Tuesday, December 24, 2019

KOREA TRIP - Part 1 (AREX / Nine Tree Hotel Myeongdong / Myeongdong Street Food / Busan Jib Restaurant Halal)

Annyeonghaseyo!!

Sis dah selamat balik dari berjimba kat Korea.  Fuh semangat blogging kelaut, tak macam dulu-dulu.. Termenung depan pc malasnya nak pilih gambar and update kahkah..  Tapi penting sebab kat blog ni lah Kak Pilla akan share semua trip dan kenangan percutian :)

Pastu ramai sangat dm kat ig minta Kak Pilla share kat blog.. Baiklah mari kita share mana tau boleh beri inspirasi dan memudahkan korang merancang nak ke Korea kan..  Untuk trip kali ni Kak Pilla pergi Seoul jer.. takde pegi tempat lain macam Jeju ke Busan ke.. Takde ye :)

Korea ni rasanya ramai suka nak pergi sebab food dia.. pastu ada K-pop, pastu taklah jauh sangat dari Malaysia kan.. dan paling best dia ada musim sejuk.. Kalau korang jenis tahan sejuk boleh pergi bulan Disember - Mac.. Kalau suka sejuk nyaman-nyaman dan cantik boleh pergi bulan Sept kot.. 

Kak Pilla booked flight ticket bulan Mac 2019 kalau tak silap.. Beli masa MATTA Fair kat PWTC.  Puas cari kat Airasia, MAS jugak tapi takde tiket murah hahahah.. So Kak Pilla decide untuk naik Korean Air.. Takdelah murah mana compared to airlines lain.. Tapi Kak Pilla suka sebab harga dah include makan, include baggage 23kg per person.  Tapi syarat dia sorang satu bag je boleh check-in.  Kalau naik Air Asia, kang nak beli seat, nak beli meal, nak beli baggage lagi.. tup-tup sama gak harganya.. Lagipun Korean Air boleh tengok movie hahaha.. Boleh lah mengubat kebosanan budak-budak sepanjang 6jam lebih flight.

Flight pukul 11:50 malam, 10 Dis 2019.  So akan arrived Incheon Airport dalam pukul 7:00 pagi, 11 Dis waktu sana.  Kat KLIA makan kat McD and tapau burger sorang satu untuk kitorang makan kat Korea nanti.. Kat sana nanti takdelah mengagau nak carik halal food.

Kids akan dapat headphone lain and ada buku kaler-kaler gitu.. 

Pakai headphone biru pun dah gembira hahahah.. 

 Bila dah dekat-dekat nak fly tu, korang boleh manage booking untuk request Moslem meal.  Kak Pilla call je rasanya.

Diorang akan serve meal kita dulu hahahha.. orang sebelah-sebelah tu boleh lah amik bau dulu hahahha

Sebulan sebelum pergi, Kak Pilla booked pocket wifi dari Klook.  RM9 je sehari boleh pakai up to 3 devices.  4G wifi coverage.  Pick up and drop off pun kat Airport Incheon tu jugak.. senang je nak carik.  So total RM81 sahaja sepanjang 9 hari di Korea.  Booked guna credit card, so masa nak collect portable wifi tu dia nak tengok credit card kita tu.

Ikut lah korang nak collect and drop off kat mana.   Kak Pilla landed kat T2 so tu location dia.  So easy kan nak paham.  Dah settle collect wifi, Kak Pilla pi cari information counter dan tanya mana nak beli AREX ticket pulak.  Ada option lain seperti bas jugak untuk ke Seoul.. Tapi Kak Pilla prefer naik AREX sebab lebih laju, murah dan selesa.  Perjalanan dalam sejam kot.. lupa sudah hahaa.. 

Tambang AREX:

Adult 9,000 won
Child 7,000 won

Ticket (single journey) AREX.. boleh simpan terus buat kenangan hehe

Total tak sampai RM150 untuk one way ticket 3 adult 2 child.  So kita naik AREX untuk ke Seoul Station dan dari Seoul Station kitorang naik subway Line 4 dan turun di Myeongdong Station.




