Showing posts with label Advertorial. Show all posts
Showing posts with label Advertorial. Show all posts

Wednesday, May 07, 2014

FORD FIESTA TEST DRIVE!

*scroll down for new entry*

Seperti yang u olls sedia maklum.. pada 19 April 2014 yang lepas.. Kak Pilla telah bertemu dengan readers Kak Pilla untuk bersama-sama memandu uji Ford Fiesta 1.5L..

Rugilah u olls tak pegi.. seronok ok bawak kereta.. sikit lagi kitorang nak melencong gi Mid Valley drive Ford Fiesta.. hahahahah... Actually test drive ni diadakan di Sime Darby Auto Connexion Sdn. Bhd., Lot 5, Jalan 205, 46050 Petaling Jaya.. Alahai senang sangat ok.. dari Federal Highway tu susur je.. lagi 2 minit aku nak sampai.. aku boleh tersusur keluar balik ke Federal Highway.. Nice very nice! meredah jam dekat setengah jam sebab nak patah balik.. wow so nice.. hahahaha.. 

Ni lah readers Kak Pilla yang datang pada hari tu.. ada few tak dapat datang.. takpe takpe.. Kak Pilla maafkan... lain kali kalau tak datang.. Kak Pilla cubit ok.. 

Jom ikuti pengembaraan Kak Pilla pada hari tersebut ;)

Sampai awal sangat.. so mari berselfie dulu.. auwww putih melepak muka kak pilla. thanks 360 camera.. i lav u.. So bila dah sampai lepak jap dalam kereta.. pastu tu terus masuk showroom Ford.. ada beberapa buah kereta Ford dipamerkan kat situ.. mata Kak Pilla tertarik kat Ford biru tu.. bila tanya.. Ok, memang tu lah dia Ford Fiesta 1.5L yang jap lagi Kak Pilla nak pandu uji bersama readers.. tapi Kak Pilla tak drive yang display kat show room lah.. kita drive yang warna biru kat luar.. 

Baru Kak Pilla tau haritu ada video shoot.. 

Sebelum Kak Pilla memandu uji Ford Fiesta 1.5L nie.. mestilah ada wakil dari Ford yang akan brief tentang kereta ni terlebih dahulu.. Penerangan yang sangat jelas sampai Kak Pilla terangguk-angguk tanda faham.. walaupun bila masuk part yang canggih-canggih tu, Kak Pilla sebenarnya blur sikit.. tapi takpe.. itu kita fahamkan kemudian pon takpe.. 

Apa yang membuatkan Kak Pilla jatuh cinta pada Ford Fiesta ni ialah designnya yang kecik, comel tapi tetap sporty gitu.. Macam u olls semua sedia maklum, Kak Pilla kan suka yang sporty2 dan nampak ganas.. Ini kalau Kak Pilla drive sorang-sorang mesti orang ingat i bujang.. auwwww nak jugak.. hehehe

Kita pusing keliling Ford Fiesta nie.. sport rim dia pun Kak Pilla suka.. dan bahagian belakang kereta ni pun Kak Pilla suka... siapa yang sesuai drive Ford Fiesta? Pendapat Kak Pilla, kereta ni tersangat sesuai untuk wanita sporty, aktif dan comel namun tetap ingin menampilkan gaya yang feminin dan ekslusif... Namun kereta ni sesuai jugak untuk kaum lelaki.. pon yang sukakan kelainan, tampil lasak dan romeo.. eh? hahah.. ok lah, nampak ranggi kan kereta nie.. 

Ok paling penting ialah kereta ni jimat minyak!! itu Kak Pilla like.  hahah.. siapa tak nak jimat minyak kan kan kan?

Ok time ni tengah setting go-pro kat situ.. diorang nak suruh Kak Pilla bawak kereta ni sambil racing ke apa? hahah..



