Friday, May 03, 2013

PTPTN


Apa tu PTPTN? Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.. Cerita tentang PTPTN ni teringat pulak zaman aku belajar dulu... Jom lah aku cerita sikit pengalaman aku ye?

Dulu aku study kat UiTM Shah Alam.. amik course Exec Secretaryship (SS14) masa tu lah.. now dah tukar dah nama course.. Masa aku study dulu (dalam 15 tahun dulu kot) masa zaman tu lah kot PTPTN mula-mula diperkenalkan.. memula tak tau pon apa tu PTPTN.. kawan-kawan semua ribut cakap nak memohon.. So orang memohon kita pon mohon lah jugak.. pastu adalah kadar pinjaman untuk setiap course tu berbeza-beza..  Aku dah tak ingat dah aku dapat berapa.. tapi kurang dari RM5,000 kot..

PTPTN ni sebenarnya banyak membantu aku dan keluarga masa zaman aku belajar dulu.. Aku tak salah guna duit PTPTN nie.. Ada jugak yang joli katak bila dapat duit.. hurmmm... sebenarnya kerajaan nak bantu kita untuk meringankan beban kita masa belajar.. jadi amanahlah duit tu.. memanglah bila dah ada kat tangan, tu hak kita.. kalau ko bayar balik pinjaman tu elok-elok then ok lah.. ini duit dapat joli katak, pastu suruh bayar, senyapppp!! amboiiii.. hahaha.. 

PTPTN ni diwujudkan actually untuk membantu memberikan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.  Pembiayaan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara hidup di sepanjang tempoh pengajian mereka di IPT.  Di samping itu skim ini memberi lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Kini lebih 600,000 orang pelajar sedang menuntut di 20 IPTA dan 32 politeknik di seluruh negara.. Ini adalah satu bukti bahawa pendidikan tinggi tidak pernah diswastakan.  Pengajian tinggi adalah satu bentuk pelaburan untuk peluang kerjaya dan gaji yang lebih baik.. Untuk pengetahuan anda, kadar faedah pinjaman pendidikan PTPTN yang dikenakan hanyalah serendah 1% sahaja dan kaedah pembiayaan balik adalah fleksibel bergantung kepada keupayaan kewangan peminjam.. Punyalah bertimbangrasa sangat kerajaan kita dalam membantu pelajar-pelajar ni semua.. Dah, yang belum bayar cepat bayar balik ;)

Fakta yang korang semua perlu tahu ye, PTPTN menaja lebih 200,000 orang pelajar baharu setiap tahun dan ini bukti rayat miskin dan kaya mampu untuk belajar di IPT.. macam aku dulu kan.. masa study, lepas je dapat pinjaman PTPTN tu.. mak aku ajar aku cara uruskan wang yang bijak.. mak aku pegangkan duit tu.. every weekend mak aku akan bagi RM100 kot.. hah, itulah duit makan, duit nak belanja, duit nak isi minyak kereta kancil.. pandai-pandailah nak hidup kan.. tu pun besar jugak kot bagi aku... ringan jugak lah beban aku dan keluarga.. tak yah nak asyik guna duit mak bapak jer.. kerajaan bagi pinjam, kita amik je.. dan bila now dah stabil, kerja ok, kita langsaikan hutang kita.. aku dah langsai, korang dah ke blum? muahahhaha...

Dari dulu hingga sekarang, kerajaan telah menyediakan biasiswa untuk pelajar cemerlang, bantuan kewangan untuk pelajar miskin serta pinjaman PTPTN untuk semua pelajar yang mendapat tempat di IPT.  Kalau pelajar tu bijak, pinjaman bolehlah bertukar menjadi biasiswa.. Ini bukti kerajaan kita mengiktiraf kecemerlangan pelajar.  

