Wednesday, July 31, 2013

SENARAI NAMA PEMENANG #tipsbalikkampung dengan Ambi Pur

*sticky post sampai semua winners send email to me*

Weeehooooooooooooooooo!!!

Here are the winners for Ambi Pur Mufasa.. Bagus lah korang.. Akhirnya berbaloi-baloi hantar #tipsbalikkampung tuu.. 

So ni aku bagi nama pemenang berserta hadiah apa yang korang bakal dapat ;) Ada 7 orang pemenang semuanya... tapi aku mintak tolong.. sila email aku di framekasih@yahoo.com... Bagi email address korang ye..

1. Zila (Mamat Family Tin Jar + Ambi Pur products)
Dalam kereta kena ada ambi pur febreez, mana tahukan tetiba ada yg terkucil ke.. jajan tumpah ke (biasa le anak-anak kecil ni). Nak cuci betul2 confirm ambil masa, hah sembur je febreez agar sofa kereta anda terhindar dari bakteria. Sihat sekeluarga!! #tipbalikkampung

2. Cik Yan (Ambi Pur products only)
Pastikan semua punca elektrik dimatikan sebelum bertolak balik..mana yang dok pasang pewangi elektrik tu, cabut..karang litar pintas pulak..kesian kat abang bomba nanti terpaksa bekerja keras di hari raya..bertukarlah kepada wangian dari jenis yang berasaskan gel..ambi pur pon ada dari jenis ni..pilih je mana-mana wangian untuk haruman yang berkekalan..balik je dari kampung, rumah kekal harum.. Selamat Berpuasa & Selamat Hari Raya in advance
Segar gembira sepanjang perjalanan bersama Ambi Pur #tipbalikkampung

3. nalsweet (Balik Kampung Kit + Ambi Pur products)
Periksa keadaan rumah, gas kasi tutup,cabut kepala hose tu..suis elektrik semua perlu dimatikan. Periksa dan pastikan semua pintu dikunci..dan SIMPAN KUNCI TU ELOK-ELOK..takut nanti by the time balik rumah semula tak ingat letak kunci kat mana..menangis tak guna..hehe..dah la perasaan balik rumah semula tu tak berapa nak best..tapi takpe, nak bagi feel best nyaman, pasang Ambi Pur siap-siap..supaya balik nanti tak stress..ihiks! #tipbalikkampung

4. anonymous (Mamat Family Tin Jar + Ambi Pur products)
Sebelum memulakan perjalanan ke kampung halaman, saya pastikan yang kereta saya telah di servis dan berada dalam keadaan yang baik. Untuk dalaman kereta, saya pastikan pewangi Fresh mini clip sky breeze menjadi pilihan untuk kami kerana ia dapat hilangkan bau & kekal segar sehingga 45 hari. Kami berasa lebih ceria dan kekal segar hingga ke destinasi. Kami suami isteri selalu makan di dalam kereta ketika perjalanan jauh. tapi.. saya tak risau..sebab fresh mini clip sky breeze dapat atasi bau makanan.. #tipbalikkampung 

5. nad (Balik Kampung Kit + Ambi Pur products)

#tipbalikkampung dari saya
rumah ditinggal agak lama
air, gas, eletrik perlu diperiksa
jangan terlupa nanti padah jawabnya
bil melambung usah berduka
sampah dibuang, jangan lupa!
nanti busuk, tengit, hapak dan kepam semua pun ada
nak selamat, AMBI PUR diguna
baru lah rumah segar sentiasa
sekembalinya kita dari beraya

perjalanan jauh letih dibuatnya
sentiasa berjaga-jaga jangan terlena
ambil masa berehat seketika
legakan badan dan juga minda
biar lambat asalkan selamat tiba
co-pilot tido?? tak usah berduka
gunakan AMBI PUR penyegar suasana
mata tak jadi ngantuk, terus tak jadi lena ;)
#segarkanraya anda dengan AMBI PUR percuma
hati riang, anak-anak gembira, perjalanan pun selesa
#tipbalikkampung yang tak seberapa
nampak je simple tapi jangan diambil leka!
buruk padahnya ;)
^________^