Haaaa tengok nie.. rekaan dalaman pun sporty kan kan? sukeee sangat ;)



nampak tu? blur Kak Pilla sekejap sebab terlalu canggih.. Kak Pilla ni jenis kena belajar step by step.. satu jam tak cukup untuk belajar yang canggih-canggih nie.. 

Ni ada dua benda Kak Pilla nak tunjuk..kunci untuk Ford Fiesta ni ialah smartkey ye.. untuk start engine, just push button start and stop je.. yang yang cucuk tu USB ye.. tapi lagu dalam tu tak banyak.. ada 3 lagu je.. yang ni Kak Pilla jakun sikit.. you all kena paham.. Kak Pilla ni bukan generasi belasan tahun atau 20-an.. Ahkak dah 30-an dik.. zaman akak dulu mana ada semua ni? dulu nak bukak tingkap pon kena pusing sampai nak tecabut tangan.. dulu kereta akak pakai kaset dik.. hahahah.. kadang tesangkut-sangkut film dalam tu.. ko mampu? hahahah

Voice Commands.. tak yah nak tekan-tekan apa-apa.. waaaaaaa *ngangakejap* 
So kalau kita driving.. kita just jerit je dalam kereta.. jerit nak lagu apa.. heheh over, tak yah lah jerit.. tapi cakap dengan jelas lah.. contoh Kak Pilla nak lagu Adele.. Kak Pilla cakap "Someone Like You".. gitu.. pastu terus keluar lagu tu... omg. sorry ahkak memang jakun.. so what?

Eh tapi pesanan ok.. make sure kat sebelah korang bukan lelaki.. kang korang pilih lagu yang title "I Love U".. nanti lelaki sebelah ingatkan u oll cakap kat dia macam tu.. tu memainkan perasaan orang.. tak baik ok.. tak kelaka ke? alaa gelak laaaa gelak laaaaa.. heheh

Tu, terus keluar lagu Someone Like You.. so canggih u know.. 

dan boleh sync dengan smartphone jugak... kelas kau Kak Pilla.. polis lalu kat sebelah, kita boleh lambai tangan je.. sebab hands free.. mana boleh saman i.. heheh.. ni pun sama.. kalau korang dah saved phonebook korang kat sini.. tak yah lah nak bagi command sebut nombor.. katalah aku saved nama Pak Radie tu sebagai Cayang.. so aku jerit je "Cayangggggg".. terus dia call kan cayang ai ok.. hukhukhuk.. tapi aku yang tak sanggup kot nak jerit "Cayanggggggg".. hahahahahha.. geli tekak aku.. hahaha

Semuanya digital.. reverse pon terasa lebih selamat dan confident.. takkan ada kejadian langgar tiang sampai roboh.. tiang selamat, kereta pon selamat ;) 





S-gear kalau nak try pon boleh.. memang pickup kuat dah macam kereta racing gitu.. tapi kalau macam Kak Pilla yang lemah lembut ni kita pakai D sudah lah ye.. lelaki memang suka lah S gear nie.. 

So itu serba sedikit yang boleh Kak Pilla share tentang interior Ford Fiesta 1.5L

Memang nampak bergaya Kak Pilla dalam Ford Fiesta ni kan? heheh


Interview session pulak.... 
Pukul 2 petang, readers Kak Pilla pun sampai.. 

Namanya Shima dari Bukut Beruntong.. Thank you Shima sudi datang jauh-jauh untuk sama-sama Test Drive Ford Fiesta dengan Kak Pilla yer ;)

Semasa Test Drive with my reader Bob.  Eh dia ni kawan Pak Radie sebenarnya.. tapi Bob memang baca blog ni.. Thank you Bob sudi datang memeriahkan suasana.. kemain dia buat corner 360darjah hahaha.. Oh lupa nak cerita tentang kehebatan Ford Fiesta punya power steering.. Aku cerita ikut pemahaman aku jelah ye.. power steering Ford adalah antara yang terbaik kerana sangat smooth, ringan dan pusingan dia lebih dari pusingan power steering kereta lain.. faham tak? hehehe.. so Bob ada try pusing power steering ni.. pusing sekali je.. cukup untuk buat pusingan kecil kat jalan raya.. memang power ah.

with my loyal reader Mr. Jamar atau lebih dikenal sebagai J.M.R.  seorang blogger jugak.. kenal sejak dia belum berkahwin, now dah ada anak sorang ;) So suami isteri bergilir-gilir test-drive.. Kak Pilla tolong jaga baby kat seat belakang.. hahaha.. 

