Showing posts with label Petronas. Show all posts
Showing posts with label Petronas. Show all posts

Friday, February 05, 2016

PUMP AND WIN A MERCEDES-BENZ CLA200!!

 Siapa kat sini yang ada PETRONAS Kad Mesra?  Rasanya semua yang isi minyak kat PETRONAS mesti ada kan kan kan?  Sama ler kiter hahaha.. 

Apa yang bestnya ada Kad Mesra PETRONAS ni? Mestilah best sebab kita boleh kumpul points setiap kali beli belah kat Kedai Mesra PETRONAS dan bila pam petrol pon boleh guna kad ni untuk collect points.. Dari kita tak guna baiklah kita guna at least dapat kumpul points banyak-banyak.. pastu boleh redeem barang PETRONAS yang best-best ;)

Tapi kalau korang nak tau PETRONAS nak bagi semua pengguna Kad Mesra ni hadiah.. Bukan hadiah biasa ye.. ni hadiah LUAR BIASA.  Teruja gila Kak Pilla tengok hadiah-hadiah yang PETRONAS tawarkan.. dapat saguhati pun takpelah walaupun target Kak Pilla ialah hadiah pertama Mercedes-Benz CLA200.  Perghhhh ni mimpi ke betul ni?

 Caranya mudah je.. Swipe Kad Mesra anda di mana-mana PETRONAS Station dengan minimum pembelian RM40.  Anda mungkin akan terpilih sebagai orang bertuah tu.. siapa tahu rezeki kalau tuhan nak bagi ni tak kira siapa ye.. Wow Kak Pilla menaruh harapan hahahaha

 Arghhh ruginya siapa tak de Kad Mesra PETRONAS.. Tapi takpe siapa yang belum ada masih berpeluang untuk menang ye.. Pergi je mana-mana PETRONAS Stations pastu buat je Kad Mesra ni.  Lepas tu, jangan lupa daftarkan kad di www.kad-mesra.com.my atau telefon jer PETRONAS Mesralink 1 300 22 888 atau emel mesra@petronas.com.my 

Kempen anjuran PDB ni dibuat untuk menghargai pengguna PETRONAS sendiri.  Baru-baru ini PDB juga memperkenalkan PETRONAS Dynamic Diesel with Advanced Energy Formula dan tahun lepas juga mereka melancarkan PETRONAS PRIMAX 97 with improved Advanced Energy Formula, the nation's first Euro 4M-compliant RON 97 fuel.

 Kalau tak menang MERCEDES-BENZ CLA200 pun takpe, dapat menang Piaggio Vespa cute warna merah tu pun jadiklah nak hadiahkan kat suami terchenta hahahaha.. Mesti comel naik berdua dengan Pak Radie.. Eish nakkkkkk!!!

 Sila lihat sendiri hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh PETRONAS.. Dasyat ni siap dapat petrol percuma plak tu.. dapat bawak balik Java Fit Foldable Bikes tu pun dah bersyukur.. i want i want!!!

Kalau nak sertai jom kita "PUMP N WIN" bermula 5 January hingga 29 February 2016 sahaja!!! Ingat ya, swipe Kad Mesra anda dengan jumlah pembelian minimum sebanyak RM40 sahaja.  

Bye nak gi isi minyak kat PETRONAS Station jap ;)

Love, 
Filla.

Friday, September 26, 2014

CHEF WAN BAGI TIPS MENJAGA KESELAMATAN DI DAPUR

*scroll down for new entry*

Aku adalah orang yang super cerewet bab keselamatan.. Eh bukan aku je kan.. Confirm semua pun macam tu.. tak kira lelaki atau perempuan.. Aku menitik beratkan bab keselamatan especially kat rumah sebab rumah lah tempat untuk kita berehat bersama keluarga, melepaskan penat lelah, anak-anak semua ada kat rumah.. Kita kene pastikan rumah adalah tempat yang PALING SELAMAT untuk keluarga kita.. 

Memang malang tak berbau, tapi kita selaku orang yang paling bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan seisi keluarga kena selalu peka.. Jangan main-main pasal keselamatan ni.. Contoh aku takkan tadah air dalam baldi sebab aku ada anak kecik yang berumur 1 tahun 1/2 yang tengah nak explore semua benda kan.. Kalau dia main air and terjatuh dalam baldi?  Aku pastikan alarm kat rumah sentiasa on sebelum tidur sebab takut pencuri masuk.. Aku pastikan semua plug ditanggalkan selepas guna (especially extension plug) Risau takut tetiba litar pintas ke apa kan?

