Friday, June 06, 2014

PETRONAS PRIMAX 95 YANG BAHARU LEBIH JIMAT.

Pada 26 May 2014 haritu Kak Pilla dapat invitation untuk hadir ke majlis Pelancaran PETRONAS PRIMAX 95 with Advanced Energy Formula.. Apa tu? Haaaa tu lah korang... Sekarang baru nak tau.. Kalau Kak Pilla tak bagitau.. semua tak tau lah tu.. heheh.. Amboi belagak sangat Kak Pilla ni tau..

Nanti Kak Pilla cerita tentang NEW PRIMAX 95 tu.. Now jom kita tengok sepanjang majlis Pelancaran tu berlangsung.. Pelancaran berlangsung di Stesen PETRONAS, Techonology Park Malaysia.. Alaaaa.. yang dekat area Bukit Jalil tu.. 

Masa baru sampai tu.. wow gilang gemilang majlis ni rupanya.. ramai polis yang ada di persekitaran stesen PETRONAS ni untuk membantu orang ramai nak meletakkan kenderaan.. Nasib baik Kak Pilla ni terror.. parking dekat sangat ngan tempat majlis berlangsung.. hehehe.. 

Sedang menunggu ketibaan Encik Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, Managing Director and Chief Executive Officer of PDB.

Selesai mendaftarkan diri, kitorang pun cari tempat duduk yang dikhaskan di bahagian depan.. Oh tu Kak Pilla memang suka.. sebab akak ni rabun sikit kalau duduk belakang tak nampak... hehehe

Bersama Cik Epal yang cantik sangat.. 

Orang ramai dah mula memenuhi ruang yang disediakan.. Acara akan bermula sebentar lagi.. 


Encik Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus memberikan sepatah dua kata.. Masing-masing mendengar dengan tekun termasuklah aku.. Sebab aku memang pengguna tegar PETRONAS.. Pastu aku perempuan kan.. walaupun perempuan, aku nak ambik tahu jugak apa tu PRIMAX 95 baharu? Baru aku tau.. selama ni memang dah ada kan PRIMAX 95.. tapi kali ni PETRONAS memperkenalkan PETRONAS PRIMAX 95 dengan Advanced Energy Formula dimana ianya lebih menjimatkan minyak sehingga 30% pengurangan petrol dan secara tidak langsung akan menambahkan lagi mileage.  Amboi yang tu memang terbaek!!!! Jurutera PETRONAS membantu pelumba dunia mereka dan pasukan Mercedes AMG Petronas Formula 1 meraih kemenangan dengan 30% pengurangan petrol.

Lewis Hamilton berkata, penjimatan petrol sangat penting baginya sebagai pelumba Formula One Team.. setiap titis PETRONAS PRIMAX 95 yang diisi akan dapat memberikan performance yang optimum. Beliau turut gembira untuk berkongsi formula kemenangan ini kepada semua pemandu di Malaysia ;)
Walaupun kita bukan pelumba, tapi ini sudah bagus... siapa tak nak penjimatan? siapa tak nak pergi lebih jauh..kannnnnn...

Dengan Advanced energy formula, ia membersih dan melindungi injektor dan bahagian enjin yang kritikal.. Ia meningkatkan pengeluaran tenaga dengan pembakaran sempurna dan mengurangkan kehilangan tenaga dengan melicinkan dinding silinder.. Walaupun aku ni blur orangnya.. tapi explanation yang padat dan ringkas ni memang aku faham.. jangan risau. hehehe.. 

1. Membersih 

2. Menghasilkan Semburan Halus

3. Mengurangkan Geseran

4. Penjimatan sehingga 30% petrol

5. Mampu pergi lebih jauh

Simple kan? Aku happy sangat dengan pelancaran PETRONAS PRIMAX 95 yang baru ni ;)


Ok jom Kak Pilla bawak readers Kak Pilla untuk lihat perasmian PETRONAS PRIMAX 95 with Advance Energy Formula ni.. 

Sebuah kereta jenis Mercedes telah bersedia untuk diisi dengan PETRONAS PRIMAX 95 baharu.

Fuhhh ramainya photographer.. tejingkit-jingkit Kak Pilla nak snap gambar ni.. 

Suka gambar ni sebab ceria sangat.. Kali ni kita isi petrol untuk motosikal berkuasa tinggi pula.. 


Bergambar kenangan bersama bikers.. Hebat betul siap ada lady bikers..

Syabas kepada PETRONAS kerana sentiasa peka akan keperluan kami :)

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.mymesra.com.my




Love,
Filla.

1 comment:

Damski Fashion said...

Selamat petang kak, bsk holiday jadi niari singgah blog akak jap. Wah bila dapat invitation tu, dia ada cakap theme warna putih ke.. ; ) Semua berbaju putih.. Untung jugak akak dpt invitation... Kali ini mungkin saya akan more frequently use Petronas jugak... : )