sihat kot. tp kengkawan yg tau semua tergamam & cakap "ne msti sbb aniaya u" sampai sekarang i tak jumpa dia sbb dia hilang mcm tue je tanpa berita.. ini kisah benar ok bukan tipu..
tapi dari sudut positif , jangan tunggu terlalau lama utk dapatkan rawatan. doc pun ada cakap if after 1 year tak ada adalah adviseble utk dapatkan rawatan. kekadang kita tak tahu mungkin rahim kita terbalik ke etc etc.lagi cepat dapat rawatan lebih baik.. jangan tunggu 4/5 years.. sedangkan mungkin masalah tue boleh dirawat oleh doc hanya dalam sebulan.. masa itu emas..tak salah dapakan rawatn.. itu sahaja dr saya yg penah merasakan perkara yg sama.. tata fila..mlm ne i jenguk belog u lagi..sila update ye.. muahhhhhhh
setuju ngan kak filla.. kekadang kita fikir kita ini perancang yang baik, tp sebenarnya Allah jua Perancang yg Sempurna. kekadang, Allah xberikan apa yang kita mahu, tp Allah berikan apa yang kita perlu.. hehe.. sokong kak filla!!
salam kak filla..
selalu baca blog akak tapi tak pernah nak drop comment. entry ni macam tertarik gile nak komen. serius sebak sangat baca entry ni and comment2 yg ada.
act, bln 2 ni baru genap setahun kita kawen. tp sampai sekarang tanda2 nak dapat anak tu still takde. tiap kali period mesti nanges. sedih kot. tapi nanges sorok2 la. hahahah... lagi sedih tengok kawan2 yg kawen kemudian, dah pregnant. ada lak kawan yg tgh pregnant masa dtg kenduri kawen saya, skrg dah pregnant lagi anak kedua. lagi la sedih hati ni.
cuma saya bernasib baik ada suami, keluarga sendiri dan keluarga mertua yg sangat2 memahami. mak mertua, ipar dan biras saya tak pernah lagi tanya pasal baby. family saya sendiri apatah lagi. ibu saya tak pernah tanya soalan tu. dia kata biar lah lambat pon. ambil peluang masa yg ada berdua ni, kukuhkan lagi ikatan tu. kenal lagi dalam pasangan, amik peluang pegi jalan2 berdua, honeymoon lagi, kumpul harta sebagai persediaan untuk ada anak. ibu kata kalau dah ada anak, peluang nak berdua tu dah susah. dah tua besok anak2 dah besar, baru la nak merasa.
cuma slalu yg kepochi ni mak2 sedara je la. siap pegang2 perut tanya bila nak ada. rimas sgt2. muka senyum, hati ni menangis. kawan2 pon sama gak. asyik tanya bila nak ada. boleh cakap lak orang ni dah ada, kau bila plak? aduh la hai.. pedih hati nih. nasib baik saya tak jawab macam pak cik saya yg dah 5 thn kawen still tak dapat anak ni, dia kata, "kalau benda tu terpacak je 24jam pon tapi kalau Allah kata bukan rezeki, tetap takde lagi rezekinya."
