Tuesday, September 30, 2014

CHIFFON SHAWL by THE KASIHS.

Salam,

Dah tiba masa Kak Pilla nak jual.. Selamat datang ke butik The Kasihs.. Hahahaha.. Jangan over boleh?

Ok tak nak citer banyak.. Hari ni Kak Pilla nak jual shawl ye.. Kalau tak beli memang nyesal lah korang.. Kak Pilla involve dari pencarian fabrik hingga ke titisan terakhir.. 

Untuk batch pertama Kak Pilla pilih untuk jual Chiffon shawl.. Tapi Kak Pilla hati-hati bab pilih kain.. sebab tak suka yang chiffon tapi macam keras-keras sikit.. Kain tu bila pakai memang 'jatuh' and 'flowy' tapi still tak flowy sangat.. tak moh macam tu..

Ni 5 warna je dulu yang Kak Pilla pilih.. Sila pilih nak warna mana ok.. 

Ko memang takkan jumpa model pakai spek kat mana-mana online shop lain.. Ni trade mark Kak Pilla lepas ni.. Kau menyampah ke tak ke.. ko kene terima hahahaha.. Sebab pertama ialah jimat masa.. tak yah makeup mata, tak yah bulu mata palsu, tak yah contact lens... hahahahahahahahaha.. Eh tapi gambar black beauty chiffon yang model meletop tu pakai nampak tak hitam sangat kan? Sebenarnya memang black.. Mungkin sebab ahkak berdiri tengah panas so lighting yang buatkan warna dia jadi macam tu.. Warna sebenar sila refer picture paling atas. 

Belum apa-apa, Kak Pilla dah amik semua kaler hahahahah... Tolonggggg.. cemana nak berniaga, belum apa-apa dah kebas dulu.. 

Shawl ni bukan sahaja lembut, sejuk pulak tu.. Amboi promote.. tak betul ai tak kata okkk.. Shawl ni dua kali belit dah ok.. dah tak jarang.. Sengaja Kak Pilla buat measurement dia lebar dan panjang sikit.. Biar dia jadi wide shawl.. Sebab bila wide, senang nak buat macam-macam gaya.. Nampak pandangan dari belakang? Nak lepas kebelakang pon boleh.. atau nak tarik semua ke satu sisi ke depan pon boleh ;)

Kalau tak nak hijabistah look pon takpe.. kita pakai kemas camni.. Hahaha ni tengah siap-siap nak gi kenduri tahlil arwah FIL Peej.

Chiffon ni lembut tak macam kat pasar malam ye... Tak caya try beli sehelai confirm setuju apa Kak Pilla cakap.. Kalau beli sehelai pastu nak repeat order, pastu stock Kak Pilla dah habis.. ahkak tak tau ye.. korang kene pre-book lah pastu.. Auwww ayat tak agak-agak.. Yelah.. akak cakap benda betul.. stok tak banyak ni hahahah..

Jom usha dulu details nie:

CHIFFON SHAWL
High quality chiffon
Size: 180 cm x 80 cm


PRICE: RM35
(including postage)
Sabah/Sarawak: please add RM5

Email : framekasih@yahoo.com
Title: CHIFFON SHAWL




Love, 
Filla.

Monday, September 29, 2014

ROAD BULLY.

Korang pernah kene ke? Huwaaaa ai is takut.. Boleh menggigil satu badan.. terus tak leh bawak kereta sebab badan menggigil.. Eh takde lah kene buli sangat.. but still...

-pic googled-

Amboi abang ni.. Siap tunjuk penumbuk.. Takutnyeeee... 

Ni kisah semalam.. Kitorang nak gi KLIA2 pastu masa baru keluar rumah.. betul-betul sebelum traffic light depan Giant Equine tu.. India naik motor ada wife and anak dia macam 2 tahun kot.. Pastu dia tengah mengamuk dengan sorang perempuan cina bawak kereta Honda.. Scary ok!!! Lelaki india ni suruh dia bukak pintu kereta dan keluar.. Of course lah perempuan ni tak nak keluar sebab ketakutan kot.. Dia hayun helmet dia bantai bonet kereta Honda tu.. Kemik ok!! Yang Pak Radie lalu betul-betul sebelah kereta ni terus bukak cermin kereta.. Dia pulak marah India tu.. 