Susun bag dulu.. ni dalam AREX.  Lupa pulak amik gambar hahaha.. dah tua camnilah.. 

Ni kat Seoul Station.. Pilih Line 4 ke Myeongdong Station.. Bila sampai kat Myeongdong Station dah boleh start shopping hahahaha.. bawah tu memacam ado!!! Peminat BTS, Black Pink, ada jual poster, sticker pencil box dan macam-macam lagi.

Keluar dari Myeongdong Station tu korang akan nampak Uniqlo.. bertingkat-tingkat ok.. 

Nampak belakang tu? tu Daiso ada 10 tingkat yer adik-adik.. Best gila dalam tu hahaha.. Barang Daiso ko pempaham jelah semua rasa nak beli.. Sis tak shopping mahal-mahal, sis suka yang murah-murah jer hahahahha.. budak-budak pun banyak beli macam-macam merepek dalam tu.. beli sikat, beli alat tulis, beli buku nota, sticker macam-macamlah ada kat situ.. 

Dah besar dah Kasih Aleeya kan.. Bermaksud dah 14 tahun dah blog Kak Pilla ni wujud hahah.. 

Budak-budak paling seronok kat sini.. Tengok diorang happy terus Kak Pilla senyum and sebak-sebak hahahah.. Semoga diorang appreciate apa yang diorang lalui. 

Kitorang kat sini sentiasa guna googlemaps je untuk cari jalan / bas / subway.  Korang jugak boleh download apps Naver Map (untuk cari arah jalan kaki) senang sikit yang ni.. sebab kengkadang google maps tak bekerjasama untuk bagi arah jalan kaki.. 

Bab Flight, Hotel, Aktiviti, Makan semua Kak Pilla yang handle.  Cuma Kak Pilla akan refer jugak dekat dia hari apa yang sesuai nak buat aktiviti sekian-sekian.  Kak Pilla decide untuk stay 4 malam kat Myeongdong Street.  Sebab kat situ memang happening :)  

Apa lagi, google sana sini,, google hotel in Myeongdong Street.  Bila keluar bebanyak hotel, Kak Pilla tapis lagi cari harga yang reasonable tu satu hal, mana aku nak cari hotel yang boleh sumbat 5 beranak in one room hahaha.. So paling ok sekali yang Kak Pilla jumpa ialah Nine Tree Hotel Myeongdong.  Book kat Agoda.  Pilih Family Twin, 3 Adults, 2 Children. 

Kitorang combind katil ni.. 1 queen size and 1 single bed.. Tapi nak check out nanti korang betulkan balik katil yer.. 

Boleh lah takdelah cramp sangat.. Elok je boleh solat semua.. 


Pastu kena ada bath tub hahaha.. Ko ingat senang ke kerja sis? Nak hotel location gempak, harga murah, boleh sumbat 5 orang, nak bath tub bagai hahaha.. 

Ini view dari tingkap bilik.. Oh ya bilik ni ada small fridge, ada kettle jugak.. Pastu tingkap tu memalam Kak Pilla letak air orange.. esok minum macam keluar dari petiais hahahah. Pastu kat Level 11 (bilik Kak Pilla) ada lounge.. Situ ada machine coffee, ada tempat lepak-lepak.. dan takde orang pun hahahha.. 

Settle semua kat hotel marilah kita turun jalan-jalan..  

Budak-budak nak ni.. Tak tau apa nama dia,, diorang taulah apa yang viral.. dasyat bebudak sekarang.. Dia macam celup kat gula pastu benda tu macam glass.. bila gigit pecahlah kaca gula tu.. 



Petang stall-stall makanan belum bukak lagi.. Diorang bukak malam.. 

Amaani peminat Jenny Black Pink.. Ok jom amik gambar.

Rasanya tangga ni menuju ke karaoke hahaha.. 


Pak Radie tak leh terima muka BTS ni.. Dia tanya Amaani, "Amaani, diorang ni lelaki ke pompuan?"

Hahahhaa dah tu bibir glossy kan.. siap buat love-love gitu arghhhh.. Tapi apak dia layan gak buat love hhahaha

Jangan kutuk BTS yer.. Amaani peminat Jung Kook.. 

