Showing posts with label ephyra. Show all posts
Showing posts with label ephyra. Show all posts

Thursday, September 04, 2014

TIPS BANYAKKAN SUSU IBU DENGAN EPHYRA.

*scroll down for new entry*

Ibu mana tak nak menyusukan anak sendiri? Kalau anda ibu sejati, dah tentu anda sebagai ibu yang melahirkan mahu memeluk dan merasa anak menyusu dan membesar dengan susu badan sendiri.  Tapi tak semua ibu 'bernasib baik'.. Ramai jugak yang mengalami masalah tiada susu dan beberapa faktor lain yang mengganggu.

Hari ni nak share Tips untuk banyakkan susu ibu dan nak share jugak kenapa susu ibu menjadi kurang.  Ini merupakan masalah yang sering dihadapi oleh para ibu especially ibu yang terpaksa berjauhan dengan bayi mereka dan terpaksa mengepam setiap 2 jam apabila berada di tempat kerja.

Perkara yang utama yang perlu kita tahu adalah, betulkah susu kita tidak mencukupi untuk si comel kita? atau ada punca lain?  Antara punca susu kita tidak mencukupi adalah:

-Teknik penyusuan yang salah.
-Tidak cukup rangsangan daripada bayi.
-Pemakanan ibu yang tidak seimbang.
-Tekanan perasaan samada di tempat kerja atau kerja-kerja rumah tertangguh.
-Kurang berehat atau tidur.
-Masalah hormon dan juga masalah kesihatan lain seperti thyroid, demam, anemia.
-Penggunaan pil perancang atau ubat-ubatan yang tidak sesuai untuk penyusuan.
-Teknik mengepam atau memerah susu tidak betul.

PETUA BANYAKKAN SUSU BADAN
Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan di mana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan.  Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.  Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walalupun bayi sedang menyusu.  Ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan mengikut keperluan bayi.  Jika ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua-dua belah payudara, maka susu yang terhasil mungkin akan menjadi banyak.  Ada berbagai-bagai cara untuk menambahkan penghasilan susu badan.

PETUA MENGHASILKAN SUSU DENGAN BANYAK

Susukan bayi apabila bayi berasa lapar.  Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terahasil.

Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara (secara bergilir) sehingga bayi itu sendiri melepaskannya setelah dia merasa kenyang.  Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam.  Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk meransang penghasilan susu ibu.

Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi kerana perasaan tertekan atau kurang yakin tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.  Pastikan ibu mendapat rehat yang secukupnya.

Dinasihatkan supaya tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal seperti makanan tambahan, jus-jus, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang dari 6 bulan kerana bayi akan kurang menyusu badan dan ini sekali gus akan mengurangkan penghasilan susu ibu.

 Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan.  Bagi memastikan anak anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara berikut:

Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.

Banyakkan minur air (digalakkan minum air suam) sepanjang hari.

Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

Ambil supplement / makanan tambahan seperti EPHYRA kerana ia sangat bagus untuk meransang penghasilan susu yang banyak dan pada masa yang sama mengatasi sembelit dan menghilangkan sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan.

Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara.  Sambil menyusu sentiasalah sapu rambut bayi dan cium bayi.

Dapatkan Makanan Tambahan / Supplement Yang Disahkan Halal serta Terhindar dari sebaran Racun.

Setakat ini EPHYRA telah mendapat banyak testimoni yang mengatakan mereka berjaya menghasilkan susu yang banyak untuk si manja mereka.  Nak tahu apa kelebihan EPHYRA?  Kepada ibu-ibu yang mahu menyusukan si manja secara tegar atau sedang mencari petua tambahan susu ibu, EPHYRA adalah pilihan yang bijak!  

