Tuesday, August 18, 2015

JOM BUAT SENDIRI WALL FRAME UNTUK DECO RUMAH ANDA!

Bahahahahah tajuk entry rasa nak tumbuk diri sendiri, macamkan kau yang buat hahahah... Well aku ni just penyampai sahaja ye.. Dah Pak Radie bukan ada blog pon, so biarlah aku yang share mana tau korang pon boleh buat.. kalau aku? sorry.  Aku bangsa cepat letih dan tak focus, dan jenis cepat bosan.. Tapi aku suka cantik-cantik, aku suka feeling-feeling nak hiasan rumah camni, camtu.. tapi yang kene buat orang lain wahahahahahah

Kalau aku share ni pon dah tentu korang pompuan-pompuan ni takkan buat pon kan? saja je cuci mata.. tapi kalau husband korang minat pertukangan macam laki aku, silakan lah propose hehehe.. Aku dulu subject apa yek ada kene buat khat kat kayu guna penyungkil ke apa.. habis jahanam aku kerja kan hahahaha.. nampak sangat bangsa tak penyabar dan tak berseni hahah..

Well aku suka ID, aku suka bagi idea, aku suka kongsi idea aku dengan laki.. selalunya aku just imagine dan cakap aku suka macam ni macam tu.. pastu dia dengar tak dengar je.. tapi lepas tu dia sibuk tunjuk kat aku gambar dia google "macam ni kan?" wahhh u can read my mind, dia tau apa aku nak.. pastu dia dengan poyo cakap "takpe, serah je kat Pa, Pa tau nak buat ni"

Omg serammmm.. sebab dia memang jenis over confident.. tapi nanti aku takut aku tak suka, i cannot pretend u know? kalau tak suka nanti muka hampa aku tu terserlah walaupun aku senyum.. hahahaha.. 

Lepas aku cakap tu, rasanya hari yang sama ke esoknya dia beli kayu untuk buat wall frame tu.. Aku ni bongok gak, mati-mati aku ingat wall frame tu ala-ala cornish yang datang sekeping dah siap just tampal je kat dinding.. mana aku tau rupanya yang timbul tu frame! 

So peralatan kene ada ye.. kalau takde memang susah dan lambat.. Laki aku suka bertukang, aku panggil dia si tukang kayu.. ampun pa hahahah... macam-macam dia beli yang aku tak tau.. tetiba je dah ada? ni apa? segala gergaji letrik, gergaji tak letrik, pemotong itu ini.. omg tool box dia je ada 5 tingkat kot kat rumah.. sakit mata aku tengok bertingkek-tingkek dalam bilik kerja dia tu.. aku siap sound "awak ni mechanic ke tukang kayu? orang yang memang full time pon takde banyak benda macam ni dia beli"  Ingat lagi birthday dia kot aku belikan drill dinding yang heavy duty tu.. suka gila ok.. hoihhh boringgggg tak romantik langsung.

Rupanya nak potong kayu pon siap ada acuan macam ni..

Ni lah function dia benda biru nie.. Ko boleh adjust nak potong senget yang macamana.. so nanti kayu untuk joining tu straight dan sama je bila cantum..

Kayu ni korang boleh beli kat hardware dia jual panjang.. so korang kene potong ikutlah frame cemana lebar korang nak buat.. kayu ni tak silap aku 8 kaki kot.. sebatang kayu tu rasanya boleh dapat 2 panjang, 1 pendek.. Dan lepas korang sambung kayu tu jadi frame, aku lupa nak tanya dia gam ke apa.. tapi dia gosok dulu rasanya dengan kertas pasir bagi licin.. 

refer gambar bawah ni.

Sebelum buat ni dia dah ukur siap-siap sepanjang dinding aku ni boleh dapat berapa frame.. pastu ada lah kene kali campur bagai.. i don't know... Masa ni aku takde sebab hantar Kasih gi tuition.. Pastu rasanya dia gam dan paku jugak kat dinding.. tak tau lah dia paku pakai drill or pakai tukul biasa.. hehehehe

Kayu untuk border panjang straight atas tu lain sikit.. dia lebih lebar dah tebal sikit.. harga pon mahal dari yang kurus tu.. tapi rasanya sebatang belas-belas ringgit je.. pon boleh dapatkan kat hardware jugak.