Kalau dah kata pon PTPTN membantu rakyat (pelajar) mengapa perlu kita hapuskan? Kalaulah perlu dihapuskan PTPTN nie, bermaksud pelajar yang dah bayar balik pinjaman pun kene pulangkan balik wang mereka.  Jumlah adalah lebih kurang RM4 bilion, tu belum masuk lagi RM10 bilion untuk bayaran faedah untuk tempoh 20 tahun.. Maksudnya jumlah keseluruhan ialah RM44 bilion.  Bukannya RM30 bilion seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.  Kalau ikutkan aku yang dah bayar abis ni memang le aku sokong sangat kalau orang nak pulang balik duit tu... tapi atas rasa tanggungjawab sebagai rakyat, aku rasa benda nie tak patut sebab duit yang aku bayo tu, PTPTN guna untuk bagi pinjam kat orang lain.. Esok-esok anak aku pun nak pinjam PTPTN bila dia besor nanti. 

Kerajaan kita dah bagi kemudahan kat kita semua.. Especially untuk pelajar. bantu ringankan beban sebagai seorang pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan... PTPTN dah sedia ada dah pun so rasanya tak perlu ditubuhkan lagi dana atau tabung pinjaman lain, sedangkan yang dah sedia ada ni pon dah cukup bagus.. Faedah 1% sahaja dan tak ada satu tabung pinjaman di dunia pun yang boleh bagi pinjaman seperti PTPTN bagi ;) 

Tulah dia adik-adik, ni akak nak pesan ni, hargailah usaha kerajaan dalam membantu adik-adik membina masa hadapan yang gemilang... ewah...macam aku sendiri masa belajar.. semua kawan-kawan mohon PTPTN.. yang hidup susah tu memang bersyukur sangat lah.. beli buku dah tak payah nak telefon mak ayah kat kampung.. dah boleh guna duit PTPTN masa tu.. untuk sara hidup pon boleh guna jugak, contoh bayar sewa rumah masa belajar, makan pon boleh guna duit tu jugak.. yelah kan, what do you expect pon zaman belajar, mana ada duit.. kita bukan kerja.. duit nak pakai tiap-tiap bulan.. so bila dapat pinjaman yang bayaran baliknya rendah gila tu.. siapa tak nak? siapa tak bersyukur? oh kalau ada yang tak bersyukur tu tak baik ye adik-adik.. amanahlah guna duit tu... niat tu penting.. gunalah duit pinjaman PTPTN yang kerajaan dah pinjam tu dengan sebaik-baiknya.. jangan boros tak tentu hala... jangan dapat duit pastu gi enjoy pulak.. kesian kat mak ayah kita bersusah payah carik duit... nanti dah kerja bayar balik duit pinjaman PTPTN tu tau.. Nah pegi website PTPTN ni.. kat sana macam-macam ada.. cara nak bayar balik, cara semakan, cara permohonan.. 

Terima kasih kerajaan kerana meringankan beban saya suatu masa dahulu... Saya bersyukur dan menggunakan dengan sebaik-baiknya.. Saya harap adik-adik pun cubalah memohon PTPTN dan gunakan duit dengan amanah ye.. bila niat kita baik, InsyaAllah berkat hidup kita.. InsyaAllah dapat kerja yang elok-elok, dapat gaji yang setimpal, boleh bayar balik dan paling penting boleh lah kita hulur-hulur sikit kat mak ayah kita tiap-tiap bulan.. 

Terima kasih kerajaan dan terima kasih PTPTN.. 

51 comments:

ADILLA said...

setuju2... :) sy pun bsyukur sbb PTPTN byk membantu.. <3

Anonymous said...

Salam, terbaik dari mak The Kasih ya akak sokong 100%. Undilah BN sayangilah Selangor (eh terkempen plak).Kak Rynn.

Liyana said...

Good entry kak filla...how i wish org yg sibuk nak hapuskan PTPTN tuh boleh baca..bagi saya yg dok sibuk nak hapuskan PTPTN tuh ntah2 "kaki ngelat" nak bayar balik hutang diorg kot?sbb mcm semua org tahu lah..kalo ko cemerlang,for sure akan convert to scholarship kan?hihihi

So tanya diri anda sendiri ;)

Unknown said...

sy sokong kak, sy pun guna pinjaman PTPTN. kalau tak ada PTPTN memang tak mampu nak sambung belajar. Sekurang-kurangnya boleh lah meringankan beban. Alhamdulillah sekarang dah kerja.

cik marikh said...

tetiba mak saya on topik,

"terus terang mak cakap, kalau tak ada ptptn korang tak beljar kot..
mak n ayah mana mampu.."

sepi

"ntah2 dulu, kalo ade pinjaman blajaq, mak pon dh masuk U kot.."
hehehe

Anonymous said...

