Monday, March 03, 2014

AKU TAK PERFECT. AKU TAK SEMPURNA.

Salam..

Jarang aku menulis/menaip di malam hari.. Tapi hari ni rasa macam nak pulak.. Bukan aku menulis untuk meluahkan apa yang aku rasa.. Aku admit dalam kehidupan kita sebagai manusia biasa yang kerdil ni, ada masa tercabar ada masa dicabar.. ada masa kita boleh tunjuk kepada dunia betapa kita ni manusia yang penyabar, betapa kita ni manusia yang kebal, boleh handle segala benda, boleh hadapi tohmahan, fitnah, kutukan, kejian dan semua perkara-perkara negatif yang tak betul pasal diri kita.. 

Aku admit, berdiam lebih baik.. Dah 4 tahun aku berdiam.. dah 4 tahun aku kebal.. dah 4 tahun aku sabar.. dah 4 tahun jugak aku biar orang pijak-pijak keluarga aku.  Sebagai manusia normal, aku punya hati dan perasaan.. aku bukan robot yang boleh dicampak-campak ikut suka.. Aku perbaiki diri dari sehari ke sehari untuk diri sendiri, bukan untuk nampak perfect di mata orang.. 

Aku akui lah aku manusia biasa yang tak lepas dari buat kesalahan.  Tapi semua maklum, kalau dah buat salah, jangan ulangi kesilapan kita.. perbaiki diri kerana Allah maha mengasihani, maha mendengar.  Orang nak kata apa, tak yah nak ambik pusing.  Aku jenis manusia yang tak kisah.. selalunya telinga aku ni kebal, aku jarang nak melenting tak tentu hala.. cuma satu je lah yang aku tak boleh kawal diri aku.. kalau melibatkan mak ayah aku, aku minta maaf.  Aku tak boleh diamkan diri.. Normal bagi seorang anak untuk melindungi ibu dan bapa masing-masing.. Aku tak boleh tengok orang sewenang-wenang nya memperkotak-katikkan mak bapak aku.. terus berasap kepala otak aku kalau orang gelak-gelakkan mak aku.. 

Hari ni aku rasa rindu dengan arwah adik aku.. adik aku walaupon sepanjang hayat dia, dia seorang yang pendiam, tak banyak cakap, pemalu, penyegan.. tapi dia satu-satunya orang yang paling rapat dengan mak aku.. Pernah satu masa dulu ada orang mengutuk mak aku.. kata yang tak elok pasal mak aku.. fitnah mak aku atas benda yang mak aku tak buat pon.. adik aku melenting tak ingat punya.. dia pernah kata siapa usik mak dia, dia takkan biarkan orang tu hidup senang.. Aaaaaaahh aku sedih.  Aku harap suatu hari nanti, anak-anak aku akan lindungi aku sebagaimana arwah adik aku lindungi ibunya.  walaupon adik aku bukan jenis bercakap banyak.. tapi dia tunjukkan kasih dia kat mak aku.. kalau mak aku tertidur kat hall.. pelan-pelan dia ambik selimut tolong selimutkan Wan.. 

Ada masa aku terdetik.. apa yang aku buat ni salah ke? aku tak suka orang pijak-pijak keluarga aku.. orang bercakap memang mudah.. berdiam lebih baik.. tapi semakin kita diam, semakin galak orang bercakap.. kalau nak cakap tu cakaplah, aku tak kisah.. pastu cakap merepek.. cakap benda yang tak betul.. orang jelah yang salah.. padahal diri sendiri tak pernah pandang belakang, fikir apa yang terjadi apa puncanya? tak, tak pernah pon rasa salah. Ok fine, biarkan je dia nak rasa dia betul.. 

Selama ni aku paling tak suka orang guna FB untuk memaki hamun.. Aku masih bertahan lah setakat ni tak pernah guna perkataan kasar seperti 'hanjing, babi' semua tu.. betul lah fb ni ada baik ada buruk.. sama jugak dengan blog.. aku selalu ingatkan diri aku, blog dan fb aku akan gunakan dengan cara terbaik, supaya dapat bagi tips, bagi maklumat, share kisah suka duka aku, jadikan tempat untuk aku simpan segala kenangan aku.. So bila aku melatah kat fb aku rasa tak suka jugak kat diri sendiri sebenarnya.. sebab aku bukan macam tu.. Tapi macam yang aku cakap tadilah.. tolonglah jangan kacau keluarga aku.. tolong jangan nak 'hahahahahha' kan mak aku.. aku tak pernah nak ketawakan mak orang kot? jadi tolong hormat keluarga aku especially mak aku.. setakat ni aku respect Pak Radie sebab dia malas nak bersuara.. dia cuma akan masuk campur bila orang kacau atau sentuh anak-anak dia je.. bukan setakat bersuara je, tumbuk sekali pon dia boleh buat.. 

Maafkan aku kalau tindakan aku melampau dan nampak cetek ilmu.. Aku manusia biasa yang lemah dan cuba pertahankan keluarga aku.. kalau orang tak usik keluarga aku, InshaAllah aku takkan pernah terdetik nak melenting tak tentu hala.. semua orang pon boleh jadi gila kalau mak sendiri orang gelak-gelakkan buat bahan lawak.. aku tampa jugak kang.  So aku mintak tolong, berhentilah nak mengata orang je buruk, orang je jahat tanpa cermin kelakuan sendiri.. berhenti lah nak bagi aku melenting, sebab aku sendiri tak suka dengan diri aku kalau aku start melenting.. aku pening dengan orang yang suka cakap terbalik nie.. siapa kenal aku lama, memang tau lah aku cemana.. orang tak usik aku, aku ok.. takkan lah aku ni gila sangat, tetiba nak meroyan.. dah tentu ada yang mulakan.. renung-renungkanlah..

