Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Saturday, August 22, 2015

KONGSI CERITA.

 Selamat berhujung minggu you ollsss.. Amboi ayat kepoci tak leh blah.. Jangan memain ye, bukan senang Kak Pilla nak update dihujung minggu.. Tapi ni tetiba rajin sebab ada snap gambar tadi.. Phone ni dah gila agaknya gambar bukannya banyak pon tapi storage dah penuh.. haku dah tak tau nak buang apa lagi dah supaya storage banyak balik.. balik2 storage full cannot take picture, eh sentap tau tak?

Ini rutin harian Kak Pilla setiap hari sabtu.. Tak tau lah gigih sangat dah masuk tahun kedua dah Kasih kat Brillington ni.. So far so good.. Lagipun sebab tiap kali register hujung tahun tu aku terus bayar habis setahun ada diskaun sikit dari bayar 3x macam tu.. Aku suka bila dia mingle dengan kawan-kawan kat sana.. tak boleh cakap bahasa lain selain English.  Pandai sangat tu tak lah, tapi ada improvement dari dulu.. dan confident level dia dah tinggi dari dulu.. dia dah tak de takut.. aku tak kisahlah dia paham ke tak English, janji duduk sana 3 jam dia dengar dan belajar sekali..

 Gigih sangat.  Tahun depan aku tak tau lah boleh gigih lagi ke tak.. nak berhenti rasa sayang pulak.. Oh nak citer sikit.. haritu sedih gila sebab rayban aku ni hilang.. Aku tau aku ni cuai sebenarnya.. Aku dapat rasakan aku takkan tercicir kat mana-mana.. Ni mesti aku lupa aku letak mana.. tapi aku diam je tapi hari-hari asyik sedih dan penat pikir mana aku letak.. akhirnya tadi jumpa rupanya dalam handbag lagi satu dalam lemari.. haritu dah punggah cuma bag yang tu je aku tak bukak hahaha.. lega sebab aku sayang semua sunglasses aku especially rayban yang ni.. Yeay gembiranya dalam hati tak yah cakap lah..

 Pastu setiap hari sabtu tu lah sepanjang pergi dan balik aku banyak borak dengan Kasih.. Selalu time balik sekolah borak jugak, tapi masing-masing dah letih so tak de borak sangat.. kadang kasih tido.. tapi bila hari sabtu lah aku rajin dengar dia cerita macam-macam.. kitorang nyanyi sama-sama lepas tu aku kutuk suara dia tak sedap.. dia pulak kutuk suara mama pun sama jugak tak sedap.. muka aku bangga kot nyanyi lagu Ba-ba-ba-ba-ba-baaaa.. ba-na-naaaaaaa... sepenuh hati aku nyanyi kasih ketawa sampai cramp perot.. nyampah, tak bagi sokongan moral langsung.

 Lepas hantar kasih gi tuition aku lari gi GE Mall kejap.. Elly ada treatment kat Marie France settle pukul 3... Laju-laju gi makan kat Cozy Corner sebab pukul 4 macam tu aku dengan Elly ada meeting dengan Fadzrul Nuffnang.

Yo yo oh je haaaa.. tapi Fadzrul ni kelaka boleh tahan.. asyik gelak macam haper je kitorang bertiga kat sini... heheheh

Orang tengok macam senang je jadi blogger nie.. Jadi blogger memang senang, tapi bukan senang untuk maintain blog tu sendiri.. melainkan minat dan isi kandungan blog tu sendiri.. Aku memang suka menulis dari dulu.. So aku rasa takde lah beban sangat nak menulis.. Cuma jadi beban bila kepala otak ni dah tak tau nak cerita apa.. Kalau kupas isu semasa malas pulak, macam bagus-bagus pulak hahahaha.. nak cerita pasal diri sendiri kang orang muntah pulak.. 

So sekarang bila aku rasa nak tulis, then aku tulis.. Ada benda rasa nak share, then aku share.. Harap masih sudi mengadap blog ni ;)

Now aku dah jadi part of bloggerati jugak.. Kadang orang confuse apa tu bloggerati? Kalau nak tau boleh click SINI.  Dunia advertising ni luas.. Kita ada client yang nak atau tidak untuk pilih kita.. Ada banyak kot talent dalam Nuffnang.. Pihak nuffnang mungkin akan propose kepada client untuk pilih sendiri talent/bloggerati mana yang diorang nak.. Client pulak kita tak tau lah dia nak kita disebabkan blog traffice kita ke, penampilan blog kita ke, content blog kita ke, cara penulisan kita mungkin? tahap professionalisme kita ke? Tu aku kurang pasti.  Tapi bila client dah pilih kita, sebolehnya jaga lah tahap professionalisme kita.. disiplin jaga, kalau kene attend event, make sure kita punctual, jangan langgar deadline.. Aku tak suka orang yang bekerja dengan aku nanti pening kepala. 

So far selama aku bekerja dengan Nuffnang aku sangat comfortable.  Diorang very flexible dan professional dengan blogger.  Mula-mula aku dapat event apa aku dah lupa.. tapi aku takuttt kot.. tapi aku kuatkan semangat untuk jadi berani.  Aku ingat lagi aku kene attend meeting kat Nestle.  Masa tu aku tak tau siapa lagi blogger yang dapat job tu.. So aku pegi je.. rupanya aku berdua je dengan Vivy masa tu.. ingat lagi masa tu Vivy pregnant anak first.. tengah tunggu hari nak bersalin.. Lepas tu dalam meeting room tu ramai gila kot orang.. takde yang boleh cakap BM.. semua English, mampos aku hahahaha.. tapi aku buat muka derk je lantak la hahahah.. dah lah meeting tu formal gila.. dengan slide bagai.. tertelan-telan ailio aku.. tapi so far so good.. few times jugak aku dapat bekerjasama dengan Nestle.  

2nd time yang buat aku nervous masa Birthday Nuffnang buat kat Zouq tu.. memang aku tau diorang dah cakap yang nanti ada session nak share experience aku as senior blogger camtu.. ingat biasa-biasa je sikit lagi aku tak datang.. hahahaa.. sekali siap ada interview dengan media.. sakit perot aku hahaha.. pastu tengok dalam program tu ada Q&A session ke sharing experience ke apa tak ingat dah.. tapi masa tu aku dengan KampungBoyCityGirl je kene duduk atas stage tu.. Gila ke apa???? omgggggg ko jangan eh, aku penakut hahahah.. Tapi aku ada perangai pandai buat muka selamba.. kat dalam tu majoriti chinese.. dengan Emcee nye semua spiking london.. mampoih.  