Betul3.. Memang rezeki dari Allah tapi kita harus kenang jasa kerajaan yang membawa kita keluar dari kemiskinan. Kalau tukar kerajaan semua based on merit bersiap sedia lah org2 kita bersaing sama rata dgn bangsa lain. Kalau semua SBP Dan universiti dibuka kepada calon terbaik adakah kita atau anak2 kita mempunyai peluang?
Akhir kata tepuk dada Tanya selera. Guna akal bukan emo

Anonymous said...

saya setuju... dah pinjam tu bayar la kan.. Mereka Kata mereka mendokong islam, sah2 dah dalam ajaran islam mewajibkan dan menyuruh umatnya menitik beratkan pembayaran hutang. kalau tak setuju PTPTN kenapa gatal tangan sign surat perjanjian. pegi tolak tepi la cek dan surat perjanjian tu.

saya ni bersyukur sangat adanya PTPTN ni, mak saya ibu tunggal, masa tu semua masih belajar dgn 2 org kat ipta.. mana la nak tanggung semua. duit PTPTN yang saya dapat tu saya guna betul2 untuk tampung kehidupan dikampus. duit balance bayar yuran cukup untuk makan minum dan keperluan belajar, siap boleh beli tiket kapal terbang pegi balik lagi... untuk balik setiap kali cuti semester (masa tu belajar kat sarawak). satu semester dapat 2500 jer pun masa tu (2001-2004)

sori, membebel panjang plak.

warda weda
( silent reader yang dah bertahun-tahun tapi tak pernak bg komen)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sepet said...

saya sokong!! Bayar baliklah apa yang dipinjamkan tu. TQ kerajaan TQ PTPTN =)

Farhana Baharin said...

Betul3x!(cam ipin cakap)

Alangkah senang hidup kita ada nya PTPTN ni. cuba bayang kan klu zaman kita belajar xda PTPTN ni, apa kita nak mkn,nk guna duit apa byr duit sewa rumah. untung makabah kaya boleh la sponsor belanja harian. klu makabah kt kamgpung yg kais pagi makan pagi tu ape cer..

kdg org yg bersuara tu tak pikir kot, main sedap mulut saja bersuara.belum kena batang hidung sendr. tak paham sungguh*tetiba emo*hahaha

Anonymous said...

ade org ckp kerajaan bg free education..

jujur saye ckp. yuran ipta especially uitm sgt la rendah.. berapa ratus saje..

balance drpd duit ptptn tu la buat belanje beli nasik, beli air, beli sabun mandi, sabun basuh, buat bayar tambang bas, kdg2 adik2 nk pinjam duit, ade duit lebih ptptn tu la boleh tlg adik2 sikit..

Unknown said...

sokong...sokong...adat la dah pinjam kene pulangkan...

Iela Fazielah said...

setuju...

amani jibriel said...

Lg 1... ptotn ni lah untuk buatkan pejar melayu bersemangat supaya belajar dengan bersungguh2 utk majukan diri dan bangsa melayu itu sendiri. tapi yang tersirat mereka x Nampak...
Lg 1 kenapa kaum lain dibenarkan belajar di MRSM... sebabnya tun Mahathir mahu wujudkan supaya kaum lain sperti cina dan india bergaul dengan org melayu, memahami budaya melayu, fasih bahasa melayu agar mereka boleh jadi pemimpin seperti kamalanathan yg boleh bercakap kepada kaum india tentang kerajaan akan bersikap adil kpd semua kaum. tapi malangnya x semua org Nampak apa yg tun cuba buat untuk wujudkan perpaduan. sikit info dr saya. n tq sis coz memberi sedikit pandangan tntang ptptn yg baik ini.

ilajer said...

betul tu kak fila...
saya sokong 100%
la ni..ramai liat nak baya .lagi2 dgr ura2 ptptn akan dihapuskan.risau dgn nasib anak2 kita akan dtg...tah ada duit x kita nak tanggung mereka klau x ada ptptn.

eyqaaman said...