Kak Pilla tak suka marah-marah... Kak Pilla tak suka stress-stress.... Kak Pilla tak suka tak suka tak suka ok.. Kak Pilla nak jadi macam Kak Pilla yang dulu... tahan maki, manja, comel, suka masak sayur goreng pastu bangga share resepi.. Kak Pilla sayang semua readers Kak Pilla yang memahami Kak Pilla, sebab Kak Pilla kan suka bajet retis.. suka bajet model.. 

*peace kacang pis*

Bye.


Love, 
Filla.

12 comments:

Farhana Aziz said...

Hish, siapa kacau akak dengan Wan ni? Bak sini nama. Saya kasi penerajang sebijik dua.

Anyway, saya sendiri tak faham kenapa ada orang suka mengata etc dekat orang lain. Lagi-lagi kalau libatkan family. Dia dah takde family kot yang sedap je nak mengata family orang.

Takpe akak. Kita sabar. Sebab kita orang bijak. Kalau dilayan, kita pun nanti jatuh sama level dengan dia. Haa taknak kan macam tu? Saya faham memang sakit hati. Dan saya just boleh cakap sabar je. Sebab kita tak tahu apa akan jadi esok-esok. So, lebih baik kita senyap dan doakan yang baik-baik je untuk family kita. Kalau rasa lagi kuat, doakan yang baik-baik untuk orang yang mengata tu. Mana tahu one day dia berubah, datang mintak maaf dekat kita ke? Time tu kita senyum je lah.

Eh, dah panjang saya mengarut ni. Apapun, saya doakan akak satu family sentiasa baik-baik dan dijauhkan dari manusia yang berniat tidak elok.

Tolong ciumkan Leecha untuk saya kak! Copypaste Wan betul budak tu.

nur idayu hasim said...

Kak pilla nihh...hehehe..sabar yea kak. Org low class mmg mcm tu sikap nye. Sy mmg xkenal kak pilla dgn lebih mendalam. Tp sy rasa sy boleh agak perangai kak pilla dgn kak elly mcm mana. Sebab org yg nampak giler2 ni sbrnya org yg baik. Kalau nak compare dgn yg nampak alim bagai. I is meluat kadang2 dgn org yg bajet alim nih..ehh??? Sori teremo lak. Apa2 pun sy berharap kak pilla and family bahagia hingga ke jannah. Peace kacang pis gak.

**dah mcm karangan lak komen I. Ekekeke

Anonymous said...

Saba ehh kak

Anonymous said...

Kak Pilla kena kuat!
You can do it!
:)

ruziyatul mona Adzibi said...

Mona paham kak..tubkira org luar..mona ni smp hrni bergaduh ngan pak saudara (adik abah)..sebab dia kata 'menyesal' mnta tlg abah..wah menyirap..ms kau susah, kau x pikir nak menyesal... mmg sakan gak la bergaduh..tgk la raya kot nak jumpa, tp belom tentu nk salam n minta maaf, abah masih terluka..selagi tu mona xkan lupa kak..

ruziyatul mona Adzibi said...

Mona paham kak..tubkira org luar..mona ni smp hrni bergaduh ngan pak saudara (adik abah)..sebab dia kata 'menyesal' mnta tlg abah..wah menyirap..ms kau susah, kau x pikir nak menyesal... mmg sakan gak la bergaduh..tgk la raya kot nak jumpa, tp belom tentu nk salam n minta maaf, abah masih terluka..selagi tu mona xkan lupa kak..

Anonymous said...

keep writing filla as you're gifted. your writing sangat related to young mothers out there

Syida Rasyidah said...

owh kak pilla, sabar eh, sesungguhnya, ktepun pernah rasa apa yang kak pilla rasa, orang cuma boleh cakap, kte yang hadapinya. Dah wat donno je kak.. mohon share resepi banyak2 ye kak :)

Dah.. dah.. jangan usha dah fb orang tu, akak tak sakit hati.

Peace!

Jojet said...

pls be strong.
kita sama.
ko usik aku smp ati aku pecah aku masih boleh simpan sorg2.
tp ko usik sikit family aku,
ko hadap la mala petaka.
family harta paling indah.
kuat kak. kuat.
senyum dam hepi wlw dalam pecah.

luv afnasya said...

sabar banyak2 ye.....

mummysara said...

salam..

mmg pun pilla. org ni kekadang bila kita diamkan, dia ingat kita x berani nak bersuara.
padahal kita ni dok la urut dada, pujuk hati suruh sabar ngan sibodoh2 tu.
tp kalau kita layan nampak xde beza plk kita yg pandai dgn dia yg bodoh tu..
sesekali kena 'sergah' jugak, kasi ayat makan dalam satu das!

mummysara said...

salam..

mmg pun pilla. org ni kekadang bila kita diamkan, dia ingat kita x berani nak bersuara.
padahal kita ni dok la urut dada, pujuk hati suruh sabar ngan sibodoh2 tu.
tp kalau kita layan nampak xde beza plk kita yg pandai dgn dia yg bodoh tu..
sesekali kena 'sergah' jugak, kasi ayat makan dalam satu das!