"Itu dalam kereta perempuan laaaaaa!!!! U tak boleh cakap baik-baik ka??????" pastu India tu macam nak datang ke arah kitorang.. Huwaaaa aku takut.. pastu terus aku cakap jangan campur laa.. jalan jeeeeeee... terus dia cakap "Saya anak adaaaaaa laaaaa" Dia refer kat anak dia yang kecik tu.. Sebenarnya tak tau siapa betul siapa salah.. Maybe jugak perempuan bawak Honda tu salah terlanggar sikit ke or bawak kereta main potong je ke.. Tapi yang pasti motor tu elok je. tak de pon wife ngan anak dia jatuh.. sebab masa tu wife ngan anak dia masih duduk atas motor..

Bukan nak backup sesapa lah.. Tapi perlu ke ko bertempik-tempik dengan muka bengis kat situ? Pastu orang tu tak nak turun ko boleh hayun helmet ko sampai kemik kereta orang tu? Aku rasa kalau ko cakap elok sikit, perempuan tu turunlah.. Kalau aku jadi perempuan tu pun tak hingin aku turun.. Scary ok.. muka macam nak tikam orang.. 

Aku takut road bully nie.. Sebab orang kalau marah dia akan bertindak di luar kawalan.. Macam-macam aku pikir.. Kot dia hangin tetiba dia rodok perot ko ngan benda tajam ke apa.. Huwaa takutttt... Dulu masa aku ngan Pak Radie.. Masa tu baru tunang kot.. Kat roundabout depan Caltex Seksyen 3 Shah Alam tu.. Teksi tu lah yang salah.. pastu bila ketepi waaaa dia pulak yang mengamuk-ngamuk situ.. Pak Radie ni ko taulah.. boleh tahan gak dia ni jenis berani gak.. dia turun terus mengadap pakcik teksi yang mengamuk-ngamuk.. Aku keras dalam kereta sebab ketakutan.. Pakcik tu tolak bahu Pak Radie sampai ke nak masuk roundabout tu balik kot.. Waaa aku takutttt.. tu kalau layan lagi mau bertumbuk kat situ.. Takyah tolak-tolak bahu orang boleh tak? Kau yang salah pon!!! Terus gi balai polis.. Tapi aku tak boleh keadaan macam ni aku jadi takut.. Aku rasa macam longlai je badan terus nak cakap pon tak boleh.. Terus Pak Radie takut tengok aku macam tu.. Terus dia tak jadi nak sambung hangin dia.. terus dia comfortkan kata takde apa.. ok je semua... 

Lelaki ngan lelaki tu ko punya pasal.. Tapi jangan lah buat pemandu perempuan macam tu.. Benda boleh settle elok-elok kan? Kalau betul pemandu peremupan tu yang salah.. Jangan lah ko mengamuk macam orang gila.. Confirm perempuan tu takkan keluar kereta.. Silap-silap dia lagi langgar kau sambil pecut nak lari.. sebab takut... 

So semalam masa kitorang dah jalan ke depan.. kereta dah banyak dah tak nampak perempuan nie.. Pastu tiba-tiba laju je perempuan cina ni lalu traffic light merah terus masuk kiri.. Tapi time tu takde kereta kat depan.. Aku tau, dia mesti ketakutan... Pastu kitorang dok tunggu mana gi motor india anak-beranak tu tak lalu pon.... Sibuk gak nak kepoci kan.. 

Bagi aku lah, jalan raya memang bahaya... Kita tak expect apa akan terjadi.. Kadang salah kita, kadang salah orang.. Dan pengguna jalan raya ni ada macam-macam perangai.. Ada yang baran, ada yang ok.. So nasib kalau terkene dengan yang baran tu memang agak scary.. Tapi kalau korang rasa korang orang yang baran, cubalah kawal kemarahan.. Kereta atau motosikal tu boleh hantar workshop boleh ketuk balik.. boleh claim insurans ke apa ke.. Jangan ikut sangat perangai panas baran tu.. Nanti sendiri rugi.. Tu kalau aku rakam video semalam tu letak kat FB, confirm viral punya lah!! Hahaha nak jugak!

Ok tu je nak share.. Kak Pilla sibuk... InshaAllah esok akan keluarlah entry shawl Kak Pilla.. Esok dah boleh beli.. rajin-rajin lah refresh ye.. maybe tengahari atau petang.. Siapa cepat dia dapat sebab stok tak banyak.. ni bukan marketing strategy ke apa.. Aku pon bongok buat tak banyak.. bila dah siap macam aku yang nak amik semua hahahhahaha.. Buat masa ni medium pertama yang aku akan release kan shawl ni ialah Blog ni ye.. dan korang kene email.. sebab aku takde no telefon untuk whatsapp.. Sila alert ok? Kau mampu nak berniaga tapi semua takde.. Eleh korang macam tak biasa beli dari aku kan memang kene email? Tulah keunikan Kak Pilla dari dulu sampai sekarang hahahahhaha.. 