Kalau lah ramai lg orang di luar sana ada pemahaman mcm akak ni..kan bagus..saya pun pinjam jugak..kalau tak pinjam mana mak ayah nak cari duit..kerana ptptn la sy dpt blaja kat uitm, dpt ijazah..skrg tgu kerja n cepat2 bayar hutang tu..kalau xbayar, makin byk hutang ptptn..org lain pn nk guna jugak..so rajin2 lah membayornya..hehee

Anonymous said...

InsyaAllah
ini kalilah
:)

mamawana said...

Kalu berhutang wajib bayar.. kalu free alhamdulillah nikmat Illahi.

Anonymous said...

For those yg Teringin pendidikan percuma jz being selfish..university need to generate money as their income so more things can be done. In US and UK they can choose their great lecturer from university income.lecturer mcm football player, who d best will in.that for better nation.then foreign student akn mask so generate income lg untuk Negara pulak. Jgn sibuk nk implement Islamic itu ini if X RETI BAYAR HUTANG. Tu bukan Islamic way!

Anonymous said...

For those yg Teringin pendidikan percuma jz being selfish..university need to generate money as their income so more things can be done. In US and UK they can choose their great lecturer from university income.lecturer mcm football player, who d best will in.that for better nation.then foreign student akn mask so generate income lg untuk Negara pulak. Jgn sibuk nk implement Islamic itu ini if X RETI BAYAR HUTANG. Tu bukan Islamic way!

Anonymous said...

Agak-agaknya dari mana ya pihak yg janji nsk bagi pendidikan percuma tu nak dapat duit? Asyik semua nak free... Nak Malaysia bankrupt macam Greece?

Saya bersyukur, rezeki yg Allah bagi kpd saya, dgn biasiswa yg diberi dari undergrad sampai PhD ni, saya balas dgn mendidil anak bangsa kita.

Jadi saudara/saudari.. Minta fikir dlm2... Hanya bangsa Melayu yg mudah lupa. Bangsa lain ketawa pada kebodohan kita

Anonymous said...

btul 2..lau nk free bljr ler rjin2 bgi dpt dekan,bru x pyh byr.ni x,time study rmai yg men2..lau bjuta2 rkyt malaysia ni nk d bagi free,bankrap ler malaysia ni weh.nk duk bwh jbtn ker smua yg nk suh mnsuh ptptn 2..:P

Anonymous said...

good job filla....i like

Anonymous said...

Setuju, orang dok nak free education nanti tax tinggi mana pulak nak kena bayar. Saya meminjam ptptn untuk belajar and once dah bekerja terus bayar hutang ptptn, bak kata mak and ayah saya meminjam kena bayar kenangkan adik adik yang akan sambung belajar nanti, alhamdulillah hutang dh habis. Saya rasa yang dok sibuk nak hapus tue tak bayar hutang lagi kotttt sebab ada kawan saya yang dok sokong kuat hapus ptptn rerupanya dia antara peminjam yang tak bayo, keje dah ada pelikkk

Anonymous said...

Betul dan saya setuju sangat dengan Filla.
Orang Melayu ramai je yang pandai2 malah lebih pandai dari bangsa lain tapi cuma kemampuan kita dari segi wang ringgit agak kurang dari mereka.
PTPTN ni amat membantu para golongan yg kurang mampu tapi ingin berusaha memperbaiki diri dan masa depan.
Semua orang suka benda free tapi bagi saya tiada apa pun yg percuma di dalam dunia realiti.
Sebagai orang Islam prinsip saya senang iaitu wajib bayar selepas meminjam.
Anisah Ismail

Anonymous said...