Tapi aku cakap dalam hati, Eh? kenapa orang nak kisah kalau aku nak cakap BM? kenapa aku nak takut? patut aku rasa bangga sebab orang notice aku, orang notice blog aku, padahal aku ni siapa je pon?  Aku naik jugak atas stage.. muka confident.. then masa Emcee suruh introducekan diri dan cerita pengalaman.. First ayat aku yang aku ingat "Hi, i'm Filla from Kasihaleeya.blogspot.com, people usually call me Filla or Kak Pilla, hmmmmm eh, can i speak BM?"  Hahhaha selamba badak ye aku cakap macam tu.. dalam tu penuh orang.. rasa nak pitam kejap.. nasib aku tak pitam betul-betul kat situ.. Tapi semua tepuk tangan cakap "Yessssss, bolehhhh, cannnnn!!!!!!" hahahah gelak aku time tu.. 

Banyak aku belajar sejak jadi talent ni.. Panjang pulak membebel memalam buta ni kan.. Yelah sekali je update blog.. pastu i see u next week.  dasar pemalas.

 Elly pun bloggerati jugak.. Aku rapat dengan Elly lama dah.. dia beli frame aku masa aku buat business frame dulu.. pastu dalam email kot aku tanya dia ada blog ke? rupanya ada hahah.. terus baca, ingat lagi first entry dia aku baca pasal dia order nasi ayam untuk hantar kat sekolah birthday anak dia masa tu.. tapi orang buat nasi ayam tu lambat ke apa siapkan order.. sampai lah ke hari ni dah macam-macam kitorang lalui bersama.. Pastu baru aku kenalkan Peej dengan Elly masa tu first date diorang kat KLCC makan kat Aseanna hahaha.. pun boleh masuk kepala otak.. Peej tu dengan orang tak biasa dia banyak senyap.. Tapi sebab aku jenis bising, Elly pun bising.. dah 2,3 kali jumpa Elly baru mulut Peej bising hahahha.. Eh mengimbau kenangan pulak..

 Ni baru lepas tampar Elly.  hahahhaha memasing malu nak amik gambar depan GE mall.. gila apa orang ramai kot.. tapi Fadzrul macam ok je suruh bediri situ.. terus tekepit-kepit je aku dengan Elly malu hahahah

 Elly siap bagitau Win kalau nampak dia dengan lelaki lain kat GE Mall tu orang nuffnang, bukan boyfriend ye.. hahahahahahhaha.. 

Ok lah dah tengah malam ni, ai is mengantuk oledy.  Good night :)


Love, 
Filla. 
 

Wednesday, April 08, 2015

NUFFNANG 8TH BIRTHDAY!

Hoi berzaman dah kot Nuffnang 8th Birthday Party ni hahahah... Al-maklumlah, busy to the max dan bila sampai rumah je terus energy level tu jadi paling low sekali.. Actually aku plan nak pegi sekali ngan Elly tapi pukul 7pagi tu jugak Elly call tak dapat pegi sebab dia baru balik klinik sebab sakit perot.. Kak Pilla sambung golek atas katil sambil pikir, macamana ni? nak gi ke tak nak? malasnya nak gi event macam ni sorang-sorang takde kawan :(

Tapi tetiba teringat Denise from Nuffnang dah pesan, Kak Pilla nanti ada session untuk Kak Pilla.. tak lama, dalam 3 minit je.. kene bagi speech.. Gila langsung tak prepare apa mende speech pon.. lantaklah.. hahahah.. Akhirnya Kak Pilla bangun jugak mandi dan bersiap untuk pergi.. 

Make up sendiri hihi.. Katanya tema dia 1960's "Breakfast at Tiffany's"

Hoi tak reti nak pakai apa... hentam je.. kata 60's kan? So kita tebalkan eyeliner je lah bagi eyecat sikit.. kononnnnn padahal mata sepet nak eyecat-eyecat hahahahah.. 

Sib baik ada Suraya Sulatin ada jugaklah orang nak diajak berborak dari aku menjadi kayu sengsorang kat dalam hahahaha... dah lah takde belt.. tu belt zaman muda pinggang kecik lagi.. tapi nak pakai jugak, so kene tarik naik atas sikit, kalau tak nescaya ada orang pengsan tak leh bernapas kat sini nanti.. 

Ok sudah-sudahlah tu Pilla jom masuk.


Mereka-mereka ni antara yang rapat dengan Kak Pilla.. from Left, Melissa, XingYi.. Dua-dua pon comel... Ramai lagi yang Kak Pilla tak sempat nak bergambar pon.. 


Orang dah ramai dan Kak Pilla mula panik dan rasa nak muntah.. hahahah dari dulu Kak Pilla tak leh nervous sebab nanti nak muntah.. Tapi muka selalunya pandai cover line.. nampak relax je ;)

Oh sebelum tu.. Ni nama dia Syahira fashion blogger.. First time jumpa, masih muda dan dah berkahwin.. nak kawan boleh, nak lebih-lebih cannot ye.

So ini agenda untuk haritu.. Pukul 12 ada Media Interview with Co-founder.. Eish tak sangka media interview pon Kak Pilla and KampungBoyCityGal pon kene pergi jugak.. lap peloh terus hahahaha.. Nasib baik ada Timothy Tiah back up bloggers sikit :)

Pastu 12.45 tu ada Veteran Blogger Sharing Session.. Tu actually yang buat Kak Pilla peluh-peluh hahahha.. 

Emcee kita haritu ialah Careen Tan..

cake pada hari itu disponsor oleh ForetBlanc.



Syahira and Suraya

Tak lupa juga thank you to Milkcow sebab sponsor ice cream yang sedap tu..

Sempat jumpa Budiey, but sorry Budiey, terpotong pulak kepala hahah.. selalu jumpa Budiey masa event.. especially event makan memang muka kitorang ada hahahah.. 

Sedap, tapi kene makan ice cream awal pagi sejuk perot ahkak.