See? Dah siap ;)

Nak buat kerja ni kena teliti, sabar dan kemas.. Kalau jenis nak cepat dan tak penyabar macam aku sila lupakan je niat nak buat sendiri hehe

Pastu sesi mengecat pulak.. Pastu dia bising-bising membebel dia cakap cat yang dia beli jenis spray tu tak leh guna.. dia beli online kalau pakai tu kerja lagi senang dan cepat.. So spray tu dah tak leh guna, terpaksa lah cat secara manual.. Guna roll jugak, mana yang kene detail tu cat pakai brush macam Kasih buat kat atas tu.. Habis dia buli anak dia tolong cat hahaha

Akhirnya siap jugak kerja dia dalam masa sehari je ;)

Outcome nya kat bawah ni.. Idoklah gempak nau, rumah aku bukan banglo, rumah kecik je.. tapi aku happy je sebab dapat apa aku nak.. Pastu lebih menghargai sebab hasil titik peluh bersama.. Eh? tetiba bersama.. Eh tolong sikit ye, aku tolong hang balik frame berat tu.. tolong vacum, tolong cat jugak sikit.. hehehe

Close up sikit

Ruangan atas ni aku tak leh sentuh sebab tu tempat dia letak segala tok nenek coke dia.. Tak leh melawan sebab tu hasil kerja dia.. redho je lah..  Pastu lampu dulu lain, now dia tukar pakai mentol je 3 bijik.. Nampak lebih cozy macam kat cafe.. i like :)

Dulu takde letak sofa kat situ.. Tapi kitorang ubah letak sofa kat situ supaya ruangan tu lebih penuh dan tak nampak kosong.  Frame kain sari patch tu kegemaran aku dan kesayangan aku dari dulu..

Ini pun sudut kegemaran jugak

Ini tak tau nak gemar ke tak.. hahahaha.. Tapi oklah, walaupun rupa dia simen macam tak siap, Pak Radie kata tu seni.. Baiklah kita ikut je.. semua tu hasil kerja dia, so kita kene appreciate lah janji happy..  Ingat lagi kerusi kuning dua bijik tu beli masa nak pindah masuk rumah kat Putrajaya, masa tu beli bayar deposit tapi tak amik.. bila ada duit top up lagi sampai cukup amik sekali dengan meja makan dan 6 biji kerusi meja makan.. 

Aku dengan Pak Radie setuju tak nak pakai curtain, kitorang nak guna blind curtain 4 panel.. Tapi habis budak-budak ni suka singkap-singkap nak tengok luar.. kedut-kedut dah.. Aku selalu jerit je kalau diorang singkap hahaha.. Sofa 3 seater tu pun dah lama.. tapi masih cantik dan elok lagi.. Dulu sofa tu kat atas.. tapi gigih aku, Pak Radie dengan Bibik angkat bawak turun bawah.. Kalau tak tu.. tengok tv duduk keras je macam tunggu turn nak kene interview masuk kerja.. now ada sofa boleh baring sambil tengok tv ;)

Bean bag tu kegemaran aku jugak.. Kalau tengok tv best! Kaki letak atas meja wow macam boss sangat hahahah..

Satu je lagi impian belum tercapai.. Nak buat feature wall guna wood kat tv tu.. Sebab hati sedih tak buat-buat lagi.. so takde gambar dari pandangan hadapan hahahahah..


Ni lah dia Si Tukang Kayu kesayangan yang banyak berjasa untuk mrealisasikan impian rumahku syurgaku.. hahahaha dia garang tapi ok je.. Kalau borak pasal nak buat rumah camni camtu camni camtu lagi dia ok hehehehe.. muka macam tak layan, tapi kang tau-tau keluar kejap, balik dah siap bawak balik kayu.. wowwwww hebat, tepuk tangan skettttt..

Budak ni nama dia Si Kaki Sibuk.. Ada je dia dimana-mana hahahaha..

Ok tu je lah nak share, semoga dapat beri ilham kat anda jugak untuk merealisasikan impian anda jugak.. Bagi aku, rumah tempat aku untuk tenangkan fikiran.. Aku tak nak balik rumah pastu rumah serabut.. Aku nak ada rasa tak sabar balik rumah sebab sejuk je mata tengok rumah sendiri.. Kadang tu tak semestinya kene spend ribuan ringgit untuk hasil yang kita suka.. Janji effort dan pandai cari barang yang murah tapi nampak mahal.. Aku suka rumah ala-ala resort wowwww citer nak gempak je ni hahahaha.. Aku suka kayu-kayu, aku suka rumah warna putih dan tak suka banyak warna nanti kepala aku serabut.. Aku lebih kepada warna kelabu, coklat, grey dan warna-warna earth lah orang panggil..

Jumpa lagi di projek Deco Rumah akan datang.. Tadi aku dah gi ikut Pak Radie beli something untuk projek outdoor pulak.. hahaha.. gila punya olang.



Love, 
Filla.

37 comments:

SaraGurL said...

C a n t i k !

Afidah Azmi said...

serius cantik umah akak..teringin gak nak deco umah..tapi umah sewa susah sikit..tunggu ada umah sendiri..baru nak deco..hari tu dah tengok..dah pasang angan2 dah...nak buat apa..

zaza said...

Tak sabar nak tengok projek outdoor akak pulak... saya suka, saya suka. Hehehe..

yasmine said...

filla..suka gila umah u..tk sabar nk pindah balik perlis nih..umah siap lum dpt pindah..waaaa

Wahidah Aziz said...