6. schazaza (Ambi Pur products only)
Kereta, baju, rumah semua dah wangi dengan Ambi Pur. Kaki lak camne??? Jangan lupe sembur Febreze dekat kasut masing-masing. Biar semua hidu keharuman bau korang. Jimat perfume dengan adanya Ambi Pur. Trademark tau bau Ambi Pur ni… #segarkanraya #tipbalikkampung

7. aleenavril (Ambi Pur products only)
jangan lupa bawak selimut/blanket kecil dan juga baju sejuk supaya jika perjalanan balik kampung diiringi hujan berpanjangan,bolehlah memanaskan badan dengan memakai blanket dan baju sejuk tadi, selain itu boleh juga buat menyelimutkan anak anak yang tidur semasa perjalanan balik kampong yang diselitkan dengan bau ambi pur yang nyaman, maka tidur mereka akan lebih lena.#segarkanraya #tipsbalikkampong

Please email your details (full name, address and contact no) so that pihak Ambi Pur boleh arrangekan untuk hantar hadiah kat korang.. cepat ye.. lambat-lambat, aku yang amik hadiah tu kang.. 

email : framekasih@yahoo.com
tajuk: pemenang Ambi Pur

(dalam email tu bagitau korang pemenang yang no. berapa)

Untuk pemenang 'anonymous' sila email jugak if itu adalah tipbalikkampung anda.. bulan puasa jangan menipu... 

Ok itu sahaja... TAHNIAH buat semua pemenang!!!!! Lain kali kalau Kak Filla buat contest, korang mesti involve tauuuuuu :)

Tuesday, July 30, 2013

BERBUKA LUAR (BUKA PUASA 2013)

Ya Allah.. lemah longlai plak even nak type je tapi rasa nak tertangkup kepala kat atas meja.. eh tak boleh macam nie.. jap lagi Acih nampak, malu la ai.. 

Weekend baru ni Pak Long call.. dia nak ajak gi buka puasa.. Aku cakap takyahlah sebab aku memang nak bawak Wan gi Arzu KLCC.. nak beli inner tudung.. aku dah set dengan Wan dah nak makan pizza hut.. Tetiba datang Pak Long.. nak ajak makan lain.. Aku cakap takyah la, aritu birthday mama kan dah makan-makan... Eh dengan dia bukan boleh.. kang bertekak.. baik ikut je cakap dia.. aku cakap, well kalau nak belanja takpelah.. i ikut jer muahahaha... So ke JW Marriot lagi.. ni kali ke3 kot buka kat sini every puasa.. masuk tahun ke3 tekak aku dah tak boleh nak terima. hahahah.. over gila ni.. 

Aku rasa bab pemandangan dia menang la.. bab food biasaaaaaaaaaa je.. hahaha.. aku kang kalau complaint kang banyak kang.. baik aku diam.. hahah.. ok la jom jaja gambo.. 

Mak and Apak The Kasihs.

Tapi syoklah sebab dapat betul-betul tepi swimming pool.. risau Ani je.. tau-tau dia terjun plak dalam tu.. 

my darling Acih.. masih puasa penuh lagi :)


Naik berlengas2 dah budak botak Leecha nie.. hahaha.. 

Apa benda tu Kasih? kari ke puding???? 

kakak telan ailio je tengok Ani makan dulu.. 

Leecha gak kewl.. brrrrr brrrrrrrrrrr brrrrrrrrrrr.. menyembur hahahah




kerabu ni ok sedap ;)









Aku sampai tak tau nak makan apa bila tengok banyak sangat lauk.. yang pasti sambal tumis udang petai tu tak best langsung.. takde rasa.. udang tu macam frozen tawar :(

Sup Ekor ni aku expect sedap.. tapi biasa je.. ok la sup dia.. tapi ekor dia keras macam batu.. 

Lamb sedap

Tengok laki aku punye lauk.. tak menarik langsung pilihan kan? hahaha.. belambak lauk dia amik tu je? 

ni apa benda tah? sapa punya ntah aku main snap.. apa tu? nasi impit? kerabu mangga? 


last-last aku amik nasi ayam.. ok sedap jugaklah... bolehlah.. 

cendol tu tengok pon macam hmmmm.... tapi puding roti tu sedap.. 


Atok, Wan and Pak Long.. semua kesayangan saya.. 

