Saturday, August 22, 2015

KONGSI CERITA.

 Selamat berhujung minggu you ollsss.. Amboi ayat kepoci tak leh blah.. Jangan memain ye, bukan senang Kak Pilla nak update dihujung minggu.. Tapi ni tetiba rajin sebab ada snap gambar tadi.. Phone ni dah gila agaknya gambar bukannya banyak pon tapi storage dah penuh.. haku dah tak tau nak buang apa lagi dah supaya storage banyak balik.. balik2 storage full cannot take picture, eh sentap tau tak?

Ini rutin harian Kak Pilla setiap hari sabtu.. Tak tau lah gigih sangat dah masuk tahun kedua dah Kasih kat Brillington ni.. So far so good.. Lagipun sebab tiap kali register hujung tahun tu aku terus bayar habis setahun ada diskaun sikit dari bayar 3x macam tu.. Aku suka bila dia mingle dengan kawan-kawan kat sana.. tak boleh cakap bahasa lain selain English.  Pandai sangat tu tak lah, tapi ada improvement dari dulu.. dan confident level dia dah tinggi dari dulu.. dia dah tak de takut.. aku tak kisahlah dia paham ke tak English, janji duduk sana 3 jam dia dengar dan belajar sekali..

 Gigih sangat.  Tahun depan aku tak tau lah boleh gigih lagi ke tak.. nak berhenti rasa sayang pulak.. Oh nak citer sikit.. haritu sedih gila sebab rayban aku ni hilang.. Aku tau aku ni cuai sebenarnya.. Aku dapat rasakan aku takkan tercicir kat mana-mana.. Ni mesti aku lupa aku letak mana.. tapi aku diam je tapi hari-hari asyik sedih dan penat pikir mana aku letak.. akhirnya tadi jumpa rupanya dalam handbag lagi satu dalam lemari.. haritu dah punggah cuma bag yang tu je aku tak bukak hahaha.. lega sebab aku sayang semua sunglasses aku especially rayban yang ni.. Yeay gembiranya dalam hati tak yah cakap lah..

 Pastu setiap hari sabtu tu lah sepanjang pergi dan balik aku banyak borak dengan Kasih.. Selalu time balik sekolah borak jugak, tapi masing-masing dah letih so tak de borak sangat.. kadang kasih tido.. tapi bila hari sabtu lah aku rajin dengar dia cerita macam-macam.. kitorang nyanyi sama-sama lepas tu aku kutuk suara dia tak sedap.. dia pulak kutuk suara mama pun sama jugak tak sedap.. muka aku bangga kot nyanyi lagu Ba-ba-ba-ba-ba-baaaa.. ba-na-naaaaaaa... sepenuh hati aku nyanyi kasih ketawa sampai cramp perot.. nyampah, tak bagi sokongan moral langsung.

 Lepas hantar kasih gi tuition aku lari gi GE Mall kejap.. Elly ada treatment kat Marie France settle pukul 3... Laju-laju gi makan kat Cozy Corner sebab pukul 4 macam tu aku dengan Elly ada meeting dengan Fadzrul Nuffnang.

Yo yo oh je haaaa.. tapi Fadzrul ni kelaka boleh tahan.. asyik gelak macam haper je kitorang bertiga kat sini... heheheh

Orang tengok macam senang je jadi blogger nie.. Jadi blogger memang senang, tapi bukan senang untuk maintain blog tu sendiri.. melainkan minat dan isi kandungan blog tu sendiri.. Aku memang suka menulis dari dulu.. So aku rasa takde lah beban sangat nak menulis.. Cuma jadi beban bila kepala otak ni dah tak tau nak cerita apa.. Kalau kupas isu semasa malas pulak, macam bagus-bagus pulak hahahaha.. nak cerita pasal diri sendiri kang orang muntah pulak.. 