Hello Daddy, it's my birthday today, i don't want much from Mommy and Daddy, just buy me this car and i'll be fine...Thank you Mommy, Thank you Daddy.. i love u both... i'm so lucky to have both of you as my parents. 

Ok pandai Kak Pilla buat citer.. hahahah.. 

Hi, this is Shima.. dia ni malu-malu nak bawak kereta.. eh bukan malu tapi takut-takut.. tak yah takut dik.. Tapi semua happy lah dapat test-drive bersama-sama .. and of course Kak Pilla pon sangat happy ;)

Selesai test drive, kitorang semua berkumpul kat dalam show room.. Kak Pilla nak tengok engine pulak.

Amboi paham ke? memang tak paham laaa.. tapi sikit-sikit tu tau lah.. Engine untuk Ford Fiesta ialah 3 silinder Eco-Boost yang diyakini dapat menjimatkan penggunaan minyak dan enginenya adalah ringan.. 

Pandangan belakang yang seksi.

Pandangan depan yang garang dan sporty.


Itulah pengalaman berharga Kak Pilla dengan Ford Fiesta 1.5L .. sesiapa yang sedang memburu kereta impian, boleh masukkan Ford Fiesta 1.5L dalam list ;)

To all my readers, thank you so much for your effort and time.. i really appreciate each of you. 

Jom tengok video Kak Pilla.. 


OMG.. suara macam petir pastu laju macam keretapi.. haha.. 





Love, 
Filla.

Wednesday, April 30, 2014

FLASH FRENZY SALE

Aku jarang jugak bukak link-link butik online nie.. Kenapa? sebab aku takut terjebak membeli belah.. Tapi sebenarnya, membeli-belah secara online lagi banyak penjimatan.. Kalau dikaji-kaji balik, kadang kalau shopping kat mall, aku boleh habis beratus ringgit sekelip mata je.. baju dapat lah berapa helai je pun :(

But what to do, shopping dan perempuan tak boleh dipisahkan.. Sampai lah satu ketika aku bukak website www.mysale.my ni dan pelahan-lahan aku click satu-satu.. First step kita kene register dulu, tapi don't worry, register ni free je pun.. 

Memang berdebar-debar sebab mostly ada discount up to 80% dan barang-barang dan pakaian ni kebanyakannya branded ok.. Selama ni aku ingatkan MYSALE ni just jual pakaian je macam online shopping biasa tu.. rupanya macam-macam ada.. women's, men's and children's fashion, accessories, beauty, homewares, gifts and toys.. u name it semua ada.. 

Nah!!! macam tak percaya harga serendah tu? ini baru sikit.. So aku saja lah click kat Kids pulak.. 

Alahai apasal murah sangat ni? Dah lah tak yah keluar gi kedai.. duduk pakai baju tido kat rumah pun dah boleh order semua ni.. 

Murah kan? Jap kita tengok kat accessories pulak.. 

Cantik kan? murah pulak tu.. 

sorry sebab aku terlebih excited habis semua pun aku nak pritnscreen tepek kat sini.. Jewellery Hanger ni best jugak supaya accessories kita tak berselerak.. front and back pon ada ye.. hmmm harga memang murah sangat kat MYSALE.  

Jap, bukan tu je.. kalau terfikir nak memiliki set cosmetic tapi tak mampu sebab cosmetic yang berjenama terlalu mahal kan.. so boleh dapatkan di MYSALE dengan harga berpatutan atau murah lah bagi aku.. 

