Monday, September 29, 2014

ROAD BULLY.

Korang pernah kene ke? Huwaaaa ai is takut.. Boleh menggigil satu badan.. terus tak leh bawak kereta sebab badan menggigil.. Eh takde lah kene buli sangat.. but still...

-pic googled-

Amboi abang ni.. Siap tunjuk penumbuk.. Takutnyeeee... 

Ni kisah semalam.. Kitorang nak gi KLIA2 pastu masa baru keluar rumah.. betul-betul sebelum traffic light depan Giant Equine tu.. India naik motor ada wife and anak dia macam 2 tahun kot.. Pastu dia tengah mengamuk dengan sorang perempuan cina bawak kereta Honda.. Scary ok!!! Lelaki india ni suruh dia bukak pintu kereta dan keluar.. Of course lah perempuan ni tak nak keluar sebab ketakutan kot.. Dia hayun helmet dia bantai bonet kereta Honda tu.. Kemik ok!! Yang Pak Radie lalu betul-betul sebelah kereta ni terus bukak cermin kereta.. Dia pulak marah India tu.. 

"Itu dalam kereta perempuan laaaaaa!!!! U tak boleh cakap baik-baik ka??????" pastu India tu macam nak datang ke arah kitorang.. Huwaaaa aku takut.. pastu terus aku cakap jangan campur laa.. jalan jeeeeeee... terus dia cakap "Saya anak adaaaaaa laaaaa" Dia refer kat anak dia yang kecik tu.. Sebenarnya tak tau siapa betul siapa salah.. Maybe jugak perempuan bawak Honda tu salah terlanggar sikit ke or bawak kereta main potong je ke.. Tapi yang pasti motor tu elok je. tak de pon wife ngan anak dia jatuh.. sebab masa tu wife ngan anak dia masih duduk atas motor..

Bukan nak backup sesapa lah.. Tapi perlu ke ko bertempik-tempik dengan muka bengis kat situ? Pastu orang tu tak nak turun ko boleh hayun helmet ko sampai kemik kereta orang tu? Aku rasa kalau ko cakap elok sikit, perempuan tu turunlah.. Kalau aku jadi perempuan tu pun tak hingin aku turun.. Scary ok.. muka macam nak tikam orang.. 

Aku takut road bully nie.. Sebab orang kalau marah dia akan bertindak di luar kawalan.. Macam-macam aku pikir.. Kot dia hangin tetiba dia rodok perot ko ngan benda tajam ke apa.. Huwaa takutttt... Dulu masa aku ngan Pak Radie.. Masa tu baru tunang kot.. Kat roundabout depan Caltex Seksyen 3 Shah Alam tu.. Teksi tu lah yang salah.. pastu bila ketepi waaaa dia pulak yang mengamuk-ngamuk situ.. Pak Radie ni ko taulah.. boleh tahan gak dia ni jenis berani gak.. dia turun terus mengadap pakcik teksi yang mengamuk-ngamuk.. Aku keras dalam kereta sebab ketakutan.. Pakcik tu tolak bahu Pak Radie sampai ke nak masuk roundabout tu balik kot.. Waaa aku takutttt.. tu kalau layan lagi mau bertumbuk kat situ.. Takyah tolak-tolak bahu orang boleh tak? Kau yang salah pon!!! Terus gi balai polis.. Tapi aku tak boleh keadaan macam ni aku jadi takut.. Aku rasa macam longlai je badan terus nak cakap pon tak boleh.. Terus Pak Radie takut tengok aku macam tu.. Terus dia tak jadi nak sambung hangin dia.. terus dia comfortkan kata takde apa.. ok je semua... 

Lelaki ngan lelaki tu ko punya pasal.. Tapi jangan lah buat pemandu perempuan macam tu.. Benda boleh settle elok-elok kan? Kalau betul pemandu peremupan tu yang salah.. Jangan lah ko mengamuk macam orang gila.. Confirm perempuan tu takkan keluar kereta.. Silap-silap dia lagi langgar kau sambil pecut nak lari.. sebab takut... 

So semalam masa kitorang dah jalan ke depan.. kereta dah banyak dah tak nampak perempuan nie.. Pastu tiba-tiba laju je perempuan cina ni lalu traffic light merah terus masuk kiri.. Tapi time tu takde kereta kat depan.. Aku tau, dia mesti ketakutan... Pastu kitorang dok tunggu mana gi motor india anak-beranak tu tak lalu pon.... Sibuk gak nak kepoci kan.. 

