Wednesday, July 11, 2012

Nak Iklan kat sini?

Tak pasti untuk upload statistik Unique Visitor adalah manis atau kurang manis.

Aku rasa terpulang kepada niat the blogger.. Samada kau rasa statistik kau terlalu tinggi sampai nak tayang-tayang tu tak berapa nak manis ye.. atau mungkin kita letak untuk diabadikan sebagai kenangan indah sepanjang berblog itu tak pe.. atau mungkin memberi inspirasi kepada blogger lain supaya mencapai statistik yang membanggakan itu mungkin ok. 

latest statistik untuk blog ini.

Terpulang kepada siapa yang melihat.. kalau yang melihat statistik ini adalah seorang blogger yang maha dasyat.. pasti beliau akan ketawa berdekah-dekah dan melekeh-lekeh kan diriku ini.. Ahhhh persetankan semua itu.. Eh kau kenapa? tetiba emo? muahah..

Ok selalu aku letak statistik aku kat Advertorial (kat atas blog nie sila click) je.. tapi aku tau, bukan semua rajin nak click pon.. purpose meletakkan statistik adalah untuk tujuan advertorial.. bukan aku saja gedik ye... yelah kang ada pulak yang ngumpats ai kata macam bagus lah apa lah.. ai ni bukan boleh kene kutuk, hati ai cepat terguris... kang ai mogok terus tutup blog.. haaaa nyampah tak kat ai? muahaha...

Ok bukan apa, sesiapa yang nak menggunakan blog ini untuk mempromosikan perniagaan dan sebagainya, mereka ada hak untuk tahu berapa ramai orang yang visit blog ini.. berbaloi kah iklan disini.. sebenarnya terpulang kepada diri masing-masing.. tiada paksaan.. tapi aku ada jugak sikit rasa bersalah kalau korang dah amanahkan aku untuk iklankan produk or service kat sini tapi still tak de orang nak beli or tak berbaloi.. itu semua berbalik kepada soal rezeki kot.... kalau ada syukur alhamdulilah.. kalau tak de usaha lagi cara lain.. 

Oh ye.. aku ada dua options untuk korang pilih bentuk advertisement yang korang nak.. 

1. Special Entry (sticky post)
bermaksud entry.. special entry pasal produk korang lah.. terpulang nak aku yang tulis atau korang nak tulis sendiri.. tapi kalau nak aku yang tulis.. korang kena provide dengan details yang lengkap seperti link-link yang korang ada dan sebagainya.. 

2. Banner
banner ni aku baru nak start buat.. aku akan charge banner yang nak 2 minggu or 1 bulan or sukati kau nak berapa bulan.. banner akan diletakkan di right sidebar aku.. supaya mudah orang nak click. orang click je terus pegi ke website business korang ye..


Satu lagi.. aku akan tengok dulu korang nak jual apa... sebab aku tak nak lah semua aku nak iklankan.. kang orang akan kata aku ni tamak haloba.. ai tak macam tu okay.. dan aku tak nak lah promote pung pang pung pang tapi menipu readers.. contohnya aku sendiri kurang berkenan produk atau service atau apa-apa.. so aku tak leh lah nak amik jugak iklan tu pastu aku cerita best-best.. no no no.. aku tak nak, sebab rasa tak jujur pulak macam tu :(


Ok itu sahaja.. untuk tujuan tersebut sila email Fillanie :

framekasih@yahoo.com



pesanan masyarakat: tiada paksaan, tepuk dada tanya selera, kalau aku reply email lambat pon harap maaf sebab ai kan siput T______________T





EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

12 comments:

C!kpuanmuda® said...

aku nak ko iklankan blog aku.. buat sekarang!! hahahahaa

Sepet said...

Perghhhhhhhhhhhhhhh!! Kak fila, ini dah nak saing2 oh bulan ni, heibat sangat lah~ Terasa kerdil dini ini, eewah, hahahaha! Pape pun, thumbs up! I memang suka baca blog akak! *malu tak malu tak* kuikuikui!

LINA EVERLYNN said...

nak.nak berminat:))) u antara bloggers yg femes jgk.heeeeeeeeeeee

Shinnaz Ahmad Rasid said...

blog filla best! thank filla! thanks!

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lma2 ntikn fila blh berenti keja jd blogger full time

Mooniqueen said...

Mak ai banyaknya uv? MQ nak sampai seratus pun payah...

Halimaton Hanafee said...

ok ramai gila baca blog filla..kalau sy dpt 200 person dh rasa berlonjak mcm nak gugur opis ni ok..hohoho

Kemn Azmaili said...

bagus kak filla!!!

hari tu ada terserempak kak filla, pak radie, n ur 2 lil girls kat Alamanda..2 kali terserempak..2 kali jugak saya speechless sampai segan teramat nak tegur blogger femes amos ni..pastu balik umah..nyesal tak sudah..hehehe...

btw, teruskan berblogging sis..im ur loyal reader ok!

kalo sudi terjah la blog muruk i ye..hehe

mommyNadia said...

sb blogeer picisan mcm saya, saya akan kata woweee junior juice!!
cayalah Filla..mine one 10taun pun belum capai this level!!

Good job babe!

Sofea said...

pergh... hebat.. ni kira boleh jadi traffic jam kalau tak buat highway..

mc laa said...

selalu berangan jumpa akan jumpa kak filla kalu keluar pegi shopim mall .. hahahah

ProfHariz said...

Sangat kencang ! Bestnya andai blog aku pun macam ni.