Salam..Saya setuju dengan pendapat akak..mmg student2 tu berhutang...and ade org cakap..xmo bayar??...
bkn itu istilah dia xmo bayar...tetapi nasib2 student yg akan datang...jgn pk dorg xnak bayar...tp pk mase akan datang la..anak2 or saudara mara kita...yg belum berhutang..itu sepatutnya kita fikir..bkn kita fikirkan dorg xnak bayar...kalo xde pihak yg x mula buat..sape lagi nak mula kn??
nak suruh mereka yg xwat pinjaman PTPTN buat kan??dorg xrasa ape yg peminjam rasakan...jgn cakap dorg xmo bayar la...ni beri effect mase akan datang

Aisyah said...

setujuuuu...akak sukaa.. sbg rakyat malaysia dan owg islam kite kena bersyukor dan bersyukor selalu dgn ape yg kiter ada...dgn bersyukor Allah akan bg kiter lbh lg..sbb kiter tau menghargai..

Aisyah said...

setujuu..akak sukaa..bersyukor dan bersyukor sll..

Anonymous said...

ramai nya yg bg komen.. tersurat dan tersirat..

shraqs said...

Zaman kita hampir sama. Masa belajar dulu pun awal2 PTPTN diperkenalkan.

BTW, secara peribadi saya berpendapat ramai yang bersemangat nak hapuskan PTPTN ni hanya pentingkan diri sendiri. Mereka dah menikmati kemudahan yang disediakan, tapi tak pulak fikir pasal generasi selepas mereka yang memerlukan.

Anonymous said...

Ini kali ler....

Anonymous said...

dah berhutang x nk byr, nasib baiklah berhutang dgn ptptn, kalau hutang dgn ahlong, dah lama hilang kepala

Miss Moon said...

aku tak amik PTPTN sebab aku amik MARA tapi kalau tak kerana pinjaman nih tak mungkin aku dapat sambung blajar

family aku bukan org kaya

aku tak der saving utk blajar neh

tapi sebab ada bantuan cenggini la kita dapat belajar n kije cam sekarang kalau tak ntah ntah kiter cari laki kaya pastuh duk umah je la ....sebab tak ley belajar tinggi2 kan

aku pun tak paham asal org nak hapuskan PTPTN ...nak hapuskan maybe mustahil tapi consider balik cam dr segi faedah dia n pembayaran agar tidak terlalu membebankan aku rasa better dr nak hapus semer '

kalau dah free aku rasa anak anak kiter nanti tak der rasa usaha nak belajar sangat pun ...yer la sebab free kannnnnnnn belajar pun ley main main ...kalau fail bukan nko rasa beban kena bayar balik pun ...sebab free maaaaaaaa

aku rasa sapa yg support nih adalah org yg tak nak baya utangggggggggg ahahahhahah

Ida Dee said...

Salam, saya sokong apa yg kak Filla tulis dan sebahagian komen2 di atas.

Dah pinjam bayar la balik, kalau tak nak bayar, belajar sungguh2, bagi dapat ijazah kelas pertama/anugerah dekan, pastu dah tak payah nak bayar balik loan,loan tu tros tukar jadik biasiswa.

Kalau tak nak bayar hutang, jangan apply langsung ptptn. tau nak semua free jer. sia2 bagi belajar free kalau result cukup2 makan atau blajar x abes sbb kena tendang disebabkan result under pemerhatian.

To liyanaroxx, awak mmg betul, semua membe2 saya yg "kaki ngelat" bayar hutang ptptn tu ler yg sibuk kempen hapuskan ptptn.

*Sorry kak Filla, luah prasan kat sini pulak :P

Unknown said...

good entry filla! yang mana culas membayor tu sila2 la bayor n stop complaining!

