Thursday, September 04, 2014

10 TAHUN BERSAMA.

Hari ni hari Khamis, 4 September 2014.  Ada apa dengan hari ni? Takde apa, sama macam hari-hari biasa yang aku lalui sepanjang hidup ini.  Tapi sepuluh tahun yang lalu, pada tarikh ini, ada satu lafaz yang terucap disaksikan puluhan saksi lain.  

"Aku terima nikah Fadilla binti Ibrahim dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunaiiiiiii"

"Sah?"

"Sahhhhhh!"

Amboi kemain eksyen kau yeh.  Sekali lapas je, padahal malam sebelum tu.. duduk mengadap kepala katil ulang ulang ulang beratus kali kot.  Ntah-ntah malam tu mengigau hahahaha.. Punyalah nervous orang lelaki ni kan? Yang orang pompuan nervous jugak.. nervous takut make up tak lawa.. hahahahhaha..

Sepanjang 10 tahun bersama, banyak dah lalui suka duka bersama.. Mencipta 3 Kasih bersama.. Mengenal hati budi masing-masing.  Nak kenal pasangan bukan setahun dua.. Bertahun-tahun baru tau.. Tapi macam biasa lah kannn.. Pak Radie tu dah kenal aku lebih dari 10 tahun tetap membebel benda yang sama jugak.. Masing-masing keras kepala nak buat cemana... Date anniversary ni pun, masuk tahun ni dah 10x.. tapi yang ingat berapa kali je.. yang berapa kali lagi tak ingat.. hahahhaha.. *hantuk kepala kat dinding*

Aku tau sepanjang bersama tu banyak salah aku jugak sebenarnya.. Yelah aku pun manusia biasa jugak yang tak lari dari buat kesilapan.... Tapi aku cuba perbaiki diri, cuba menerima dan memberi, lama-lama ikatan tu akan semakin utuh dan kuat.. Cakap pasal soal rumah tangga ni lain sikit.. Tak elok kita cerita beria-ia macam kan ko lah couple paling bahagia kat dunia.. Eii takut.. tak nak makan diri kalau satu hari apa yang kita harapkan tak jadi kenyataan.. Sedangkan pantai pon berubah.. ini kan pula hati manusia.. Eh berani ke berubah hati? 

Setiap pasangan ni selalunya tak sama.. Kalau sama nanti bosan pulak.. Aku ngan Pak Radie pun ada yang sama ada yang tak.. Aku boleh manja dengan orang lain.. tapi tak ngan dia.. Sebab macam segan ke apa ke aku pon tak berapa nak paham sampai sekarang.. Dia pun sama.. suka layan aku macam gangster-gangster.. Aku syak dia segan ngan aku kuakakakkakaka... Tapi kitorang memang sentiasa berbalah pendapat.. SELALU ok.. Kalau aku cakap A best.. dia akan cakap B lagi best. Kalau dia cakap A aku cakap B.  Tapi takdelah sampai bertumbuk.. Paling kuat pon aku malas nak layan je.. dia pun blah sebab malas nak layan aku.. Ayat favourite dia "apahal?".. pastu dia tak perasan dia suka cakap "apahal?".. tak ke gangster cakap ngan ai yang lemah lembut nie "apahal?" Sakittt hati ai tau.. 

Tapi tu aku cakap.. aku dah biasa, so takde hal.  Sama gak dia melayan kerenah aku ni.. Aku takde nak merengek-rengek macam kucing.. nak itu nak ini.. memang tak la.  sebab dia pun memang takkan layan punya.. so buang masa je... Dia tak pernah call aku kat office atau nak whatsapp "buat apa tu?" pon tak ok!!! kitorang kalau waktu kerja, kerja.. balik rumah baru jumpa.. so aku dah terbiasa dah.. Aku nak pegi mana aku pegi je.. Nanti balik aku cakap.. hahahahahah... aku tak suka orang membebel sebab telinga sakit hahahahah.. kong ajo sangat.... aku dah terbayang muka dia ketatttttt kelat kalau tau aku merayap hahaha.. so baik balik kang baru bagitau.. nak kelat boleh kelat lepas tu hahahha..