Love, 
Filla.

Friday, September 26, 2014

TEASER : THE KASIHS.

Assalamualaikum dan selamat pagi kawan-kawan :)

Amboi pagi hari kemain sopan lagi kau kannn... 

Ingat tak aku ada cakap lately ni aku busy sikit.. Busy nya sikit je tapi aku kan suka bermanja-manja ngan korang... Hahahahha.. Ok aku share lah kat sini sebelum u olls terkejut kan kan kannn.. Eleh macam lah orang hairan sangat..

Soon Kak Pilla akan keluarkan shawl yang Kak Pilla namakan The Kasihs.. Nama tu saja je Kak Pilla letak The Kasihs sebab selama ni pun The Kasihs lah yang banyak memberi inspirasi dalam kehidupan Kak Pilla, eceh over.

Dari hari tu Kak Pilla dah hint-hint kat you olls kan pasal shawl nie.. Neway sejak bertudung, Kak Pilla panggil bertudung ye, sebab bila sebut berhijab ni rasa macam tak masuk dalam jiwa perkataan tu hahaha.. ai is pelik like that, so kita cakap bertudung jelah ye.. Ok sejak bertudung ni Kak Pilla akui agak susah nak memilih pakaian dan shawl yang betul-betul masuk dalam jiwa ahkak nie.. bukan nak kira 'masuk' je.. tapi kene fikir dari segi kesesuaian jugaklah.. baju kene long sleeve.. Dulu masa tak bertudung kan boleh pakai short sleeve at least sampai siku.. Kak Pilla kan jenis keluar pakai jeans je dulu.. bangsa nak laju dan tak nak pening.. akak tak berapa feminin dik.. hahahha.. Sekarang bukan tak nak pakai jeans.. tapi macam ahkak cerita haritu.. Kak Pilla kan stress jeans tak muat? hahaha.. nak beli baru rasa tak sampai hati nak beli size yang ohemgee, betul ke tu size aku sekarang? So tak dapat menerima hakikat, langkah seterusnya tak yah beli jeans.. Amboi protes nampak?

Tu yang kadang pakai long sleeve pastu tak perasan bila panas terus tarik sleeve sampai ke siku.. Tak perasan!! sebab dah terbiasa kan.. peluh sikit tarik sleeve.. pastu bila tersedar cepat-cepat turunkan balik hahahahha.. 

Actually Kak Pilla ni gila sikit.. sometimes tak kisah pasal penampilan.. sometimes terlalu kisah sangat.. cemana tu? bukan lah nak kata bila bertudung ni selekeh.. Cuma bila bertudung, Kak Pilla rasa kita kene nampak presentable.. shawl tu biar semenggah sikit... kalau baju tu biasa sangat so kita kene pakai shawl yang menarik sikit.. bab shawl pon Kak Pilla ada taste sendiri.. Kak Pilla ada shawl yang harga kurang dari RM10.. dan ada shawl yang harga lebih dari RM100.  Kiranya Kak Pilla jenis boleh pakai je yang mahal atau yang murah, tapi yang penting Kak Pilla sukaaaa.. 

Bermula dari situ Kak Pilla berhasrat nak keluarkan shawl sendiri yang betul-betul menepati citarasa Kak Pilla sendiri.. Korang kat pihak yang mana? Suka shawl biasa-biasa janji murah? atau suka shawl mahal sikit tapi nampak 'wow' sangat? Terus terang Kak Pilla jenis dua-dua sekali.. Mahal tu how mahal? Bagi Kak Pilla shawl kalau harga lebih dari RM100 dah consider mahal.. So Kak Pilla ambil langkah untuk keluarkan shawl yang betul-betul mampu milik.. Citarasa orang berbeza kita tak leh paksa.. Sama macam Kak Pilla jugak.. maybe Kak Pilla suka tapi korang tak suka kan.. Tapi Kak Pilla tak kisah.. Kalau korang beli shawl The Kasihs ni then korang tau, inilah taste Kak Pilla.. Kadang kalau Kak Pilla dah berkenan sangat, Kak Pilla pejam mata je bayar.. Janji hati puas sebab shawl tu betul-betul berkualiti dan cantik.. 

Dan yang menariknya InshaAllah bila shawl batch pertama ni keluar nanti.. harga sangat munasabah nak dibandingkan dengan shawl berkualiti yang sama yang dijual di online-online terkenal.. Sebenarnya tu jugak salah satu sebab kenapa Kak Pilla nak keluarkan shawl nie.. sebab material berkualiti yang Kak Pilla suka kat online-online shop yang ternama tu semua mahal.. semua lebih dari RM100.. Kak Pilla gunakan fabrik yang sama dan harga akan lebih rendah dari tu..

