Monday, November 26, 2018

PERTH - Blue Boat House and Kings Park (Day 4)

Day 4 adalah date paling special sebab jatuh pada 3 November 2018.. Hahaha birthday ai tu.. Akak bukanlah jenis celebrate2 sangat dari dulu lagi jenis biasa-biasa je kalau birthday ni.. Tapi aku ni suka jugaklah jadikan date tu macam kenangan.. Maybe lagi 3 tahun kalau panjang umur boleh ingat balik birthday 2018 aku ada kat Perth bersama suami thorchenta gitu hahaha..

Day 4 ni berjalan sendiri je.. Aku pun dah malas nak beria jenis semua tempat kau nak cover.. nanti badan penat hahhaa.. So kita pergi mana yang mampu je.. Blue Boat House ni dekat je dengan CBD Perth tu.. Actually ada bas tapi malas naik bas, mari kita naib taxi jer.. Minta orang hotel tu arrangekan taxi.. Huh dekat gila pun kena 20aud.. 

Blue Boat House ni tepi jalan raya je sebenarnya.. Masa kitorang sampai takde orang langsung.. Eh biar betul, bukan ramai ke pelancong dtg sini nak bergambar? Kenapa takde orang?

So kitorang pun pegilah atas jambatan and posing sakan..

So gambar bederet ni hah.. Scroll je lah yer korang hahaha..












Tak lama lepas tu eh berduyun-duyun orang tiba hahahha.. Fuh nasib kita cepat 10 minit so tak yah tunggu turn... 

Pastu tanya Pak Radie "Now nak gi mana?"  Pastu dia tanya "Awak kata nak gi tengok Kings Park?"

Google maps tengok sikitttttt... Oh tak jauh sangat.. boleh jalan kaki ni.. Uishhh aku gerun mamat ni suka statement dia macam mudah je.. padahal peluh cik keti..

So kami meneruskan pengembaraan berjalan kaki.. Tetiba dia cakap kita potong sini.. panjat bukit sikit.. Ok akak ikut je cakap dia.. 

Hahhhh hambekkk... Jauh gila dalam semak samun ok... Tapi still ada jalan kecik dan sesekali selisih dengan orang jogging.. 

Eh dia sukalah... 

Jauh gila aku rasa nak sampai ke Kings Park tu.. Dengan takde orangnya dalam hutan tu.. Dahlah aku pakai bomber jacket panas nak mampos tu hah.. Dia sedaplah pakai tshirt je macam tu.. Perjalanan tu macam tak meyakinkan boleh keluar ke City hahahhaa.. Sebab macam jungle tracking hehehe.. 

Ok tembus jugak akhirnya..

Dari sini bolehlah nampak keindahan Perth... Konon lahhh hahhaha

Pokok ni ada sejarah dia.. 


Siap ada "The Journey" perjalanan pokok ni untuk di bawa dan dipindahkan kat sini.. Eh penting yeh? hhahahaha aku buat bodoh je, ai dah penat tau tak.. lagi nak baca journey pokok ni.. lantaklah pokok tu kat situ. 

Pastu jalan lagi baru jumpa Park ni.. 

Kitorang spend time baring kat sini dalam 1 jam kot.. Bestnyaaaaa sebab sejuk berangin je.. Kalau tido mau telajak sampai ke malam kat sini hahahha..


Wow gangster sangat ni..


Ok ni baru romantik heheheh

Nilah partner kita kalau travel.. Sentiasa ayat dia "sikit je lagi ni.. we can do it" Tumbuk nak?

Sambil golek sambil tengok orang-orang yang datang sini.. Diorang suka picnic dan lepak-lepak with family.. Eh jangan kata diorang, kalaulah Malaysia tu Park dia macam ni dengan sejuk dingin, hari-hari kot aku bentang tikar bawak anak-anak kat sini.. hahhahaa

Settle buang masa tegolek tebaring kat Kings Park tu.. marilah kita balik.. Jom carik bus stop nak ke Perth City.. 

Nasib baik ada hahha lega ai.. Turun je terus beli makanan untuk balik makan kat apartment.. 

