Wednesday, February 15, 2012

Tips untuk lindungi kanak-kanak dari menjadi mangsa seksual

Aku baru je attend taklimat tentang Kes Jenayah Seksual Kanak-Kanak.  Ada terlalu banyak info nak dishare.. tapi kang korang bosan plak nak baca kan kan kan? Tapi kita mesti knowledgeable betul tak? so kalau takde knowledge kita cari lah knowledge supaya penuh ilmu di dadaaaaaaa.. auwwwwwmmmm heheh..

Tadi masa dengar taklimat from PDRM kelaka gila.. walaupon ada masa aku tertidur.. biasalah.. kalau tak tido time ceramah bukan fillanie lah kan.hahah... tapi memang tak sensored betul lah tadi.. selamba badak je citer.. habih nak buat cemana? tajuk pon Seksual kan.. haruslah open minded ;) Ada banyak kes rupanya kat Malaysia nie.. pergh.. i tweeted about it tadi... rakan-rakan tweeter dah baca kot? hahah..


So kita pendekkan je yer.. aku bagi TIPS LINDUNGI ANAK-ANAK ANDA

(tips are from PDRM) tapi aku olah ikut style aku supaya senang paham.




1. Jika saya melihat orang yang TIDAK dikenali, saya mesti bagitau MAK BAPAK saya.

2. saya TIDAK akan bukak pintu umah dan TIDAK akan benarkan orang TIDAK dikenali masuk.

3. Saya TIDAK akan keluar tanpa kebenaran MAK APAK saya.

4. Kalau ada orang yang saya TIDAK kenal berjumpa saya di sekolah, saya MESTI bagitau cikgu dengan segera.

5. Saya TIDAK akan ikut atau borak dengan orang yang TIDAK dikenali, jika mereka PAKSA, saya akan MENJERIT sekuat hati.

6. Saya TIDAK akan menerima MAKANAN, GULA-GULA atau apa sahaja dari orang yang saya TIDAK kenal atau BARU KENAL.

7. Saya TIDAK akan naik kenderaan orang yang TIDAK saya kenali.

8. Jika ada orang yang melakukan perbuatan buruk ke atas diri saya, saya MESTI beritahu MAK APAK, GURU atau PENJAGA dengan SEGERA.

9. Pastikan selalu bermain dalam satu KUMPULAN.. kerana PENJAHAT/PEROGOL suka mengampiri orang yang bersendirian.

10. Kalau rasa lain macam je ORANG tu.. sila JERIT "TOLONGGGGG, SAYA TAK KENAL ORANG INI!"

11. Hindari KAWASAN SUNYI... jangan melalui lorong-lorong yang sunyi, taman atau laluan shortcut bersendirian. 

12. Sekiranya anda SESAT di dalam shopping mall, minta bantuan dengan mereka yang BERPAKAIAN SERAGAM, PENGAWAL KESELAMATAN, JURUWANG KEDAI atau ORANG DEWASA YANG BERSAMA ANAKNYA. 

13. Hafal NOMBOR TELEFON ibu bapa, saudara terdekat, nombor telefon rumah dan alamat rumah... Sentiasa ada duit syiling incase nak guna public phone ;)

(*Panggilan 999 dari public phone adalah percuma)





"SHARING IS CARING"





EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

7 comments:

Aya Ariel said...

bagus2..untuk protect anak2 dr kecik dah kena aja nih..

tq fillanie

SURIA AMANDA said...

thanks for the info..nice..

lovely said...

Tq filla.tips yg sangat b'guna..

IdaShazana said...

gud girl...walau tido tapi telinga still dengar

Siti Fatimah said...

thanks for sharing :D

Nur Dalila's said...

thx for d info kak. share laa mcm2 lg. =)

wati said...

fillanie...nak share info ni yea...