Sunday, December 16, 2012

Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS - Separuh Akhir

*sponsored post*
*please scroll down for new entry*

1 Disember 2012 berlangsung Chef Selebriti 2 Separuh Akhir di AEON Bukit Tinggi Klang... Acara berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 9.30 malam.. Kiranya sehari suntuk lah gitu.. So sesiapa yang ada di AEON Bukit Tinggi Klang pada hari tersebut berpeluang menyaksikan acara masak-memasak kat stage tu.. 

Saya berkesempatan join event yang best gila ni jugak ;).. masa tengok dari atas tu dah excited dah sebab cantik sangat decoration.. pastu nampak peserta tengah sibuk memasak.. wah laju-laju turun escalator ;) 

Ini peserta bagi kategori Individu pusingan kedua.. Untuk makluman korang semua..Bagi Pencarian Chef Selebriti 2 Berita Harian dan Gas PETRONAS yang kini memasuki musim kedua, ada 2 kategori yang dipertandingkan:

Kategori Individu dan Kategori Profesioanal

Tiga peserta akhir bagi Kategori Individu dan Kategori Profesional akan bertanding untuk merebut gelaran juara dengan ganjaran wang tunai bernilai RM10,000 dan trofi.. Ye macam tu lah ye.. so total yang masuk ke Akhir ialah 6 orang.. ;) 

Pemenang kedua bagi kedua-dua kategori akan menerima RM2,000 dan trofi, tempat ketiga 1,000 dan trofi.... 

Bagi Kategori Profesional pulak siapa yang bergelar juara akan berpeluang menjadi penulis jemputan ruangan masakan.  Wahhhh ni peluang untuk menjadi famous Chef okay... Pasti 3 orang peserta yang layak ke Akhir tengah berdebar-debar ni :)

Pencarian Chef Selebriti 2 ini ditaja oleh BH dan Gas PETRONAS

Juri Puan Nik Faizanira Nik Affandi Pengurus Besar, Bahagian Perniagaan Gas Petroleum Cecair (GPC), PETRONAS Dagangan Berhad dan Puan Jami'ah Sokri Penolong Pengarang Unit Wanita BH dan Puan Nordayanti selaku Audit.

Hahhhhhhhhh... Siapa tak kenal Datuk Chef Redzuawan Ismail atau Chef Wan... Dari jauh dah nampak terus jalan laju-laju nak tengok dekat-dekat.. memang dekat sangat pon.. hahaha.. Inilah dia Ketua Juri merangkap penasihat pertandingan 'Pencarian Chef Selebriti 2 BH dan Gas PETRONAS'. 



Macam kenal je mamat nie.. hahaha.. siapa tak kenal inilah dia Along Raja Lawak.. berbakat mengacara rancangan masak-memasak jugak tau ;) 

Bagi Kategori Individu.. Para peserta dibenarkan membawa seorang 'helper'.. Yang depan ni kemain comel.. bawak anak untuk tolong.. Untuk kategori profesional takde helper ok.. sebab diorang kan dah pro..heheh

Sementara pertandingan sedang berlangsung, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan pihak penganjur.. Yang ni pertandingan meneka capseals dalam balang kaca.. ada form untuk dilengkapkan..kalau tekaan betul, pemenang akan dihubungi melalui telefon..  

Yang ini pon best.. kena susun kotak-kotak ini supaya menjadi seperti gambar di bawah:

Berjaya dalam 10 saat dapat hadiah ;) Ingat nak join tapi perut besar sangat.. nak bongkok tak larat.. hahahah.. so dapat tengok jelah..

Satu sudut lagi jual barangan Gas Petronas dengan harga murah.. Oh dapat pelekat percuma jugak ;) 

Antaranya ada Peraduan Mewarna untuk kanak-kanak dan puzzle box..Pertandingan Membuat dan Makan Sandwich Terbanyak pon ado, menyesal tak masuk.. membuat tak nak.. memakan saya mahu ;) 

Ok now kita sambung cerita balik.. Aku sempat lah tengok hidangan dari peserta Kategori Individu pusingan Kedua... Amboiiiii...... Tahap-tahap hotel gitew ok... telan-telan ailio tengok hidangan.. presentation masing-masing sangat gempak..  



Antara menu yang dipertandingkan oleh peserta.. 

Para Juri dah bersedia untuk menilai masakan peserta.. Time ni berdebar-debarlah para peserta kita.. yelah nak tunggu komen dari juri kan.. 

Tu diaaaaa.. seronok time nie.. tengok juri makan.. aku yang seram sejuk ;) 

Suka komen Datuk Chef Wan.. terus terang.. kalau sedap dia kata sedap.. kalau kureng pon dia selamba je cakap.. 

Debaran menunggu pengumuman nama pemenang bagi Kategori Individu..

*Drum Roll*


*Drum Roll*


*Drum Roll*


Mari kita lihat siapa 3 peserta yang berjaya ke Peringkat Akhir.. 

Puan Rosni Johari, 36 tahun seorang guru.

Chua Tor Aik, 22 tahun seorang pelajar.

Azman Abu Samah, 49 tahun seorang tukang masak

Tahniah kepada 3 orang peserta yang berbakat ini.. Semoga berjaya bergelar Juara Chef Selebriti 2 Berita Harian dan Gas PETRONAS..  

Tu diaaa.. Chef Wan pon snap ok ;)

Pemenang bagi Kategori Profesional pula ialah:
Mohd Zamri Sahari, 25 tahun seorang pensyarah
Riza Ismail, 28 tahun seorang Chef Eksekutif
Kamarudin Dali, 38 tahun seorang tukang masak hotel

Tahniah juga diucapkan kepada peserta-peserta yang berjaya sampai ke peringkat akhir.. Oh ya, Peringat Akhir bagi merebut gelaran Chef Selebriti akan diadakan pada 15 Disember 2012 di Piazza e@Curve... Nantikan 6 orang peserta ini untuk beraksi di peringkat Akhir.. Semoga berjaya bergelar Juara Chef Selebriti 2 Berita Harian dan Gas PETRONAS! 

The Blogger ambik gambar dengan banner pon jadiklah ;) 

Lepas ni nak tung tang tung tang kat dapur, next year boleh masuk bertanding kahkahkahah.. *takkelakar* 



1 comment:

sharifah rosidah said...

Tak sempat nak pergi walaupun rumah dekat....rugi rugi