Sunday, June 10, 2012

Pregnant.

*sticky post*
*please scroll down for new entry*


Aku teringat masa aku pregnant dulu... masa pregnant Acih dulu paling teruklah.. sebab lemau teruk masa early stage tu.. semua makanan tak lalu nak masuk tekak.. tapi sekejap je..hahah pastu macam tong sampah.. hahaha.. gila ok, 1 bulan aku gain 5-6kg.. hamekk kau... masa tu macam tak boleh nak buat apa... macam redho je.. pastu tak jaga pemakanan langsung! fast food jangan cakap lah.. memang favourite gila ;) pastu dah beranak, badan tak de shape.. menangis sorang-sorang!! 

Itu tak penting.. tapi yang penting.. menyesal tak jaga pemakanan masa mengandung! so masa pregnant Amaani aku tak menggila sangat makan macam 1st pregnancy dulu.. aku pastikan makanan aku cukup nutrisi, cukup zat.. sebab apa yang aku tau apa yang ibu makan... itulah zat yang anak dalam kandungan akan terima.. tapi korang penah tak masa mengandung tu kan.. ko rasa ko dah makan yang terbaik.. tapi dalam hati still ada rasa was-was.. cukup ke zat?? berapa banyak ikan nak makan? sayur? seafood? buah??? kita sendiri pon ada rasa was-was cemana sukatan untuk pastikan anak kita dapat semua zat-zat tu dalam amount yang seimbang.. 

38 weeks - 2nd pregnancy - (Amaani mok mok dalam perot) 

so bila mengandung yang kedua aku alah sikit ngan susu.. tapi tutup hidung telan jugak lah mana yang terdaya.. susu lain aku memang tak boleh.. aku boleh pon Anmum Materna sahaja.. aku respect ibu-ibu mengandung kat office nie.. selamba je minum susu macam minum fresh orange.. laju je gulp gulp gulp.. hahah.. dan bila aku selidik memang diorang pon minum Anmum Materna. diorang cakap Anmum Materna je yang sedap dan diorang boleh telan.. siapa jenis alah asik nak muntah time preggy, memang Anmum Materna yang boleh lagi lah diterima tekak. 

Terdapat 2 perisa untuk susu Anmum Materna... korang boleh pilih nak yang biasa atau nak yang perisa coklat.. depends lah tekak masing-masing mana yang paling sedap untuk diminum ;)


Susu Anmum Materna yang baru ni ada Probio DR10 dan Prebiotic (Inulin) 

Jangan risau aku boleh explain apakah itu semua.. hahahah.. bertenang ye.. Korang tau tak bila kita pregnant, digestive system kita mesti bagus barulah baby dalam kandungan dapat menyerap nutrisi yang kita salurkan kepada baby tu? So dengan minum 2 gelas Anmum Materna sehari sudah cukup untuk membantu para ibu untuk menyerap nutrition dan pass kepada baby dalam kandungan utk memastikan tumbesaran yang sihat sejak di dalam kandungan lagi.. tapi ingat ye.. 3 meals a day itu WAJIB.. dan jangan lupa, meals yang korang amik tu mestilah makanan yang berkhasiat!!!! 

Probiotic ialah "Baketeria Baik" yang sangat membantu untuk sistem penghadaman ibu.. Bakteria ni jugak seperti yang terdapat di dalam yogurt.. paham?

Ok Prebiotic pula membekalkan "food" kepada Probiotics (Bakteria Baik) yang akan membantu pembiakan bakteria-bakteria baik nie.. paham???? 


2 gelas Anmum Materna sehari sangat penting untuk supply nutrition kepada baby kita.. sebab bakteria-bakteria baik tu membantu sistem penghadaman kita  menjadi sangat bagus.. so secara tak langsung nutrisi paling optimum dapat kita supply kepada baby ;) 

Suka tak? mudah tak? aku dah tanya budak-budak office nie.. mana yang pregnant, yang dah bersalin... majoriti amik Anmum Materna.. ada yang amik biasa dan ada yang amik flavour coklat.. buat panas or sejuk minum segelas pagi.. dan segelas lagi sebelum tidur malam... 