Beli kat ISPA Kebab lagi.. Tapi lebih tamak sebab nampak pizza ni macam sedap gilersssss..So beli pizza and Kebab jugak.. Tapi aku balik tu buat maggi pedas giler perisa ayam bakar.. sudahnya makan ni 1 slice je.. Pak Radie pandang je muka aku "Awak yang gatal nak pizza sangat tadi kan?? Habiskannnn"

Eh? Sukatiiiiiiilahhhhhh.. hehehehe.. 

Balik tu rehat jap pastu tukar baju.. Sebab hoi panas pulak pakai macam tu.. Now kita jalan kat Hay Street and Murray Street je.. Jalan kaki jer pon.. 



Ni pun dah petang huawaaaa terkejar-kejar sebab pukul 5 semua kedai dah tutup.. Huhhh..

So jom kita masuk Target jap.. Target ni semua benda ada kat dalam ni.. gift comel-comel pun ada dan harga sangat ok.

Kat sini ada Typo and Lush.. Pandora pon murah kat sini.. Tapi wajib masuk ialah Target.

Belikan bath bomb untuk anak-anak kat rumah ;)


Ini kalau bawak budak-budak tu masuk Target ni memang pitam yer... Aku dengan Pak Radie je shopping untuk diorang kat sini dah 2 plastik bag besar hahahhaa.. pastu garu kepala nak angkat bawak balik beratttttt!!!  Masa bayar kat cashier rupanya dia dah turunkan roller shutter dia half dah.. tengok jam, omg dah pukul 5pm.  Apo masalah diorang ni kul 5 dah tutup... huhhh.. 

So marilah kita balik je Pa.. takde apa boleh buat pon... Dah lah bawak barang dalam plastik tu dia nak bagi aku bawak plastik yang berat... Nasib aku dah kenal dia lama.. masa dia bagi aku dah syak ni mesti yang berat dia bagi aku.. Pastu sengih.. tak comel yer..

Slowly kitorang jalan kaki pastu lalu kat Insan's Cafe.. Cafe ni antara cafe makanan melayu kat Perth.. Tetiba ada orang tegur kat depan pintu cafe ni.. "Eh lepak dulu pekena kopi ke teh tarik ke"

Aku renung je muka dia.. eh aku kenal dia ni.. terus akak tanya "Macam kenal jeeeeee... artis kan?" 

Hahah bongok jugak soalan tu.. pastu dia cakap "Artis? Artis mana?"

Aku tak leh, terus aku tak confident hahaha.. Pastu aku cakap "Ni bapak Zahirah MacWilson kan?"

Memula dia tak ngaku.. dia terus ajak minum so mari minum lagipun bosan nak balik apartment.. sini je ada leh lepak minum selepas pukul 5.. 



Hahhhh tu dia.. Zainol MacWilson.. Tapi tak tau nak panggil apa, aku panggil je dia Abg Zainol.

Lama gila lepak borak hampir sejam.. tu pun dia terpaksa pergi deliver food kot.. tu yang berenti borak tu..

Kelakar jugak orang dia.. and sangat proud dengan anak-anak dia.. of course lah kann.. anak kot, siapalah yang tak bangga dengan anak..

Sampai habis air dia berborak.. dia order lagi satu pastu borak tumpah pulakkkkk... 

Abang Zainol ni bawak orang jugak melancong kat Perth ni.. So kalau korang perlukan khidmat dia boleh lah dm kat ig dia @zainolmacwilson ..  Tapi aku siap cakap "Bang, saya kagum tengok Zahirah tu napa dia terlalu lawaaaaa" kahkahkahhh... Terus dia cakap "Well, tengok lah bapak dia" Amboi.

Lepas sembang-sembang kitorang pun balik ke apartment.. Pastu, aku tengok kau, kau tengok aku.. Muahahahhahahahaha..

Day 5 nanti kita sambung ye..

Bye..




Love, 
Filla.

2 comments:

#JMBELOG said...

Wow menarik perjalanannya, saya mampu tengok je, nak ke sana mungkin tidak...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Akak peminat Zainol MW ni sejak zaman muda dia, masa tu akk remaja la.. tak sangka lepas tu dia ada anak yg lawo & jadi artis jugak.