Oh ya masa kat Pavi sebelum ke sini terserempak ngan kawan Pak Radie.. kawan baik gaklah.. kawan sekolah.. pernah gak gathering kat mana yek? Cherating ke PD aku pon dah lupa.. family dia ada..

Hah kau.. ni anak dia.. baya Ani tapi muda berapa bulan macam tu lah.. comel to the max!! mak dia baca blog ni.. hai ;)

Gittewwwwwwwwwwwww... hahahah ok dah kenyang mohlah kita balik..

orang semua dah blah.. diorang stay lagi nak habiskan ABC.. dah jom balikkkk.... mak kau letih nak type ni.. 

Babai..

Eh korang masak apa plak? hari ni pon aku nak try lagi satu menu.. muahahha.. masak sendiri gak syok ;)



EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

RESEPI NASI AYAM SIMPLE TAPI SEDAP.. (BUKA PUASA 2013)

Hambik kau.. kalau aku bukak comment for anon.. mampos aku kena maki.. hahahaha...lambat sikit update.. i busy hari nie.. Tapi walaupon lambat update today.. Aku nak isytiharkan, sepanjang bulan puasa yang aku masak sendiri.. aku rasa.. menu semalam adalah yang tersedap.. kahkahkah.. lantaklah puji diri sendiri.. nak harap orang puji susah sangat kan.. Bengang je Pak Radie sebab nak dekat doploh kali tanya sedap ke tak? sedap ke tak? Pak Radie cakap "Sedap".. hahahah bukan senang nak dengar dia cakap sedap.. selalunya jawapan dia "Bolehlah".. rasa nak hantuk kepalaku ke dinding... 

Resepi Nasi Ayam dah pernah or dah banyak kali kot tulis kat blog nie.. Tapi semalam aku tukar style lain.. Kalau korang nak try, boleh try yang ni.. dah lah simple, sedap pulak.. hahahahahah mampos puji diri lagi.. 

Tapi harap ampun la.. rumah aku takde ayam besar.. semua aku beli suruh siang kecik.. hahaha.. kalau korang plan nak buat nasi ayam.. beli ayam sekor potong 4 ok? baru umphhh!!

Nak impress kan laki.. mesti setting ala kedai sikit.. baahahahahha..

Perapan Ayam pon sedap.. hoi lapa hoi.. 

Dah mari salin resepi.. Masak nasi ayam untuk berbuka memang sesuai.. tak payah nak 3-4 macam lauk ;)

NASI AYAM
3 pot beras (untuk keluarga kecilku)
basuh beras bersih-bersih dan toskan

lemak dan kulit ayam (jangan buang.. basuh bersih dan guna untuk masak nasi)
3 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* on kan rice cooker anda.. bila dah panas, masukkan majerin.. tumis bahan tumbuk hingga perang.. masukkan lemak dan kulit ayam.. tumis sekali ya.. kemudian masukkan beras tadi dan kacau rata-rata hingga wangi.. membunuh ok bau dia time ni.. hahah.. kemudian masukkan sup dari rebusan ayam.. jangan banyak sangat air takut nasi menjadi lembik.. kurang tak pe.. Ok!! siap nasi ayam!!!! kalau sup tak cukup, pepandailah korang tambah air biasa ke apa.. hehehe

SUP
potongan ayam

(bahan tumbuk)
4 biji bawang putih
2 biji bawang merah
2 inci halia

1 kiub ayam
daun sup
daun bawang 
bawang goreng

*tak perlu tumis.. didihkan air.. lebur je ayam ngan bahan tumbuk tu.. campak kiub ayam.. masukkan garam.. bila ayam dah masak, tutup api.. keluarkan ayam dan toskan ayam.. sup tu bahagikan ye..separuh untuk masak nasi.. dan selebihnya untuk dimakan bersama nasi ayam.. campakkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan ;)

AYAM
Bahan perap
sos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
3-4 titik minyak bijan
Lepas perap/lumurkan.. panaskan minyak.. dan goreng ayam.. tak perlu lama.. sebab ayam dah masak.. sampai nampak cantik je terus angkat.. potong-potong ayam macam kat stall nasi ayam :)

KUAH LADA
4-5 lada hidup (merah)
1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*blend kesemua bahan.. cili sos tak yah blend dulu pon takpe.. kemudian panaskan periuk.. tambah air dan cili sos (ikut tahap kepekatan masing-masing)

KUAH KICAP
*Guna balance perapan ayam tadi.. campurkan dengan kuah sup.. kalau cair.. tambah lagi kicap manis.. 