Untuk keselamatan di dapur pulak, aku akan pastikan gas dalam keadaan ok.. Kita guna gas untuk memasak so kita kene make sure kita selalu check keadaan gas, saluran gas tu ada kebocoran atau tidak.. Kalau bocor dan kita biarkan sangat bahaya ok.. Api boleh menyambar sebab ada gas yang keluar dari saluran hos gas tu.. 

Now Kak Pilla nak ajak u olls semua tonton video Celebrity Chef kita ni... Siapa tak kenal Chef Wan kan? Aku dulu tiap-tiap petang tengok rancangan masakan bersama Chef Wan... Dengar pengalaman Chef Wan ketika di dapur.  Chef Wan akan demonstrate dan bercerita tentang keselamatan ketika berada di dapur.



Tips keselamatan di dapur

1. Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan.
2. Selalu pastikan sistem pengudaraan adalah bagus semasa sedang memasak.
3. Dapur / Stove diletakkan agak tinggi dari silinder gas.
4. Pastikan jarak antara silinder gas dan dapur sekurang-kurangnya 1.0-1.5 meter.
5. Jangan letakkan silinder gas di ruang yang tiada sistem pengudaraan yang baik.
6. Jika ada bau aneh dari silinder gas dan jika ada serangga di alat-atur (regulator) bermaksud ada kebocoran pada gas.
7. Turn off / matikan semua punca bahan api dan jangan gunakan atau kendalikan barangan elektrik jika ada bau yang keluar dari kebocoran gas.
8. Jika ada kebocoran gas, sila hubungi 
PETRONAS Mesralink 1 300 888 181.
9.  Jika ada kebakaran, sila hubungi Fire & Rescue Department of Malaysia (BOMBA) di talian 999.
10. Pastikan kedudukan silinder gas diletakkan menegak.
11. Nyalakan api sebelum menghidupkan dapur/stove.
12. Pastikan anda menggunakan gas regulator dan hos yang mendapat kelulusan Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) sahaja.
13.  Anda digalakkan menukar gas regulator 5 tahun sekali dan hos setiap 2 tahun sekali.
14.  Gunakan air sabun untuk memeriksa kebocoran gas.  Jika terdapat buih, ini bermakna ada kebocoran.
15. Selalu lakukan pemeriksaan pada gas regulator dan hos dari semasa ke semasa.
16. Switch off / matikan dapur/stove dan tanggalkan gas regulator valve jika tidak digunakan.


Ingat ye, pastikan anda ikut tips kat atas tu.. Keselamatan harus diutamakan ;)



Love, 
Filla.

Friday, June 06, 2014

PETRONAS PRIMAX 95 YANG BAHARU LEBIH JIMAT.

Pada 26 May 2014 haritu Kak Pilla dapat invitation untuk hadir ke majlis Pelancaran PETRONAS PRIMAX 95 with Advanced Energy Formula.. Apa tu? Haaaa tu lah korang... Sekarang baru nak tau.. Kalau Kak Pilla tak bagitau.. semua tak tau lah tu.. heheh.. Amboi belagak sangat Kak Pilla ni tau..

Nanti Kak Pilla cerita tentang NEW PRIMAX 95 tu.. Now jom kita tengok sepanjang majlis Pelancaran tu berlangsung.. Pelancaran berlangsung di Stesen PETRONAS, Techonology Park Malaysia.. Alaaaa.. yang dekat area Bukit Jalil tu.. 

Masa baru sampai tu.. wow gilang gemilang majlis ni rupanya.. ramai polis yang ada di persekitaran stesen PETRONAS ni untuk membantu orang ramai nak meletakkan kenderaan.. Nasib baik Kak Pilla ni terror.. parking dekat sangat ngan tempat majlis berlangsung.. hehehe.. 

Sedang menunggu ketibaan Encik Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, Managing Director and Chief Executive Officer of PDB.

Selesai mendaftarkan diri, kitorang pun cari tempat duduk yang dikhaskan di bahagian depan.. Oh tu Kak Pilla memang suka.. sebab akak ni rabun sikit kalau duduk belakang tak nampak... hehehe

Bersama Cik Epal yang cantik sangat.. 

Orang ramai dah mula memenuhi ruang yang disediakan.. Acara akan bermula sebentar lagi.. 