So sekarang bila aku rasa nak tulis, then aku tulis.. Ada benda rasa nak share, then aku share.. Harap masih sudi mengadap blog ni ;)

Now aku dah jadi part of bloggerati jugak.. Kadang orang confuse apa tu bloggerati? Kalau nak tau boleh click SINI.  Dunia advertising ni luas.. Kita ada client yang nak atau tidak untuk pilih kita.. Ada banyak kot talent dalam Nuffnang.. Pihak nuffnang mungkin akan propose kepada client untuk pilih sendiri talent/bloggerati mana yang diorang nak.. Client pulak kita tak tau lah dia nak kita disebabkan blog traffice kita ke, penampilan blog kita ke, content blog kita ke, cara penulisan kita mungkin? tahap professionalisme kita ke? Tu aku kurang pasti.  Tapi bila client dah pilih kita, sebolehnya jaga lah tahap professionalisme kita.. disiplin jaga, kalau kene attend event, make sure kita punctual, jangan langgar deadline.. Aku tak suka orang yang bekerja dengan aku nanti pening kepala. 

So far selama aku bekerja dengan Nuffnang aku sangat comfortable.  Diorang very flexible dan professional dengan blogger.  Mula-mula aku dapat event apa aku dah lupa.. tapi aku takuttt kot.. tapi aku kuatkan semangat untuk jadi berani.  Aku ingat lagi aku kene attend meeting kat Nestle.  Masa tu aku tak tau siapa lagi blogger yang dapat job tu.. So aku pegi je.. rupanya aku berdua je dengan Vivy masa tu.. ingat lagi masa tu Vivy pregnant anak first.. tengah tunggu hari nak bersalin.. Lepas tu dalam meeting room tu ramai gila kot orang.. takde yang boleh cakap BM.. semua English, mampos aku hahahaha.. tapi aku buat muka derk je lantak la hahahah.. dah lah meeting tu formal gila.. dengan slide bagai.. tertelan-telan ailio aku.. tapi so far so good.. few times jugak aku dapat bekerjasama dengan Nestle.  

2nd time yang buat aku nervous masa Birthday Nuffnang buat kat Zouq tu.. memang aku tau diorang dah cakap yang nanti ada session nak share experience aku as senior blogger camtu.. ingat biasa-biasa je sikit lagi aku tak datang.. hahahaa.. sekali siap ada interview dengan media.. sakit perot aku hahaha.. pastu tengok dalam program tu ada Q&A session ke sharing experience ke apa tak ingat dah.. tapi masa tu aku dengan KampungBoyCityGirl je kene duduk atas stage tu.. Gila ke apa???? omgggggg ko jangan eh, aku penakut hahahah.. Tapi aku ada perangai pandai buat muka selamba.. kat dalam tu majoriti chinese.. dengan Emcee nye semua spiking london.. mampoih.  

Tapi aku cakap dalam hati, Eh? kenapa orang nak kisah kalau aku nak cakap BM? kenapa aku nak takut? patut aku rasa bangga sebab orang notice aku, orang notice blog aku, padahal aku ni siapa je pon?  Aku naik jugak atas stage.. muka confident.. then masa Emcee suruh introducekan diri dan cerita pengalaman.. First ayat aku yang aku ingat "Hi, i'm Filla from Kasihaleeya.blogspot.com, people usually call me Filla or Kak Pilla, hmmmmm eh, can i speak BM?"  Hahhaha selamba badak ye aku cakap macam tu.. dalam tu penuh orang.. rasa nak pitam kejap.. nasib aku tak pitam betul-betul kat situ.. Tapi semua tepuk tangan cakap "Yessssss, bolehhhh, cannnnn!!!!!!" hahahah gelak aku time tu.. 

Banyak aku belajar sejak jadi talent ni.. Panjang pulak membebel memalam buta ni kan.. Yelah sekali je update blog.. pastu i see u next week.  dasar pemalas.