RM100 je u olls.. macam tak percaya je.. tapi percaya jelah.. kalau gi Clinique, sebijik lipstick je dah berapa?? ni satu set ye.. hmmmmm kalau beli untuk gift sempena mother's day pon ok ni.. 

Tak suka Clinique? Takpe.. Estee Lauder pon ada.. 7 piece set.. Berbaloi sangat :)

Nampak tak apa aku jumpa? cookware pon ada.. warna cantik plak tu.. discount banyak plak tu.. 

Tapi korang kena ingat tau.. MYSALE ni memang offer exclusive discounts yang kadang-kadang sampai 80%.. so korang kena laju.. sebab kalau lambat nanti SOLD OUT.. yang bestnya.. brand dan barang-barang dia selalu updated.. website dia memang active yang setiap minit pun kengkadang ada brand baru masuk.. gitu.. 

Aku dok click sana-sini tetiba aku jumpa ni.. Waaaaaaaa suka sangat!!!! 

Siapa kenal aku korang dah memang tau aku ni penggila Quilt Cover Set yang cantik-cantik kan? So bila terpandang je ni terus nafsu lain tertutup hahahahha... Aku tak kira.. Aku nak yang ni jugak.. Huwaaaa nangis aku tengok lawanyaaaa... Dah lama aku cari yang plain tapi still ada stripes macam nie.. memang lah ada jual kat luar.. tapi dengan fabric cotton macam ni memang tak dapat lah harga RM225 macam ni.. 

OMG aku confuse lama duduk mengadap ni.. Aku tak tau nak colour apa.. Merah tu macam wow sangat.. sukaaaa!! Tapi hati aku lebih kepada green.. sebab aku takde lagi colour lembut green macam tu.. 

So aku decide nak beli Pima Cotton Quilt Cover sets Sage Green.. Siap hafal ok nama dia.. sebab lama gila aku nak decide colour apa yang cun.. semua pon cun.. If korang tak biasa membeli belah secara online, bila dah click kat benda yang ko nak beli.. lepas tu terus je click 'Add To Cart'.. Then kalau takde benda lain nak beli.. click je 'Checkout' (kat atas kanan tu)

Ni aku guna phone.. pon boleh shopping jugak ;) Sebab aku amik masa lama nak fikir kan.. so bila dah tutup PC aku online guna iphone pulak.. hahahahha.. 

Sebelum tu aku dapat Email from MYSALE.. So aku dapat voucher RM30 pulak.. wowwwww jimattttt!!!! 

Best kannnn... Lagi satu aku suka baca pasal 3 benda tu..

-Up to 80% Off Designer Brands
-100% Authentic Brand Promise
-30 Days Money Back Guarantee

Seterusnya submit address korang untuk tujuan pos.. pastu proceed ke payment pulak.. 

MYSALE akan launched new sales setiap setengah jam.. So kalau rajin korang kene selalu refresh what's new supaya dapat grab dulu sebelum orang lain grab.. Ada lebih 60 Top brands yang ditawarkan oleh MYSALE which kebanyakannya up to 80% discount.. MYSALE ni salah satu online sales event yang terbesar di Australasia sehingga ada lebih dari 8 shopping kategori.. 

Ni contoh brands yang belum launch lagi masa aku tengah online.. Tapi dia dah siap bagitau yang brand-brand tu akan launch starting in 17 hours.. Gituuuu.. so ko boleh agaklah the next day tu ko leh standby dah.. Aku rasa harga kat MYSALE adalah sangat berbaloi dan murah.. Tapi aku just nak bagitau.. MYSALE akan adakan satu event yang dipanggil:

"FLASH FRENZY SALE"

Apa tu??? Apa lagi.. Sale laaaahhh.. SALE dengan harga runtuh ni hanya akan berlangsung selama 3 hari.. Yup betul, hanya 3 Hari sahaja.. bermula dari 4 - 6 May 2014.. Dulu dah pernah ada Flash Frenzy sale ni back in November 2013.. Sambutan sangat diluar jangkaan dan sekali lagi pada 4 May ni akan diadakan Flash Frenzy for 10.6 million members.. Arghhh ramainya... 

