Hai....
Anda cuma perlu panggil saya Filla.. kalau nak manja sikit boleh panggil Fillanie ;) Saya ibu kepada 3 gadis jelita bernama Kasih Aleeya, Kasih Amaani dan Kasih Aleesya.... Saya sudah berpunya, so kalau nak try sorry tak dapek!!! hahahaha...
Selamat datang ke blog saya... Blog ini diilhamkan sempena kelahiran anak pertama saya Kasih Aleeya. Saya mula berblog dari tahun 2005. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang saya berblog ;) tetapi yang nyata kenangan manis lebih memberi kesan dihati saya.. auwwwwwwwwwww... hehehe..
Pada mulanya entry-entry saya agak skema sebab tak tau lagi apa konsep dan apa itu blog? tapi setelah sekian lama, apa yang anda baca di blog ini.. itulah saya... dan blog ini saya jadikan tempat untuk bercerita, meluah perasaan, berkongsi pendapat, berkongsi resepi, memberi informasi, bercerita tentang percutian saya, cerita anak-anak saya, hidup saya dan segalanya..
Bertahannya blog ini adalah disebabkan minat saya yang mendalam dalam bidang penulisan.. walaupon ada masanya entry saya lebih kurang macam sampah sarap.. tapi adatlah kan? Saya suka membaca, saya suka menulis, suka bercerita... mungkin kerana itu saya masih lagi disini menjadi Sang Pencerita ;)
Mungkin juga kerana adanya followers dan readers yang sudi menjengah blog ini membuatkan hati saya terhibur dan saya rasa teruja untuk menghiburkan anda semua... semoga anda juga rasa terhibur seperti terhiburnya saya.. ok melalut.. baik haku diam sekarang!
Saya juga cuba mengamalkan berblog secara sihat.. seboleh-boleh mengelakkan sebarang kontroversi.. mengelakkan pergaduhan sesama blogger... Saya sayang blog ini.. dan kerana blog ini juga saya telah mendapat ramai kenalan yang akhirnya menjadi teman baik saya.
Blog ini juga telah memberi banyak rezeki kepada saya dan saya takkan lupakan itu...
Untuk mengenali Fillanie, cuma perlu baca dan baca dan baca celoteh saya..... tolong jangan biarkan saya menceceh sendirian sebab ia amat memalukan.. wahahahahahaha...
-Aku.Filla.Nie-