Jangan risau.. kalau korang jenis tak nak tudung yang exclusive dan dari jenis yang high quality macam tu.. Soon Kak Pilla akan keluarkan jugak shawl yang biasa-biasa dan tak lebih dari RM50.. Tapi bagi Kak Pilla tengok dulu first batch ni cemana k.. Berniaga tak boleh kelam kabut.. Kak Pilla take it easy dan nak cabar diri sendiri... Ada macam-macam yang Kak Pilla nak buat tapi Kak Pilla bawak bertenang.. Tapi dalam berniaga tak leh terlalu bertenang sangat jugak.. Kak Pilla perlukan sokongan dari korang semua jugak.. 

Eii dah lah Kak Pilla ni tak suka yang rumit-rumit nie.. Perlu ke nak create ig untuk shawl the kasihs nie? Perlu ke kene ada nombor telefon baru untuk orang nak whatsapp order? Haihhhhh malassssss hahahahha.. Kalau jual kat blog je tak leh ke? Kalau nak korang email je? boleh ke? Ke perlu jugak ada ig business nie? Pendapat pleaseeeeeee???? So kene beli telefon baru lah sebab nak guna nombor baru? 

So amacam? Hahahhahaha.. Harap nama The Kasihs akan bertakhta di hatiku selamanya dan bertakhta di hati customer ku juga.. 

Doakan Kak Pilla ye? Sebenarnya takutttt nak mulakan semua nie.. Tapi apa nak takut kan? Kita buat cara yang betul, lagipun Kak Pilla buat pelan-pelan dulu.. sikit-sikit je dulu.. Kalau sambutan memberansangkan InshaAllah Kak Pilla akan tambah lagi apa yang patut ;)

Mencari rezeki ni luas sangat.. Usaha tangga kejayaan.. Yang penting dalam perniagaan yang ramai sangat orang ceburi ni kann.. Jangan ada hasad dengki.. Bersaing bagi aku ok je.. asalkan persaingan tu sihat.. Rezeki masing-masing kan orang kata.. Janji jangan busuk hati.. dan jatuhkan orang lain.. Tengok orang tu maju terus ko pon pangkah.... Pastu sentiasa stalk orang dan tiru bulat-bulat dan claim itu design kaulah apa lah.. Oiii buruk sangat perangai tu.. Insap lah.. Hahahhaha... Tengok orang promo dan dan kau pon promo.. Eishhh tak baik macam tu.. Aku bercakap pon based on experience dan apa yang aku lihat..  PHD ni tak bawak kau kemana-mana pun.. Letih ok dok perati, tiru dan menjatuhkan orang.. 

So kepada peniaga-peniaga lain yang buat business online mari kita berniaga dengan ikhlas... Laku ke tak laku ke itu rezeki masing-masing.. Ini nasihat untuk diri Kak Pilla sendiri jugak.. Hati mesti bersih ok?

Sebelum mengakhiri entry ni, Kak Pilla harap korang bagi sokongan ok?  Hahahha nak jugak mintak sokongan.. ye lah.. ai kan manja... Tak lama pon lagi.... Sikitttt je lagi.. Tungggggguuuuuu!!!!


Love, 
Filla.

CHEF WAN BAGI TIPS MENJAGA KESELAMATAN DI DAPUR

*scroll down for new entry*

Aku adalah orang yang super cerewet bab keselamatan.. Eh bukan aku je kan.. Confirm semua pun macam tu.. tak kira lelaki atau perempuan.. Aku menitik beratkan bab keselamatan especially kat rumah sebab rumah lah tempat untuk kita berehat bersama keluarga, melepaskan penat lelah, anak-anak semua ada kat rumah.. Kita kene pastikan rumah adalah tempat yang PALING SELAMAT untuk keluarga kita.. 

Memang malang tak berbau, tapi kita selaku orang yang paling bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan seisi keluarga kena selalu peka.. Jangan main-main pasal keselamatan ni.. Contoh aku takkan tadah air dalam baldi sebab aku ada anak kecik yang berumur 1 tahun 1/2 yang tengah nak explore semua benda kan.. Kalau dia main air and terjatuh dalam baldi?  Aku pastikan alarm kat rumah sentiasa on sebelum tidur sebab takut pencuri masuk.. Aku pastikan semua plug ditanggalkan selepas guna (especially extension plug) Risau takut tetiba litar pintas ke apa kan?