So what u've to do now is, click MYSALE and register to be a member.. ingat ye Free Registration.. Lepas dah jadi members baru kita dapat serbu Flash Frenzy Sale on the 4th - 6th May 2014.. 

During Flash Frenzy Sale, sesiapa yang dah register menjadi members berpeluang untuk membeli local dan international brands.. Nak tau brands apa???? 

Coach
Bonds
Revlon
Zara
Quiksilver
Havaians
Pandora
Dermalogica
Rayban
Redken
Australian Leather Uggs
Luxor Linen
Fitflop
Desigual
Thomas Sabo
Charlie and Me

dan banyaaaaaaaaaaakkk lagi.. ingat ye, sale up to 80%.. Aku dah target Pandora ngan Zara.. kah kah kahhhh.. 

Lagi satu nak bagi tau sebelum terlupa, sesiapa yang pakai handphone canggih, sila download MYSALE App sebab members yang shop via MYSALE App akan diberikan access to Flash Frenzy sejam lebih awal dari shop di website.. Faham? 

Click www.mysale.my for Flash Frenzy Sale on the 4th May - 6th May 2014


Love, 
Filla.

Friday, May 03, 2013

PTPTN


Apa tu PTPTN? Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.. Cerita tentang PTPTN ni teringat pulak zaman aku belajar dulu... Jom lah aku cerita sikit pengalaman aku ye?

Dulu aku study kat UiTM Shah Alam.. amik course Exec Secretaryship (SS14) masa tu lah.. now dah tukar dah nama course.. Masa aku study dulu (dalam 15 tahun dulu kot) masa zaman tu lah kot PTPTN mula-mula diperkenalkan.. memula tak tau pon apa tu PTPTN.. kawan-kawan semua ribut cakap nak memohon.. So orang memohon kita pon mohon lah jugak.. pastu adalah kadar pinjaman untuk setiap course tu berbeza-beza..  Aku dah tak ingat dah aku dapat berapa.. tapi kurang dari RM5,000 kot..

PTPTN ni sebenarnya banyak membantu aku dan keluarga masa zaman aku belajar dulu.. Aku tak salah guna duit PTPTN nie.. Ada jugak yang joli katak bila dapat duit.. hurmmm... sebenarnya kerajaan nak bantu kita untuk meringankan beban kita masa belajar.. jadi amanahlah duit tu.. memanglah bila dah ada kat tangan, tu hak kita.. kalau ko bayar balik pinjaman tu elok-elok then ok lah.. ini duit dapat joli katak, pastu suruh bayar, senyapppp!! amboiiii.. hahaha.. 

PTPTN ni diwujudkan actually untuk membantu memberikan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.  Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT.  Di samping itu skim ini memberi lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Kini lebih 600,000 orang pelajar sedang menuntut di 20 IPTA dan 32 politeknik di seluruh negara.. Ini adalah satu bukti bahawa pendidikan tinggi tidak pernah diswastakan.  Pengajian tinggi adalah satu bentuk pelaburan untuk peluang kerjaya dan gaji yang lebih baik.. Untuk pengetahuan anda, kadar faedah pinjaman pendidikan PTPTN yang dikenakan hanyalah serendah 1% sahaja dan kaedah pembiayaan balik adalah fleksibel bergantung kepada keupayaan kewangan peminjam.. Punyalah bertimbangrasa sangat kerajaan kita dalam membantu pelajar-pelajar ni semua.. Dah, yang belum bayar cepat bayar balik ;)