Untuk yang masih tak tau siapa orang kuat disebalik Nuffnang? Nilah dia co-founder Nuffnang iaitu Timothy Tiah.. Nuffnang sekarang dah ada 7 cawangan seluruh dunia.. (kalau tak silap lah hahahah) So tahniah diucapkan kepada Team Nuffnang kerana mampu melebarkan sayap ke seluruh dunia, semoga lepas ni akan terus maju dan maju bukak banyak lagi cawangan.. 

cake cutting session bersama Nuffnang Co-founder and Country Manager.

Ni antara Nuffnang Team bersama boss.. Alaa ada yang tak muat masuk camera hahahah..  

Bersama blogger dan bukan blogger hahahaha.. Elis kawan Sue ni sweet and happy go lucky (right) suka tengok dia..

Masa ni tengok semua orang nak amik gambar dengan cake.. So Kak Pilla pon amik jugak sekeping hehe.

Comel la tu pegang belon.. ni sebelum kene halau turun stage hahaha.. 

Ok tetiba masa yang dinantikan penuh debaran pon tiba.. Terpaksa buat muka relax je.. dalam hati nak meletop jantung... Session ni dinamakan Veteran Blogger Sharing Session.. Terus kitorang saling berpandangan "why veteran?" hahahhahaha i muda ye i mudaaaaaaa! 

Heheh takdelah, veteran tu maksudnya dah lama berkecimpung dalam dunia blogging.. So pada haritu Kak Pilla rasa sangat dihargai sebab diberi peluang untuk berkongsi pengalaman Kak Pilla kepada semua yang ada.. 

Nampak tu muka ketakutan tapi cover line hahahha.. Sebelah Kak Pilla ialah husband and wife blogger yang share blog mereka yang diberi nama kampungboycitygal pon dah lama berblog.. Kak Pilla pernah pegi event jugak dengan kampungboy dia baik sangat... sangat respect orang.. citygal pon baik.. seronok dapat share pengalaman bersama.. 


Apa yang Kak Pilla nampaklah dalam dunia blogging ni, kita saling memerlukan.. Blogger sangat penting untuk Nuffnang, dan Nuffnang sendiri sangat penting untuk blogger.. Kerjasama tu penting dan untuk bekerjasama tu tak susah.. Untuk blogger baru yang selalu tanya, macamana nak dapat iklan dari nuffnang? macamana nak dapat income? Sebenarnya pastikan berblog itu adalah passion bagi korang.. Kak Pilla berblog since 2004 kalau tak silap.. Lebih 11 tahun Kak Pilla disini.. Macam-macam dugaan dan cabaran dah dilalui dalam dunia alam maya ni.. Ada banyak benda yang bantu Kak Pilla menjadi lebih matang, membuka minda, memandang lebih luas.. Tak semua orang positive kepada kita, ada jugak yang tak suka.. 
Untuk kita berdiri teguh, kita kene ada personaliti yang kuat.. Jangan trying too hard untuk disukai, dikenali dan di'notice' oleh pihak-pihak tertentu.. Bodek-membodek ni paling lah kepantangan Kak Pilla.. sebab sorry to say, orang suka membodek adalah sangat annoying..  Jaga hubungan, buat baik, berbudi bahasa itu dah cukup ;)

 Jadi orang yang ada karakter dan tampil dengan cara sendiri.. Bila bekerja, kita akan terlibat secara langsung dan tak langsung dengan pihak lain.. Ada banyak mata yang memandang cara kita, disiplin kita, professionalisme kita, time management kita semua tu penting untuk berjaya.  Jangan sombong dan mendongak ke langit sangat.. sentiasa fikir, kalau kita rendah ada orang lebih rendah dari kita, kalau kita rasa kita dah tinggi, ada orang yang lebih tinggi dari kita.. 

Ada yang tanya masa sesssion tu.. bagaimana menangani haters? Ada banyak cara, tapi Kak Pilla rasa cara paling berkesan ialah IGNORE THEM.  Tapi kadang kita ni manusia biasa, ada perasaan marah jugak, tapi cubalah kawal.. dan paling berkesan ialah JAUHKAN DIRI dari orang-orang yang negatif.. orang yang suka mengumpat, orang yang suka bercakap pasal orang lain yang ntah betul ntah tidak.. jauhkan diri dari terlibat dengan orang-orang negatif macam ni.. sebab lama-lama kita akan jadi macam tu dan semakin hari kita akan jadi semakin down.. semakin mundur.. 

Jom tengok best dress haritu :)

Comel kan?


Ok itu saja nak cerita hari ni..

Kepada Nuffnang, semoga terus berjaya dan berdiri dengan lebih teguh lagi.. Thank you kepada semua team Nuffnang sebab jaga Kak Pilla dengan baik.. My manager (Adrian), my good friend Melissa, Denise, Pui Yee, Enwei, Jo Yee, Rebecca, Vivien, Xing Yi dan ramai lagi yang Kak Pilla tak sebutkan nama kat sini.. Thank you sebab selalu layan Kak Pilla yang selalu blur-blur.. korang selalu gelakkan Kak Pilla kan? hahahahahhahaha... 

Ok itu je nak cerita, kerja rajin-rajin yeeeee... tata titi tutu.. byeeeee..



Love, 
Filla.

Friday, March 06, 2015

UNIVERSAL STUDIO JAPAN AND RINKU PREMIUM OUTLET OSAKA - PART 3

*scroll down for new entry*

Bertemu kembali dalam entry final untuk trip Kak Pilla ke Osaka dan Kyoto Japan :)

Sebelum tidur dah set jam untuk bangun subuh.. So macam biasa, bangun mandi dan solat subuh.. Lepas tu terus bersiap untuk meneruskan perjalanan.. Tapi sebab masih awal sebab harini tak rushing sangat.. Kak Pilla termenung kat tingkap hotel dan inilah pemandangan dari bilik Kak Pilla di Sheraton Miyako Hotel Osaka.. Dalam hati berkata, selamat tinggal, kejap lagi dah nak check out dari hotel yang best nie.. ntah bila akan datang menjejakkan kaki ke sini lagi.. InshaAllah ada rezeki kita jumpa lagi ye..

