Monday, July 15, 2019

CAMERON HIGHLANDS SELEPAS 8 TAHUN

Sabtu baru ni takde ribut takde angin tetiba terpegi Cameron Highlands.  Budak-budak opis ni lahh tetiba je "Jom sabtu Cameron, kita pegi balik hari je"

Disebabkan bukan akak yang kena drive so ahkak setuju jelah.. Lagipun last pegi cameron tahun 2011 hehehe.. Aku memang tak leh tengok sayur-sayuran.. Best gak dapat tengok and beli sayur.

Elok lepas subuh je diorang sampai.. Singgah solat kat umah ai kejap then terus gerak.. Bila dah lalu area Amp Park tu terus bersuara kita breakfast kat Pelita je boleh makan roti goyang.

So ini breakfast sis pagi tu.. Ramai tanya kalau nak order ni kat Pelita nak cakap apa? Korang cakap je nak Roti Special.. Sampailah nanti telo goyang dua biji macam ni.

Lepas makan perjalanan diteruskan.. Kitorang pegi berempat je.  Siapa nak naik Cameron hari Sabtu sila pikir 20x hahhaa. Jam gilos nak naik ke atas tu.. Bayangkan kitorang sampai kat Teh Boh tu pukul 12 tengahari.

Aku ni kalau lapar memang macam nak telan orang je rasa hahaha.. Sampai je kena mendaki dulu untuk sampai ke cafe atas tu.. 

Nasi Lemak Cheese Cake?  Ish aku memang tak leh terima benda pelik-pelik macam ni.. Lagi satu baru-baru ni tengok viral Burger Durian.. Ko apehal burger tu nak letak pulak durian ala-ala cheese cair tu.. Oiiii muntahhhhh!!!!

Dah lah tengah lapar masa ni.. Rasa nak beli semua huhu


Apo gambar ni senget bila upload kat sini...Tapi memang teringin nak makan scones ni. sedapnya panas-panas sapu strawberry jam ngan cream.

Ini pon sedap.. Lapar lah katakan.. Memang kenyang tapi rasa tak puas sebab tak dapat nasik.

Lepas makan kitorang berlegar-legar jap sini.. Sebab kat sini jelah pun kitorang bergambar.. lepas tu takde dah bergambar hahah

Diorang ni semua jenis kaki berjalan jenis budget trip and vacay gitu.  

Berialah sis pakai ala sweater gitu.. Padahal panas oiiiiii... pakai tshirt biasa lagi bagus hahaha.. sebab akak jenis tahan sejuk.. Cameron ni pagi-pagi buta ngan malam je sejuk kot.. 

Akak malas nak pilih gambar.. tepek je semua sini.. so sila muntah.




 

 

 

 
 


 

 

 
 









 

 Kena panjat yer demi nak makan huhu


 Sila gigih.

Dah settle kat Teh Boh tu jom kita meneruskan misi cari sayur pulak.

 Kak Pilla memang suka tengok bunga-bunga macam ni.. Kalau lah kat rumah boleh hidup bunga warna-warni macam ni dah lama kita beli.. 

 Boleh pandang je lahh


 

 Geram betul tengok sayur.. Tapi mengenangkan kat umah tu aku dengan bibik je suka sayur so tanak beli banyak-banyak.. Kat Cameron ni masih lagi jual 7 packs RM10.. Perghhhhh syorga gila... Boleh pilih pack-pack tu campur-campur.. Bayangkan timun jepun tu 1 pack ada 4 batang.  carrot ada 3 batang.. sawi 1 pack, bendi 1 pack.. dan macam-macam lagi.. RM10 jerrrr!!! 

Tempat sayuran ni and keledek manis kitorang beli kat Kea Farm.

 Lunch pon kat Kea Farm gak.. Nasi Goreng Ayam ni rasanya RM9 kot.

Settle kat Kea Farm kitorang terus gerak ke Pasar Malam pulak.. Eh korang tau ke Pasar Malam ni dah tukar tapak.. Dulu kat Brinchang kan? Sekarang kat sini.. hahaha sini tu aku pun tak tau kat mana.. 

Lebih teratur dan banyak parking space kat area shoplots.

Rugi sebab kitorang dah kenyang masa sampai kat sini.. So tengok je segala jagung bakar dan macam-macam lagi.. 

 Strawberry beli kat pasar malam je pon ok jer..


 First time rasa bebola ubi ni.. Sedapppp!!!! Rasanya dia pakai tepung pulut kot.. bila makan ala-ala liat macam makan mochi.. tapi ni dia rangup kat luar.. lembut di dalam..

Strawberry dip choc.  Kak Pilla bukan peminat strawberry sangat.. Eh tapi ni sedap sebab stoberi dia gemok and manis.. kena pulak dengan choc dip macam tu.. nyumsss.. Oh jangan lupa beli ice cream malaya perisa stoberi RM1 je satu.. lupa amik gambar.. tu pun sedap ;)

Kitorang memang plan balik hari je.. Tapi kat pasar malam pon dah pukul 6 dah kot.. So ingat gamble cari memana tempat nak stay.. Pak Radie pon bagi permission.. Tapi sorang lagi member ni husband suh balik jugak kahkah.. Maka selow-selow kitorang balik jugak.. Jalan pergh sempit pastu bengkang bengkok dahlah selisih dengan bas lah.. lori lagi.. laju kemain pulak diorang ni.. Agak terkecut perut sikit.. Nasib drebar kita bawak kereta cermat dan berwaspada :)

Sekian saja kisah Kak Pilla di Cameron Highlands.  Ada umur yang panjang boleh pegi Cameron lagi nak beli sayur hehehe


Love, 
Filla.