Untuk keselamatan di dapur pulak, aku akan pastikan gas dalam keadaan ok.. Kita guna gas untuk memasak so kita kene make sure kita selalu check keadaan gas, saluran gas tu ada kebocoran atau tidak.. Kalau bocor dan kita biarkan sangat bahaya ok.. Api boleh menyambar sebab ada gas yang keluar dari saluran hos gas tu.. 

Now Kak Pilla nak ajak u olls semua tonton video Celebrity Chef kita ni... Siapa tak kenal Chef Wan kan? Aku dulu tiap-tiap petang tengok rancangan masakan bersama Chef Wan... Dengar pengalaman Chef Wan ketika di dapur.  Chef Wan akan demonstrate dan bercerita tentang keselamatan ketika berada di dapur.



Tips keselamatan di dapur

1. Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan.
2. Selalu pastikan sistem pengudaraan adalah bagus semasa sedang memasak.
3. Dapur / Stove diletakkan agak tinggi dari silinder gas.
4. Pastikan jarak antara silinder gas dan dapur sekurang-kurangnya 1.0-1.5 meter.
5. Jangan letakkan silinder gas di ruang yang tiada sistem pengudaraan yang baik.
6. Jika ada bau aneh dari silinder gas dan jika ada serangga di alat-atur (regulator) bermaksud ada kebocoran pada gas.
7. Turn off / matikan semua punca bahan api dan jangan gunakan atau kendalikan barangan elektrik jika ada bau yang keluar dari kebocoran gas.
8. Jika ada kebocoran gas, sila hubungi 
PETRONAS Mesralink 1 300 888 181.
9.  Jika ada kebakaran, sila hubungi Fire & Rescue Department of Malaysia (BOMBA) di talian 999.
10. Pastikan kedudukan silinder gas diletakkan menegak.
11. Nyalakan api sebelum menghidupkan dapur/stove.
12. Pastikan anda menggunakan gas regulator dan hos yang mendapat kelulusan Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) sahaja.
13.  Anda digalakkan menukar gas regulator 5 tahun sekali dan hos setiap 2 tahun sekali.
14.  Gunakan air sabun untuk memeriksa kebocoran gas.  Jika terdapat buih, ini bermakna ada kebocoran.
15. Selalu lakukan pemeriksaan pada gas regulator dan hos dari semasa ke semasa.
16. Switch off / matikan dapur/stove dan tanggalkan gas regulator valve jika tidak digunakan.


Ingat ye, pastikan anda ikut tips kat atas tu.. Keselamatan harus diutamakan ;)



Love, 
Filla.

Wednesday, September 24, 2014

HUWAAA MERANAAAA...

Ok kali ni kita update guna phone je.. tak kuasa nk bukak komputer.. badan dah berat ni, nak bangun pon malas.. syabas fillanie! syabas!!!! 

harini nak citer isu kenaikan berat badan.. bukan kenaikan harga barang ye.. barang naik pon boleh nangis, badan kalau naik memang boleh meraung hiba hahah.. eh hahahha pulak padahal tensi..

berat Kak Pilla sekarang ialah 55.8kg.. memang syabas sangat.  Ni yang terberat setakat ni ok!  benciiiiii sangat tau.. aku selalu sematkan di dalam hati, jangan sampai mencecah 55kg.  now apa dah jadi ni?  memang aku perasan yg badan dah berat, pinggang dah takde, yang lain-lain tu takyah citer la kannn.. ada org rasa eleh 55kg je apa ada hal.. 

korang kene paham.. eh suka2 je nak suruh org paham hahaha.. zaman dedolu kak pilla 48kg... itu dulu kak pilla, ko jgn nak berangan la nak dpt balik 48kg tu.. sedapkan ati anak dah 3 so ok je kan 55kg.. tak nakkkkk!!! aku x selesa nak pakai baju nak pakai seluar.. rasa rimas takut perot terkeluar gitu.. 

ni semua salah pak radie.. dia cakap kat opis dia selalu lupa makan.. omg gila ke apa ni? ada ke org telupa nak makan??? itulah rahsia dia selim sampai sekarang.. pastu balik rumah kebuluran.. kelam kabut aku masak sbb tak sanggup tgk dia kelaparan mcm tu.. bila dah masak takkan nak pandang? harus lah join sama kan? so mmg salah dia la kan?

