Friday, March 07, 2014

Al-Fatihah.

"Ibu dah mencuba sebaik mungkin mendidik,menjaga hasif harith selama 6 tahun.ibu dan baba sentiasa memberi ape yg terbaik utk mu syg....ibu redha dgn pemergian mu syg.tenanglah dikau disana...sesungguhnya dikau adelah permata ibu dgn baba yg terbaik.dirimu tetap lekat dihati ibu dan baba hingga akhir hayat.walaupun dikau dah tiada didunia ini,ibu ngan baba akan tunaikan impian mu syg.......terima kasih syg"

Itu kata-kata seorang ibu yang kehilangan anaknya dalam kemalangan 2 hari lepas.. Sedih menitik air mata aku baca ayat tu.. Entry ni untuk melahirkan rasa sedih aku atas apa yang telah terjadi.. Sebagai seorang ibu yang ada 3 anak sedang membesar, hati aku sayu dan sedih mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dia dan suami.. Sebenarnya bapa kepada arwah adik Aisy ni kawan baik Pak Radie.. kawan satu office.. memang close lah.. hari-hari aku dengar Pak Radie kalau citer pasal office dia.. nama Wak tu tak pernah lekang dari bibir.. 

Ibu Aisy mengandung sepatutnya due awal bulan 5 kalau tak silap.. Ibu Aisy staff SUK.. so hantar anak kat tadika area Shah Alam..kejadian berlaku masa nak balik ke rumah.. aku pon tak pasti kat mana.. tapi area shah alam jugak kot.. Lepas dapat tau berita sedih tu Pak Radie terus bergegas capai motor pergi ke klinik kat Shah Alam tu.. malam tu aku call tanya, cemana semua ok tak? Pak Radie cerita kat aku sambil suara tersekat-sekat sebak tak boleh nak cerita.. aku lagi lah.. air terjun terus.. ibu Aisy ok tapi terus dibawa ke hospital nak check baby dalam kandungan.. Pagi semalam Pak Radie ke Ijok untuk majlis pengebumian.. bapa Aisy ada kat sana, sedangkan ibu Aisy baru lepas melahirkan secara (c-sect).. Ya Allah nak luluh jantung aku dengar cerita dari Pak Radie.. dapat anak perempuan.. Alhamdulilah... tapi condition baby agak lemah sikit.. marilah kita sama-sama berdoa agar anak itu cepat sihat, kerana bayi itulah kekuatan bagi kedua ibu bapanya di saat-saat ini.. 

Kalau kita rasa dugaan yang menimpa kita sangat berat, kita kena ingat, ada yang lebih berat dari kita.. Nak cerita aku tak tau.. tapi nak kongsi sedikit yang aku cedok dari FB wak.. Bila aku baca, aku sendiri rasa lebih tenang dan kuat.. semoga ia juga memberi kekuatan buat mereka dan buat sesiapa yang telah kehilangan anak..



KEUNTUNGAN SI IBU BAPA APABILA ANAKNYA MENIGGAL DUNIA SEBELUM AKHIL BALIGH...

“Lamanya di Barzakh itu ialah semenjak roh berpisah dari tubuh, semenjak meninggal dunia, sampai hari berbangkit”.“Bagi orang-orang yang beriman di Barzakh hanya terasa sebentar saja”.“Semasa di padang Masyhar, diriwayatkan bahawa anak-anak kaum muslimin yang meninggal dunia sebelum mencapai usia baligh, akan dizinkan memberi minum kepada ibu-bapa mereka. Anak-anak ini akan menyusup di antara orang ramai dengan membawa minuman untuk ibu-bapa mereka, sementara manusia ketika itu dalam keadaan dahaga yang luar biasa”.“Anak-anak yang mati sebelum baligh menyambut ayah-bondanya di pintu syurga”.“Anak-anak Muslim yang meninggal di waktu kecil, ertinya sebelum baligh di Barzakh dikumpulkan pada suatu tempat dan diasuh oleh Nabi Ibrahim. Setelah kiamat nanti mereka itu langsung dipindahkan ke syurga akhirat. Jadi mereka ini tidak mengalami panas matahari, tidak melalui hisab, iaitu pengadilan di Mahkamah Rabbul-Jali. Tidak melalui mizan, dan tidak meniti Titian Shirathal-Mustakim yang terbentang di punggung api Neraka Jahannam itu. Mereka ini setelah dibangkitkan langsung dipindahkan ke dalam syurga Jannatun Naim”.“Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kepada ayah dan bondanya, lupa kepada kampong halamannya, lupa semuanya. Pada suatu hari nanti, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, tiba-tiba ada malaikat memberitahukan: Hai Wildan (anak-anak yang mati sebelum baligh), lupakah engkau kepada ayah-bondamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah-bonda mereka yang selama ini mereka lupakan”.“Lalu mereka ambil air untuk diminum, makanan dan pakaian, lantas mereka itu berlari-lari sambil menangis menuju pintu syurga”.“Setelah terompet berbunyi, pintu syurga terbuka, maka sekalian orang berhamburan masuk ke dalam syurga itu, dan ketika itulah anak-anak ini sibuk mencari ayah-bondanya. Mereka berjalan ke sana-sini mencari tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis membawa minuman, pergilah mereka kepada malaikat menanyakan: Oh, Malaikat, mana ayah dan bondaku? Kata mereka sambil menangis”.”Malaikat menjawab: Oh wildan, malang kamu, ayah dan bondamu terjatuh ke dalam neraka. Mendengar hal yang demikian maka anak-anak ini menangis dengan ratapan yang menyayat hati. Oh ibuku, Oh ayahku. Apakah kesalahanmu, ayah. Apa dosamu, ibu, maka sampai terjatuh ke dalam neraka. Mereka menangis dan meratap”.“Kata malaikat: Hai Wildan, jangan menangis, mengadulah kepada Nabi Muhammad SAW”.“Setelah anak-anak ini mengadu kepada Nabi Muhammad, lantas Nabi mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkan orang-orang mukmin yang berada di dalam neraka itu”.“Setelah bertemu dengan anak dipintu syurga anak yang meninggal di waktu masih kecil, yang menjadi kerinduan siang malam selama ini, aduh gembiranya tidak terhingga. Berfirman Allah SWT dalam Al-Quran:”Pada hari itu mereka berjumpa dalam keadaan gembira.(Ad-Dahr: 11)