Kebaikan EPHYRA Kepada Para Ibu Menyusu
EPHYRA bertindak sebagai Energy Booster
EPHYRA mampu menganjalkan semula badan ibu-ibu yang menggeleber selepas bersalin.
EPHYRA mengembalikan kepejalan otot yang boleh membentuk semula badan ibu-ibu yang menyusukan bayi supaya kembali cantik.
EPHYRA memperbaiki kesan stretch marks serta luka semasa bersalin.
EPHYRA mengekalkan rasa kenyang kepada ibu-ibu yang mahu menjaga badan selepas bersalin.
EPHYRA juga memberi manfaat yang baik kepada bayi kerana dapat membantu untuk mencerahkan kulit bayi yang disusui, hasilnya bayi menjadi gebu dan sihat.
EPHYRA membantu menstabilkan hormon ibu.
EPHYRA sangat bagus dalam membantu menjadikan kulit berseri dan anjal.  Ia meransang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan.
EPHYRA bertindak sebagai supplement anti-penuaan dan mengembalikan keserian kulit dan kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
EPHYRA mampu memulihkan pigmentasi, melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi dan jeragat.

MENARIK KAN? 
Jom kita tengok testimoni terpilih mengatakan susu badan mereka menjadi lebih banyak setelah mengamalkan ephyra!

Kenal tak? Haa ni sahabat baik Kak Pilla sendiri iaitu Kak Moon.. Dah tengok baby Sara? Kemain gebu putih melepak!

Ni testimoni dari pengguna Ephyra yang beli dari kawan saya Peej.


Ni pun sama jugak.

Yakinlah dengan EPHYRA kerana ianya HALAL.. 
  
Nak beli EPHYRA dengan harga promosi dan boleh dapat free gift? Jom datang Pusat Pameran MINES Seri Kembangan, Selangor pada 3-7 September.. Nak best sikit boleh datang pada 6 & 7 sebab ada Memey yang cantik manis dan Norman.. Boleh snap gambar ;)
  


Love, 
Filla.

Tuesday, June 10, 2014

HI-TEA BERSAMA EPHYRA DAN READERS PEEJ BURHAN.

Aku update mana yang aku ingat dulu ye.. Bila takde entry, takde langsung.. bila ada, amboih pening nak update yang mana dulu.. gituh. 

Haritu aku dapat invitation dari Peej Burhan untuk attend hi-tea Ephyra.. Korang caya ke aku dapat invitation? Elly dapat invitation? caya ke? memang tak la.. hahahah.. Kitorang wajib hadir ok.. nasib Elly tak jadi gi Singapore date tu hahaha.. kalau tak confirm Peej pancit kan tayar kereta ko.. hahaha.. 

Actually hi-tea ni lebih kepada gathering untuk loyal reader kepada blogger handalan Peej.. mampos aku kene sepak ngan dia jap gi ni.. hahaha.. korang macam tak tau.. Peej tu kan pemalu.. dengan aku and Elly je dia tak malu.. seminggu sebelum event ni dia dah cuak dah.. malu lah apa lah.. nyampah sangat tau.. Apa yang ko nak malu sangat peej.. Kalau korang nak tau, Peej ni penyegan sikit.. dia tak biasa ngan orang yang dia tak biasa.. nanti dia senyap je.. muka nampak macam gangster.. tapi pemalu.. tak sesueiiiii.. hahah bestnya kutuk ko kat sini.. hahahaha

Sebenarnya Peej dan kitorang (kaki sibuk ialah aku ngan elly dan noy mungkin) hahah.. kitorang excited jugak untuk sama-sama memeriahkan event ni.. Event ni khas untuk pembaca blog Peej dan juga pengguna setia Ephyra.. tak kira yang pernah beli Ephyra dengan Peej atau pun tidak.. Mostly semua beli ngan Peej kot.. even ada yang dah pernah jumpa Peej pon sebelum ni sebab COD je kan.. tapi Peej tetap malu... Aku harap lepas ni dia dah kurang malu sikit.. hahaha..

antara yang hadir..


kagum tengok kulit akak-akak ni.. macam orang muda.. padahal anak dah remaja u olls.. tu lah benefit minum Ephyra kelas kau Jah.




tu pun dah kuis-kuis Peej.. "Ko dah round meja belah sini ke belum?" laju je dia jawab "dah lahhhh".. hahaha.. event ni pulak date memang cuti sekolah.. so tak dapat dinafikan ramai yang balik kampung dan ada wedding sedara mara so ramai yang dah booked tapi terpaksa cancel atau langsung menghilang tanpa berita... aku pun actually cabut cepat dari majlis akad nikah cousin aku.. nasib dekat.. so sempat lah join.. 