Encik Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus memberikan sepatah dua kata.. Masing-masing mendengar dengan tekun termasuklah aku.. Sebab aku memang pengguna tegar PETRONAS.. Pastu aku perempuan kan.. walaupun perempuan, aku nak ambik tahu jugak apa tu PRIMAX 95 baharu? Baru aku tau.. selama ni memang dah ada kan PRIMAX 95.. tapi kali ni PETRONAS memperkenalkan PETRONAS PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula dimana ianya lebih menjimatkan minyak sehingga 30% pengurangan petrol dan secara tidak langsung akan menambahkan lagi mileage.  Amboi yang tu memang terbaek!!!! Jurutera PETRONAS membantu pelumba dunia mereka dan pasukan Mercedes AMG Petronas Formula 1 meraih kemenangan dengan 30% pengurangan petrol.

Lewis Hamilton berkata, penjimatan petrol sangat penting baginya sebagai pelumba Formula One Team.. setiap titis PETRONAS PRIMAX 95 yang diisi akan dapat memberikan performance yang optimum. Beliau turut gembira untuk berkongsi formula kemenangan ini kepada semua pemandu di Malaysia ;)
Walaupun kita bukan pelumba, tapi ini sudah bagus... siapa tak nak penjimatan? siapa tak nak pergi lebih jauh..kannnnnn...

Dengan Advanced energy formula, ia membersih dan melindungi injektor dan bahagian enjin yang kritikal.. Ia meningkatkan pengeluaran tenaga dengan pembakaran sempurna dan mengurangkan kehilangan tenaga dengan melicinkan dinding silinder.. Walaupun aku ni blur orangnya.. tapi explanation yang padat dan ringkas ni memang aku faham.. jangan risau. hehehe.. 

1. Membersih 

2. Menghasilkan Semburan Halus

3. Mengurangkan Geseran

4. Penjimatan sehingga 30% petrol

5. Mampu pergi lebih jauh

Simple kan? Aku happy sangat dengan pelancaran PETRONAS PRIMAX 95 yang baru ni ;)


Ok jom Kak Pilla bawak readers Kak Pilla untuk lihat perasmian PETRONAS PRIMAX 95 with Advance Energy Formula ni.. 

Sebuah kereta jenis Mercedes telah bersedia untuk diisi dengan PETRONAS PRIMAX 95 baharu.

Fuhhh ramainya photographer.. tejingkit-jingkit Kak Pilla nak snap gambar ni.. 

Suka gambar ni sebab ceria sangat.. Kali ni kita isi petrol untuk motosikal berkuasa tinggi pula.. 


Bergambar kenangan bersama bikers.. Hebat betul siap ada lady bikers..

Syabas kepada PETRONAS kerana sentiasa peka akan keperluan kami :)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mymesra.com.my




Love,
Filla.

PESTA KAAMATAN DAN GAWAI.

*scroll down for new entry*

Sebagai rakyat Malaysia, aku bangga sebab dapat hidup dalam suasana aman dan damai.. Rasa bersyukur sebab kita masih boleh bebas ke sana sini.. anak-anak masih boleh ke sekolah dan belajar.. Aku bangga sebab rakyat Malaysia berbilang kaum tapi masih serumpun.. 

Kalau diberi peluang, aku teringin nak melawat kawasan-kawasan pedalaman.. Aku nak melihat dan belajar budaya dan tradisi kaum-kaum yang ada di Malaysia.. Aku lahir di Sabah Negeri di Bawah Bayu.. Setiap pagi aku bangun, langit cerah dan aku boleh nampak puncak gunung kinabalu tersergam indah.. Damai sangat.. Aku dah biasa berkawan dengan macam-macam bangsa di Sabah.. Iban, Kadazan dan lain-lain.. Cuma Sarawak aku belum sampai lagi.. Teringin nak pergi sana.. teringin nak melawat rumah panjang dan kaum-kaum di Sarawak pulak.. InshaAllah suatu hari nanti :)

Baru-baru ni telah dilancarkan kempen Pesta Kaamatan dan Gawai di atas usaha PETRONAS dan kerjasama MASwings..  Pesta Kaamatan dan Gawai merupakan dua perayaan bagi meraikan dan menghayati kekayaan budaya warisan dan tradisi masa lampau yang dimiliki negara kita Malaysia.  

Aku memang dari dulu suka tengok kostum masyarakat di Sabah dan Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum semasa menyambut perayaan Kaamatan dan Gawai.. Pakaian yang unik, alat muzik tradisional dan tarian semasa perayaan sangat memukau pandangan, malah boleh menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia kerana menghargai peninggalan warisan dan tradisi berzaman ini.  

Sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Gawai ini, pihak PETRONAS telah menghasilkan sebuah filem web yang mengetengahkan kekayaan budaya dan ritual-ritual dalam pesta itu dan akan disiarkan di kaca TV, media cetak dan laman YouTube rasmi PETRONAS bermula 26 Mei ini supaya dapat dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia.  Aku dah berkesempatan untuk melihat filem web ini dan rasa sangat kagum melihat keindahan budaya semasa Pesta Kaamatan dan Gawai ini.. Nanti korang tengok ok?

Sedikit ucapan dari Yang Berbahagia Captain Dato' Nawawi Awang, CEO MASwings.  Selain dari filem web, kempen ini turun diperhebatkan dengan pelbagai aktiviti termasuklah kerjasama tiga syarikat penting iaitu PETROSAINS, MASwings dan Galeri PETRONAS.  Mereka telah membawa 45 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari Sabah dan Sarawak untuk bermalam di Lembah Klang sambil menyertai program pengembaraan bagi memberi pengalaman baru yang dapat membuka minda mereka.  Mereka berpeluang menyertai ceramah motivasi, melawat fasiliti penyediaan makanan penerbangan Malaysia (MAS), lawatan ke Menara Kembar PETRONAS dan menyertai pelbagai aktiviti menarik di PETROSAINS dan Galeri PETRONAS.  

Sementara itu Cik Norliza Kamaruddin selaku Senior General Manager, Group Strategic Communications PETRONAS turut menyampaikan sepatah dua kata.  Selain kempen membawa 45 pelajar dari Sabah dan Sarawak, PETRONAS juga meraikan Pesta Kaamatan dan Gawai menerusi program kemasyarakatannya yang bertajuk "Sentuhan Kasih".. Dalam program ini PETRONAS meraikan dan membantu komuniti-komuniti yang kurang baik semasa musim perayaan itu di Sabah dan Sarawak. Sukarelawan yang terlibat merupakan kakitangan PETRONAS yang mana mereka akan bersama masyarakat tempatan di Papar, Bintulu dan Miri bagi menjalankan kerja gotong-royong seperti membersihkan rumah-rumah panjang untuk persiapan menyambut perayaan tersebut.  Bantuan juga akan disalurkan oleh PETRONAS kepada mereka seperti beras, tangki air, dapur gas, tong gas, vitamin dan bantuan makanan supaya hari perayaan akan lebih bermakna :)

Pesta Kaamatan diraikan setiap tahun oleh masyarakat Kadazandusun di Sabah.. Aku dulu ramai kawan-kawan Kadazan di Sabah.. So aku tau sikit-sikit kebudayaan mereka.. paling aku suka tarian buluh.. Wan dulu terpilih sebagai wakil untuk tarian buluh yang lompat-lompat kat buluh tu.. memang unik sangat sebab kalau salah tarian kaki boleh tersepit antara buluh-buluh yang diketuk mengikut irama dan lagu.. Pesta ini diadakan sebagai ungkapan kesyukuran ke atas hasil tuaian yang melimpah, sekali gus mendoakan hasil tuaian yang lebih baik bagi tahun-tahun yang mendatang.

Di Sarawak pula kita panggil Pesta Gawai.. ia melibatkan ritual yang telah diamalkan sejak turun-temurun serta upacara penghormatan kepada leluhur bagi menandakan akan berakhirnya musim menuai dan menyambut esok hari yang dilimpahi dengan kebaikan.  Perayaan Gawai diraikan oleh masyarakat Dayak, seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Kelabit, Murut dan Orang Ulu di Sarawak.

Mungkin ramai masyarakat dari Semenanjung Malaysia kurang tahu akan perayaan Kaamatan dan Gawai di Sabah dan Sarawak ini.. Sebab tu kita mesti mengambil tahu apa yang terjadi di Negara kita Malaysia.. Kita mesti mengambil berat antara satu sama lain kerana kita bernaung di bawah satu bumbung iaitu Malaysia.  Usaha PETRONAS, MASwings, PETROSAINS, Galeri Petronas dan Sarawak Tourism Board untuk mengadakan kempen sempena Pesta Kaamatan dan Gawai harus diberi pujian kerana ia dapat memupuk semangat cintakan budaya dan kaum di Malaysia.  

Turut diadakan Sidang Akhbar untuk menerangkan tentang kempen tersebut.