dulu time aku belajar kat uitm shah alam aku pernah duduk rumah sewa kat seksyen 2.. aku sorang sewa satu bilik atas umah banglo lama.. aku duduk umah tu kejap je la berapa bulan tah sbb replace budak g praktikal 1 semester so bilik budak2 tu kosong.  masa duduk sana aku kerempeng gila sebab malas makan.. nak makan ko kene pegi jalan kaki kat gerai seksyen 2.. adalah 10-15 minit jln kaki.. aku malas so aku sanggup x makan.. bayangkan hari2 aku x makan, aku makan kul 5 ptg tak pon 9 malam.. sampai masuk angin pastu x lalu nak makan, dua tiga suap je.. seluar kecik gila jeans size 24 pon longgar.. amboi kalau nak citer zaman dulu ko kurus tu kemain hebat lagi hahahha.. mcm la org lain tu tak kurus gak masa bujang..

itu dulu.. sekarang kalau x makan aku boleh amukan hahahah.. dulu lek je? caner niiiii??? so ada rasa marah kat diri sendiri sekarang ni.. tapi marah je makan tetap makan.. huwaaaaaa helppp.

tadi rasa bengang je.. naik penimbang mintak tlg bibik tgk berat.. penimbang aku digital pastu battery nak mampos dah so tak nampak sgt.. bibik pon lek je "55.8 puan" rasa nak protes lompat2 atas penimbang tu bagi berkecai.. ai is stress u know?

maka kak pilla terus naik atas kunci pintu amik ipad google "zumba" eh sebelum tu chat ngan elly n peej.. mengadu domba.. hahaha tgk ada zumba dance for beginner.. wow macam best je.. tp sebelum start dia ada cakap make sure pakai kasut, make sure ruang spacious utk mudah bergerak.. eh sukati la.. ko ingat bilik aku besa nauuu? dalam bilik mana boleh pakai kasut? so mari zumba berkaki ayam. hehehhehe..

semputttttttt makincik.  omg segala latin dance berterabur step.. badan aku ni mmg kalau dance keras nak mampos.. bukan takat tak reti dance siap package step kelaut hahahah.. aku pon konpius aku ni menari ke kawat? hahahhaa tapi mmg bagus la zumba ni berpeluh kejap je.. aku ingat senaman aku yg lari setempat 2000x tu dah bagus gila hahahha hampeh ada la.. zumba ni 5-10 minit ko dah mintak nyawa..kemai besilang2 kaki hahahhaa org tu nari elok je lembut cantik.. aku??? x yah citer la.. nasib sorang diri je.. aku sendiri pon x sanggup tgk diri sendiri apatah lagi kalau org lain tgk.. mcm ni nak join zumba class? kim salammmmm laaa hahahah.. ok pastu makincik dah tak larat terus terduduk.. layan tgk org tu zumba kat youtube hahah sambil tgk sambil kepala terhangguk2 ikut rentak lagu.. ko menari la sensorang situ.. ai is penat oledy.

lepas maghrib terus bekejar nak masak pulak.. putera Radie nak makan kannn..

so Kak Pilla masak ayam berlada kering2 je.. siap cakap kat bibik byk kali "saya tak nak makan" eh macam la org tu tanya ko nak makan ke tak.. mcm merajuk je kak pilla ni kan hahaha...

pastu kesian plak x berkuah.. kang pedas sian budak2 nak makan.. so buat sup pecah telo sebijik masukkan suhun sekali.. pastu kak pilla ngadap dorang makan.. akhirnya makan jugak ayam kecik seketul ngan sup tu.. fuhh lega.

pak radie plak bawak balik pau instant.. tinggal kukus je.. ni order ngan kawan opis dia Wak.. kakak Wak mmg ada business buat kuih2 yg mcm jual kat tesco semua tu.. beli kaya ngan kacang.. kukus pastu diorang makan pau plak.. seronok kan kalau boleh makan byk2 tp tak naik berat? aku pandang jeeeee sambil telan ailio.. 

so kali ni nak tukar strategy pulak.. taknak makan malam especially nasi.. breakfast x nak heavy.. ok tu je.. oh lagi satu dah pesan kat elly n peej jgn nak ajak aku makan.. kalau tgk aku order makanan tlg marah aku hahaha over nak mam.

penat dah korang dengar memacam strategy kak pilla kan? tapi akhirnya tewas jugak.  semoga kali ni kak pilla lebih tabah. kalau gagal jugak silalah menangis sambil tumbuk2 perot sendiri.

sekian.

Love,
Kak Pilla.

Tuesday, September 23, 2014

ke GE Mall kiteeeee...

 Hi korang.. Kak Pilla masih tak reti nak transfer gambar guna dropbox ke apa box tah yang uolls ajar tu.. hahah.. Sebab tu lah Kak Pilla slow sikit update blog lately.. Maafkan diriku.. 