Honestly Kak Pilla suka Osaka.. bangunan dia pesat membangun tapi tetap ada keistimewaannya.. Orang kat sini semua sibuk dan jalan laju-laju especially hari berkerja.. tapi cuaca dan jalan-jalan kat sini tetap tenang.. tak serabut kepala sebab kereta kat jalan raya sini semua sopan.. pejalan kaki mengikut peraturan dan saling menghormati antara pemandu dan pejalan kaki.. sebab tu rasa aman je bila kita berjalan kaki kat sini.. takkan kedengaran bunyi hon kereta pun.. takde orang marah-marah pun ;)

Last day kat Hotel baru perasan ada coffee comel kat bilik haha.. nampak sangat malam baru balik, penat terus tidur.. esok awal pagi dah keluar.. sampai tak sempat nak bancuh kopi hahah..

Aaaa comelnya.. siap ada penapis serbuk kopi.. tuang je air panas dan tunggu air turun ke dalam cup..

siap ada sudu kertas yang kene kelepet kan dia menjadi sudu comel hehehe.. Ok sempat minum kopi dengan Pak Radie sebelum bawak turun luggage untuk breakfast dan check out..

Sebab tu Kak Pilla cadangkan korang stay kat Sheraton Miyako Hotel Osaka.. Hotel ni memang Muslim Friendly sebab ada section untuk Muslim.. 

So ini bahagian untuk Halal Food.. walaupun tak banyak sangat, tapi Kak Pilla suka effort Hotel ni untuk sediakan halal food, terasa welcome sangat duduk sini :)

Ni rasanya macam nasi.. tapi beras dia macam lain sikit.. maybe ikut selera Arab kot hehehe..


macam makanan Arab kan? tapi still ok, tekak masih boleh terima..


So ini breakfast Kak Pilla pagi tu.. kenyang Alhamdulilah..

Eh lupa nak bagitau ke mana arah tujuan kitorang.. Pagi ni check out dan terus menuju ke Universal Studio Japan!!!! Yeayyy tempat yang diidam-idamkan hahaha..

Pukul 8.30 pagi lepas breakfast terus keluar dari hotel nak naik Uehommachi Nara Line turun ke Nishikujou Station..

Tu diaaaa tengok ada berapa banyak line kat situ hahah.. Tapi kalau pegi sorang atau berdua boleh belajar lagi nie.. Ok pastu tukar pulak ke JR Yumesaki Line terus ke Universal City Station

Nampak tu? dengan tolak bag lagi berlaga-laga dengan orang nak pegi kerja hahaha.. masa ni hari Isnin so memang time ni lah orang pegi keje dan kitorang sibuk nak pegi Universal Studio hehehe..


Tempat duduk khas untuk warga emas, perempuan mengandung dan untuk yang kurang upaya.. kat Jepun diorang sangat alert.. kalau takde yang memerlukan kerusi ni kita boleh duduk.. tapi bila nampak orang yang lebih memerlukan, memang kelam kabut bangun untuk bagi diorang duduk.. memang respect cara diorang ;)

Yeay dah sampai dah.. excitednyaaa!!

Ishhhhh terus terbayang anak-anak time nie.. Pak Radie tu lagi lah.. dia memang close gila dengan anak-anak.. nampak je ni terus dia cakap "kesian budak-budak tu, kalau diorang ada mesti diorang suka nie" aishhh emo plak dia hahaha..

Sebelum masuk ke Universal Studio, korang akan jumpa City Walk ni dulu.. ada macam-macam kat sini tau.. antaranya Hard Rock Cafe, Bubba Gump Shrimp Co. dan ada macam-macam restaurants, cafes and fast food kat sini.. lebih kurang 30 ada kot.... City Walk ni ada 5 tingkat termasuk parking di tingkat 1 dan 2..Kat tingkat 4 pulak ada Osaka Takoyaki Museum..

Pagi tu terlalu sejuk kat sini.. angin pun kuat jugak.. bila angin tiup je laju-laju nak lari sembunyi kat dinding bangunan hahaha..


Little Osaka ni ada jual macam-macam termasuklah biskut dan chocolate..

Tak sangka plak kat sini ada Hard Rock Cafe.. Kak Elly ada whatsapp nak kirim t-shirt HR Osaka tapi masa tu Kak Pilla dah keluar dari HR Osaka yang pegi masa first day tu.. siapa suruh pesan lambat.. so bila nampak ni laju-laju masuk dalam belikan t-shirt dia kirim.. rezeki betul ;)



Haaa tu diaaa dah nampak dah Universal Studio Japan yang terkenal tuuu.... Eh diorang ni gi sembunyi kat situ plak hahaha.. terus Kak Pilla jerit suruh snapkan gambar heheh

Fuyo melintang-lintang roller coaster.. sorry ye, i penakut.. 

Bergambar kenangan depan pintu masuk USJ..

Fuyooo ramai gila orang beratur nak masuk ni..

Pagi lagi dah penuh beratur

Kalau korang nak beli ticket kat kaunter pon boleh.. Ticket Booth dibuka 1 jam sebelum park dibuka.. dan tutup 2 jam sebelum park ditutup.

Ok ni Kak Pilla share harga tiket untuk masuk ke Universal Studio Japan
*price may varies  from each entrance date.

For Adult (1 Day) lebih kurang RM202, with tax jadi RM218 macam tu.. 


 Refer gambar kat atas ye.. Kot-kot korang nak amik Express Pass pilih lah nak yang mana satu..

 Ni pon sila amik.. Banyak membantu untuk korang plan mana nak pegi dulu..

Untuk maklumat lanjut tentang Universal Studio Japan sila click SINI

Gambar kenangan lagi ;)

Teruja bila melangkah masuk ke sini..

Semua muka ceria je.. Orang Jepun especially remaja-remaja dia semua jenis happy go lucky dan suka senyum-senyum.. 

Korang nampak macam panas kan? tapi Ya Allah sejuk gilers hahaha.. kejap pakai glove.. nak snap pic bukak lagi glove..

Staff yang sentiasa tersenyum dan ceria menyambut visitors.


Haish tengok roller coaster je terus Kak Pilla sakit perot.. hahaha

Nampak angin tiup tu.. huwaaaa menggigil...

Staff yang sentiasa memastikan USJ bersih ;)

Ehhhh ada Sesame Street laaa..

Ok tempat pertama yang kitorang akan pergi ialah Harry Potter World haha.. 

Siapa pernah tengok dan minat gila Harry Potter sila angkat tangan!! Siapa yang dah pernah tengok movie je akan memahami tempat ni dan korang akan rasa seperti betul-betul berada di alam Harry Potter.. Kak Pilla tengok setengah jalan je dulu muahahah.. Pastu masuk sini terpaksa berlakon macam paham hahaha..