Fakta yang korang semua perlu tahu ye, PTPTN menaja lebih 200,000 orang pelajar baharu setiap tahun dan ini bukti rayat miskin dan kaya mampu untuk belajar di IPT.. macam aku dulu kan.. masa study, lepas je dapat pinjaman PTPTN tu.. mak aku ajar aku cara uruskan wang yang bijak.. mak aku pegangkan duit tu.. every weekend mak aku akan bagi RM100 kot.. hah, itulah duit makan, duit nak belanja, duit nak isi minyak kereta kancil.. pandai-pandailah nak hidup kan.. tu pun besar jugak kot bagi aku... ringan jugak lah beban aku dan keluarga.. tak yah nak asyik guna duit mak bapak jer.. kerajaan bagi pinjam, kita amik je.. dan bila now dah stabil, kerja ok, kita langsaikan hutang kita.. aku dah langsai, korang dah ke blum? muahahhaha...

Dari dulu hingga sekarang, kerajaan telah menyediakan biasiswa untuk pelajar cemerlang, bantuan kewangan untuk pelajar miskin serta pinjaman PTPTN untuk semua pelajar yang mendapat tempat di IPT.  Kalau pelajar tu bijak, pinjaman bolehlah bertukar menjadi biasiswa.. Ini bukti kerajaan kita mengiktiraf kecemerlangan pelajar.  

Kalau dah kata pon PTPTN membantu rakyat (pelajar) mengapa perlu kita hapuskan? Kalaulah perlu dihapuskan PTPTN nie, bermaksud pelajar yang dah bayar balik pinjaman pun kene pulangkan balik wang mereka.  Jumlah adalah lebih kurang RM4 bilion, tu belum masuk lagi RM10 bilion untuk bayaran faedah untuk tempoh 20 tahun.. Maksudnya jumlah keseluruhan ialah RM44 bilion.  Bukannya RM30 bilion seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.  Kalau ikutkan aku yang dah bayar abis ni memang le aku sokong sangat kalau orang nak pulang balik duit tu... tapi atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat, aku rasa benda nie tak patut sebab duit yang aku bayo tu, PTPTN guna untuk bagi pinjam kat orang lain.. Esok-esok anak aku pun nak pinjam PTPTN bila dia besor nanti. 

Kerajaan kita dah bagi kemudahan kat kita semua.. Especially untuk pelajar. bantu ringankan beban sebagai seorang pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan... PTPTN dah sedia ada dah pun so rasanya tak perlu ditubuhkan lagi dana atau tabung pinjaman lain, sedangkan yang dah sedia ada ni pon dah cukup bagus.. Faedah 1% sahaja dan tak ada satu tabung pinjaman di dunia pun yang boleh bagi pinjaman seperti PTPTN bagi ;) 

Tulah dia adik-adik, ni akak nak pesan ni, hargailah usaha kerajaan dalam membantu adik-adik membina masa hadapan yang gemilang... ewah...macam aku sendiri masa belajar.. semua kawan-kawan mohon PTPTN.. yang hidup susah tu memang bersyukur sangat lah.. beli buku dah tak payah nak telefon mak ayah kat kampung.. dah boleh guna duit PTPTN masa tu.. untuk sara hidup pon boleh guna jugak, contoh bayar sewa rumah masa belajar, makan pon boleh guna duit tu jugak.. yelah kan, what do you expect pon zaman belajar, mana ada duit.. kita bukan kerja.. duit nak pakai tiap-tiap bulan.. so bila dapat pinjaman yang bayaran baliknya rendah gila tu.. siapa tak nak? siapa tak bersyukur? oh kalau ada yang tak bersyukur tu tak baik ye adik-adik.. amanahlah guna duit tu... niat tu penting.. gunalah duit pinjaman PTPTN yang kerajaan dah pinjam tu dengan sebaik-baiknya.. jangan boros tak tentu hala... jangan dapat duit pastu gi enjoy pulak.. kesian kat mak ayah kita bersusah payah carik duit... nanti dah kerja bayar balik duit pinjaman PTPTN tu tau.. Nah pegi website PTPTN ni.. kat sana macam-macam ada.. cara nak bayar balik, cara semakan, cara permohonan.. 