Senangkan? InsyaAllah walaupon simple je.. tapi rasa dia mengagumkan.. ok, disebabkan tu juadah untuk berbuka puasakan... rasa tak berapa best kalau menu itu je satu.. so aku buat cekodok bilis.. rangup-rangup makan dengan cili sos.. Acih sorang je hadap berapa ketul.. puas hati tengok semua orang suka ;) aku tak makan pon tak pe.. waaaahhh ibu mithali sangat ni.. hahahaha... 

Boleh refer SINI untuk resepi bangang ni.. tapi semalam aku tambah hirisan daun bawang dan hirisan cili padi... 

Beli acuan ice cream ni kat DAISO... RM5 je.. pastu blur nak buat ice cream apa.. aku pesan kat bibik suruh masukkan Peel Fresh Orange.. hahahahha.. sedap je aku telan.. hahahah.. Acih nak ice cream Milo plak bukak puasa hari nie.. jimat duit mak apak ko.. ice cream buat sendiri je hahah..

Ok lah.. nanti kita sembang lagi ye.. bagi ai tarik napas jap.. bye.



EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

PROMOSI HARI RAYA..

*sticky post*

Untuk orang yang dah biasa amik Kolagen untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, keanjalan kulit, nak tampil berseri serta awet muda.. ada macam-macam Kolagen yang ditawarkan kat luar sana kan?  So yang mana pilihan korang? Aku ada few friends yang dok tanya.. "Filla, ok ke Ephyra?? Aku tengah nak mula makan Kolagen, tapi aku pening tak tau nak amik brand apa.. sebab belambak jual sana-sini.. so aku confuse".. Jawapan aku senang je.. "Tepuk dada tanya selera.. tapi kalau kau tanya aku amik apa, aku amik Ephyra.. kalau kau nak tau sebab apa? Sebab aku dah amik 3 kotak Ephyra.. so far, muka aku takde masalah.. ramai tegur warna kulit sekata, kulit wajah tegang, tak mudah letih, sistem penghadaman bagus dan lawas, kulit dah semakin lembab".. Ok dah tu je.. kang citer lebih-lebih kata poyo.. 

Ephyra semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.. Nak tau kenapa?

Apa beza EPHYRA dengan collagen lain?:
  • EPHYRA menggunakan kolagen ikan laut dalam jenis "white fish" yang hidup di laut dalam. Sebab ikan dekat perairan laut dalam ni bebas pencemaran. Bukan ikan yang mudah didapati kat pasar borong sana yeh.. bukan talapia, bukan keli..  
  •  EPHYRA menggunakan kolagen yg terhidrolisis. Kolagen terhidrolisis tu terdiri daripada pecahan asid amino yg kecik, yang mudah diserap oleh badan. 
Kolagen dalam Ephyra mudah diserap - part ni yang paling penting. Tau tak kenapa ramai amik collagen tapi lambat nampak kesan? Sebab berat molekul collagen yg tinggi, so badan susah nak serap. Berat molekul collagen sesuatu brand tu diukur dalam unit DALTON (Da). It's not about how many mg collagen content, tapi how small the protein is. Semakin cepat diserap, semakin cepatlah nampak kesan kat badan.Fakta penting : Berat molekul collagen Ephyra = kurang dari 1500Dalton

Size collagen EPHYRA = kurang dari 1500Dalton, sangat mudah diserap oleh badan. Sebab tu dgn minum EPHYRA kita dah boleh nampak kesan seawal 7 hari. Most collagen di pasaran sekarang 3-4 kotak pengambilan baru nampak kesan.

  • Kandungan kolagen Ephyra cukup untuk keperluan badan.. Badan setiap manusia tidak memerlukan kuantiti kolagen yang banyak sekali ambil, tetapi amount yang sedikit tapi berterusan.. Jangan salah konsep ok? Jangan ingat sekali amik banyak terus jadi muda.. no no! Hati-hati, pengambilan dosage kolagen yang berlebihan boleh membebankan buah pinggang! dan boleh membuatkan kegagalan buah pinggang.. so please.. hati-hati bila amik kolagen di pasaran ok?