Bagi aku lah, jalan raya memang bahaya... Kita tak expect apa akan terjadi.. Kadang salah kita, kadang salah orang.. Dan pengguna jalan raya ni ada macam-macam perangai.. Ada yang baran, ada yang ok.. So nasib kalau terkene dengan yang baran tu memang agak scary.. Tapi kalau korang rasa korang orang yang baran, cubalah kawal kemarahan.. Kereta atau motosikal tu boleh hantar workshop boleh ketuk balik.. boleh claim insurans ke apa ke.. Jangan ikut sangat perangai panas baran tu.. Nanti sendiri rugi.. Tu kalau aku rakam video semalam tu letak kat FB, confirm viral punya lah!! Hahaha nak jugak!

Ok tu je nak share.. Kak Pilla sibuk... InshaAllah esok akan keluarlah entry shawl Kak Pilla.. Esok dah boleh beli.. rajin-rajin lah refresh ye.. maybe tengahari atau petang.. Siapa cepat dia dapat sebab stok tak banyak.. ni bukan marketing strategy ke apa.. Aku pon bongok buat tak banyak.. bila dah siap macam aku yang nak amik semua hahahhahaha.. Buat masa ni medium pertama yang aku akan release kan shawl ni ialah Blog ni ye.. dan korang kene email.. sebab aku takde no telefon untuk whatsapp.. Sila alert ok? Kau mampu nak berniaga tapi semua takde.. Eleh korang macam tak biasa beli dari aku kan memang kene email? Tulah keunikan Kak Pilla dari dulu sampai sekarang hahahahhaha.. 




Love, 
Filla.

15 comments:

mamabeauty said...

aah takut.. jadi cam kes kiki.. if both can take it as sesiapa pun bulih buat silap n minta maaf cecepat rasanya tak ada terjadi kes road bully..

sharon m.q. said...

kak pilla, dulu ada baca satu post kat fb pasal 1 keluarga india naik moto..

dalam post tu cakap hati hati dengan dorang sebab kadang2 dorg ni sengaja kasi motor dorang kene langgar, pastu bila tgk2 mmg xde ape pun..n tu sebenarnya taktik dorg nak dptkan duit.

tapi, taktau la kalau dorg tu org yg sama.

Anonymous said...

Kak filla , kadang mengamuk sbb pemandu kereta kat malaysia ni , sebok sgt dengan hp kat tangan . Husband sy bape kali excident sbb pemandu tak fokus kat jalan . Sy sendiri pemandu kereta pun taknak tengok hp time drive sbb nye , senang cuai .mngkin lelaki india tu sempat elak kot kalau tak , takkan dia sanggup nak mengamuk mcm tu kan ?

CikLily Putih said...

aku pun takutlah road bully ni, walaupun muka aku nampak garang tapi dalam hati ada taman tau.... hehhe

Anonymous said...

Sbb kita x tau cite sebenar, bleh jd chinese lady ni salah. Maybe india ni hanginlah sbb bwk anak isteri kn. Tp tindakan hempuk guna helmet tu x patutlah, suruh jelah dia keluar.

Alin Marlini said...

penah tgk yg keta pegot tu je pila...hehehehehe

Ayu azmir said...

Takut jugak kan... maybe perempuan tu tak sengaja... ala... cakap elok2 bole selesai ape...

Ayu azmir said...

Takut jugak kan... maybe perempuan tu tak sengaja... ala... cakap elok2 bole selesai ape...

Anonymous said...

minta maaf la kak pilla..tapi hanya yang penunggang dan pembonceng motosikal je memahami keadaan kalo begitu.saya dah berapa kelai terkena.malah dah eksiden pon gara-gara perimepuan cina bawak kereta ni. Tuka lane tak bagi signal..masuk sesuka hati..jadi dalam keadaan ane tu..bawak anak lagi..perlu ke nak ckp elok2..tu nyaris tak jatuh.kalo dah jatuh ape cina tu boleh buat..just say sorry??..yang bini anak kite ni dah luka ke ape..so memang saya setuju ane tu hentam sekali kereta tu..baru die awareness sikit bawak kete lenkali pandang keliling bukan suka hati mak bapak macam jalan ko punye..sorry..saya against you kali ni..sbb saya pernah melalui dan pernah merasa fobia beberapa lamanya disebabakan mereka yang tak concern ni..