Haaa comelkan diorang ni? Siap bag Hello Kitty.. 

Ok ni pun boleh framekan.. hahah pengsan lah camni.. Sian anak-anak confirm jealous ni hehe

Melangkah je masuk dalam ni terus macam ternganga-nganga sebab kagum sangat diorang boleh bina tempat ni sebijik macam dalam movie..



Hah tengok tu.. tak nganga korang tengok? Kak Pilla nganga jugaklah sebab jakun hahah

Butterbeer ni memang ada dalam movie jugak kan? 

Scary kan? Siap ada burung hantu plak melepak kat atas tu..

Macam berada di alam fantasi je kat sini..

Kawasan ni memang ramai orang bergambar sebab background ada castle lawa tu

Ok jom ikut Kak Pilla masuk dalam ni..

Alahai comelnyaaaaaaa.. nak beli boots untuk Leecha lah jugak hahah.. tapi pakai dalam rumah je lah hahahahah..

Kejap lagi nak naik ride "Harry Potter and the Forbidden Journey".. so sila baca tu betul-betul ya.. syarat-syarat untuk naik ride ni.. 

Kak Pilla macam cuak-cuak.. apa ni macam seram je?? Tapi Idham telah meyakinkan Kak Pilla if tak naik ni adalah satu kerugian besar.. hahahaha ok ok okkk.. akak naik lah..

Siapa beli express pass boleh lah laju sikit.. kalau tak memang agak berjanggut jugak.. Tapi percayalah, walaupon korang kene beratur sampai janggut keluar, memang seriously berbaloi-baloi ok!!!!!

Kat dalam ni dah gelap dan tak dibenarkan snap gambar.. so Kak Pilla citer jelah ye.. Ride ni guna state-of-the-art 4K technology.. Korang kene duduk kat kerusi pastu lock diri kat kerusi tu.. dan bersedialah untuk terbang bersama Harry Potter dalam magical journey.. Fuhhh best gileeerrr percayalahhh!!! rasa memang terbang betul-betul laju gila feeling dia sebab merentasi gunung ganang, hutan dan berselisih dengan segala raksasa.. menjerit-jerit jugak Kak Pilla dalam tu.. i kan over hahaha.. tak tau jerit sebab gayat atau sebab seronok sangat.. 

Ingat pesan Kak Pilla, kalau korang sampai kat Universal Studio Japan ni, Harry Potter and The Forbidden Journey ni WAJIB try ok?

Ok settle tu jom kita jalan-jalan lagi.. Eh tapi nak try jugak minum ButterBeer.


Don't worry, Non-Alcoholic ya.. nama je macam tu hahah.. 

Muka jangan serious sangat pleaseeee.. hahahah.. stress ke apa ni.. korek-korek carik duit dalam bag hahahah..

Over kan budak 3 orang ni? Haritu ice cream.. ni ButterBeer pulak.. Eh tapi macam lawa gambar ni kan.. Ok kita nak framekan ke tak? *tumbukKakPillaberamairamai*

Tengok tu siap dia design ice tajam-tajam gituuu.. Kat sini ada shops yang jual semua barang-barang berkaitan cerita Harry Potter.. So siapa yang fanatik movie ni silalah korang pegi beli dalam tu.. 

Ni ada show kejap.. 

Tolonglah.. Kak Pilla tengok Harry Potter movie tak habis dulu.. so macam blur-blur kenapa katak??? and why the kataks so biggggg??? Euwwwww..

Kalau tengah berjalan-jalan tu haus, jangan risau, bak keluar je duit.. banyak minuman tu haaa..

Uii ni kalau bawak anak memang kene paw habis-habisan nie..

Amity Village.. Ramai beratur nak amik gambar..

Ok lah, i nak balik rumah dah ni.. byeeeee..

Sebelum Kak Pilla terlupa meh Kak Pilla share General Information kat korang yer.

Kat USJ ni no outside food allowed ye.. for breastfeeding mom ada bilik untuk baby.. pastu utk baby feeding, diaper changing pon ada disediakan.. equipped with hot water lagi tau.. microwaves pon ada utk panaskan baby food.  Stroller rental and Wheelchair pon ada disediakan.. 

Coin-operated lockers pon ada just in case ada yang nak simpan barang kat locker boleh ye..ATM pon ada kot-kot nak shopping duit tak cukup jangan susah hati ;) Oh ye, smoking area juga ada disediakan kat dalam USJ ni tak leh sesuka hati merokok merata-rata..

Berangan sangat dia ni..

Banyak sangat gambar nak share.. muntah lah korang ngadap entry Kak Pilla hahaha

Lagi satu attraction kat sini ialah Jurassic Park.

Food Court pon ada kot-kot nak membasahkan tekak ke apa sila lah singgah ;)



korang boleh try Jurassic Park - The Ride kat sini ok..

Puas jugaklah berjalan tak habis-habis kat sini.. Lawa-lawa shops dia..

Kalau lupa nak amik pamphlet boleh singgah sini

Kat sini boleh check berapa lama masa nak beratur untuk rides and shows.

Tak paham kenapa gaya berjalan melentik macam ni hahaha

Sebagai coca-cola collector haruslah amik gambar kat sini ;)

dengan gaya paling memukau hahaha

Hellooooo anybody home???

Ok ni boleh framekan tunjuk kat anak cucu hehehe.. gangster sangat nenek korang ni heheh

bersama kekasih hati.. Idham jangan muntah please.

Mesti dia kesejukan time ni.. 

Pipi Kak Pilla dah keras kebas time ni sebab sejukkkkk... kat sini ada The Amazing Adventures of Spider-Man - The Ride.. tapi Kak Pilla tak masuk sebab kitorang tak leh lama kat sini.. kalau nak beratur memang tak sempat.. 


Pak Radie kesejukan hehe

Eh Kak Pilla cuba buat aksi apa ni.. 

Oh nak buat aksi comel rupanya.. tengok budak-budak kat belakang tu.. diorang lagi comel tau..

Siapa minat Terminator boleh singgah depan tu.. ada Theater Show.

Agent saya En. Idham.. dah kenapa gaya tu??? 

Oh Idham kata kene buat free style.. Ni pon boleh lah yer..