  • EPHYRA ialah skin supplement iaitu minuman tambahan untuk kecantikan kulit, tetapi ada banyak lagi manfaat lain yang boleh kita perolehi.. selain dari kulit menjadi cerah dan anjal, manfaat lain ialah: 

Energy booster ~ Ramai pelanggan Ephyra kata, lepas amik Ephyra badan rasa lebih cergas dan kurang rasa lesu.. tak yah orang lain.. Aku adalah contoh paling dekat lah.. Alhamdulilah, balik dari kerja je terus bersilat kat dapur.. sediakan juadah berbuka.. Kalau dulu bulan puasa, kalau aku dah siap masak.. ada lagi 1/2 jam nak buka, mesti aku baring.. pastu terus tertidur sampai nak dekat azan.. hahaha.. now takde baring-baring dah.. 
Rambut kurang gugur.~ Ramai yang kata rambut makin kurang gugur dan makin sihat.. aku tak berapa pasti sebab aku dalam proses anak tengah brrr brrrr brrrrr main so rambut gugur adalah biasa.. soon akan back to normal. 
Sistem pembuangan jadi lawas.~ bantu untuk mengawal berat badan.. Ramai pengguna turun berat badan lepas minum EPHYRA.. Aku tak turun sangat.. maybe sebab langsung takde excersice.. tapi tak delah makin naik.. dia maintain begitu je.. rasa kalau senaman sikit boleh kot turun.. 
Kuku jadi cantik dan bersinar. ~ ini aku dah share kat previous post.. boleh merawat masalah kuku yang mudah patah.
Cracked heel berkurang.~ mengatasi masalah tumit merekah dan kering
Lingkaran hitam bawah mata berkurang. ~ lebih sekata tona kulit
Mengurangkan sakit radang & sendi lutut ~ Ramai yang sakit lutut minum EPHYRA dalam sebulan mmg dah Nampak kesan, utk golongan tua, dah boleh berjalan laju & tunaikan solat dgn mudah.. Sebab aku still muda huwahahaha.. so tak pasti.. boleh lah korang belikan sekotak untuk ibu korang yang ada masalah lutut.. nanti sharekan hasilnya ;)

Lihat sendiri testimonial kat atas nie.. dari berwajah kusam, nampak tona kulit makin bersih, cerah dan sekata.. 


Sekarang anda boleh yakin dengan EPHYRA.. kerana EPHYRA adalah disahkan produk Halal by JAKIM dan diisytiharkan selamat oleh KKM... Ada dengar khabar jugak produk kolagen yang dirampas sebab tiada kelulusan dari KKM... So sekarang tak perlu ragu-ragu ok? 

Satu lagi berita untuk nak share ngan readers sekalian.. korang dah boleh nampak dah ada Billboard Ephyra!!! kalau korang lalu NKVE then menghala ke Damansara, right after tol Jalan Duta dah boleh nampak dah... antara kejayaan Ephyra :)

Masih ada yang email tanya harga Ephyra... Meh akak bagitau u olls..Untuk pembelian Ephyra, now ada promotion Hari Raya, dulu RM228 sekarang ialah RM197 perbox.. dalam di dalam box tersebut terdapat 30 sachets.. jadi memang ngam-ngam 1 kotak Ephyra untuk 1 bulan supplement ok :)

Ada promosi khas utk pembaca blog. 2 kotak pada harga rm380 (NP:RM394 - 2 kotak) email info@oceanlife2u.com dgn tajuk kasihaleeya.blogspot.com utk dapatkan harga promosi 2 kotak beserta FREE GIFT (spt gambar di bawah)

Lebih berbaloi beli 2 kotak terus.. dapat Handbag Organizer.. dan dapat harga murah.. sebab beli 1 kotak pon.. soon mesti result ok dan nak purchase for 2nd box.. so terus je beli sekali 2 kotak ok? jangan lupa email dengan tajuk kasihaleeya.blogspot.com untuk dapatkan Promosi Hari Raya tu ok? 