Anonymous said...

kalo tak nak road bully..sila bawak kereta dengan berhemah

Anonymous said...

It's quite rude to refer to someone as India or cina or melayu. There is a proper way to write sentences in Bm, India tu? Come on, cakap la lelaki India, perempuan cina, lelaki melayu...

Anonymous said...

I pun agaisnt u kali ni. I think that indian man ada betul juga. Kasi hantam satu kali baru dia ingat sikit. I pernah kena twice dgn lady driver. Memang selfish. Satu kali lebam kepala my son hantuk dashboard kete. Masa tu my son baru setahun lebih. That lady siap betul2 rambut blonde dia n gelak2 dgn kawan2 dia. Terbakarnye darah. Tapi xjadi marah sb xlama pastu motor langgar side mirror dia patah. Wahahaha.

2nd time sama juga. Same age. Blonde lady juga. Tp kali ni sempat break. Tp masa ni hati da baik sikitla. Da xmarah. Da muhasabah diri bebanyak. Mungkin ni dtg sbb khilaf diri. So lantakla. I yakin dgn karma. U xkan dapat dr i, tp dr org lain.

N ur kes lets assume that lady da terbiasa buat org, so sampai masa buku bertemu ruas.

Puan J

Anonymous said...

Aku motorist, aku dok bukit jalil. Mmg lalu equine, n kawasan sekitar. Ya. Aku pun pernah mengamuk tp tak sampai baling helmet sb aku pun penakut. Aku nk bgth yg aku ni pon bukan racist- namun setakat 4 thn duduk cni aku beberapa kali hampir dilanggar oleh perempuan berbangsa cina (ok tak aku pgl camni) yg drive kete sukahati tukar lane etc. ko tau pilla, dlm hati mmg aku rs nk baling pompuan2 tu dgn helmet sb dorg kadang drive tak angkat tgn pun wlu pintas laluan kite etc. so aku rasa lelaki berbangsa india ni manusia yg normal. Btw, ko tau last 2 yrs pilla kat area puncak jalil ke LEP ade 4WD langgar sekeluarga berbangsa melayu (lelaki, perempuan dan anak berusia 2 thn jgk sampai meninggal) sebab 4wd tu uturn kat tpt takleh uturn tak silap aku. So kalini aku bengang sikit la dgn pak radie sb marah lelaki berbangsa india itu kerana selaku penunggang moto pak radie plu memahami jiwa2 rider yg bawak anak kecik. Chewah pjg aku khutbah aidiladha. Slmt hr raya pilla.

Anonymous said...

Eh aku sambung sikit lagi. Ayat ko 'Aku rasa kalau ko cakap elok sikit, perempuan tu turunlah.. 'Aku yakin 200% la pompuan tu takkan turun. In fact klu lelaki berbangsa india tu takde aggressive gesture confirm wanita tersebut blah drive camtu aje. Sakit hati woihh. Hihii. Cool cool. Aku plak hangin ni seakan jiwa bersatu dgn lelaki berbangsa india tersebut.

d'imans bridal couture said...

Uhuu..

Kak filla, sy silent reader kak filla.. keje pun sama mcm kak filla.. tetiba sy nk mengkomen kat ruangan ni sebab kes road bully terjadi pd sy..kes masuk simpang je.. pemandu yg ala kiki tu lelaki.. dia keluar dari kete terus tendang kt bahagian cover tayar, memang kemek..pastu marah2 n nk suh sy turun..camne nk turun kalu da marah2 siap tumbuk cermin.. masa tu Allah je tau perasaan sy..nasib mak sy ada kt bahagian penumpang..dia la turun mintak maaf..kesnya dia bawak laju masa masuk simpang n xperasan kete sy sdgkan sy dan bg signal..ms dia nmpk kete sy terus dia break mengejut..dia ckp anak dia terpelanting..org masuk simpang mn la bwk laju.tp klu anak da terpelanting tu agaknya 100km/jam la dia bawak..da la pemandu melayu....sedey