Pagi tadi sempat dengar HotFM.. topic dia macam menarik jugaklah..
Menyentuh tentang isu kesopanan di negara-negara maju.. So dalam Reader's Digest ada lah dia mention negara kita Malaysia.. Eh, tetiba terngiang-ngiang lagu "budi bahasa budaya kita" bak kata Fafau ;)
nak tau Malaysia menduduki tangga ke berapa?????
34
Yeszaaaa.... dasyat okeh... aku ingatkan dari berapa ratus negara.. rupanya dari 36 negara.. ye, tangga ke 34 dari 36 negara which is tak boleh dibanggakan..
Kenapa, teruk sangat ke negara kita nie? yang sibuk mewar-warkan tentang kesopanan, lemah lembut, berbudi pekerti.. penyayang.. eh semua yang baik-baik jelah.. aku tak tau lah sebab aku jarang jugak pegi negara-negara luar dan tengok sendiri budaya dan kesopanan diorang nie.. tapi pernah jugak isu ni keluar kat radio lama dulu... isu pengalaman di negara orang...
Ada satu caller masa tu call.. aku boleh ingat sampai ke hari nie.. caller tu cakap, masa tu dia kat negara luar.. aku tak ingat, kalau tak silap UK kot? kat sana, dia paling tak lupa pasal budi bahasa mat salleh nie.. kalau bukak pintu (nak masuk office atau kat tempat awam) diorang akan bukak pintu tu dan tunggu sampai orang belakang-belakang masuk jugak baru dia tutup pintu dan teruskan perjalanan... Aihhhhhhhhhh.... terus rasa terkena kat batang hidung.. kita ada buat macam tu tak? tak yah jauh lah.. kat pintu masuk office pon cukuplah.. ko masuk dulu kat depan.. sedangkan kau tau ada orang kat belakang ko ni lagi 4-5 langkah nak sampai kat pintu.. tapi ko lepaskan diri kau je.. orang belakang bukannya tak reti nak bukak sendiri.. aku boleh bukak, kau pon bukak sendiri lah? ye.. begitulah kebanyakan masyarakat kita.. BERDIKARI.
Apaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lah salahnya kau tunggu kejap.. bukak pintu, tengok orang belakang, senyum sikit.. tunggu dia masuk sama-sama jugak.. pastu dia cakap terima kasih, ko pon cakap sama-sama.. then ko blah lah.. itu contoh bodoh je lah nak bagi. walaupon bodoh, besar impact dia kepada orang lain.. mesti dia ingat dalam hati "baik budak nie, boleh buat menantu"... opss sorry makcik, ai dah kawin T___________T
Pasal wanita mengandung ko tak bagi duduk dalam bas ke dalam train ke.. itu dah normal lah kan.. dulu masa iklan Adlin Aman Ramli tu kecoh gilaaaaa.. yang Adlin nampak perempuan pregnant, laju-laju dia buat-buat tido.. siap banned iklan tak bagi keluar.. sebab tunjukkan kenegatifan rakyat kita.. eh bukan kita memang macam tu? Aku memang setuju buat iklan macam tu.. orang kita nie ko ajar lembut-lembut masing-masing tak paham... kena terus terang sikit.. susah sangat ke nak bangun dari tempat duduk, bagi tempat duduk tu untuk orang-orang yang lebih memerlukan? susah? nak didik masyarakat bukan senang.. mungkin sebab didikan dari kecik.. atau memang orang kita ni jenis kurang sensitif.. jenis tak kisah pasal orang lain.. so susah lah sikit...
Aku rasa, masyarakat kita ni bukanlah tak sensitif... sensitif.. cuma kadang-kadang malu kot nak buat baik.. kang orang ingat kita nak tunjuk kat orang kebaikan kita.. macam bagi perempuan pregnant duduk.. dalam hati nak bagi.. tapi malu.. nanti apa kata orang dalam bas tu.. mesti kata aku ni poyo nak tunjuk baik depan orang.. ahhh.. tak yah lah bagi.. biar orang lain je bagi.. kan kan kan? telampau sibuk takut orang mengata ni pon susah jugak.. buat baik malu? buat buruk tak malu pulak? haih..
Lepas nie, jom kita improve kan diri.. mana yang kita rasa remeh tu.. mungkin tak remeh bagi orang lain.. nak tunjuk budi pekerti mulia bukan susah sangat.. bukan kena keluar duit ke peluh ke.. sempena bulan puasa nie.. kita buat baik banyak-banyak lagi ok.. semoga pahala pon bertambah ;)
EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com