Terima kasih kerajaan kerana meringankan beban saya suatu masa dahulu... Saya bersyukur dan menggunakan dengan sebaik-baiknya.. Saya harap adik-adik pun cubalah memohon PTPTN dan gunakan duit dengan amanah ye.. bila niat kita baik, InsyaAllah berkat hidup kita.. InsyaAllah dapat kerja yang elok-elok, dapat gaji yang setimpal, boleh bayar balik dan paling penting boleh lah kita hulur-hulur sikit kat mak ayah kita tiap-tiap bulan.. 

Terima kasih kerajaan dan terima kasih PTPTN.. 

Monday, April 29, 2013

TIRU GAYA..

Hi shemua ;)

Ni ahkak Filla datang lagi.. nak bagi korang idea sikit.. korang suka Pose Usain Bolt yang mana satu??

yang ni?

atau yang ni?

aku rasa yang ni paling menarik... nampak macam nak bedesupppp peginya.. hahaha.. 

Sekarang nak suruh semua rakyat jelata untuk tiru mana-mana pose ala-ala Usain Bolt.. Dengar khabar Celcom akan memilih 100 gambar paling gempak dan jika terpilih, anda akan membawa balik pelbagai hadiah menarik..Best oiii...  

Caranya mudah sajork.. go to the Celcom First Facebook page dan sila guna BOLT app untuk upload gambar-gambar anda ye.. Jangan lupa Like FB page Celcom sekali ok?

Good Luck wahai rakyat jelata ;)


Thursday, April 25, 2013

Brain Charger Drinks!!!

*sticky post*
*please scroll down for new entry* 

Pernah dengar BCD?? Brain Charger Drinks!!! Aku tau ada bermacam produk di pasaran untuk beri kesan yang positif kepada minda kita dan anak-anak.. Kalau nak yang semulajadi pon boleh.. ko rajin nak bagi kismis hari-hari.. nak pi carik buah delima hari-hari.. kurma lagi.. sekarang dengan mengamalkan BCD nie.. semua bahan semulajadi ni diadun dalam bentuk minuman... tak payah susah-susah macam zaman dulu-dulu..


Tak pe.. korang baca dulu apa ingredients BCD ni supaya korang bertambah yakin.. baca khasiat dia sekali ok? Aku ingat nak belikan untuk Acih jugak.. sebab dia tu pelupa sikit.. hari ni ingat.. minggu depan lupa.. haihhhh lah anak... 


Fellicious Brain Charger Drinks (BCD) diadun daripada buah-buahan hebat yg penuh 1001 rahsia, khasiat dan kebaikan. Ramuan gabungan makanan sunnah para Nabi & Rasul yang terdiri daripada buah delima, kismis, kurma dan madu seperti yg kita dah lama mengetahui akan khasiat2nya.

Khasiat buah kurma :
Menguatkan daya ingatan
Membantu mencergaskan minda
Melancarkan peredaran darah
Membunuh kuman dalam badan
Meredakan tekanan darah tinggi
Merawat penyakit usus dan sembelit
Merangsang dan memudahkan kehamilan

Khasiat Buah Delima :
Tinggi antioksidan
Melindungi jantung
Menurunkan kadar kolesterol 
Mencegah dan mengubati kanser
mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer.
untuk kecantikan kulit
minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi, dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.


Khasiat kismis
Membantu menajamkan minda, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan.
Agen antioksida yg baik dan berkhasiat dalam melindungi daripada serangan penyakit seperti demam dan selsema.
Dapat melindungi mata daripada radikal bebas seperti katarak dan kemerosotan daya penglihatan disebabkan peningkatan usia.
Asid Oleonolik yg terkandung dalam kismis dapat menghalang pembiakan bacteria dalam mulut yg boleh menyebabkan masalah gigi seperti kaviti.
Menguatkan tulang dan mencegah masalah osteoporosis.