Kak Pilla ajak Pak Radie singgah sini jap nak tengok if ada benda boleh beli untuk TheKasihs..

Ok ni pon boleh.. Kasih suka pen.. comelkan?

Kat luar ni ada face painting.. siapa berminat boleh try ;)

Siapa suka comel-comel boleh singgah kat Pink Cafe ;)

Eishhh rasa nak gigit lah si Pink nie.. 

budak-budak excited tengok Hello Kitty..

Masa ni kelakar.. sebenarnya ni tengah gelak sebab tetiba ada macam snow turun..terus Kak Pilla jadi jakun..tapi kitorang confuse ni snow ke apa.. last-last semua setuju yang 'snow' tu sebenarnya keluar dari corong bangunan belakang ni.. konon-konon diorang buat snow lah.. padahal memang betul snow ok!!!!

How i wish my Kasihs semua ada kat sini :(

Ok lah cukup tu.. Jom kita keluar..

Nah.. lagi satu gambar bersama glico... keluar dari USJ ni kitorang kene jalan kaki ke bus stop untuk balik ke Kansai Airport sebab nak check in Hotel lain.. rupanya bas nak ke airport tu bukan selalu ada.. masa tu kitorang cuma ada masa 15 minit ke apa nak lari ke bus stop tu.. Hoiii jauh kotttt!! dahlah kene tarik bag.. macam orang gila memasing berlari bila nak sampai kat bas.. ngam-ngam ok kitorang sampai kat bas ni.. Lambat seminit memang sayonara la jawabnya heheh..


Ni bus stop nak ke Kansai Airport..

Tambang dari Universal Studio Japan ke Kansai Airport ialah 1550 yen / person dan perjalanan memakan masa selama 1 jam.  Masa bas baru bergerak tetiba snow turun!!! Baru lah kitorang yakin yang tadi kat dalam USJ tu memang snow betul..



Nampak kan snow? Kak Pilla sempat amik video ni masa bas baru bergerak meninggalkan USJ..

Tepat 1 jam kitorang pon sampai ke Kansai Airport.. Perot dah lapar masa nie.. Jom makan jom!!
Ok ni best sebab kat dalam Kansai Airport ni ada Halal Restaurant.. So kalau lah korang turun kat Kansai Airport, jangan lepaskan peluang makan kat The U-don SANUKI ye? boleh lah merasa makan Japanese Food dengan penuh keyakinan sebab ianya Halal ;)



Restaurant yang biasanya ada jual Udon dan Tempura semuanya lebih kurang sama.. diorang buat ala-ala food court tu.. 

Nampak tu? Korang akan lalu dekat bahagian Noodles dulu.. Oh kat sana korang boleh pilih nak noodles tu sejuk atau panas.. Macam nak try Mee udon sejuk tapi macam pelik je??? so amik yang hot.. Tapi Idham kata orang Jepun suka jugak makan yang jenis sejuk.. Ok, pastu korang boleh pilih jenis noodle dan order, siap ada size ye.. nak small ke large ke.. pastu jalan lagi ke depan ada Oden.. pilih lagi.. masa ni korang bawak tray sekali..

Ni pon boleh pilih.. yang besar bulat tu lobak putih.

Ok ni Kak Pilla punya.. Sedappp nye mee tu.. slurppp rindu nya nak makan lagi.. tempura kat Jepun memang sedap nak mampos ye.. cemana diorang masak pon tak tau lah.. very crunchy tapi dalam lembut sangat.. pastu tak oily... 

Kak Pilla saja nak try Salmon Onigiri.. Ok lah, tapi lagi sedap nasik ngan sambal ikan bilis hahahaha..

Satu lagi makanan yang korang akan sentiasa jumpa kat sana ialah lobak putih.. diorang memang suka ok!! Tapi lobak putih kan memang bagus, so sejak balik Malaysia, Kak Pilla memang beli lobak putih.. Ish harini nak buat sup lah ;)

Selepas makan korang kene angkat tray dan letak kat kaunter yang dikhaskan.. Biasanya kaunter tu open macam ni dan berdekatan dengan sinki untuk diorang membasuh pinggan mangkuk.. Nanti bila kita letak tray kat situ.. diorang sambil basuh pinggan akan pandang muka kita sambil senyum dan semangat dia akan cakap "Arigatou Gozaimas" .. best kan feeling tu? dia ucap terima kasih sebab kita dah memudahkan kerja dia mungkin.. dan kita rasa seronok sebab dia ucapkan terima kasih kat kita.. 

Budaya macam ni dah lama kot kat negara luar.. Kak Pilla selalu ajak anak-anak buat macam ni tiap kali lepas makan.. Kalau makan kat Mc Donalds biasanya suruh diorang angkat tray dan buang sisa makanan dalam tong sampah tu lepas tu susun balik tray.. Eventhough ada pekerja yang akan buat.. tapi apa salahnya??? bekas makanan kita kan? kalau tak boleh nak buat pon.. at least, Kak Pilla akan kemas dan lap meja dengan tissue dan kumpul semua sampah dalam tray supaya senang staff tu nak angkat tray.. Jangan makan bersepah-sepah meja lepas tu main tinggal je.. it's very rude u know?

Sila lah makan kat sini ok.. sedap dan selesa..

Kat airport pon ada machine untuk beli IC card.. Better korang beli siap-siap kat sini, so nanti senang.. bila amount dalam tu dah berkurang tinggal kita nak top up je ;)
Pilih IC tu.. 

Ini kalau single ticket / pass.. tu nampak gambar orang warna kuning tu.. Rupanya boleh pilih kad untuk family sekali.. best kan??? 

Semua canggih kat Jepun ni.. Semua yang diorang buat dah tentu untuk memudahkan rakyat dia dan juga pelancong.. Tapi sebab diorang terlalu canggih, so kita kene kejar lah jugak kecanggihan dia tu.. Kalau tak confirm ternganga-nganga depan train hahaha..

Perot dah kenyang jom kita nak gi check in kat Nikko Hotel pulak.. Senang je, dari airport tu melintas je macam tu dah sampai.. Bagus kalau last day korang nak duduk kat Nikko Hotel sebab nanti tak risau sangat terlambat ke airport kan.. 