Aku pernah cakap kebaikan Anmum Materna ni dulu kat sini.  Anmum Materna selain tu mengandungai Ganglioside dan DHA utk membantu pembesaran otak bayi even before dilahirkan ke dunia nie.. tak payah tunggu dah lahir baru kita hegeh-hegeh nak bagi susu.. dari dalam perot dah boleh start bekalkan bayi dengan Folate, Gangliosides + DHA, Hi Calcium dan Iron.  Sebab tulah Anmum Materna boleh mula diambil sebelum mengandung lagi.. Ye ramai yang tak tau ni... Supplement yang terdapat di dalam susu nie elok diambil sebelum mengandung supaya kita tak tertinggal sedikit pon peluang yang ada untuk membentuk bayi yang sihat, sempurna, InsyaAllah. Kita merancang Tuhan yang menentukan, tapi kita WAJIB berusaha!!! 

Tau tak kenapa Susu Anmum Materna adalah susu yang dipercayai ibu dan susu paling laris dipasaran? Pertama sebab susu nie lah the most trusted brand yang tak perlu diragui.. dan kedua sebab majoriti of my friends and collegues yang mengandung, semua minum susu nie.. tak pecaya meh interview budak opis aku ni hah... Aku tak penah dengar lagi yang minum susu lain selain Anmum Materna. 

Acih masa baby.

Amaani masa baby.

anak no.3 nanti.. muahahaha... (pic googled)

Ok sapa lah tak nak anak comel mata kelabu asap biru-biru jernih tu kan? takpe, janji baby kita sihat itu dah cukup.. so sesiapa yang merancang nak bayi yang sihat, cantik, gebu, bijak boleh lah mula minum 2 Gelas Anmum Materna sebelum hamil lagi.. yang sedang pregnant sila minum susu, jangan tunggu anak dah  lahir baru nak bersedih-sedih dan menyesal kerana tak menjalankan tugas sebagai seorang ibu yang mahukan semua yang terbaik untuk anak! 

For more info, please visit www.anmum.com.my 

12 comments:

Shinnaz Ahmad Rasid said...

Ishhh..ingatkan nak ada 3rd Kasih!! Hehe ;)

NUNU EERA said...

mcm da xlama je lgi yg no 3 tu.. ;)

Monamie said...

haish! ingatkan akak pregnant lagik.. laju ja mona klik nak baca isk ;p

NorMala Bahar said...

ehem3.. dah tulis no tiga nampak.. bila tu.. fuhh!! nak jampi bior dapat baby lelaki lak.. comei cam kakak2 dia.. amin..

- dieyana - said...

erm, betul, apa yang kita makan, itulah yang ank kita mkn, skang ni, lebih bnyk mkn masakn sendiri..lebih afdal katanya..hihkhi..sesekali ngidam nk mkn luar..p aje lah jgn ditahan2, tapi alhamdulillah, tk selalu lah...dan fast food mcm burger/kfc tk berapa nk amsuk tekak..cuma skang ni tingin nk mkn stimboat yang tak pernah mkn seumur hidup..hahah..

susu pun telan paksa aje..uhuhuuh, tutup idung, tahan napas, tak minum kan, lembik pulok badan nih...skang minum anmum yang ada perisa cekelat..uhuhuhuk..

(panjang nye komen ai! hahah)

Anonymous said...

ini blog 'hint hint* nampak, no.3 on the way la tu

JMR said...

wah kak..dah ada gmbar anak ke3 ek..:-p

sharifah rosidah said...

Ko gila mak dah tua, tak yah beranak lagi la, silap silap hari bulan nak putus darah dah, ahahaha, tapi serius lah aunty langsung tak boleh minum susu tepung dah cuba banyak kali, tetap juga menyembur bila masuk mulut.

Pssssst anak nombor 3 tu bapak dia mat salleh sesat mana? Hihihi.

Anonymous said...

Cakap laaa...nanti lekat la tuh! 40 org ckp jadi ler tuuu

sharifah rosidah said...

Waaaaa pak radie sekarang dah jadi bapa kepada anak mat saleh ni la, teror ko pak radie, hihihi.

Unknown said...

Kata nurse x bagus minum anmum materna sbb nnt baby besar ... tp buat x tau je... sy tetap minum anmum materna...

Unknown said...

nak tanye nie 2 gelas anmum materna untuk baby kembar cukup ke...