Cantiknye kak pilla. Untung la akak pak radie si tukang kayu. Nak rumah cantik jugak tapi tak reti ID cenggane? hahaha

Puteri Satu said...

cantikkkk...

norlina jusoh said...

cantik hasilnya.. hiii baru tau gak guna frame kayu upenya. xsabar nak tgk deko akan datang. ai tunggu kak pila updat okeh.

Azura Aziz said...

cantik rumah kak pila.. nnt blk nak tunjuk kat hasben suh dia bertukang jugak mcm pak radie haha...

Huda Ramlee said...

Assalam.

Suka tgk deko rumah kat filla, santai je ala-ala resort gitu.

Azziah Nawawi said...

lawaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
nak tiru... tapi entah bila nak buatnya.. haha

Anonymous said...

nice deco...suka tgk..simple but elegant...nanti share2 lagi deco ye..

Ubj Jahan said...

Cantiklaa kak filla.. kak mintalah pak radie tolong buatkan frame camtu kat umah kita jugak. :)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Mcm hotel.. mcm umah omputeh pun ada.. terbaekkk Pak Radie.. wa tabik springgggg!!

nurul huda said...

salam filla... jatuh chenta ngan saree patch frame tuh.. lama dah duk aimm jee.. beli kat ne yer?!!

Anonymous said...

Kak Pilla yg comel, sofa kuning 2 ketul tu beli kat mana? Mahal x? Sampai berbulan2 bayar tu mcm mahal sgt je. Please share. TQ

Siti said...

Kak Pilla, sofa kuning 2 ketul tu beli katne? Mahal sgt ke sampai byr byk kali? Huhu. Berkenan jgk tp takut plak kalau mahal sgt. Share pls, tq.

syalinda johari said...

first taim tengok acuan nak gerggaji kayu tuh...hahaha..
cantiknyaaa rumahhh

Unknown said...

As Salam Fila, perabot2 you cantiklah.. sy berkenan.. klu leh share you beli kat mana yer... affordable tak harga dia... huhu...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

wahhhhh.. cantik sangat pila... kalau upah orang entah bape agaknya.. tepuk2 utk papa kasih...

Anonymous said...

Kak pillaaaa.. Pak radie blh buat kn kt rumah org x? Hehe..

nini said...

Lawaaaaa laaa......jeles aihhh

Lyana@Mely said...

Huwaaa. Nangis tengok cantikkk sangat. Plan nak buat jugak DIY tapi sampai abis raya tak buat2 gak huhu
Kurangkan risiko keguguran semasa hamil>

Ms Owlolol said...

Hi K.Filla, hihi. Suka sgt tgok hiasan yg ni. Menepati citarasa hati. Nak-nak saya ni mmg minat bab dekorasi. wee.Untung sangat bersuamikan Pak Radie. Pandai bertukang, dah jimat bajet tuk hias rumah sendiri.Blogwalking disini :))

Filla said...

kat shoplot hartamas dekat2 uncle don dulu tu.. murah je rasanya x sampai seratus heheh tp kene hantar kedai buat cermin n frame lah

Filla said...

dulu baru kawin duit kene jimat, kene lah menabung baru boleh dpt beli hahaha, masa tu 600-700 kot sebijik.. dlm entry tu ckp bli skali dgn meja makan kan? silap haha sebenarmya beli skali dgn sofa 3 seater tu.. dah habis bayar baru minta dia deliver

FadMN said...

bersih and kemass jer rumah,.terus semangat nak deko tengok rumah kak pilla ni tau :)

Anonymous said...

cuba tengok rumah hiasan chef wan dlm oh bulan.. cantik

Nadia said...

best gilssss!

fatin sharahin khairudin said...

Assalam Kak Fila,Cantiknya!! boleh kongsi nak beli kayu mcm tu kat mana? Terima kasih :)

NazRie.... said...

as salam..... nak tanya... acuan gergaji tu b ila kat mne.......apa nama acuan tu.....

Anonymous said...

as salam..... acuan gergaji tu bli kat mne.....apa nama acuan tu.....

NazRie.... said...

as salam....acuan gergaji tu bli kat mne....apa nama acuan tu.....

NazRie.... said...

as salam....acuan gergaji yg kaler biru tu bli kat mne...apa nama nye....

Anonymous said...

Assalam, tumpang tanya, kayu macam tu nak beli di mana ye? puas dah saya cari di kedai hardware masih x berjumpa. harap dapat bantu saya :)

rose said...

Blh tanya gergaji tu beli kat hardware ke

dina azizan said...

salam.nak tnya masa tampal frame tu guna glue ke.. paku?

Anonymous said...

akak tolong jawab pertanyaan ni. ramai yg tgh mencari acuan mcm tu..