Elly, Pilla and Ceera.  Geram tau lepak ngan dorang ni.. memang gelak ngan menghentam orang je keje.. Ceera ni kalau ko tak kenal memang bajet dia sombong.. hakikatnya memang dia sombong.. kuakakakkaka.. eh ahkak gurau je.. muka dia takde perasaan.. tapi dia best sebenarnya *ohemgeeakuterpaksakeapani..  

Tak lama lepas tu.. pengasas Ephyra Puan Amyza menyampaikan sepatah dua kata.. time ni Peej dah kecut perot dah sebab confirm lepas ni dia kene ke depan hahahah.. aku suka tengok dia gelabah.. 
Puan Amyza menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pengguna Ephyra yang terus menyokong Ephyra dan tak jemu-jemu minum Ephyra.. contohnya aku lah.. sedap sapa tanak kannn.. hehe

Tengok pon dah tau Peej tengah ada kupu kupu dalam perot... hahaha.. aku baru nak angkat tangan "saya cadangkan kita buat Q&A bersama Peej" nasib aku tak sempat suggest.. kalau tak.. habislah ko Peej.. hahahaha.. So macam Peej pon mengucapkan ribuan terima kasih kepada customer-customer yang membeli Ephyra dengan Peej dan sentiasa support Peej.. Eh betul ke Peej tu ucapan ko? gila aku dah lupa dah apa ko cakap.. hahahahah

Kemudian diikuti ucapan dari ermmm lupa nama hahaha.. kiranya orang kuat Flora Cafe ni lah.. Eh aku lupa cakap tempat ni kat mana yeh? ni kat Flora Cafe, Ampang.  Banyak event buat kat sini.. tempat ni romantik gila.. macam makan di dalam taman.. amboi fairy tale sangat.. Elly suka lah tu.. kalau nak buat romantik dinner pon boleh.. paling aku suka ialah food dia.. perghhhh makanan tradisional gituh.. itu Kak Pilla like ;) 

Banyak kot makanan dia.. nak pitam kitorang nak perabiskan.. siap tapau bawak balik.. 

goreng pisang pon aku tak paham kenapa yang sedap sangat ni? macam kene mandrem pulak.. 

ni kek gula hangus eh? aku tak tau nama.. tapi sedappppp! eh kau ni Pilla amender yang tak sedap.. semua pon ko cakap sedap hahaha

Ini paling win sekali.. cucur udang crunchy.. menangis sambil makan ni.. udang tak kedekut.. gemok2.. bagus betul.. dah lah udang tengah mahal ni kan.. apa lagi.. laju-laju korek udang hahahaha.. ada sos dia.. tak sompek tunggu sos dah bedal dulu.. 

yang ni mihun goreng pon sodap.. ada spagheti ngan nasi goreng kampung.. aku tak sempat snap.. sebab tengah makan tak kuasa nak amik gambar.. semua rasa dia sedap.. macam ko makan mak-mak masak.. terbaek.

rojak buah pon ada.. ni Ceera ngan Elly bedal banyak... tapi paling terror Ceera.. bila orang semua dah terduduk kenyang.. dia amik terus satu mangkuk besar ni.. makan sorang-sorang hahaha.. 

ubi rebus pon ada ok..