 Elly pun bloggerati jugak.. Aku rapat dengan Elly lama dah.. dia beli frame aku masa aku buat business frame dulu.. pastu dalam email kot aku tanya dia ada blog ke? rupanya ada hahah.. terus baca, ingat lagi first entry dia aku baca pasal dia order nasi ayam untuk hantar kat sekolah birthday anak dia masa tu.. tapi orang buat nasi ayam tu lambat ke apa siapkan order.. sampai lah ke hari ni dah macam-macam kitorang lalui bersama.. Pastu baru aku kenalkan Peej dengan Elly masa tu first date diorang kat KLCC makan kat Aseanna hahaha.. pun boleh masuk kepala otak.. Peej tu dengan orang tak biasa dia banyak senyap.. Tapi sebab aku jenis bising, Elly pun bising.. dah 2,3 kali jumpa Elly baru mulut Peej bising hahahha.. Eh mengimbau kenangan pulak..

 Ni baru lepas tampar Elly.  hahahhaha memasing malu nak amik gambar depan GE mall.. gila apa orang ramai kot.. tapi Fadzrul macam ok je suruh bediri situ.. terus tekepit-kepit je aku dengan Elly malu hahahah

 Elly siap bagitau Win kalau nampak dia dengan lelaki lain kat GE Mall tu orang nuffnang, bukan boyfriend ye.. hahahahahahhaha.. 

Ok lah dah tengah malam ni, ai is mengantuk oledy.  Good night :)


Love, 
Filla. 
 

15 comments:

hamidah yussof said...

Asslamualaikum kak Filla..harap sudi klu sy nk berkenalan selaku blogger baru setahun jagung ni. Baru lagi follow blog akak tapi rasanya macam pernah dengar jugak nama blog akak ni kat TV or mag satu masa dlu, x sure..maaf klu tersilap sbb mmg baru sgt2. Kalau bleh nk belajar cara dptkn side income dr blog la dgn akak if sudi berkongsi..ni link ke blog saya

http://hamidahyussof87.blogspot.com/

jemput2 la ye..thanks in advance klu sudi share.

By da way berkenaan entry akak duduk ngn Vivy tu was like 'WOW!' coz sy pun minat sgt kt dia :) And sy tabik spring cara akak manage anak2 n aturkn education diaorg tu n mmg sgt bg inspirasi kat saya in future bila sampai masa anak2 sy plak nnt. Inshaallah..

kathy jem said...

Keberanian tu yg kita nk..👏👏👏 Syabas Filla..aku pon hari2 mesti bc blog ko..kipidap..kalu suruh aku berckp dpn audience mmng tak la..penakuittt..kekeke😝

ruslanafiq said...

Best juga jadi blogger ni yer

- dieyana - said...

hai filla! tak tau nak komen apa..tapi sy suka semangat awak!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tahniah fila.. semoga terus berjaya dengan business, blog, anak2...

Mummy Julia said...

Wahhh banyak cabang sebagai blogger ni rupanya.. Thanks for the info Filla dan Tahniah atas segala pencapaian yang telah dikecapi sebagai blogger selama ni.

whatever said...

salam Fila, minta maaf nak tanya..berapa ye fee kalau nk enroll anak kt brillington tu..sbb saya dah bukak website dia tp takde ckp pasal fee.. harap fila tak keberatan nak share.. tq ye..

FadMN said...

kak pilla sumber inspira ku..heheh.
btw, ada buat frame lag tak.jangan lahar i sebab tanya kat sini tau.nak email tapi cam poyo2 jer hehehe.

FAD

Anonymous said...

i sokong u kak pilaa

Anonymous said...

i sokong u kak pilaa

Nooraini Ali. said...

sotong goreng tepung buat ummi terliurr ;)

Lynd said...

Blogger pun dah jadi kerjaya ala2 selebriti.

jasmarina jasni said...

memang susah nak maintain menulis blog secara consistent. Even when I'm just a housewife pon xde masa nak tulis blog post. Keep it up girl!

www.contengan-rasa.blogspot.com

Anonymous said...

caya la filla..just be urself..kipidap

elly khalid said...

waaa...best baca pengalaman filla as blogger...elly bru nk berjinak2 dlm dunia blog ni...
tahniah...atas kejayaan filla as blogger... ;)

ceria2 ke blog elly..

KULIT MELECUR AKIBAT MINYAK PANAS