Monday, March 31, 2014

LAGUNA REDANG ~ Part 1

Lama betul Kak Pilla tak update blog kan? I is busy u olls.. Ni hah baru lah bernapas sikit.. so mari kita start membebel.. baca tau..

Actually dah lama plan untuk bercuti nie.. Eh lama ke? hahaha.. ni sebab memasing kuat berangan.. pastu memasing kalau berangan mesti kene make sure ianya menjadi kenyataan.. Memula berangan nak pegi bertiga je, Aku, Peej and Elly.. tapi bila memikirkan tak mungkin dapat kelulusan.. dan rasa tak sampai hati nak tinggalkan para hubby bersendirian di rumah.. so mari tukar plan B.

Kitorang memang plan nak pergi dekat-dekat je.. tapi nak pulau lah kalau boleh.. so bersepakat ke Redang.. aku kene book flight ticket and hotel.. sampai stress2 aku busy carik tiket murah.. tak murah sangat lah sebab ala-ala last minute jugak.. 

Oh kalau korang nak gi Redang, tak leh gi musim tengkujuh ke apa tah.. semua resort tutup.. dia bukak balik early march kalau tak silap.. so kalau ko google pon.. website dia tak leh nak book.. ko call pon silap2 takde orang angkat.. orang kata bulan 6 cun.. aku ngan elly pulak kena fikir gak.. tak leh main pegi bila-bila ikut suka.. kena pegi cuti sekolah supaya boleh post anak kat parents or PIL.. gitu.. tak lama nak, 3 hari 2 malam je mak apak korang ilang kejap ;)

pagi 22 March (sabtu) aku ngan Radie pegi sendiri.. Elly kejam.. dia cakap kalau nak dia amik kena tido umah abang aku kat ampang.. selain dari tu, pandai-pandai pegi sendiri.. aku plak parking kat Enstek.. Peej and Ben pegi umah Elly.. so diorang berempat pegi sekali.. kitorang pulak neighbour Wan tolong hantar.. Tq Uncle Rosli and Auntie Rabitah :) 

Sampai sebelum subuh hahaha.. punya awal.. biasalah aku kann.. tak suka kelam kabut.. tapi rupanya kelam kabut jugak.. choiiii... kemain hebat lagi dengan kain sarung.. cer pakai macam tu terus naik katebang.. hehe

Ni semua idea Pak Radie.. dia paksa semuorang beli hadiah RM10.. dah lah kelam kabut.. terlintas aku Ben (laki Peej) beli keris.. huawaaa takut.. hehehe.. atas tu hadiah aku.. kitorang kan pegi 6 orang.. (laki bini) siap menyorok-nyorok beli hadiah.. tak nak bagitau punya pasal.. pastu kat whatsapp kecoh "sapa dapat hadiah aku untunglaaaa.. hadiah aku paling best".. semua nak best je.. choiiii

aku ngan pak radie breakfast kat burger king.. diorang lambat sikit.. elok diorang sampai je terus nak gi check in luggage lah kononnya.. sekali makkkkk aii.. panjang nak mampos.. aku bengang je sebab pegi tanya kat akak kerja kat kaunter ticketing tu.. pastu aku tanya elok-elok "cik, untuk check in luggage ke Terengganu kaunter mana ye?".. dia tak tengok muka aku dia jawab "beraturlah".. then aku tanya lagi "beratur kat kaunter mana?".. dengan muka nak tak nak dia jawab "yang panjang tulah".. eiii sakit hati aku.. ko kalau kerja front desk, senyum sikit boleh? gunting muncung tu kang baru tau.. 

sekali punya panjang orang tengah Q.. memang confirm tak sempat nie.. terus tengok bag masing-masing.. lepas ke ni? hentam jelah.. lari gi kat boarding gate.. ok cun.. semua lepas.. tapi sampai turn Pak Radie je.. dia suruh bukak haversack tu. rupanya ada pisau swiss tu.. huwaaa.. tak leh bawak ok.. dah lah mahal menatang tu.. dia cakap kalau bawak kereta boleh simpan dalam kereta.. semua pandang Win.. hahahha.. tak sampai 1/2 jam lagi nak fly dah.. sompek ko? Win offer nak lari gi kat kereta.. ok fineee.. kitorang terus masuk.. Win patah balik.. 