Tapi dia pon dah terbiasa kot ngan perangai aku.. Dia tak kisah sebab dia tau aku dah besar kot.. Dia tau kalau aku hilang pon hilang kat mana.. hilang dengan siapa.. dia memang tau dah.. Kengkawan aku bukan ramai pon.. lepas itu, itu.. balik-balik muka itu jugak hahahaha.. 

Macam tu lah adik-adik.. Hidup ni mudah, jangan lah complicated kan benda yang mudah.  Jangan ikutkan hati nanti binasa.. Guna akal.  Jangan dikejar-kejar benda yang belum pasti.. Benda yang dah ada tu jaga elok-elok.. Sedangkan yang ada pon kita masih belum pasti apa penyudahnya.. Tak payah nak terror sangat sanggup amik risiko nak cuba benda belum pasti.. Lalui je dengan tenang hidup ni.. Aku bercakap sebab aku dah banyak tengok.. Kahwin dan cerai bukan benda mudah.. Setiap perkahwinan pasti ada masalah.. Besar atau kecil.. Kebijaksanaan kita melayari tu yang penting.. Kalau biarkan hanyut, maka akan hanyutlah.. Kalau cuba sedaya upaya InshaAllah berjaya.. Tapi kalau dah cuba jugak, tetap hanyut, then serah pada Allah.. Doa banyak-banyak.. 

Untuk awak, terima kasih kerana memahami, terima kasih kerana tak pernah mendesak, terima kasih kerana sentiasa bersama, terima kasih kerana sentiasa menjadi tulang belakang membesarkan anak-anak bersama.  Semoga hari-hari yang mendatang, kita akan teguh untuk lalui bersama. 

Sayang awak 200%

Happy 10th wedding anniversary to us!

*muntah beramai-ramai*




Love, 
Filla.

28 comments:

Nurizzah Majif said...

weiii! gangster ar post untuk anni kak filla ni..tak memasal terkesan kat hati kecil ni hah. kdg2 klu emo romantika de amor sgt pun jadi muak macam makan mayo banyak sgt. kakakaka. btw, moga kekal ke syurga dengan kasih2 syg abadi. :)

Anonymous said...

sweeeeeeeeeeeeeetnya kak pilla..tahniah korang,,sepuloh tahun bai...dah lama rupanya akak kahwin..doakan kita kak.:)

salwana nordin @ che'wa said...

sama mcm aku filla..dah 11 thn tp nk cari keserasian tu belum jumpa..

tp yg bagusnya bila berbalah tu lah yg merapatkn hubungan..

aku pun bukan jenis merengek manja 24j..geli dowh!

lain org lain caranya kan..lain suami lain jugak caranya..

happy anniversarry!!semoga bahagia dan diberkati hingga ke syurga

Namee Roslan said...

Happy anniversary kak filla!! 10 tahun dah. Sy baru nak masuk 2 tahun. Jauh lg perjalanan. Takut yg mcm kak pilla ckp la...hati ni kita xtau. Minta simpang lah benda cerai2 ni.

Seronok baca kisah kak pilla.

Chekgu Azrine said...

Tahniah pilla!!
Semoga berkekalan

Anonymous said...

Happy anniversary! Suka baca, u ni very down-to-earth.

Miss Moon said...

tahniah buk pilla ...aci tak aku copy paste je komen aku tulis kat nko di fb tadik ( pemalas kannnnnnnnnn )

happy anniversary buk pilla n pak radie ...

to the most klaka couple ...yg slalu gaduh gaduh manja ....yg slalu di katakan gelabah hahahah ...yg sangat pelik tapi serasi , ada ke ayat cam tuh . Itu la decsription aku ttg korang berdua .

Sorang mcm garang n serius ...sorang cam blur ....tapi bila dtg sengal nya both can be sangat kelaka gilers . ...pastuh bila dtg angin monsun nya tetiba jadi romantik tapi in your own special ways .

