Thursday, October 29, 2015

KENANGAN JOIN FESTIVAL DI MATRADE.

 Ini pengalaman pertama untuk Team Ellfie dan alhamdulilah menjadi kenangan dalam memperkenalkan lagi jenama Ellfie.  Terlalu banyak kenangan bersama Ellfie yang aku, Elly dan Peej lalui dan yang pastinya kami akan terus mencipta kenangan selepas ni.

Jumaat malam dah start loading barang kat Matrade.. Kami menggunakan perkhidmatan MG Movers yang pantas, cemerlang dan tip top hahahah.. Kalau korang ada perpindahan pejabat atau nak pindah rumah boleh call no yang tertera di lori.. semua diorang buat.. kita goyang kaki je ;)


Pak Radie bertugas sebagai graphic designer.. dia yang menentukan susun atur kat booth.. rak-rak ni semua dia yang kena pasang.. 

dua orang ni pun sibuk jugak hahaha.. Eh penat, lapar tau tak? Nasib Win datang belikan mihun goreng.. 

 Peej dah jadi assistant radie.. sebab Peej pun suka kerja-kerja pertukangan ;)

 Memula letak depan.. pastu kena halau tak leh letak kat depan.. hahaha..  

 Booth tak besar sangat.. 10x10 je so kena pandai lah susun bagi nampak menarik, kemas dan selesa.



Free gift untuk customers yang datang Matrade ;)

buat-buat busy hahaha

Kitorang je tau kenapa buat aksi macam ni hahahah.. akak sebelah ni jual jubah.. tapi patung dia tu macam terkejut hahaha.. memula nampak kitorang terperanjat hahaha.. macam tu lah rupa patung tu.. macam Kak Elly. muahahahahhaha


 
Sambutan menggalakkan.. Actually kitorang tak expect nak buat keuntungan pun join Festival ni.. just nak bagi awareness je.. Tapi alhamdulilah rezeki.. ramai sangat our regular customers yang datang maybe sebab taknak lepaskan peluang kat sini harga runtuh heheheh.. siap adik tolong datang belikan untuk kakak, belikan untuk sedara.. hahah main kirim-kirim pun ada.. neway thank you customers..

Buat customers baru selamat mencuba Ellfie.. InshaAllah pasti akan repeat orders..

Gambar bawah ni majoriti regular customers Ellfie.. Orang pertama kali beli segan pulak nak ajak bergambar hahahaha.. ni pun kadang snap kadang lupa.. mintak maaf banyak-banyak if korang ada datang sini dan beli tapi kitorang terlupa nak snap gambar ;)















 Amboi Elly... besar calculator hahahah



 Tetiba dalam camera ada gambar dia ni.. redho je lah.. neway thanks sebab banyak bantu kitorang ;)



 Ni semua readers :)



Adik tudung biru tu sales person Ellfie.. comel je dia.. so rajin pulak tu :)



Blog reader kami jugak.. dah lama sangat baca blog.. hehe dia siap cerita pakai Ellfie ni best.. walaupun kadang tu selalu lupa.. sekarang dah letak night cream atas kepala katil.. kalau terlupa tetiba terbangun kul 2 pagi.. sambil tutup mata capai je cream sapu muka pastu sambung tidur.. heheheheh


 
Dalam kul 4 ptg camtu Kak Pilla ngan Pak Radie balik Ulu Klang kat Kg. Pasir ada kenduri arwah Atok and Opah.. Siap tapaukan lauk untuk staff-staff kita yang bertugas.. Thank you Kak Yatie tolong topup lagi lauk.. hahahah..

Esok pagi ingatkan aku nak drive je sendiri.. sian Pak Radie nak duduk sana lama-lama.. dah lah awal pagi aku nak gerak.. pastu masa aku siap-siap dia bangun dia cakap takpe biar dia hantarkan.. Wow bersinar mata Kak Pilla hahahah.. terus suruh dia mandi aku keluar gi tapau nasi lemak untuk anak-anak kat rumah dan untuk rakan seperjuangan Ellfie yang bertugas kat Matrade ;)






tengahari kitorang gi makan kat foodtruck.. sedap jugak ;)


Petang sikit Win sampai bawak anak-anak.. Pak Radie pun datang balik petang tu terus stay sampai malam..

Pastu gi berjalan kat booth lovetulippe ni.. yang kain orange tu Agent Ellfie jugak.. ni business kakak dia.. tapi huwaaaaa meletopppp baju and skirt kat sini.. semua terjebak beli.. kita sokong each other ok?  Semua ni dari kiri sampai ke kanan semua pengguna Ellfie... Habis agent kita ni ajak adik beradik sepupu sepapat semua pakai Ellfie.. lepas tu semua suka hahahah.. 

 
Ada video Elly ni kat ig and fb dia.. hahaha.. menggeletar tangan.. tetiba tolak mic kat aku.. dia lupa ke apa aku suara macam itik tengah sakit tekak.. tapi Elly berjaya mengatasi ketakutan.. nampak selamba je dia jerit-jerit "Ellfie Ellfie barulah Selfie"




 Sekian itu sahajalah gambar yang sempat kami snap untuk jadikan kenang-kenangan.. Pak Radie takde, takde orang nak snap dah.. semua malas hahahaha..

Lepas tu termenung sebab huwaaa penatnya nak kemas nak pack semua ni..


Sampai kitorang dah pack pun still ada customers datang membeli.. bukak balik kotak hahahahah.. 

Ni penat betul ke penat acah-acah?

Masa jalan ke kereta semua dah letih.. Elly ajak makan dulu kat mana-mana.. pastu Win dengan Radie pun tak boleh decide mana nak pegi.. Peej dah hurung hayang jalan dengan dua paperbag kiri kanan.. dia cakap dia nak balik tanak makan.. last-last eh? semua pegi kat kereta pastu call je cakap baliklah! penat! gi makan sendiri-sendiri je.. hahahaha...

Itu jelah nak cerita... our upcoming festival InshaAllah lebih best dari yang ni.. dan dijangka crowd berganda ramai dari kat sini.. So team ellfie, are u ready???

wish us luck ya kawan-kawan.. tanpa anda, kami takkan berjaya.. Ellfie appreciate each one of you.. *muahciked*

rasa nak sepak orang guna perkataan ciked ciked... sikit lah!! SIKIT!!!!!!



Love, 
Filla.