Berdebar-debar ok.. masa tunggu nak naik flight tu.. mana Win ni.. handphone dia kat Elly pulak.. pastu tetiba Pak Radie ngan Ben cakap nak gi kedai beli air ngan nak gi toilet.. diorang pon hilang.. rupanya diorang lari gi tunggu Win.. wowwww.. sehati sejiwa, susah senang bersama.. hahah.. pastu dah tinggal berapa minit nampak kelibat diorang tengah berlari-lari bersama nak sampai kat kitorang.. hahaha.. ada makcik tu relakkk je lenggang lenggok walaupon dah lambat.. hahha.. cepat diserang panik lah kita ni semua ;)

dapat seat sederet.. hoi berdebar ok masa nak take off.. macam jakun tak penah naik katebang pulak.. sejam pon sempat tido.. Elly ratu tido.. hahah aku? no.2 kot kaki tido selepas elly ;)

masa tengok kapalterbang MAS ni berdebar-debar aku.. aku sayu sangat.. membayangkan betapa besarnya kapal terbang ni.. ramainya orang dalam tu.. kemana ntah menghilangnya MH370.. sampai sekarang tiada sebarang bukti ianya terhempas :( semoga dipermudahkan pencarian MH370.. 

Perjalanan mengambil masa kira-kira 50 minit kalau tak silap.. ke 1 jam.. tak sempat lah nak bukak seat belt.. tetiba dah announce kata nak sampai.. hahah..

Boat transfer ke Laguna ada 2 time.. Please refer schedule here. Kitorang amik yang pagi.. 

sampai je airport Terengganu.. terus team perempuan berlari-lari cari teksi.. ada kaunter teksi kat dalam airport tu terus mintak 2 teksi ke Jetty area pasar payang tu.. satu teksi dia charge RM30.. 

team lelaki sampai dulu.. nampak depan tu kemain lagi gendong bag.. 

nak naik boat


Keturajaan Kak Elly terserlah.. muahahhaha

Oh ya, package ni kitorang amik 3 hari 2 malam, amik 2 room for 3 person, including breakfast, lunch and dinner, snorkeling and 2 way boat transfer.. 

Elly and Peej

Boat agak selesa sebab besar.. 

mengikut perjanjian.. takde siapa boleh berkepit ngan laki.. hahaha.. tidak boleh bersendirian di bilik bersama laki.. tidak ada alasan sakit perut, pening kepala, so tak leh nak join makan atau keluar berjalan-jalan.. muahahahha..
Ellyyyyy.. dah terlentok dah... kah kah kahhh.. Peej gak terror.. tak tido pon.. dia dok perati je aku ngan Elly tido.. hahahah

kah kah kahhh.. bersungguh ok aku ngan Elly tido.. ke kiri ke kanan lentok.. 

Ok dah sampaiiii... 

semua boleh turun kat jetty ye.. 


dulu aku pernah pergi.. 2010 kot.. so aku tak kuasa nak dengar briefing.. sebab dari jetty korang kene pegi hall ni kejap ada short briefing.. semua team gegirl lepak luar.. team lelaki dengar briefing.. Pak Radie dah jeling-jeling aku sebab dia yang kene dengar briefing.. eh ai tak kosa ok.. i nak berehat-rehat kat sini.. bukan nak kene dengar segala brief-brief ni dah macam sekolah plak.. hahah.. dah lah aku nak gi toilet punyaaa lamaaa tunggu 2 toilet tu.. dengar bunyi uwek uwek uwekk muntah pulak dalam tu.. choi sangat.
aku tak leh tahan tengok muka Ben.. pak lawak betul Ben tu.. dia ingat dia pandang tepi dengan renungan tajam tu adalah yang kata Wowww.. i teruja.. hahahahah.. "Kandarrrrrrrr, Kandar ok kandar?".. itu jelah ayat dia tekono kat sana ;)

All of us.. kelam kabut aku suruh diorang lari naik transport ni utk ke resort.. hahahah.. kitorang first kot naik ni.. sebab kalau lambat nanti kene tungguuu lagi.. aku malas.. semua dah hangin dah.. "ko ni filla, aku tensi tul lah.. semua nak kene lari.. semua nak kene kejar".. bahahahahahaha... diorang panggil aku urusetia.. sebab asyik bagi arahan.. nasib aku tak bawak wisel je.. hahaha

green flag bermaksud, air laut sesuai untuk aktiviti mandi manda.. red flag air bergelora dan kurang selamat.