Takkan ada pasangan yg sama cam Fadilla Ibrahim n Radi Hamid sebab korang mmg unik . A loving parents yg sgt utama kan hubungan kekeluargaan . Pasangan yg sempoi n sgt simple .... pasangan yg telinga nya sangat kebal ..lantak la nak kata apa pun yg aku tahu i will love u forever cam tuh ....hahahah

Happy wonderful 10 years pillaaaaaaaaaaa muah muah muah ...moga akan kekal bahagia selamanyaaaaaaaaaaaaa love u lalink

wahhhh sedekad tuh .......

aku tuju kan lagu abg nuar sedetik lebih utk nko tapi aku suka suka nak tuka tajuk dia ke sedekad lebih hahahahha

aynadys said...

happy anniversary kak pilla and pak radie..semoga bahagia hingga ke syurga..in shaa Allahh..

butterfly said...

happy anniversery kak filla, semoga hubungan yang terbina ini kekal ke jannah AMIN

butterfly said...

happy anniversery kak filla semoga hubungan yang terbina kekal hingga ke jannah AMIN

FadlinaMokhtar said...

Happi anniversary kak pilla and pak radue.another more kasihssss ok

Iza Fiza said...

haha.asben kak pilla potostat sgt asben saya.tp sbb bru 2 taun kawin ai is sentap olwez..kna tngu lama2 skit bru jiwa kental kot.hakhak. btw hepi annibesari kak. smga sntiasa ceria n bhgia bsama keluarga tercinta. tak pernah miss baca entri2 akak dr zaman kasih kecik lg.

vee said...

Alhamdulillah...tahniah Filla n Adie....

Anonymous said...

happy anniversarry kak.. tp kite tgk akak untung sgt sebab pak radhi pandai jaga anak.walopon nmpak garang n sempoi tapi bapa penyayang..akak plak pandai masak.untung pak radhi jgk.. u all sangat melengkapi.. =] happy for u..

sofiana1704 said...

Happy anniversary kak filla...
sweeetttnya entry ni...ttba rasa tak sabar plak nk sampai anniversary yg ke 5, 21 september 2014..hihi..

SadiyanaSadikin @ $$ said...

happy anniversary Fillanie.. teringin nk tgok gambar kawin u dulu². ke ada tepek kat blog?

chiku the chucuru said...

Happy 10th Anniversary!

Irz Zack said...

heppi aniberseri-seri kak pilla... tahniah.. semoga tercipta kasih ke empat.. huhuhuhu

NUNU EERA said...

epi anniberseri kak.. semoa semkin berseri2 dan bbahagia.. da 10 thun kot kwen tpi nmpk mcm penantin bru lgi.. wee..

Anonymous said...

Tahniah kak filla n pak radi. (silent reader yg first time komen )

Anonymous said...

Hepi anniversary kak filla..doa saya brjodoh dgn lelaki baik2, mcm pak radie...heeee *lariiii 💨💨💨

Ibu Fahim said...

Alhamdulillah...
Semoga terus bahagia sehingga ke jannah, amin

ana isahak said...

tahniah...alhamdulillah utk kak filla & suami... :)

Sheila Salim said...

assalamualaikum kak filla. semoga berterusan bahagia dgn pak radie dan The Kasihs. heee suka baca entri2 kak filla. hihiiii

hOtMaMa said...

terbaek buk pilla! tahniah utk korang berdua.. apa ingat senang ke nak ke tahap 10thn nih kan.. sambil aku baca nih sambil aku terbayang gambar malam berinai ko yg pakai songket kaler pepel ke maron ek kalau tak salah aku kan.. dulu kat fotopages aku ada tengok haha! turn aku plak next month! hehe

Ramli Manaf said...

Terima kasih Filla kerana siarkan iklan Pak Tam. Tahniah dalam menyambut hari perkahwinan yang kesepuluh. Dah kira satu milestone tu. Apapun kesemua perkara yang kita lakukan, lakukan berlandaskan syariat Allah. Insyallah Hidup kita akan dipenuhi keberkatan dan ketenangan yang hakiki.

Azura Aziz said...

happy anniversary to kak pilla dan abg radie ;)

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

happy anny kak pilla,
Moga bahtera dicucuri rahmat Allah dan sentiasa dalam lindunganNya ..amin...
ur writing memang slaaaluuu ganaih he3..
geli usus tekekek baca...
anyway slamat berkenalan..
jemputla join blog saya:
http://aryshafayyadh.blogspot.com/