~ Al-Fatihah~

Love, 
Filla.

23 comments:

Byzura Mj (By) said...

Allahuakbar. Besar ujianmu. Alfatihah.

Anonymous said...

Al Fatihah> Ibu arwah 1opis dgn sy.Kehilangan bkn setakat keluarga je rasa malah kami kekwn pun turut terasa sb tiap pagi arwah aisy sentiasa ade b4 ke skolah..Sama2 doakan tuk kesihatan ibu arwah ( Kak Ina) dan baby gurl dia. Eksiden di puncak alam.

balqis said...

salam kak.ibu hasif ni kwn baik pd membe ofis sy.kami semua punterperanjat dgr khabar ni.kesian sgt2 si ibu xdapat pergi majlis perkebumian anaknya.tp itulah, sekurang2nya mereka sudah ada tiket di syurga.. semoga si ibu n ayah lebih tabah..

Chekgu Azrine said...

Al fatihah

Anonymous said...

Al-fatihah

salwana nordin @ che'wa said...

Al- fatihah

Anonymous said...

K.filla dia ada blog ke? Bole bg nama blog dia..tq😊

Anonymous said...

Filla, memula baca aku tak berapa faham...baca sekali lagi baru faham...ini 1st baby dia ke? btw..Al-Fatihah untuk si anak - Hayati

Anonymous said...

ni budak tadika little caliph tu ker?

Atie said...

Filla,

Husband saya kenal ibu arwah adik tu, satu building masa di SUK, husband selalu nampak arwah dibawak kat office...saya pun sedih sgt dengar cerita ni, membayang perasaan ibu yg tgh pregnant lagi..MasyaAllah...hebat dugaan utk dia kan, hanya org yg kuat je mampu..

Nor Azlina Yusof said...

Kemalangan ni dekat area rumah saya. Al fatihah n takziah.

humairahadi said...

InsyaAllah adik ni penghuni syurga....
Boleh tahu kemalangan ni ada masuk paper ke?ada link tak?
Tq

Nursyahida Osman said...

Baru nak tanya jugak. Budak little caliph ke? ;(((

Nursyahida Osman said...

Salam kak filla. Saya silent reader yg hari2 baca blog kakfilla. Harini jantung saya berdegup kencang bila kak filla post entry ni. Nama hasif harith familiar sgt. Lpstu baca umur 6 tahun and eksiden area shah alam. Pastu ada plak comment kata student little caliph. Bukan apa, dulu saya pernah jadi teacher part timer kejap kat little caliph. And ada student saya nama hasif harith. Adakah betul kak filla? Jika betul takziah buat keuarga dia. Innalillahi wainnalillahirojiun. Pernah mengajar dlm 4 bulan je dah rasa sdih mcm ni. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. ;((.

Kakfilla kalau salah, takyah approve ek comment ni.

Sha Salwa said...

T_T Al Fatihah..
Membaca entry di atas turut membuatkan saya kuat menerima takdir anak saya walaupun 2 tahun dah berlalu. Insya Allah, untuk yang redha Allah akan berikan balasan Syurga untuk kita..

Anonymous said...

Al-Fatihah buat arwah Hasif Harith bin Azharulnizam Kamarudin. Mari kita sama-sama doakan agar baby girl kak ina boleh kuat untuk meneruskan hidup bagi menemani ibu dan baba..berilah mereka peluang untuk hidup bersama..aminn.. -colleague kak ina (perbendaharaan negeri selangor)-

Anonymous said...

al-fatihah.. =(

Anonymous said...

Al-Fatihah.. teringat pd kak ina.. penah sesama keje mase kat pej mb dulu... harap adik kak ina.. lily.. sentiasa menjadi peneman ketika ini..

Anonymous said...

anak kesayangan sy pn br lahir pada 1/3/14 telah meninggal .. tggu mumy gan dady d sana ye zulaiqa

amir balqis said...

Al fatihah...kemalangan tu terjadi dekat dgn rumah saya...sebagai seorang mama pada 3 anak,saya turut merasa kesedihan itu..dua hari sebelum tu ditempat kemalangan yg anak kawan husband saya xcident n meninggal di tempat kejadian...

Anonymous said...

Yup..arwah aish sekolah di little caliph sek 7...hrap ina kuat dah tabah...

A.I said...

Allahuakhbar :'(

Anonymous said...

Al-Fatihah buat kuarge k.ina.x sgka plak k.filla tau cter ni.actually k.ina org kg sy.sgt sedey bler dgr & tgk keadaan nya.berat mata memandang berat lg bahu yg memikul.semoga ibu & ayh arwh sbr dgn dugaan.Semoga arwah jg tenang di sn.Amin.