Sampai je cepat-cepat register.. dapat 2 bilik.. rupanya dapat connecting room.. yeayyy.. 

percutian orang-orang tua.. ni kalau Noy tengok mesti dia "macam ni je percutian?".. hahahah.. percutian orang tua lebih relax dan kewl ok.. 

bukak je bilik.. Elly terus lari kat queen size bed terus baring.. "Ni aku punya, aku tido sini, korang kat sana".. Eh? hahaha.. terus aku lompat kat katil dia jugak "No No Nooo.. aku takut tido sorang.. aku nak tido sini jugak.. bertolak-tolak ok.. Peej geleng kepala je sambil menuju kat single bed "aku tak kisah.. aku katil ni pon dah ok sangat".. hahahaha.. Peej memang kewl ok.. kalau berebut bilik air pon dia tak kisah.. "Takpe korang mandi dulu.. aku last pon ok".. pastu dia paling lambat siap pon Elly sound "Peej, 3 minit lagi masa untuk ko siap".. nasib tak kene penampar buaya ngan Peej.. mentang-mentang ko dah lama siap.. hehehe.. Ko kene paham Peej.. aku ngan Elly ni kakak.. so kakak-kakak memang selalunya takkan mengalah.. eh camtu yeh? hehehe

peej kat katil ada bag merah kecik tu.. aku hujung sana.. 

spacious kan? actually ni boleh muat 4 orang ni.. tapi tak leh gak ko menipu sebab package ni include makan sekali.. 

ada balcony sekali.. tu pintu kat kiri tu sentiasa bukak.. connect ngan bilik laki-laki ku gangster.. memang sesuai team laki bini gangster... 

Dah check in, kitorang keluar balik nak lunch.. jalan kaki sikit.. 

So far dah dua kali aku kat Laguna Redang ni.. tak pernah mengecewakan lah food dia.. variety gila dah tak pernah lah tak refill kalau habis.. besar sangat tempat makan dia sebab ramai.. tapi makanan sentiasa cukup.. kat sini majority kaum cina lah.. sebab tempat ni sesuai utk family kot.. lebih comfortable utk bawak budak-budak.. mat salleh ada lah 2-3 ketul je. 



ktorang dah cakap no diet diet kat sini.. memang tibai habis lah ;)

ditiup angin laut sepoi-sepoi bahasa.. best gituh.. 


aku tak ingat betul ke tak susun atur food aku ni.. sebab tiap kali makan aku snap gambar.. hahaha.. 

cantik sangat.. pasir dia halus lembut terbenam kaki.. lepas makan kitorang jalan slow-slow ke pantai.. ada photoshoot session konon.. panas ok.. tebakar kulit memasing.. dah lah tak pakai sunblock time ni.. 

kat hujung tu Reef Resort kalau tak silap aku.. 

Ok sekarang no caption, jamu jelah mata ye.. hehe.. agak-agak nyampah, scroll je lelaju ;)








eh ni nak komen.. hahaha.. nampak tak Peej baik sangat kan.. selalu tak tau nak posing cemana.. nanti dia bediri je sambil tengok hahahahah.. elly tak yah cakap lah.. superman, spiderman, princess semua dia lah.. hahaha sedap aku mengutuk kan.. mampos lah diorang kutuk aku kat blog diorang pasni.. 


Eh Kak Pilla menari zapin sambil diperhatikan oleh Peej.. bahahahahahah

apa yang korang kene kelentong ngan pak radie tu.. ye ye je... hahaha








wow, romantik nye Pak Radie.. hihihi.. bila tengok Elly berpegangan tangan, terus aku tarik tangan pak radie.. paksa dia suh pegang tangan gak.. hahahahhaha.. 

Balik bilik rehat.. tak bagi chance Elly nak tido.. kitorang main kad.. bukan main judi ye.. main game focus.. untuk menguji ketajaman minda.. Ben kalah teruk.. hahahha.. memang kelaka lah.. pastu siap-siap nak gi mandi laut :)

Amboih, kemain suka lagi ko kan.. 

Peej ke Beyonce ni? ke Shakira? tapi ada satu benda aku ngan Elly pecah perot.. sampai terjatuh-jatuh Elly kat dalam air sebab ketawa.. 

snorkeling set boleh sewa Laguna punya.. RM30 je sewa. not refundable ye.. tapi boleh pakai selama ko berada kat sana.. 

masa ni sakit hati... aku kat sebelah elly je.. aku pegang roti, elly pon.. pastu semua ikan datang kat dia.. takde sekor pon datang kat aku.. penat aku hulur-hulur.. kemain bangga lagi elly.. nyampah.

huwaaaa cantik kan???? 