So ini bilik dia.. lawa kannn??? Kak Pilla tidur sini, Pak Radie tidur bilik sebelah.. boleh yek camtu? pastu Kak Pilla menyemak kacau dia kat bilik sebelah.. pastu tebongkang Kak Pilla tido masa Pak Radie tengah kemas bag.. 


Toilet tak terlalu kecik dan tak terlalu besar.. tapi selesa ;) 

Kitorang just letak luggage je lepas tu keluar balik sebab nak ke Rinku Premium Outlet pulak.. Kak Pilla suggest korang pergi Rinku Premium Outlet ni last day sebelum korang fly untuk balik.. Pastu korang stay kat Nikko Hotel.. Memang senang macam tu.. sebab dari Kansai Airport nak ke (RPO) ni 10 minit je ;) so last day tu korang habiskan duit Yen hahahaha then esoknya boleh balik dengan tenang dan gembira hahaha..

Nak ke Rinku Premium Outlet paling senang hehehe.. Pegi je Terminal 1 pastu beratur kat Platform 12.. 

Tiket cuma 200 yen / person (RM6) dan perjalanan cuma 10 minit.. Masa on the way tu salji turun banyakkkkkk sangat.. Terus Kak Pilla tepuk-tepuk tangan sambil jerit Hip Hip Hurray haha.. *tipu*

beratur vending machine kat sini.. silalah pilih nak air apa :)

Rasanya kat Rinku Premium Outlet adalah yang terpaling sejuk sepanjang berada kat Jepun ni hahah.. Sejuk dia sampai satu muka rasa kebas.. pastu bila bercakap tu lidah macam kebas pastu cakap macam orang pelat hahahaha.. terus Kak Pilla tutup mulut tak nak cakap sebab nak cakap pon ntah apa-apa bunyi dia yang keluar.. 

Ngam-ngam kitorang sampai snow turun makin lebat.. Nampak kan kat baju Kak Pilla putih-putih tu snow..

Mata mana Pilla? Mata mana??? heheheh... tetiba sorang-sorang berdiri tengah-tengah sejuk ni.. Orang lain semua dah lari masuk dalam shops sebab tak tahan sejuk.. ni Kak Pilla plak saiko bediri tegak hahaha.. Idham pon dah hilang dah time nie.. heheheheeee

Mari saya bawa anda ke Information counter untuk nak tanya pasal Prayer Room ;)

Kat sini dia akan explain kat kita shops apa yang ada bagi discount semua..

Kita akan dapat coupon book jugak.. Actually tunjuk passport kat counter shops pon boleh dapat extra discount sebab kita pelancong dan bukan rakyat tempatan.. 

Ok Kak Pilla ada tanyakan Prayer Room kalau nak solat kat sini.. Terus dia minta kita ikut Security dia ke sana.. 

Bilik ni berkunci sebab tu kita kene bagitau nak guna prayer room masa kat information counter ;)


Ruang solat ni takde pisahkan lelaki dan perempuan.. so kalau bukan mahram tu.. sila lah take turn duduk luar dulu yerrrr.. 

Pastu tanya Idham ni tulis apa? Idham cakap ni telekung wakaf sebab ada orang Malaysia yang tertinggal telekung kat sini dan tak amik balik.. Tapi Kak Pilla tak tau kat sini kekurangan telekung, kalau korang ada telekung elok lagi.. boleh lah bawak letak kat sini untuk diwakafkan :)

Rinku Premium Outlet ni besarrrrrrrrrrrrrr sangat.. Nak best sila datang awal-awal baru boleh explore tempat ni..

Amik map lah senang sikit nak mencari apa yang ada ;)

Pucat lesi muka kesejukan heheh

Dia terbahagi kepada dua bahagian.. korang kene naik bridge ni untuk ke sebelah sana pulak.. 

Hah nampak tu? Ni seberang jalan pulak..

Lawa kannn tempat ni?

Macam-macam ada kat sini.. antaranya Coach, Banana Republic, BCBGMaxazria, GAP, Folli Follie, Replay, Quicksilver, Timberland, Vans, Lacoste, Levi's, kate spade.. dan banyak lagi.. yang Kak Pilla bagitau ni yang boleh dapat discount. ada banyakkkk lagi boutique lain kat sini.. Ada almost 210 outlets kat sini.. Sila layari http://www.premiumoutlets.co.jp/en/rinku/ for details.


Kitorang takde beli apa pun untuk diri sendiri.. Sempat beli untuk TheKasihs je.. Memang nak habiskan duit Yen pon sebab esok dah nak balik.. Berpinar-pinar biji mata tengok Sale kat Gap ni sampai 40-50%... pastu tunjuk passport masa kat cashier tu dapat lagi 8%.. Berbaloi-baloi, kitorang main agak-agak je size baju ngan seluar budak-budak nie.. Jeans budak dapat dalam RM20++ je.. lawa-lawa plak tu.. 

Furla pon ada.. berkenan kat satu handbag warna hitam.. Tapi macam takde keperluan nak membazir beli bag buat masa ni.. cuci-cuci mata je ;)

Yeay akhirnya belikan diorang LEGO je.. tapi LEGO takde discount kat sini.. tapi bila dah jadi mak bapak ni, hati cepat rasa bersalah kalau pegi mana-mana tak belikan untuk anak-anak.. diorang hari-hari facetime tanya ada tak belikan toys untuk diorang.. bila dapat belikan sikit terus hati tenang semula.. hehehe

Nampak tak plastik tu? semua untuk anak-anak.. cakap dengan Pak Radie "Pa, kita takde beli apa pon untuk kita sendiri kan? awak tak kisah ke? semua untuk budak-budak je".. Pak Radie cakap "Eh, pa memang takde la nak membeli untuk diri sendiri, biarlah budak-budak happy sikit, awak kenapa tak beli apa-apa untuk diri sendiri?" Auwwwwwwww duduk Jepun terus Pak Radie jadi budiman gitu.. hahahah.. Aku? tak nak apa pun sebab travel tu yang aku suka.. travel tu dapat puaskan hati dan luaskan pandangan sebab dapat tengok negara dan budaya orang, dah cukup buat Kak Pilla happy ;)

Nak naik ni pun boleh.. Tapi takde orang naik pon sebab weather terlalu sejuk, semua lari masuk dalam shops.

Dah takde apa nak beli, jom cari makan pulak..

Kitorang pening nak buat decision.. nak makan sini ke makan kat airport? Mana-mana lah, i ikut jer..