selagi kita boleh berusaha, kita usaha. tapi kalau Allah dah kata bukan rezeki kita, redha @ pasrah jek lah. (nak sedapkan ati sendiri.. huhuhu)
me dulu pernah dalam situasi ni, tapi heran la..biasa yg suka tanya2 ni belah in law je..belah pompuan steady je memahami..mak me pun xde tanya bila nak ada anak ke apa..sebab org yg percaya dgn rezeki Allah dia takkan tanya..sebab soklan tu tanya bila nak ada anak..tu luar kemampuan kita dah tu, mana la kita tahu bila rezeki Allah nak bagi..kalau kita buat usaha kalau belum di izinkan tetap x dapat..kesian org tu dah stress xde anak lg ditambah stress..apa la..sepatutnya bagi support..btw, me 2yrs kawin x dapat anak, berkat bersabar..xmo stress sebab stress pun susah nk lekat..after 2yrs..ada rezeki dpt anak pertama..alhamdulilah..dan org tetap x puas hati gak..bila dah ada sorang, lagi tanya bila nak anak no.2..kalo nak layan kepuasan hati org susah..yg penting ina dgn suami bahagia..jgn pedulikan org lain..banykkan bersabar, babysitter me 8thun dh kawin xde anak..bahgia je...sebab xde org masuk campur..bair la laki bini tu usaha dan tentukan sendiri kebahagiaan meraka..just my cent..;)
salam, saya pernah tgk wanita hari ini tv3. doktor sakit puan tu cakap kalau wanita yang berkahwin umur 28 tahun ke atas dan dalam masa 6bulan selepas kahwin masih belum mengandung sebenarnya kemungkinan besar ada masalah kesihatan. jadi doktor tu syorkan supaya buat check takut2 ada masalah yang kita sendiri tak tahu dan tak jangka. berlainan dengan wanita umur bawah 28tahun. wanita ni mmg ada expired date ini kerana seorang wanita mempunyai limit dalam penghasilan ovum. contohnya sekiranya wanita hanya dapat menghasilkan 1000 telur (bukan angka sbnr hanya utk sng faham)dari mula period sampai ke menapous, jadi hanya sampai umur berapa je boleh mengandung. sebab tu doktor sakit puan tu syorkan pada wanita yang umur lebih 28 tahun masih belum mengadung anak pertama dalam masa 6bulan selepas berkahwin. itulah mungkin maksud k.ipar ina. jadi saya rasa ina perlu la usaha juga walau pun rezeki tu dari Allah jangan asyik berserah tawakal je. usaha sungguh2 buat betul2. kalau betul dah takde rezeki setelah berusaha baru berserah pada Allah. jika berserah tanpa usaha pun Allah tak suka. terima je nasihat k.ipar tu. dia nak yang terbaik pada keluarga ina. dengan keputusan ina tak nak datang ke rumah k.ipar tu nanti boleh keruhkan keadaan. adat orang berkahwin, tak diduga dengan mak bapak mertua atau mak bapak sendiri,diduga dengan adik beradik atau iapar duai. bersabar dan banyakkan doa pada Allah. mohon Allah lembutkan hati k.ipar tu, mohon Allah tunjukkan jalan penyelesaian. jangan sampai laki bini bertengkar pulak esok2. saya hanya bg pandangan tapi kalau tak terima tak pe. wassalam. -peace-
saye setuju dgn kak filla...itu yng belum dapat anak, yg anak baru satu ni pun org dh bising..'bila nak tambah lagi..bila nak tambah lagi" eh, ko ingat tambah anak ni macam tambah nasi??..tensi gak kat situ..siap banding2kan lagi...si polan tu dah ank 2, si polan tu anak dah 4, si polan ni dh anak 10, ko ni satu je...gasak la orng nk ank 12 punn...dh doc kata aku xleh rapat2..so, ikut je la...yang makcik sibuk sgt nape???..saye sakit makcik nk tolong tanggung ker???
eh, tiba saye plak yg emosi...
apapun pd ina, sabar je la...mulut org..kalau bole cili, dah lama dh cili..biarlah mereka..kuatkan hati...insya'allah ade rezeki..cuma cepat atau pun lambat je...sabar ya...
org keliling saya pun ada je kepochi camni..yg tanya pun hidup dia tak la hebat mana..menyebokkkk je lebih..anak dia beranak berderet2..tapi semua bagi atok nenek bela..duit belanja tak bagi pun..tak pun beranak memanjang..tapi memanjang mak pak kena bagi duit tanggung anak menantu cucu sampai tiap bulan kena belikan barang dapur..apa kes...........
Wahhh.. Fillanie mmg bijak bgi pendapat.syabs filla!
