Masa berlalu terlalu pantas.. Kalau zaman dulu rasa macam lambatnyaaaa masa nak berlalu... Itu perbezaan sekarang dan dulu kot.. Lagi-lagi bila zaman muda-mudi dah berakhir.. dah berkahwin dan dah ada anak-anak yang melengkapkan hidup. Huish tak sangka sepantas tu masa berlalu..
Zaman dulu tak perlu nak ambil tahu pasal orang lain.. Semua fikir pasal diri sendiri.. Kalau lapar, fikir tekak sendiri, start engine kereta vrooooooooommm sampai kedai, terus order dan makan.. Pegi shopping mall untuk shopping baju sendiri, kasut sendiri.. Masa tu tak kerja, duit pon harap mak bapak yang bagi.. So apa ada hal? Ada duit sikit, belanja je lah.. Aku tahu kene graduate je sebab mak ayah dah hantar masuk U, so kenelah graduate, cukup-cukup makan pon boleh laaa.. hahaha.. betapa ceteknya pemikiran dan senangnya hidup waktu tu.
Sekarang anak dah 3 dan Alhamdulilah kalau bukan aku ni mak yang baik pon, sedar tak sedar anak-anak aku membesar dengan sempurna.. Aku bersyukur sebab cara berfikir dah tak macam dulu.. Dulu tu rasa macam selfish nya aku.. Tapi jangan nak tipu lah.. semua remaja pon melalui fasa 'pentingkan diri' kan? Tak salah pun, sebab masa tu kita takde tanggungjawab.. Tanggungjawab kita cuma belajar dan tak hampakan perasaan mak dan ayah. Sejak ada anak, dah jarang fikir pasal diri sendiri.. Apa anak nak makan, kita masak.. Pegi shopping mall, terus pergi butik kanak-kanak.. sampai ke time nak balik, sehelai baju kita pun takde.. janji baju untuk anak-anak dah beli. Betul tak?
Sekarang bila ada anak, semuanya berubah.. Apa pun aku lakukan semua kerana anak-anak. Aku bekerja keras untuk anak-anak. Aku tak nak bila aku takde kat dunia ni nanti, anak-anak aku takde hala tuju.. Uishhh type ni pon mata terus berkaca-kaca. Selagi aku hidup, aku akan pastikan anak-anak aku dapat membesar dengan baik, dapat pendidikan yang bagus, dapan pendidikan agama dengan sempurna. Semua tu tak mudah. tanya lah semua ibu-ibu kat luar sana, semua akan terdetik, sekiranya aku tak dapat bersama anak-anak aku lagi, bagaimana nasib mereka? Patutlah mak aku dari dulu tak pernah fikir tentang diri dia sendiri.. Ada duit je terus menabung untuk kitorang anak-anak ni.. Aku ingat lagi, Wan pernah cakap dulu, kalau boleh sebelum dia takde kat dunia ni, dia nak anak-anak dia berjaya dan stabil. Biarlah dia susah masa ni, asalkan anak-anak dia tak susah.. Itu pengorbanan seorang ibu. Sekarang aku faham bila aku sendiri dah jadi mak.. Aku nak yang terbaik untuk anak-anak aku bila aku dah takde.
Salah satu cara untuk memastikan masa depan anak-anak terjamin ialah dengan adanya wang simpanan. Korang simpan duit tak? Aku simpan duit bukan untuk diri aku sendiri.. Tapi aku dah fikir jauh ke depan. Sementara badan kuat untuk mencari rezeki, simpan duit. Anak-anak memerlukan duit untuk belajar dan sebagainya.. Kita bukan orang kaya yang duit bergunung-gunung. Kena sentiasa beringat.
Salah satu cara lagi ialah ambil Insurans Nyawa.. Masyarakat kita suka pandang remeh pasal hal-hal macam ni.. Bila dah terhantuk baru nak terngadah.. pernah dengar peribahasa tu? Nyawa ni kita tak boleh tau.. kita hidup sampai bila? dan aku tau kenapa orang malas sangat nak ambil Insurans.. Aku tau, bukan diorang ni tak nak amik insurans, tapi sebab SUSAH! nak isi form kemain tebal bertingkat-tingkat document dia.. dah isi form dah lah amik masa, pastu nak submit dan tunggu approval pon amik masa berminggu jugak. Kenapa benda yang simple ni jadi complicated? Sebab tu orang malas nak apply.. Salah satu sebab package yang disediakan agak mahal. Ada yang mencecah ratusan ringgit sebulan.. Nangis oiiii dahlah kos hidup sekarang ni naik berganda-ganda.. Mana nak cari duit nak amik insurans pulak? Arggghhh tak yah amik lah insurans ni.. aku takde penyakit, InshaAllah nyawa aku panjang lagi.. Muahahahahah sampai macam tu cara berfikir kan?