Untuk maklumat lanjut, boleh layari
1)website official - www.oceanlife2u.com
3)instagram- ephyra2u
Untuk info @ pembelian boleh email kami di info@oceanlife2u.com
Atau hubungi HQ 0341417889 atau sms 019 3999 238


"Selamat BerEPHYRA untuk wajah lebih menawan di hari lebaran"


Monday, July 29, 2013

PANDORA

 Ehem, baju raya dah beli ke korang? Baju anak-anak dah complete dah? Bila aku pikir balik.. kasut raya je lom ada untuk anak.. hahah.. semalam Wan cakap, kasut raya budak-budak tak de ke? "Tu converse tu dah beli.. tu kasut raya la tu".. Wan cakap.."Habis tu? pakai baju kurung ngan kasut converse?".. Eh a'ah kan.. baru aku terpikir.. tapi anak aku ni kaki peghak sikit.. pakai sekali dua dah melecet.. luka sana sini.. pastu campak dalam store.. ilekkkk jer selipar jepun jugak dia sarung.. so aku rasa membeli kasut gegirl2 untuk diorang ni memang tak perlu la... 

Another option aku rasa beli je kat ipanema tu.. kan selipar tapi ala-ala lawa2 kalau pakai ngan baju kurung.. ok settle.. nanti pegi.. sekangkang kera je nak pi beli..

Aku?? Pak Radie?? memang tak de lah.. baju apa lagi nak beli.. tak de aku nak beria sangat lah sambut raya this year :( janji anak-anak seronok sambut raya.. itu jelah kot.. 

Cakap pandai.. tapi pegi jalan kat Alamanda hari tu lunch time.. sekali langkah ku terhenti depan PANDORA... usha punya usha.. terus macam aiseh.. i wan't i wan't.. tapi macam pikir 20x.. aku akan pakai ke tak nanti?  

Huwaaa.. cantekkk sangat nie.. konsep nya tu aku suka lah.. tapi merah love2 tu.. memang tak lah ngan jiwa raga aku tak masuk..hahahha... tapi ada banyak gila charms dia.. so pilih lah ikut citarasa masing-masing.. if korang jenis mengada-ngada gedik sikit boleh amik yang sweet pink gitew.. ada teddy bear.. haih.. kalau jenis tak suka silver.. boleh pilih leather untuk gelang.. aku suka gila yang leather tu sebenarnya.. tapi mengenangkan dah lah bapak mahal.. pastu tak leh kena air.. a big NO lah kan.. nak mandi je bukak.. lepas mandi pasang balik.. mengenangkan itu pon aku dah rasa apa kene gedik sangat ngko nie.. 

huwaaaa cantik? tak? sejak bila aku dah pandai plak tegedik-gedik nak perhiasan macam nie.. usia maybe? Kalau korang nak tau.. aku dari dulu sampai umur dah lebih 30an nie.. memang takde gelang emas.. sebab aku memang tak suka!! white gold ok sikit lah.. tapi still aku tak nak... hahahha.. memang bertuah gila lah Pak Radie ko dapat bini yang tak mintak barang kemas.. sujud syukur dia ok.. kalau aku nak pon.. aku nak gelang kayu beli kat Central Market.... lagi bersyukur triple lah.. tapi kini segalanya telah berubah.. tak yah nak bersyukur sangat lah ye... dah lama sangat aku bagi dia bersyukur kahkahkah... 

Nampak? bila dah penuh.. so kita punya suka lah nak collect charms tu ikut citarasa kita.. ok kalau aku memang takde la love-love tu.. mungkin aku akan lebihkan silver.. untuk charms yang bukan silver maybe aku nak black stones... kalau nak bagi colour sikit.. maybe aku nak amik sikit blue or turquoise.. wah berangan sangat.. 




*kelipkelipmata*

sebijik charms itu harganya ada yang RM125 kot? sampailah kalau yang ada stones RM295.. seketul.. ko kira sekarang ada berapa ketul charms kat atas tu.. agak-agak.. kita makan maggi hari-hari lah kalau nak complete set.. gold 14karat pon ada.. gelang sahaja plain ye.. plain.. RM6K.. sekian.. assalamualaikum, tutup kamus. 

Tapi akhirnya aku tewas jugak dengan dugaan.. ni semua godaan syaitonnnn hahah.. walaupon syaiton diikat di bulan puasa.. tapi kegagalan melawan nafsu tu terserlah jugak.. tak dapek den nak nolong.. Sedapkan hati sikit.. ni bukan pembaziran.. ni untuk diri sendiri jugak.. ni pon dah bagus tau.. orang lain emas berselirat sampai tak cukup tangan melingkar.. aku tak nak semua tu.. i bukan mata duitan.. 