Adik nak cicah apa? sambal tumis ikan bilis ke cicah kelapa ngan gula melaka.. eh ke gula merah? ai is fail lah nama-nama makanan ni.. tapi makan never fail.. hahahah

berjejeh ailio tengok balik ni.. 

ni Peej bawak.. lepas bedal kat sini.. Peej siap bagi sorang sebekas smiley ni.. Thank you Peej.. pastu berebut-rebut takut tak dapat.. yang berebut aku ngan elly je.. readers peej yang lain semua sopan santun, yang tak sopan Elly je ngan Ceera.. bahahahahahahaha.. 

Cheese tart ke nama dia? pon sodap.. Peej kata dalam kereta kelam kabut ada yang tetonggeng.. dah tak smile dah.. dah muka masam dah hahahahaha... thank you peej.. kejap je selesai kat rumah aku ni.. 

ada lah sesi bervideo-video ;)

Wow ada hadiah dari Puan Amyza untuk Peej.. eh berpuan puan pulak.. padahal belakang haku kau je.. hahaha.. Myza pon kepala ok.. so layannnnzzzz.. jeng jeng.. ai is jehles ok... untunglaaaaa.. haha

longchamp lagi.. ko ado?

Ya Allah.. dia ni ada di mana-mana.. aku baru nak bajet cute sebelah abe Norman ngan Memey dia sibuk nak pass cheese tart dia.. *ketepiketepi*

ok comel ke idok.. ni pesen tudung hapa aku pon tak mengerti.. stress sebab shawl ni tak lebar.. if aku pakai penuh macam biasa, belakang dia tergantung.. so bagaimanakah itu? terpaksa ai kebelakangkan begitu.. dah lah jendul je di depan.. ai is stress u know?

Peej, walaupun ko ngan bag plastik.. ko tetap vogue ;) ni semua readers peej ok... hi readers peej.. baca blog kak pilla tak?

ni pun readers Peej.. eh kau dah kenapa.. dah tentu event ni khas untuk pengguna Ephyra dan readers peej.. sibuk je Kak Pilla nie... Elly ko kenapa? ngantuk yeh? 

suka tengok akak-akak ni.. kulit cantik remaja sangat.. 


Eh tinggi betul i olss nie.. penipuan kamera apakah ini?

amik video jap

Kak Pilla pon nak jugak.. pastu lawak kot.. Amyza kata nanti cakap lah kesan-kesan mengambil Ephyra.. bagitau nama dulu dan serba sedikit pasal diri sendiri.. pastu *action* terus macam cerita P. Ramlee.. "cakap.. cakap.... cakapppp"..aku suruh kau cakap.. kenapa kau tak cakap syaitonnnnnnnnnnn!!! eh kena cakap sekarang ke? boleh cut tak? bahahahaha penampa satu kali baru tau.

muka confident memang.. tapi blur pon memang.  Bagi aku Ephyra memang best lah.. dah lah sedap.. kita kena amik collagen dari awal ye.. supaya dapat menjaga kecantikan dalaman dan luaran.. tengok macam Kak Pilla.. tumit dah tak tersangkut kat cadar dah.. dulu selalu tersangkut kahkahkah.. now tumit i lembut.. kulit pon tak kering.. lembap je doplohpatjam.

blogger friends.. dulu kenal di alam maya.. now rapat di alam realiti.. 

bersama Puan Amyza yang always gojes.

Ok cukup lah tu.. kang muntoh plak korang.. eh jap.. Ceera kaki ok tak? ko dah kenapa asyik ke depan je kaki.. tapi kasut kebabom lawa ;)

Tu diaaaa.. meriah sungguh Hi-Tea bersama pengguna Ephyra dan readers Kak Peej.  

Terima kasih daun keladi kepada pihak Ephyra especially Puan Amyza, Eyka dan Fiza yang selalu bercommunicate ngan Kak Pilla dan thank you jugak bagi we olls gift berupa product Ephyra dan lain-lain biarlah rahsia.. dan terima kasih tidak terhingga buat sahabat saya Peej yang telah menjemput Dik Pilla kat Hi-Tea yang gempakz kebabom nie.. 

Kak Peej, len kali jangan lupa jemput Dik Pilla lagi ok? i love u Kak Peej.