Sila jangan bernanah bijik mata tengok gaya OOTD ni ok.. Biar mata Peej and Elly yang bernanah sebab diorang yang tolong snap gambar ni.. hahahahha.. fadan muka! 



Kak Pilla masih terfikir-fikir apa yang best sangat buat OOTD ni? Hahahha.. sebab Kak Pilla tak rajin nak buat.. cuma kali ni buat sebab nak bagi uolls yang tengah usha shawl boleh lah beli kat ig @byceeranoh kalau nak glitter shawl macam ni.. 

Hari tu tak tau nak makan kat mana.. Tapi malas nak pegi jauh-jauh, kitorang cuma pegi kat GE Mall je.. So mari kita makan Japanese Food yang disuggest oleh Popo Elly.  Nama restaurant aku lupa tapi ada kat tingkat-tingkat atas.. Jangan risau, tempat ni halal ye.  Oh lupa nak cakap, tempat ni kalau tengahari ada buffet all u can eat.. u take lots of food and u don't eat, u pay. kahkahakahhh














So macam tu lah cerita diaaaa.. food not bad.. harga dalam RM50 kot perhead.. paling tak leh tahan is Elly lah.. dia kalau order kan.. ok, i want this, this this this and this.. This one i want all, this also all, all all all.. Aku ngan Peej perati je gaya dia.. pastu bila perot tak mampu nak sumbat lagi.. dia amik tissue bungkus letak dalam pinggan pastu curah sikit air.. dia kata biar basah-basah, nanti waiter tu geli nak bukak tengok ada food ke tak.. hahahahahhah.. lempang kang.

Haritu lagi best gi makan kat Johnys.. i want this this this this this thissssssssss...... pastu waiter cakap ok miss, i repeat your order.. Elly jawab.. no, no need to repeat. nanti lambat.. hahahahahahha.. memang gaya dia sangat popo ok.. 

Kenyang perot senang hati.. Ni naik kereta baru Peej.. Kemain eksyen gi GE Mall pakai valet.. hahah tengok kereta gempak-gempak kitorang buat tak nampak je pandang tempat lain.. Sampai kereta Peej laju-laju naik takut orang nampak hahahahah.. Eh ok what? Kereta peej gempakkkk ok!

Balik tu jumpa Mama Nanie (mak peej) pastu siap minum mango juice lagi.. Borak-borak sebelum nak gi Haji.. Sedih dengar cerita.. macam biasa Elly mata berkaca-kaca nak nangis sebab dia romantik sama macam mama Peej gak.. dia berdua berkaca-kaca mata.. Aku ngan Peej bertahan.. Elly kalau aku cerita kelakar pon dia boleh gelak sambil nangis.. Ai is confuse u know? 

Semoga mama Peej and Ayol selamat pergi dan selamat balik serta mendapat Haji yang mabrur hendaknya.. Buat masa ni papa Peej diorang adik-beradik jaga bersama-sama.. Peej very close dengan family.. so dia agak kerinduan dan kesunyian sekarang ni.. tak lama, kejap je tu kang balik lah... Eh macam pujuk adik-adik sangat.. hehehe.. 

Tu je.. nak update apa lagi yek? 




Love, 
Filla.

Sunday, September 21, 2014

BIRTHDAY PAK RADIE.

Hai korang.. Kak Pilla dah balik dari bengkel kat Cherating.. Kemain lama membisu kannn.. tapi kat IG and FB boleh tahan kecoh hahahaha.. Sila lah melawat kat situ untuk live update gitu, kelas sangat kau ni Pilla.. hekhekhekkk..

Ok ni minggu lepas kot.. Nak makan-makan and celebrate sekali birthday Papa Radie.. Memang betul-betul 13 September masa pegi nie.. Pening nak fikir makan kat mana.. Pak Long tu memacam nak kene amik kira.. nak tempat boleh smoke lah apa lah.. Ek eleh.. nak smoke keluar lah sana.. Sebab tu dia suka concorde sebab situ je ada smoking area..  Kali ni aku tanya Elly kat mana yang best nak gi makan.. So Elly suggest makan kat Majestic Hotel.. So mari kita ke sana.. 

Oh korang kene book awal ye.. sini selalu fully booked je memanjang.. Harga RM98++ for buffet dinner  perhead kalau tak silap.

Memang puas hati sebab tempat cantikkkkk sangat.. romantik je gitu.. Kalau nak celebrate berdua nak romantik-romantik memang sesuai sangat lah..

Tapi korang kene rajin bangun tengok food sebab food dia merata-rata.. sini ada, depan sana ada.. lagi depan depan depan pon ada.. 

