Apabila 2012 melabuhkan tirainya, maka bermulalah tahun baru bersama kisah baru yang bakal menanti kita.. Yang berlalu akan menjadi sejarah hidup.. Kenangan yang abadi dan terpahat utuh di dalam hati.. Yang indah, yang duka semua tinggal sejarah..
Aku akui, 2012 adalah tahun yang paling mencabar bagi aku.. 2012 tahun pahit manis aku... Hidup umpama satu perjalanan.. yang kadangkala ada turun dan naiknya.. 2012 geraf hidup aku turun dan naik secara menggila.. Dan hampir takut untuk memulakan tahun 2013 kerana tak pasti apa lagi yang akan aku lalui..
Semoga tahun yang mendatang akan kulalui dengan baik, tenang dan aku bakal mengumpul kenangan yang indah-indah belaka.. Di kesempatan ini, aku abadikan kenangan 2012 seorang insan bernama aku.
2012
Blog kerdil ini terpilih sebagai Blog Pilihan InTrend.. mungkin biasa-biasa bagi nama-nama gah, tapi ini satu penghargaan buat aku yang kerdil.. satu permulaan yang kukira amat baik dan membuat aku gembira..
Dimurahkan rezeki untuk mula diberi perhatian menulis advertorial di blog kerdil ini.. Aku melakukannya bukan sekadar imbuhan, tetapi kerana minat.. Syukur Alhamdulilah.
Anak pertama Kasih Aleeya menjejakkan kaki ke alam persekolahan.. genap umur Kasih 1 tahun membuat hatiku berbelah bahagi.. pertama kali melepaskan Acih ke sekolah dan berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja dan dia boleh berdikari.. Alhamdulilah semua lancar walaupon pada awalnya ada lah kes-kes buli..tapi semua ok.. she can handle ;)
Bercuti ke Hong Kong Disneyland bersama suami dan anak-anak.. Kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan..
Bercuti berdua bersama suami ke Bali.. Juga kenangan yang abadi dan manis.. walaupon sampai kena jab gara-gara bugs bites..
Terpilih untuk masuk competition Levi's anjuran Eh! Magazine dan Levi's... Dari 10 participants.. dan akhirnya short listed kepada 5 finalists.. dan Alhamdulilah terpilih sebagai pemenang dan berpeluang featured in Eh! Magazine (Oktober issue)
Telah disahkan pregnant anak ketiga.. Langsung tak terduga rezeki ini datang pada 2012.. Rezeki kami so kami terima dengan hati terbuka. Alhamdulilah.
Bercuti ke Medan pada Hari Raya ke-4 bersama keluarga (Mama, Ayah, Abang, Adik, Suami dan anak-anak)
Adikku Shafiq meninggal dunia dalam pelukan mama dan dikelilingi kami semua di Hotel Grand Angkasa, Medan pada Hari Raya Ke-8 bersamaan 26 Oktober 2012 kerana rebah tiba-tiba.. Hati dan perasaan merasa sangat terpukul menerima dugaan sehebat ini.. Dugaan yang paling dasyat dalam hidup aku sebenarnya, yang tak pernah aku bayangkan langsung pun akan terjadi..
Tsugoi online shopping telah ditubuhkan dan sedang dalam pembinaan website.. Aku dan team telah ke Guangzhou atas urusan tersebut.
Keputusan telah dibuat untuk pindah masuk ke rumah sendiri pada awal 30 September 2012 (Birthday Acih).. Pengalaman manis buat kami sekeluarga.. Akhirnya dapat berteduh di rumah sendiri..
Bercuti bersama keluarga teman baik (Family Kak Nana) ke Langkawi.. menginap di Sheraton Langkawi yang best sangat..
Itu antara sejarah 2012 dalam hidup aku.. Manis dan Pahit.. Turun dan Naik.. Itulah kehidupan.. tiada kehidupan yang mendatar.. pasti ada turun naik dan pasang surut... Semoga kehadiran 2013 akan memberikan sinar buat aku.. akan memahatkan kenangan yang indah-indah... dan akan berjalan dengan lancar.. In Sha Allah.
Selamat Tinggal 2012
Selamat Datang 2013
EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com