Love, 
Filla.

Wednesday, April 23, 2014

EPHYRA DI KARNIVAL PUTRAJAYA DAN IPOH..

Kalau lah korang dah lupa.. meh aku refresh ingatan korang.. Produk Ephya sekarang terkenal sangat dah kat Malaysia ni.. Satu-satunya produk collagen yang aku masih amalkan setiap hari sampai ke hari ni ialah EPHYRA..Kenapa Kak Pilla masih setia dengan Ephyra, sebab aku suka rasa dia sedap ;) dan paling penting khasiat dia.. 

Khasiat dan keistimewaan Ephyra
1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
2.Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh
3..Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat
4. Membantu memulihkan masalah kulit eczema
5..Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
6.“Astaxanthin” menghindari daripada barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit
7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban ,Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
8 .Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu   makan
9.Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
10.Membantu menyeimbangkan tekanan darah
11.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
12. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
13.Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakkan termasuk faktor usia
14. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
15. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik dalam perut.


Kandungan Ephyra

1.Kolagen Ikan Laut Dalam
- kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
- Mengembalikan keremajaan kulit anda
- Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
- Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
- Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan  menguatkan sistem kardiovaskular
- Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
- kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
- Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
- Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
- Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
- Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
- memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
- Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
- Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
- Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
- Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
- Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
- Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

6. Serbuk tomato
- Mengandungi banyak vitamin A dan C
- Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
- Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
- Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
- Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit  dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
- kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
- Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan  masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
- Mengandungi pelbagai  karotenoid antioksida 
membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
-berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
- Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
-diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
-melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
-sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.

Jangan lupa Kak Pilla pernah dah cakap dulu kannn.. Jangan ragu-ragu, Ephyra halal dan selamat ;)



TESTIMONIAL EPHYRA


Kebanyakan pengguna Ephyra memang berpuashati dengan kesan kebaikan Ephyra.. aku sendiri masih terus minum Ephyra setiap malam sebelum tidur.. sebab dulu memang aku ada masalah tumit pecah.. lepas minum Ephyra aku mula nampak tumit aku dah tak de pecah-pecah..kulit semakin lembab.. Aku ni dahlah kerja kat office memang sejuk dengan aircond.. kulit kering... tapi Alhamdulilah, kulit aku ok takde kering teruk macam dulu.. if dulu tu.. siap macam sisik gitu.. sebab tu aku tau Ephyra ni bagus untuk kulit.. dah benda elok kan? buat apa plak nak berhenti minum.. hahahah..

Lagi satu aku nak war-warkan kat sini.. Ephyra akan berada di Putrajaya dan Perak.. Duta Ephyra Norman Hakim dan Memey Suhaiza juga akan berada di sana.. So jangan lepaskan peluang ok? Boleh beli Ephyra dengan harga promosi dan boleh dapat free gift jugak ;)

Soon Ephyra akan mengadakan MEGA SALE sempena 2nd Anniversary bermula pada 28 April 2014.  Harga berbaloi-baloi.. so kepada yang memang dah try Ephyra tu korang memang dah tau lah kan kehebatan Ephyra.. untuk yang baru nak cuba, boleh lah beli bermula 28 April 2014 ok.. pasti puas hati ;) 

Sempena Ulang Tahun ke-2 Ephyra, korang boleh dapatkan T-Shirt eksklusif Ephyra ni.. Better cepat sebab kuantiti adalah terhad.. harga murah je.. cuma RM15 dan fabrik dia lembut dan selesa.. Kalau berminat nak beli, boleh call seperti nombor tertera di atas ye..

Details:
Instagram EPHYRA : @ephyra2u
Telefon: 0341417889 atau sms 019 3999 238
Email:info@oceanlife2u.com



Love,
Filla.