Khasiat madu
Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
Dapat meningkatkan hemoglobin dan mencegah dari serangan anemia.
Meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
Sumber laxative yg natural dan lembut.
Sumber utama vitamin dan mineral yg kaya.
Sumber tenaga yg hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yg memudaratkan.

Kenapa Fellicious BCD menjadi pilihan?
Mempunyai rasa mix fruit yg super duper nyummy!
Kandungan Fellicious BCD adalah semulajadi, kami tidak menggunakan ekstrak tetapi buah-buahan semulajadi yg segar dan dikupas sendiri di kilang yg bertaraf GMP.

Pengambilan secara konsisten dpt membantu :
Mempertingkatkan tahap pembelajaran & daya ingatan.
Menambah kecerdasan, kecergasan dan kesegaran sepanjang hari.
Khasiat anti penuaan & tindakan anti oksidan.
Kekurangan tumpuan
Kes AAMI pada warga tua (kehilangan daya ingatan disebabkan peningkatan usia) dan ADHD pada kanak2. (hyper aktif fan yg kurang cemerlang dalam pembelajaran)
Mengaktifkan sel-sel otak.

Antara testimoni yg telah diperolehi :
Kitaran haid menjadi teratur.
Meningkatkan selera makan anak-anak.
Menerima feed back drpd seorg ibu hamil di mana kandungan beliau tidak begitu aktif sebelum ini.. setelah mengamalkn Fellicious BCD, kandungannya mula menunjukkan perkembangan yg positif.
Anak2 mula menunjukkan perkembangan positif dlm pelajaran – mudah terima apa yg di ajar dan makin petah berkata-kata.
Anak2 saya sendiri, saya nampak perubahan mereka, senang dikejutkan bgn pagi. Kalau sebelum ni sorg liat nak bgn, sorg akan menangis/moody.. skrg bila bgn pagi dah takde drama2, atau mama keluarkan suara tarzan. Hehe..

Tak rugi kita amalkan minuman ni, apatah lg zaman skrg taraf pendidikan yg makin tinggi. Sekurang2nya kita usaha mencari makanan terbaik demi anak2 untuk meningkatkan tahap IQ mereka. Tahukah anda betapa bertuahnya anak2 sejak di dalam kandungan kerana Fellicious BCD dirumus daripada buah-buahan sunnah segar dan mempunyai zat2 aktif serta dibacakan surah2 penawar... Bagi ibu-ibu hamil khasiatnya juga akan menjadikan anak di dalam kandungan aktif dan mempunyai kulit yg cantik.. insyaAllah...


kini nak asingkan buah macam ini sangat malas.. tapi xperlu risau! 

anda mempunyai fellicious BCD..

adunan delima,kurma,madu and kismis segar pasti akan menambat hati sesiapa sahaja.. oh ya! bukan hanya ibu mengandung... anak2 anda yg berusia seawal dlm pantang boleh amalkan bcd ini... insyaALLAH membantu minda mereka.  

Pendek kata, Fellicious BCD ini bukan sahaja untuk anak2.. malah sgt baik diamalkan oleh seisi keluarga. ;)



aku pon dah start bagi Acih minum...satu hari 1-3 sudu.. so pagi sebelum gi sekolah amik 1 sudu, sebelum tido lagi 1 sudu... Acih cakap sedap rasa dia.. dia macam kasar-kasar sikit maybe sebab dia kisar semua buah-buahan tu kan.. tu yang texture dia kasar-kasar sikit.. but sedap.. 


Untuk dapatkannya, boleh hubungi dgn SMS/Whatsapp Stokis Selangor 

Noza 012-2393169

Hanya RM89.90 sebotol, 350ml.. free postage ke seluruh Malaysia. Blh COD area Rawang, Selayang, Sg Buloh, Gombak, Pusat Bdr Damansara, Pusat Bdr KL dan kawasan berdekatan.

Untuk menjadi pengedar, modal serendah RM650 sahaja diperlukan.


"Dapatkan BCD anda sekarang!!!"