Ok lah, meh aku share sikit pasal satu insurans yang menepati cara pemikiran kita semua.. Pernah dengar U for Life Sdn. Bhd.? U for Life telah melancarkan Online Life Insurance yang pertama di Malaysia. Cara nak apply tersangat lah mudah, tak payah nak document tebal-tebal nak tunggu berminggu-minggu untuk kelulusan.. U for Life menawarkan insurans yang simple, pantas dan affordable untuk setiap lapisan masyarakat.. Affordable? Mampu milik? Murah sangat ke? Korang rasa harga serendah RM9.85 sebulan untuk RM100,000 coverage tu murah ke mahal? Seriously? Ya, ini pertama kali Kak Pilla dengar harga monthly untuk insurans nyawa yang boleh cover sehingga RM100,000 semurah tu. makan nasi lemak letak ayam kukus dengan teh tarik pon lagi mahal oiii..
U for Life telah berkolaborasi dengan Tokio Marine Life Insurance Malaysia salah satu syarikat insurans yang telah berada di Malaysia for over than 65 years dan Tokio Marine Life sangat kukuh dari segi kewangan dengan total assets bernilai RM6.67 billion. So sila jangan ada rasa ragu-ragu tentang kredibiliti U for Life dan Tokio Marine Life Insurance Malaysia. Mereka tubuhkan Online Life Insurance ni untuk educate rakyat Malaysia betapa pentingnya merancang masa hadapan. Betapa pentingnya kita semua mendapatkan Insurans Nyawa supaya keluarga tersayang sentiasa dilindungi.
Oh ya, macamana nak beli U for Life Insurance ni? Korang boleh review dan beli e-policy ni hanya dalam tempoh masa 10 minit.. Lepas payment confirmed, anda terus dah dicover dengan insurans bernilai RM100,000 minimum takyah tunggu approval dah. Sebenarnya negara jiran seperti Jepun, South Korea, Singapore dan Hong Kong dah lama didedahkan dengan Life Insurance Protection ni.. Rakyat Malaysia ni kebanyakan nya suka fikir sambil lewa.. Tak nak fikir apa akan terjadi di masa hadapan. Apa nasib anak-anak sekiranya perkara buruk menimpa kita. Sebab tu U for Life Insurance dan Tokio Marine Life Insurance ni berkolaborasi dan sedia menawarkan harga insurance yang paling rendah di Malaysia iaitu dari RM9.85 sahaja sebulan supaya semua orang mampu dan tidak terbeban.
Jom tengok cara nak apply Life Insurance U for Life secara online.
Click Get Started
Jawab beberapa soalan mudah. Jangan risau sebab soalan dia mudah sangat, click click click siap hehehe.. Kak Pilla dah nak masuk 36 tahun so monthly tu RM12.95.. Sebab tu orang kata, kalau nak amik insurans biarlah masa umur masih muda.. lebih muda lebih murah.. Tapi RM12.95 je kot sebulan?? murah sangat dah tu ;)
Lepas tu ada lah kene jawab pasal kesihatan sikit..
Then submit details about yourself.
Submit Application dan buat bayaran.. Kak Pilla check time, memang betul laaah.. Less than 10 minutes je isi form online! Dan korang tau tak Term Life Insurance ni up to RM500,000 dan tak perlu buat medical check up.
Kemudahan dah disediakan depan mata? So apa tunggu lagi? Beli Life Insurance U for Life sekarang dan selepas 10 minit, kita mampu melindungi orang-orang tersayang ;)
Untuk maklumat lanjut boleh layari https://uforlife.com.my atau
Love,
Filla.
19 comments:
betul tu sis... biar kita ssh jgn anak2 ssh kemudian hari... semua itu allah yang aturkan utuk kita dgn usaha yg kita buat... murah sgt insuran ni dan senang. thankz for suggest....
as salam filla... insuran ni islamic ke conventional?
Kak Filla,
Pemegang insurans kalau meninggal kena post-mortem x untuk membolehkan waris claim insurans?
salam filla bior betul murahnya
murahnya..bior btl kak..serius ke dia cover smpi bnyk cmtu? emmmmm
i sudah check, betul-betul murah, i umur 35 pun tambah sedikit sahaja, terima kasih atas cadangan ini. I akan cadangkan bagi ahli keluaga juga...
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-wang-polisi-insuran-nyawa
mmg dr dulu sy cr insuran ni.. tp x terbuat2 lg....
serius murah,,, kene bg tau hubby ni
Dah tengok dah tapi sebab murah sangat, rasa was-was pulak
harga yang gila-gila punya
Insurance ni syariah compliance tak sis?
tq for sharing..
CP belum kahwin lagi tapi dah ada 4 orang anak buah, anak arwah akak untuk CP jaga, memang banyak dugaan nak jaga budak2 nih....
murahnya/...tq sharing ya
assalamualaikum,
normaly yg murah ni selalu P.A saja (Personal Accident) hanya cover kematian accident saja..tips nk aply insurans ni ada 3 elemen penting protection income(perlindungan pendapatan), medical card(dana kecemasan), saving education/ retirement.utk maklumat lanjut blh hubungi saya ejen PrudentialBsn Takaful :)
hidayah 012-5824373
mcm best je
Good sharing, U for Life is Malaysia’s first online life insurance platform. The company highlights common misconceptions about life insurance. For detail visit:
http://kidbuxblog.com/three-things-you-thought-you-knew-about-life-insurance/
Contoh ada berlaku musibah .. cam ne claim?
Post a Comment