Friday, February 28, 2014

DUTA EPHYRA ~ MEMEY SUHAIZA DAN NORMAN HAKIM

Hari ni aku nak kenalkan korang dengan duta baru Ephyra.. Rasanya ramai yang dah tahu kot? Heheh.. saja je Kak Pilla ni tau.. nak buat surprise tapi tak berapa nak surprise ;)


Siapa tak kenal Memey dan Norman Hakim memang tak patut.. Artis Malaysia yang boleh dikatakan terkenal gitu.. Alkisahnya cemana terlantiknya Memey Suhaiza sebagai duta Ephyra, diikuti oleh suaminya Norman Hakim bermula begini....

Memey start minum Ephyra sejak Julai tahun lepas dan tak lama lepas tu Memey mula merasakan hasilnya yang memuaskan.. kulit Memey semakin lembap dan dah tak kusam macam dulu.. Kulit bermasalah ni tak semestinya berjerawat atau berparut ye.. kulit tak sekata, kering dan kusam juga antara masalah yang membelenggu kebanyakan kita tak kira lelaki atau perempuan.  Memey pon mengalami masalah yang sama.. Semenjak mengamalkan minum Ephyra, Memey nampak kesannya yang sangat positif.. so Memey share secara sukarela di instagram beliau.. Kulit Memey menjadi semakin lembap dan cerah berseri selepas beberapa bulan.. ramai juga yang perasan akan perubahan yang berlaku kepada kulit Memey termasuklah suaminya Norman Hakim.. 

Bermula dari itu, pengasas Ephyra iaitu Puan Amiza mula mendekati Memey dan akhirnya bersetuju untuk melantik Memey sebagai duta Ephyra kerana Memey sendiri memang terbukti mengambil Ephyra dan menunjukkan kesan-kesan positif.  Suami Memey, Norman Hakim mengikuti jejak langkah Memey untuk turut serta minum Ephyra setelah melihat sendiri isterinya semakin berseri-seri.  Seperti yang kita semua sedia maklum, lelaki juga ingin tampil dengan wajah yang bersih dan sekata.  Norman turun mengakui selepas minum Ephyra, kulit Norman semakin lembap, badan menjadi lebih cergas, bertenaga dan rasa lebih sihat.  Semuanya bermula sebagai pengguna tegar Ephyra dan kini Memey Suhaiza dan Norman Hakim dilantik secara rasmi sebagai jurucakap / duta Ephyra.


Tengok sendiri video Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang ada menceritakan pengalaman mereka sendiri setelah mengambil Ephyra.. Breastfeeding mom pon elok minum Ephyra supaya bayi turut mendapat khasiat dari Ephyra.. Memey masih menyusu badan hingga ke hari ini supaya anaknya turut mendapat manfaat dari Ephyra.. So kepada ibu yang masih menyusu badan, jangan risau ye.. Ephyra baik untuk anak anda juga!

Yang tertanya-tanya tetang halal atau tidak Ephyra ni? Ada kelulusan KKM ke? Jangan risau, Ephyra ada semua tu ;)


Aku sendiri pon masih minum Ephyra sampai ke hari ni.. Eh tapi ada terskip sebulan haritu sebab takde stock.. Now aku dah start balik sebab tak dapat melupakan kesedapan Ephyra hahahah.. lagipon memang ketara lah bila minum Ephyra sistem pelawasan tu semakin baik, hari-hari ke toilet, kulit jadi lembap especially bahagian tumit.  

Gambar kat atas ni testimoni terkini pengguna Ephyra yang berpuas hati dengan hasilnya selepas minum Ephyra.  Kalau nak tengok lebih banyak testimoni dari pengguna Ephyra sila ke:

ig : ephyra2u

Untuk pengguna baru yang nak cuba Ephyra boleh tengok my write up tentang Ephyra di sini:


Harga Ephyra:

Premium Pack - 1 kotak (30 sachet) = RM195

Trial Pack - (10 sachet) = RM68

* Semenanjung Malaysia Free Postage.
* Bagi Sabah Sarawak sila tambah RM10 untuk harga premium pack dan trial pack.


Sesiapa yang berminat boleh email framekasih@yahoo.com

"Selamat memiliki kulit cantik menawan"


Love,
Filla.