Wednesday, June 18, 2014

KEMUNGKINAN BURUK BOLEH BERLAKU BILA-BILA MASA DIMANA SAJA.

Pagi tadi aku hantar Kasih gi sekolah macam biasa.. Lepas drop dia.. aku biasanya akan stay kejap.. tengok dia dah masuk dalam pagar sekolah.. dah jauh jalan ke dalam sekolah baru aku gerak..

Pastu kat hujung belah sana tu aku nampak ada budak pakai baju sekolah dengan tudung.. bediri tegak.. ini bukan cerita seram ye.. heheh.. Aku kan rabun sikit.. so aku slowkan kereta dan bukak tingkap.. Memang confirm budak tu berdiri situ sambil menangis..

Aku: Dik, kenapa tak masuk dalam sekolah ni?

Budak tu diam and sambung nangis.. Aku tak puas hati, aku turun dari kereta pegi kat dia.. 

Aku : Dik, nama apa ni? Napa nangis.. 
Adik: Mama workk.. mama workkkk... *cry*
Aku: Laaaa tak moh nangis.. Jom auntie hantar masuk dalam sekolah..

Sambil tu aku pusing keliling tengok if ada orang ke takde.. pastu aku confuse nak antar dia jalan sama-sama takkan nak tinggal kereta ngan engine start tu kan.. So aku cakap camni..

Aku: Jom ikut auntie naik kereta, auntie antar depan gate tu..

Budak ni elok ikut aku naik kereta.. Hoiiii aku yang meremang bulu roma memikirkan betapa mudahnya budak kecik nak ikut stranger macam aku masuk dalam kereta.. Nasib lah aku yang jumpa dia.. kalau orang lain???? Kalau lelaki yang tak betul??? omg, tak sanggup fikir sejauh tu..

Dalam kereta dia still nangis..

Aku: Dah tak nak nangis.. Ni darjah berapa ni?
Adik: *sunyisepi*
Aku: Darjah 2 ke?
Adik: Tak..
Aku: Darjah 1?
Adik : *angguk, air mata masih berjejeh sebut mama mama nak mama*
Aku: Satu apa?
Adik: 1 Amanda
Aku: Lain kalai Auntie tak nak tengok awak keluar dari sekolah tau? Orang jahat banyak kat luar tu.. Nanti mama awak risau.. kalau mama hantar gi sekolah, terus masuk dalam.. jangan keluar macam tadi.. Orang jahat tangkap camne? Faham tak auntie cakap ni?
Adik: *angguk* *nangis* mamaaaaa.. mamaaaa workk... mamaa nak mamaaa..

Eh tak habis lagi budak ni.. Huwaaaa.. aku risau ok.. Aku bukak pintu kereta turunkan dia.. hantar masuk dalam gate sambil tengok dia nangis masuk dalam sekolah.. pastu ada budak perempuan dalam darjah 6 kot.. "Dik, auntie baru hantar budak darjah satu tu tadi kat tepi jalan sana nangis-nangis nak mama dia.. Adik make sure dia masuk dalam tu betul-betul masuk kelas.. kang Auntie takut dia keluar balik"

Budak tu pon berlari masuk dalam.. 

Pengajaran kepada saya dan kepada semua ibu bapa di luar sana.. Next time, make sure hantar anak ke sekolah tu biar dia masuk dalam sekolah dan dah pasti keselamatan dia.. Kalau masa nak hantar kita dah tengok dia nangis-nangis tak nak pegi sekolah.. Jangan lah percaya sangat yang dia betul-betul akan masuk.. Tengok macam kes ni.. dia boleh keluar balik cari kita.. Yang kita tak tau apa dah berdesup pegi kerja.. Kalau pagi-pagi buta tu orang lain yang jumpa??? Orang jahat? Penjenayah? Perogol??? Ya Allah lindungilah anak-anak kita semua dari sebarang bahaya.. 

Kemungkinan berlaku tu ada.. So mari kita jadi lebih alert, mari kita jadi lebih berfikir ke hadapan akan kemungkinan-kemungkinan buruk yang mungkin boleh berlaku sekelip mata.



Love, 
Filla.

22 comments:

Sue said...

selalu risau kalau hntr anak sekolah, risau kot2 dia lari kuar nangis2 n by that time kita da drive pegi.. huhu... some parents ade jugak yg anak da nangis2 takmo masuk sekolah tp parents just drop n paksa anak masuk, tak pun parents blahhhh je..... ni lah antara punca jadi camni.. make sure anak masuk dlm sekolah betul2.. n perhatikan keadaan anak... adoiii stress betulllll kes mcm ni

Shima Ahmad said...

aduh..tegak bulu roma saya baca citer ni. mcm dlm berita harian hari ni la..ada jiran cuba nk rogol budak 4 thn..budak tu kakak dia umur 12 thn jaga..nasib baik kakak dia nmpk..zaman skrg mmg byk org gila. semoga Allah lindungi ank2 kita. take care fila! *ur silent blog reader*

Fiza Darwish said...