Kak Pilla rasa sangat bertuah kerana diberi peluang untuk melawat Galeri Petronas KLCC dan mendengar penerangan tentang hebatnya Pesta Kaamatan dan Gawai yang disambut di Sabah dan Sarawak.. Semangat cintakan negara yang berbilang kaum semakin menebal di hatiku ;)

"KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN"

and

"GAYA GURU GERAI NYAMAI"


Love, 
Filla.

Thursday, July 25, 2013

Majlis Buka Puasa bersama Petronas Dagangan Berhad

Baru-baru ni, i was invited by Petronas Dagangan untuk majlis berbuka puasa... buat kat Intercontinental Hotel.. so aku tak delah macam terkial-kial.. sebab few weeks baru pegi sini.. selamatttt hahaha.. Hotel Niko lama kat Ampang Park tu.. bila di check-check siapa lagi bloggers yang invited? Ceera and Jemah pon ada.. Ok baru semangat nak pegi.. kalau harap aku sorang je terkontang-kanting kat sana, baik aku duduk rumah je.. hahaha..

Dihantui rasa bersalah.. aku masak siap-siap untuk Pak Radie and budak-budak.. Aku buat Asam Pedas Ikan Pari, siap letak bunga kantan dan daun kesom.. resultnya tak pasti sebab aku langsung tak rasa... bibik cakap ok.. tapi nya Pak Radie sakit perot esoknya 10 kali kuar masuk toilet.. Salahkan ku jangan salahkan kuuuuuu... muahahahahha.. bibik ok je?.. ni perot dia yang anjer angat ni.. 

So aku orang first sampai.. bila tanya Willy from Nuffnang.. siapa lagi? Hohoooo tak ramai.. kitorang je.. pastu aku bajet dia buat besar.. yelah majlis buka puasa kan.. Petronas plak.. mesti ramai.. rupanya tak.. ada 2 tables je.. Petronas Dagangan Team and media.. Oh baru ku tahu. terus tercuit-cuit ngan Ceera.. "Alaaa camna nak makan banyak-banyak... malu laaa.. ingat ramai gila so kita duduk semeja gitu".. "Itulahhhh... camne?".. takpe takpe.. 

Penat tunggu staff hotel lalu nak mintak tolong snap.. last-last snap sendiri sudeyyy... Bila dah duduk sembang-sembang baru lah rasa kurang formal... memula tu bepeloh jugak.. muahahah... last-last ketawa-ketawa sampai berair jik mata..

Jom tengok food aku punye.. Perot paling kecik is Jemah.. derrrrr... makan sikit dah hongeh mende? hahahaha.. Ceera boleh tahan jugak boleh bersaing ngan aku bab makan.. muahahah... tapi badan ko adalah ramping.. ini tidak adil.. tidak adilllll bagikuuuuuuu.... 

aku takde nasi tak boleh.. kang pitam. hehehe... kari kepala ikan oiiii.. sedap oiiiiii... 

telan ailio.

ikan pari bakar bersama kuah asam.. dan lain-lain.

sebab salmon adalah sedap, kita repeat.. tapi kali ni bersama oyster.. sedap! 

choc mint and vanilla ice cream.

ABC

Teh Tarik adalah terbaekkkk lemak berkrim.. 

gift (kacang tumbuk)

Kat belah dalam aku tak kuasa nak snap pic.. sempat snap kat luar je.. memacam ada ok.. aku ngan Ceera keluar jap gi amik abc.. pastu perot nak meletop.. camna tu nak makan? so snap pic jelah.. rugi rugi rugi.. 


Ada ice cream potong!!! 


Roti Jala

steamboat

kambing golek

satay

tak pasti ni ayam ke itik ke turkey ke?

Gila kan? ko nak makan cemana.. takde space dah nak sumbat.. yang belah dalam pon tak habis makan.... ish ish ishhhh... 

Ada few pics nak buat cover album.. sila bawak bersabar jelah ngan aksi-aksi over ni ye.. jangan lah plak ada yang sentap kata ahkak ni bajet hot plak... *ehem* dah pandai menyindir fillanie sekarang.. 




Ok? hahahah cukup lah tu yer.. kata nya dresscode tradisional and if possible wear green.. pastu orang lain semua tak green.. choiiiiii... hahahah.. haku siap tudung ngan baju tak matching.. lantaklah janji hijo.. 

Thank you Petronas Dagangan Team and Nuffnang.. 



EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com