Drug Store pon ada untuk kemudahan orang ramai..

Last sekali kitorang makan sushi je kat sini.. Jom tengok kitorang order apa..

Salmon kat sana fresh sangat.. masuk mulut, tutup mata, kunyah slow-slow dan telan.. sedappp!!

Kat tempat ni kalau nak green tea sila bancuh sendiri.. Ni tengok ni.. Idham yang tertumpah habis hijau-hijau botol sauce tu.. Aiyokkkk!!

Air panas ada je kat tepi meja.. senang kan konsep dia? 

Nah hamek.. membuak-buak telur ikan dia.. 



Gambar kat atas ni je Kak Pilla fail masa makan hahahaha.. selalu ok, tapi tak tau ni ikan apa ntah rasa dia tak leh nak telan.. tapi telan jugak.. terkembang-kembang hidung masa nak telan hahha.. pastu pass kat Idham paksa dia yang makan habiskan lagi satu.. 

ni sedap ;)

ni lagi lah sedap.. meletop-letop dalam mulut.. my fav :)



Sila jangan confuse.. gambar atas ni bukan ayam.. ni ikan!! hehehe.. kecik je ikan ni boleh tahan sedap jugak.. 

Perut kenyang terus tengok jam.. Oiii bas dah nak sampai jom lariiii gi bus stop.. gilo, perot kenyang ni ada yang muntah tepi jalan hahahah.. 

Untuk kemudahan korang.. nah akak letakkan gambar schedule bas Kansai Airport - Rinku Premium Outlet.

 From Kansai Airport to Rinku Premium Outlet
Jadual di sebelah kiri untuk Sat, Sun dan Holiday.. Weekday sebelah kanan.
Boleh tunggu kat Terminal 1 dan naik di Platform 12.

From Rinku Premium Outlet to Kansai Airport
Last bus pukul 8:00 malam.. 

Sebab tu kitorang kelam kabut lari ke bus stop hahaha.. Kat Jepun semua punctual yer.. siapa jenis terhegeh-hegeh memang bye-bye lah.. 

Sampai je Kansai Airport, Kak Pilla ajak Idham lepak sekali nak belanja kopi-kopi kat Starbucks.. Dari first day nak minum kat starbucks, tapi jadual sangat pack so sempat jeling je hahaha.. Masa ni dah last day, esok dah nak balik, so jom lah kita lepak dan borak..

On the way nak ke Starbucks ternampak satu lagi Halal Restaurant kat Kansai Airport nie.. Wah gembira hati ni, padahal perot dah kenyang dah.. So korang jangan risau ye, Kansai Airport ni banyak Halal Restaurant.. makanan Jepun plak tu!!!

Kat Jepun memang terkenal buat menu-menu untuk display macam ni.. apa tah kita panggil ni yek? sana siap ada kelas untuk belajar buat ni.. terror sangat sebab nampak memang real giler rasa macam tempting nya. terus rasa nak makan bila tengok nie.. 

Sila lah berkunjung ke SOJIBOU kalau nak try Halal Food kat Kansai Airport.. Kak Pilla tak sempat try, perot dah nak meletop kekenyangan ;)


Kalau TheKasihs minat pokemon ni, dah lama belikan sorang sekor.. tapi diorang tak minat, selamat duit mak kau.. 

Kat Kansai Airport ada Coin Lockers.. so kalau ada luggage nak simpan sini dulu pon boleh, pastu pegilah merayap-rayap sebab kat Kansai Airport ni pon banyak gila shops, segala Uniqlo pon ada.. Kak Pilla ni punya sibuk, Uniqlo pon pandang dari luar je.. Huwaaa tak sempat nak singgah..

Borak panjang malam tu sebelum balik ke hotel.. pastu balik hotel. Pak Radie kemas bag bilik sana, Kak Pilla kemas bag bilik sini.. pastu berwhatsapp lagi ngan Peej and Elly hahah dah gaya orang bujang, laki kat bilik sebelah.. agak-agak dah sangap duduk sorang.. terus pi lompat bilik sebelah nak kepoci tengok dia buat apa.. still mengemas rupanya.. ok sila kemas dulu.. Kak Pilla baring tepi tu kejap.. tau-tau terjaga dah nak subuh hahahaha.. tak sedar bila masa terlelap ;)

Pagi tu 10 Februari 2015 adalah hari untuk pulang ke Malaysia.. Perasaan happy dan sedih bercampur baur.. Amboi ayat nak novel je kann.. hahahha.. Jom pi breakfast kat Nikko Hotel Osaka ni pulak.. nak tengok jugak best ke? 

sana wajib ada ikan.. dan wajib ada vege.. 

Kak Pilla orang kampung, so dah biasa kene makan nasi pagi-pagi.. nasib ada ikan bilis dengan kuah curry.. Hebat ni, diorang pon reti masak sambal ikan bilis tau ;)

Tauhu and mushroom kat sana fresh.. so mari hirup sup..

Dah kenyang, lari amik bag kat bilik dan terus check-out.. Orang ramai sangat kat airport, takut lambat.. Kitorang balik Malaysia, Idham pulak flight balik ke Tokyo.

Thank You Idham sebab mengiringi kitorang sepanjang kat Osaka-Kyoto.. walaupun jadual kita agak padat, tapi Alhamdulilah semua tempat kita dapat pergi dan bawa balik kenangan tu dan coretkan di sini.. Mungkin pengalaman ni boleh memberi manfaat kepada orang lain, Alhamdulilah.. dan yang penting, kenangan manis tu akan terpahat di hati Kak Pilla selamanya.. 

Semoga kita bertemu lagi jika ada rezeki dan panjang umur.. Kalau balik Malaysia silakan whatsapp, akak masak sedap-sedap, datang singgah rumah ye ;)

Terima kasih yang tak terhingga kepada Japan Tourism dan Nuffnang untuk peluang yang tak mungkin di lupakan ni.. Terima kasih juga buat Idham ;)

Dalam Flight Malaysia Airlines System, ada pilihan nak Nasi Lemak or Japanese Pasta? Of course i nak Japanese Pasta!!!! I love Japan *tetibaplak*

Jangan lupa layari laman web http://muslimguide.jnto.go.jp/eng/ untuk maklumat lanjut.. Click yer.. Kak Pilla ada dalam website tu ;)





Love, 
Filla.