Aduhaiii..mudahnya budak ikut stranger ye. Apapun u did a right thing tadi .

Anonymous said...

Arggghhhhh seram!!!! Alhamdulillah xjd apa2 kan..

ahtzelin said...

Astagfirullahhalazim....nape cuai sgt mak bpknya??? Syukur pilla yg jumpa...fuhhh...aku yg seriau weh...anak aku pun darjah 1...ya Allah..selamatkanlah budak2 yg x berdosa ni...aaamin.

Anonymous said...

Ya Allah... baca ni terus je jantung dupdap2... mmg xleh imagine kalau org jahat yg pujuk naik kereta... Harap2 semua org akan buat mcm Kak Filla...
-nurul-

Anonymous said...

Ya Allah..berderau baca..ive 2 little girl..risau memikirkan masa depan diorg dengan keadaan skrg..hope Allah lindungi anak2 kita semua

Andra said...

Nasib baik lah Kak Pilla yg jumpa kan. Kalau org lain tak tahu la mcm mana nasib budak tu. Teringat kes budak yg kena penggal kepala recently tu sedeh sgt. Bahaya skrg ni kan org jahat mmg betol2 berani tak mcm zaman dulu2. Mlm2 org rumah tgh tidur pun pencuri boleh pecah masok mencuri. Dalam rumah sendiri pun dah tak selamat.

Nurizzah Majif said...

cayalah kak filla...menjadi seseorang yang prihatin lg bertanggungjawab..Insya'Allah kalau kita buat baik pd org atau haiwan sekalipun akan ada org buat baik pd kita atau ahli keluarga kte juga...mungkin mama budak tu tgh dlm keadaan rushing kot..mudah2an x berulang lagi..amin

Super Simple SAHM said...

Astaghfirullah.

Mula2 baca memang seram pulak baca bila Filla approach budak tu, yer lah, mana tau budak tu dijadikan umpan oleh orang jahat kan ... so masa Filla tengah sibuk dengan budak tu, orang jahat pun nak merompak ke apa.

NASIB BAIK bukan!!!

Ya Allah, semoga Allah SWT melindungi anak-anak kita, memberikan kita kepekaan terhadap apa yang berlaku di sekeliling dan paling penting, semoga Allah membalas jasa Filla sebab bawak budak tu balik ke sekolah. Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Terima kasih share citer ni ya! Mohon saya share your blog entry ni?

Jazakillahu Khairan, Filla. :)

suhaile sulaiman said...

saya mmg hantar anak dalam sekolah kadang-kadang sampai dalam kelas tp ada sekolah yang tak benarkan perents hantar sampai ke kelas...nasib sek anak akak ok

suhaile sulaiman said...

Saya hantar anak dalam pagar sek kadang-kadang dlm kelas terus...In Shaa Allah akan diteruskan ..moga2 aku tetap istiqamah...

suhaile sulaiman said...

Takutnya

Airin Diana Anuar said...

Sangat scary budak tu boleh ikut strangers naik kereta!!
Nasib baik it is you, if org jahat? nauzubillah
moga kita parents sumer sentiasa beringat. kejadian berlaku sesaat dua je. tanak menyesal seribu tahun.

salwana nordin @ che'wa said...

betul tu pila..

kami kalo anto anak mmg biasanya akan stay sekejap sampailah dia betul2 masuk dlm pagar sekolah..

risau otw ada org kidnap ke ahapa, dlm sekolah dah ada guide..

kalo hari still gelap better tunggulah kejap kan, kalo dah cerah ramai org takpe la jugak but still berhati2..

Anonymous said...

Terima kasih kak filla sbb jd org yg prihatin.

Norhidayu Abdullah said...

ya allah..nasib akak yang jumpa
bukan org gila yang makin banyak kat malaysia ni

elly nadyra said...

byk kejadian gini
kalau dpt org cam ko yang prihatin ok la
dpt yang amik kesempatan?
matik la
semoga anak2 kita semua dilindungi olehNya

Anonymous said...

Nasib baik kejadian ni berlaku pada famous blogger ni. Bukan doakan, cuma kadang kita belajar daripada kesilapan. Bila tidak terjadi, kita tak tahu silap kita kat mana. Disebabkan jadi pada Pila, Pila dapat share pada ramai pembaca dan lepas ni akan berhati-hati. maklomlah kadang ingat anak2 dah masok sekolah. Rupanya boleh pulak dia keluar. Aiseymann...

A.I said...

ish...seriau aku baca beb. budak tu pun senang je ikut kau masuk kete. agaknya camtu le kes culik2 tu kan? Allah :( risaunya. aku pun mmg tetiap pagi hntr anak2 g skolah agama smp dowang byebye aku ilang dari mata baru aku gerak. risau tahap gaban!

Anonymous said...

seramnye baca ni..syukurlah kak pilla yg jumpa. saya pun hantar anak ke tadika mmg tggu dia sampai masuk dlm or ada cikgu sambut.

Anonymous said...

uishh takutnye bile pikirkan bende cemtu,,seb baik u yg jumpe..alahaii