Salam kak filla,sini sy nk kongsi plak pengalaman sy..Cerita lebih kurang sama mcm ina ni.Ok di pendekkan cerita ni perkahwinan sy yg kedua.Yg pertama sy pnya seorg anak perempuan, 2 mggu sblm bsalin sy bpisah dgn suami sbb keluarga mentua n ipar duai..ok tutup cita psl tu..2 tahun slps bsalin sy berkahwin lg dgn anak teruna..tapi masuk tahun 2012 ni usia perkahwinan ni dah mencecah 4 tahun tapi blom pn dikurniakn anak lg..sedih..biras sy kerap la tanye dr start sy kahwin smpi la tahun ke-3 perkahwinan..Skrg x lg sbb dah tahu punca kenapa sy x dikurniakn anak..Kami suami isteri pergi check doc,dan di sahkn suami sy 0% sperm..Sedih sgt time dpt tau result yg doc bg tu..Tp sy tetap tabah n mintak husband bterus terang dgn ibu dia (mentua sy) perkara sbnr.Sbb mentua sy pn kerap sgt tnye psl anak...Skrg bila dah tau hal sebenar xde lg yg ungkit psl anak..Mungkin malu nk tanye sbb mslh bkn dtg dr sy..Tapi sy xpernah pon pertikai perkara ni sedangkn mak mentua sy dah tahu hal ni sejak husband jalani rawatan ketika berusia 3 tahun..Bayangkan sy rse tertipu sgt..Tapi dah jodoh sy,so sy redha je..Hujunug tahun lepas kami suami isteri decide nak amek anak angkat je..Mujur husband setuju so kami pon amek..(Owhhh..sy pernah leave comment psl anak angkat kt entry kak filla psl kes buang bayi tu)..Skrg dah nak masuk 3bulan dah anak angkat sy..Dah bela,beri kasih syg mcm anak kami sendiri..Alhamdulillah..skrg kami suami isteri x pernah fikir lg nak zuriat sndr..Cukup la 2 org puteri,anak sy dan bekas suami n anak angkat..Skrg kami cukup bahagia..Tu je nak share..harap ina sabar n tabah..Sebab byk jugak kwn2 sy yg kawen setahun - 2, 3 tahun lepas tp blom ade rezeki nak pregnant..Tapi masu tahun 2012 byk pulak yg bgtau berita baik,masing2 dah pun disahkan hamil..Byg kan bertahun menanti tiba2 masuk tahun baru terus dpt berita gembira..Tu pun selepas puas makan hti dgn kata2 org yg kerap bz body ni..Hurmmm apa yg perlu ina buat terus sabar, tabah n redha dgn ape saja ujian Allah...Terimalah semua ujian ni dgn ikhlas,jgn peduli apa kata org sekeliling termasuk kakak ipar ina tu..Yang penting ina n suami happy..Mungkin jgk Allah x nk bg sekarang sbb kemungkinan besar ina belum btl2 bersedia ke..Hanya allah yg tahu apa yg terbaik utk hambanya..Berdoa lah ..semoga Allah akan makbulkn doa ina 1 hari nanti..sy pun bharap akan ada rezeki ina nnt..-amin-
salam kak filla...betul2.. sy setuju ngan cara nk jwb dgn org yg kepoci..siapa lah x mau anak, tp manusia merancang,Allah yg menentukan..
pagi td,tengok TV9 "Tanyalah Ustaz"
Dia ade bg tips/iktiar pada siapa yg lama kawin, tp xde anak..
1. Untuk isteri,ambik 1 genggam kurma(buang biji)+susu kambing=blender, minum smpai abis
2.Untuk suami,buat sama macam diatas
3.Hari berikutnya,setiap pagi, minum susu kambing+ makan kurma 3/5/7 biji. Amalkan setiap hari
4.Amalkan baca doa surah Maryam (ayat 1-12)setiap hari
InsyaAllah,ade rezeki tapi kene tawakkal..