Peej, Elly and Filla.

kelas kak pilla.. macam professional gituh.. 


come fish, come to papa..

masa ni lah yang gelak tak hengat... pak radie lah.. dari jauh nampak Peej datang.. pastu pak radie cakap "Hoiiii Hussin datang oiiiii".. terus aku dengan Elly pusing.. hahah eh iyalah.. macam Hussin! citer Hantu Kak Limah.. hahahahahahhaha... 

Lariii... kongajo dorang gelakkan gambar aku ni.. eh tapi macam alien kan.. 

Elly ko gelakkan peej yeh??? peej tanak kawan ko baru ko tau.. ko jgn, Ben tu penah tampa orang ngan tapak kasut tau.. berani ko yeh? jap gi pipi ada logo timberland caner?? hehehe

Takpe moling, diorang kutuk moling ye? ai selamatkan u sekarang..

tapi merangkak... muahahahaha... tak yah lah Ben.. biar aku je selamatkan moling ko tu.. 

aku rasa gambar ni tebalik.. ni masa dari bilik nak gi laut ni.. hahah


Ben ni besar gila kot.. dah kitorang semua nampak kerdil di situ -___________-"

gambar ni semua gelakkan Pak Radie.. ko dah kenapa terselit celah Ben pulak hahah..

pinjam GoPro plak.. asik muka diorang je.. meh kita pulak try.. 

semua macam.. "Eh betul ke? senyum ke? senyum ke?"

pastu gi swimming pool pulak... sambung bilas badan kat sini.. ada gambar Win je seketul.. choiii sangat.. Aku berendam jugaklah dalam ni ngan Peej.. tapi Elly membuta kat tepi swimming pool.. menggelabah tul Popo Elly ni.. dia cakap dia nak percutian orang kaya.. dia nak baring je sambil pakai sunglasses gitu.. tapi aku tengok mana ada sunglasses dia.. tido bebungkus muka ngan towel ada lah.. 

-pic googled-

Lepas berendam memasing lapar.. aku dah sound.. cakap lagi sejam lebih je nak dinner.. tak yah la makan.. pastu Elly bangkang.. dia cakap dia tak kira.. dia nak makan jugak.. Eh eh... melawan budak ni.. jom jelah.. kita gi lepak Warong.

Gitewww.. sini semua sedap.. last-last semua makan.. tapi aku share makan nasi goreng kampung kot ngan Pak Radie.. diorang semua pon makan.. terbaek food kat sini.. sambil sembang makan kuaci.. pastu balik bilik laju-laju mandi sebab nak dinner pulak.. 

cantik kan? petang-petang dah start penuh orang.. melepak tepi laut.. 

Dah siap mandi.. Elly siap blow-blow rambut ala-ala Popo.. aku ngan Peej biasa-biasa je... then melangkah bersama-sama untuk makan..

Sabtu malam ada BBQ dinner.. sedap and banyak food.. lamb tu memang hari-hari kot ada.. eii tak berani aku kang pening pulak.. pak radie pon aku tak kasi makan banyak kambing.. tapi aku tengok dia bedal jugak..

sotong ni dia masak fresh gitu.. banyak sangat.. tak perlu nak berebut-rebut ;)

besar kan tempat makan dia? masa registration tu dia akan bagi coupon / card utk setiap bilik.. tiap kali datang makan bawak lah card tu.. nanti dia tebuk.. dan dia akan bagi meja.. biasanya kitorang akan lepak lama gila time makan.. sampai orang semua dah turun kitorang masih lagi lepak.. dah tu, semua nak dengar citer Ben yang kelakar tu.. 

Dah tu.. jalan-jalan pulak.. jumpa tempat lepak.. melepak lagi.. try nak gi karoke tapi tutup awal.. 

Aku pon tak sempat lagi nak korek gopro file tu.. so aku tepek je gambar apa yang ada.. nak tunggu aku rajin kang, sampai tahun depan pon aku tak publish entry ni..

Sampai bilik ingat nak sembang lagi tapi semua terdampar.. aku baring sebelah Elly, pastu Peej panggil kot.. "Filla ko dah tido ke?".. aku jawab "Belom lah".. padahal lepas 5 saat jawab camtu.. aku gone terus.. hahahahah.. nak jugak eksyen konon tak kaki tido.. last-last Peej yang tukang bancuh kopi kat para bapak kat bilik sebelah.. hahahah.. betul lah.. Peej kene buli je.. sian Peej.. 

Nanti aku sambung part 2 ye.. bagi ahkak berehat-rehat dulu.. 




Love, 
Filla.