*ehem*

Jom lah tengok kita punya Set Pandora ;D

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-


Huwahahahaha... ini je aku punya.. tak mampu nak beli sekali ngan charms dia.. kalau ada yang baru nak belajar meh aku ajar.. yang bulat belah kiri tu ada tulis PANDORA tu lock dia.. untuk jenis gelang ni ada dua colour.. mcm ni dan warna gelap mcm hitam/dark grey.. aku amik yang cerah nie.. nanti lama2 dia akan lembut.. dua ketul tu silver kita panggil stopper.. so bila ko isi charms nanti takdelah charm ko berjalan dari hujung sini ke hujung sana... stopper tu ada banyak pilihan jugak.. tapi mostly silver lah.. macam stopper aku tu seketul rm100++ tak ingat berapa.. gelang tu pon tak ingat.. tapi untuk permulaan amik yang macam ni rm545 kalau tak silap..(gelang with 2 stoppers)  ni info bukan aku saja nak mengada bagitau harga.. open minded sikit korang yeh.. jangan nak kata ai belagak.. takat rm500 buat kene gelak ngan makcik yang pakai gelang omeh sampai siku tak leh lipat T_______________________T

Saja je suka-suka nak mula collect sikit-sikit.. ada gak aktiviti senggang kan.. sebulan beli 1 bijik... muahahhahaha... Kalau nak cuci mata.. outlet dia ada kat:
Ampang Point
Alamanda
KLCC
MidValley
Bangsar Village II
Empire Subang
Pavillion
1 Mont Kiara
Tropicana City Mall, PJ
Gurney Plaza, Penang
The Spring, Kuching

Sebelum tu ada beli lipstick baru... saja sebab bosan lipstick lama warna macam biasa-biasa je.. balik-balik itu.. nyampah ai.. muahahha.. gantilah.. dah tak beli baju raya.. kita beli benda merepek sikit ;)

Seram? Ye aku pon seram.. kaler macam makcik.. dah nak buat cemana.. memang aku dah makcik-makcik dah pon... ai sedar diri ok.. 

So itu warnanya.. kalau nak cari kat MAC.. code: DEBONNET

Sebab membeli dan membelah je.. bukak puasa mari kita save bajet sikit... mari makan maggi.. muahahahahhahahahah

Acih memang suka gila lah.. bila aku cakap "Mama masak maggi nak?" ceh dia buat muka tak excited dia jawab "Sukati mama lah".. Ek eleh.. dalam hati lonjak-lonjak.. macam aku tatau.. i'm your mother, i know la..time ni papa dia tak de.. so ok lah masak maggi.

Ni chicken balls and crab stick for Ani... petang tu Amaani mandi.. pastu keluar dari bilik air kemain happy lagi.. "Mama tengok gigi Amaani putih tak?".. aku tgk aku jawab "Putihhhhh good girl".. pastu aku naik atas.. baru bukak pintu bilik aku dengar Acih menjerit "Mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa".. suka sangat buat jeritan kecemasan tau.. aku memang pantang betul.. aku diam je.. pastu dengar diorang memekak Amaani muntah.. ek eleh.. muntah je.. aku ingat jatuh ke apa.. tapi pelik.. kemain muka happy tayang gigi.. tak de apa masalah..tetiba ko nak muntah.. ko muntah je.. rupanya bibik cakap dia banyak sangat makan kek lapis.. ni satu penyakit dia.. kalau makan satu-satu benda tu tak beringat.. dia tibai kemain banyak.. 

Masa kat alamanda whatsapp Pak Radie.. cakap nak roti boy? dia memang nak lah sebab dia suka makan rotiboy time sahur.. aku tanya nak beli berapa? dia suruh aku beli 10.. kalau tak cukup beli 15.. rasa nak sepak.. nasib jauh.. sifat tamak menghantui diri...tak habis siap!!! sampai subuh tu ada lagi 3 ketul.. baru makan 7.. suruh bibik makan pon dia dah macam surrender dah.. hahahah.. tapi enak bangat.. 

Ok lah.. tu je nak borak.. nanti jumpa lagi.. bye. 



EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com