Yeayyy ni pun ada.. dan sedap sangat ;)
 
Sekali tu Pak Long terjumpa kawan lama dia dah jadi 2nd chef kat Majestic Hotel nie.. Dulu diorang sama-sama Chef kat Ritz Carlton.. Sekarang cuba ko suruh Pak Long masak.. Hahahah.. Eh tapi still sedap kot kalau dia masak, cuma dah lama dia tak tunjuk skill dia.. Ingat lagi dulu zaman dia chef.. dia balik kampung dia tunjuk skill buat kueyteow beef ang ginger tu.. dia pecah kan telur tu melopong-lopong tengok.. satu tangan je pastu laju nak mampos.. tapi lepas tu kitchen macam orang kalah perang hahahah.. geleng kepala Wan tengok... 

Dulu masa Pak Long jadi chef, dia memang kene masak untuk berpuluh orang staff.. dia cakap tempat dia berdiri tu keliling tu semua dah siap.. so chef tak banyak bergerak.. dia just pusing-pusing badan dan campak-campak je kalau masak.. 

Chef kawan Pak Long tu siap minta orang hantarkan pizza kat table kitorang.. Auww sweet.. 

Yang best nya kat sana boleh request chef masak macam-macam.. eh boleh ke? ahhhahaha.. terbaik sangat nie.. pedas berapi.. 

 Tempura dia terbaik, udang fresh and gemok.


Ice cream and dessert semua terbaik.. 

\
Cemana lah pipi nak surut kalau ini je kerjanya.. huhu

Oh surprise aku tak menjadik time nie hahaha.. Dah mintak waitress tu datang nyanyi birthday song jap lagi.. dia suruh aku pilih dessert and apa nak tulis.. dah settle semua dia cakap ok kul 9:10mlm diorang datang.. then ok lah.. Sekali time diorang datang Pak Radie takde.. dia berdiri tengok food kat belah sana.. tapi still boleh nampak lah.. pastu diorang datang nyanyi relaxxxx je.. Aku dah signal mata kata no no no dah.. pastu diorang patah balik.. yang meja sana tu semua pandang sebab nampak muka pak radie blur kat situ.. 

Pastu bila pak radie duduk baru diorang datang nyanyi lagi sekali.. meja sana dah senyum-senyum dah.. tapi rupanya Pak Radie tak expect pon sebab dia mati-mati untuk meja sana.. 

Comel kan?
 
Heheheh.. Happy Birthday paaaa.. 

Aku taktau nak beli apa.. beli baju ni boringggg!!! so mari kita belikan dia accessories iphone.

Peej yang teman aku gi cari battery support casing nie.. Kat GE mall dah takde.. kat KLCC pon takde.. ni aku beli kat KLCC gak tapi bukan kat kedai apple tu.. ni kedai yang jual accessories untuk phone and camera tu.. ada sejenis je dan ada 3 colour.. gold, black and red.

Eh boleh yeh sambung lagi gambar makanan.. boleh lah, aku malas nak susun gambar ;)



Eh Atok ngan Wan takde dalam gambar.. sampai hati Kak Pilla tak snap hahahaha.. busy makan uollssss.. 

presentation meletop, ahkak suke.. 



Amboi Leecha jumpa rakan sebaya kat sini hahahha.. dia memang pantang tengok budak.. baby pon sama.. semua dia panggil baby.. yang lagi tua dari dia pon dia excited jerit-jerit baby baby baby.. 



siap ada fruit juice.. best kan? Oh dah janji kannn.. Elly kata birthday Kak Pilla nak makan kat sini.. Yeayyyy..

Terjumpa pulak reader kat sini.. dia datang sini pon sebab baca blog Elly kata Majestic ni best..




Kitorang dalam proses untuk keluarkan shawl.. Ni testing dulu pakai yang nie.. tapi tak menepati piawaian Kak Pilla.. InshaAllah soon kitorang akan keluarkan shawl tapi kitorang akan pilih yang lebih berkualiti, lembut, flow dan jatuh dari yang ini.. Buat permulaan mungkin kitorang akan amik 5 warna je dulu.. Korang sila sokong ok? Tak beli Kak Pilla tak nak kawan..  Pemilihan fabrik akan dijalankan oleh Kak Pilla sebab diorang pon tau Kak Pilla very cerewet.. Sebab ada orang nak beli shawl janji murah so ok je.. Tapi ada orang tak kisah mahal sikit, janji fabrik tu dari yang jenis berkualiti.. Ye tu Kak Pilla.. Nanti dah ada ai reveal kan ok?

Anak-anakku..

   Comel kannnnn dengan uniform lagi...

Bye, till we meet again.. Of course, November ok?



Love, 
Filla.