The Kasihs.


Korea Mart ni depan hotel Nine Tree tu jer.. 

Paling terkenal kat Korea ialah Banana Milk ni.. Ada banyak flavour lain jugak.. Dengar citer million bottles dijual setiap hari.. Hebat kan?  Tapi memang sedap pon, tak manis sangat dan rasa milky nyummss..  

Ni nama dia Gyeran-Bbang atau bahasa kita "roti telur" hahaha.. Rasa dia sedap tapi muak kalau makan banyak.. Sebab roti tu rasa macam kek.. dia manis sikit.. yang atas tu telur... ke lebih sesuai nama dia "kek telur?"

Ni penjual dia, boleh cakap melayu sikit-sikit.. 

Kasih nak try baby crab.. So jom.. Nampak lazat tapi tak habis hahaha.. ok-ok jelah rasa dia. 

Ni Kak Pilla lupa nama makanan ni.. Dia manisan dari Korea.. dalam dia ada inti kacang kot

 Stall dia betul-betul depan ZARA.  Dia ni hafal kot cakap melayu.. hahaha lawak jugak dia ni..

Kasih dari Malaysia lagi dah cakap dia nak makan Twist Potato ni.. Jomlah try.. Harga dia 4,000 lebih kurang RM14 sebatang huhu.. 

Nampak serbuk hujung sana tu.. Tu serbuk cheese, yang putih tu Onion Powder.. Boleh pilih nak golekkan kat powder mana.. 

Adoi tertelan ailio pulak huwaaaa..

Pastu beli Churros ni jugak.. Kita layankan je tekak budak-budak selagi benda boleh dimakan kan..

Eh family kita kat screen besar tu hahaha

Kak Pilla pegi Korea ni memang rasa excited sebab makanan je hahaha.. Masalahnya aku ni pegi mana pun mesti bab makan je aku terlebih excited.. Pak Radie cakap aku gila hahaha.. Orang gi travel nak tengok-tengok tempat orang.. awak, sebab nak makan je? Eh of courselah.. Aku sentiasa pikir lunch apa, dinner apa.. hahhaha.. 

Busan Jib ni dekat area Myeongdong Street je.. Tapi dia celah bangunan.. Ada kedai jual iphone kat situ.. tetiba dia sebelah lorong tu je.. Pepandai lah korang cari nanti yer.. dalam dia kocik yo.. Kak Pilla perasan restoran kat Seoul ni mostly kecik-kecik je.. muat berapa meja je gitu.. 

Itu je menu dia... 

Ni Beef Fried Rice

Seafood Fried Rice

Ish ko pitam kalau convert duit kita.. Nasi goreng macam ni je dah RM35 sepinggan kahkah.. 

Tapi kimchi kat sini the best!!!! Sedap giler..  

Kak Pilla and Kasih makan Seafood Ramyeon.

Aleesya sampai terlentok-lentok dalam restoran ni.. Sudahnya Pak Radie bawak dia balik hotel.. Kak Pilla, Kasih and Amaani sambung lagi jalan-jalan..

Suasana di Myeongdong Street Food.  

End of day 1.

Nanti Kak Pilla update day 2 pulak ya.. Harap korang enjoy baca entry ni..

Bye... 







Love, 
Filla.

7 comments:

Anonymous said...

Thanks for sharing Fila. bestnya. harap satu hari nanti dapat pergi

Umi Nazrah said...

terima kasih sharing. dapat jugak lah cuci mata tengok korea kat gambar2 tu. haha

Anok Pok Mat Kapok said...

Yeayyyy! Kak Filla dh update blog. Kenal blog ni waktu Acih dan Amani kecik lagi. Sampai la Icha skrg ni

Si Cempaka di Rembulan said...

Thanks for sharing... Mmg akan guna tips ni for my trip nnti

Unknown said...

Thanks for sharing... Bestnye..😂

Anonymous said...

sis update cepattttttt ahaha stim baca blog org g travel ni sbb kte jenis duk rumah je,tgk org gmbr gmbr boleh la buat stok berangan

Afifah said...

Maap sis nk Tanya, beza duit Kita dengan duit Korea berapa ye