Anonymous said...

free education is good tapi hutang harus dibayar...tak peliklah anak muda yg konon nak ubah tu sebenarnya peminjam PTPTN yang pernah diblacklist (i know one of them). lebih suka menghabiskan duit gaji dan bonus puluh ribu beli baju kasut baru yang branded, bukannya bayar hutang pinjaman pendidikan yang melayakkan dia terima gaji sebanyak itu ketika ini.
PTPTN boleh jadi FREE dgn syarat usaha keras masa study. Dptkan Anugerah Dekan every semester. Loan tukar jadi biasiswa.
Kita pilih yg terbaik buat anak-anak kita nanti. Mahu free education boleh. Tapi yang sudah berhutang, hutang anda wajib dibayar. Terutamanya umat Islam.
Salam perpaduan!
Lepas 5 Mei, apa jua fahaman politik anda dan orang lain tidak akan mengubah kenyataan yang kita sama-sama orang Malaysia.
Vote wisely!

Anonymous said...

Setuju sangat. Dah hutang tolonglah bayar. Ptptn tak kejam pon. Those yang dapat result bagus ada pengecualian bayar kan? Saya salah seorang yang dapat pengecualian tu. Kalau dah dari awal berniat taknak bayar, silakanlah belajar sungguh2. Ini dah kena bayar, banyak songeh pulak. Shame on you.

cinta said...

kak filla, i m lin, ur junior masa kat uitm dulu.. ingat lagi tak? masa tu kak filla tengah kawan dgn wan budak jb tu.. hihi.. x sangka sgt jumpa kak filla kat sini.. yang pasti kak filla maintain cantik dari zaman uitm dulu sampai skrg. siyes tak berubah langsung.. glad to see u hear..take care kak..

amal_M said...

kerajaan adalah pekerja kepada rakyat..rakyat yang memberi gaji kepada kerajaan..jadi memang sepatutnya atau wajib bagi kerajaan membantu rakyat..terima kasih itu perlu sepertimana boss berterima kasih pada pekerjanya..bukan sebaliknya..isu penghapusan ptptn..kajilah dulu isi kandungannya..baca dengan teliti..kaji satu persatu isinya..kemudian nilai lah lagi..itu pendapat saya..semua orang berbeza, tak sama..jadi kalau pandangan x sama..normal lah..baru lah dunia jadi bervariasi

dhr said...

saya pun dah habis bayar! mmg PTPTN byk membantu saya ms belajar. kt UiTM gak. yuran mmg murah tapi kos hidup tu mak saya ibutunggal anak lima tak mampu nak tanggung. saya guna PTPTN utk makan, beli buku & belanja masa study. jadi mak saya tak pyh beri duit belanja.

Julie Hawa said...

Sokong kak... mereka tu mudah ditipu... sape nak tanggung kos kalau semua nak free... they talking bullshit

Anonymous said...

agree

Cik Aida™ said...

oo, macam tu, aida belum ada pengalaman lagi dengan pinjaman PTPTN nii, huhu. Sebab lepas SPM masuk form 6, sekarang tengah tunggu untuk amek degree, tatau lah cemane tuh >.<

Anonymous said...

saya suke entry ni...setuju sangat2

~ ur silent reader ~

Ainalista said...

agree sgt2..

Anonymous said...

yup..setuju..dh pinjam pandai la bayar blk..

Batrisyiamommy said...

Saya Suka komen ni Mmg saya pun pk yg tak nak bayar tu nak ngelat.. Masa Guna boros nak mampus beli hp mahal bagai.. Time nak bayar mcm2 Alasan..Kalau yg tanam anggur tu ok la.. Ni dah keje pun nak ngelat2

jamalia said...

Sy sokong sgt..ptptn bnyk membntu..bg yg da pnjm tu..pndai2 la pulang blik...dlm islam pun da ckp..yg namanye utang tu WAJIB bayar blik...lau x nt kat akhirat sana dukung la wet uh cri pd sape kita nk byr blik

jamalia said...

Sy setuju sgt.ptptn bnyk membntu...sape yg pnjm uh byar la..dlm islam pn da ckp yg namenye utang uh WAJIB bayar..lau x nk byr t kt akhirat pikul la wet tu cri pd sape kita utang uh k..

Azlan Ismun said...

Semoga berjaya semua dalam kehidupan.

Dengan penuh pengharapan.

https://plus.google.com/+ZazlanTonsiti/posts

Myptptn said...

Nak apply mara tak boleh dah sebab ipta. mara support u bawah dia je mcm unikl.

erm sedih