-Yati Hamid-
sabar to ina, ...dulu saya pun sama jugak situasi ngan ina ...lg parah...for ur info sy kahwin ngan duda anak sorang....so mereka semua tumpu pd saya la yg tak bleh beri dia zuriat....but dia tak pikir macam adik dia tue boleh sgt...dah la smoker, sgt2 tau dia punya hisap tue...kekadang sampai 2 kotak sehari.....so u all pikir sihat ke tak sihat.....ada satu hari saya bahasakan....hahah sentap jugak....bila sy prengnat sy diam jer, dah 4 bulan baru cakap...itupun selepas dia org tgk sy mabuk teruk sgt.....hahah terdiammmmm.....semua tue kerja tuhan....kenapa perlu pertikaikan....sabar tau....
assalam.....cyan ngan ina.......lau sy d tmpat ina....sah2 sy akn bg dorg sentap hbis.......pa hal nk cbuk sal org....biarla......itukan rezeki Allah.....bkn nya kita blh tau bla kita nk dpt anak.....len kli ina lau KAKNAM2 tu tnya soalan yg mncabar tu.....ina jwb jek'lum da rezeki ag....pe kata drp awk cbuk nk tnya bla sy nk dpt ank...bek awk cbuk hal anak laku kat umah tu....lg afhdal'......sabar ina.....rezeki d tgn tuhan....bykkn solat hajat....mnta dkt Allah SWT....atau x pn ambl anak angkat....org pn x tnya ina suami isteri dpt pahala.......(^_____^)
saya bulan 2 ni dah nk masuk 4 tahun kawen..belum ada rezeki nk timang anak lagi..macam2 jenis soalan dah dengar sampai tepu n tebal telinga dah nk melayan
nak2 lagi kalau yang tanya tu family sendiri kan...paling sedih bila ada saudara yang kata saya ni cacat ke apa sampai kawen 4 tahun still takleh beranak..rasa macam kena langgar lori je masa kena kutuk mcm tu sekali...memula boleh la senyum2 kan..lama2 tension jugak.. buat tak tahu je, bila fikir sangat kita yang sakit hati dan sedih...asalkan suami faham cukuplah kot..pada saya la..hehe
rasa nk komen plak..kita pn dh dkt 2 thn lum da rezeki..tp tetap menanti usaha dan doa.so ina chill k..just honey2 moon ur life...sama2 kita usaha ye.chaiyok everybody...selagi namanya manusia mereka memang suka bertanya..
rasa nk komen plak..kita pn dh dkt 2 thn lum da rezeki..tp tetap menanti usaha dan doa.so ina chill k..just honey2 moon ur life...sama2 kita usaha ye.chaiyok everybody...selagi namanya manusia mereka memang suka bertanya..
sy pun perasaan ina.. sy setahun ddk jauh dgn husband.. jumpa sebulan sekali.. 1-2 hari je... tu pun rakan sekerja sibuk tanya kenapa tak mengandung lagi.. kawan lain yng baru kawin sebulan dah mengandung.. tiap kali dengar kawan lain mengandung..jantung sy rasa mcm kena picit2 je.. bukan jeles.. tapi rasa tertekan.. suami pun sama... kawan dia pun asyik tanya... lepas sebulan ddk bersama kami baru dpt baby... baru la org sekeliling tak tanya2 lagi
saya dah kahwin 10 bulan, tapi belum ade rezeki lagi.. buat mase skang mmg sy masih boleh terima secara positif bila sedara dan kwn2 Tanya sudah ade isi ke belum..
sy berumur 27 thun dan suami brumur 24 thun.. sy juga ade msalah senggugut yg sgt teruk, sy ade brjmpe dgn gynae, mmg doktr ckp sy tiada msalah, semua ok je..
risau mmg ade tkut susah mengandung..tapi bile sy fikir2kan balik, rezeki anak ditentukan Allah.. sy cube merenung takdir Mariam yang mengandungkan Nabi Isa tanpa ayah.. kuasa Allah..tetapi kite perlu lah berusaha..
ade kwn office sy 4 thun kahwin, baru dikurniakan anak, selepas beberapa bulan, dia mengandung lagi anak kedua, tahun berikutnya, dia mengandung untk anak yg ke-3..itulah takdir yang telah Allah tetapkan pada dia.. kita xtau ape takdir untuk kita plak.. sy harap ina bersabar dan teruskan usaha, berdoa dan tawakal ye..doakan utk sy juga..;)
Post a Comment