hahah.. apa lagi ko nak jadi.. semua ko nak jadi kan? cik sri kiantan pon sudah, ustajah sudah..bukan apa... sekarang ni rasa macam free bila anak-anak dah tido.. so time tu lah baru leh mengadap lappy.. kalau tak busy memanjang.. dengan letih memanjang..
aku just nak share lah buat ibu-ibu yang menyusu badan.. fyi aku baru je stopkan Amaani genap 7 hari... maknanya genap setahun jugaklah aku dapat bf dia. kebetulan khamis lepas masa aku accident tu Amaani ada appointment ENT kat shah alam.. so rabu malam aku dah hantar dia siap-siap kat sana.. for the first time amaani takde dengan aku :(
memang kalau boleh nak bagi lagi BM... yelah sayanglah kan.. orang lain beriya-iya nak bagi.. susu jek takde... aku plak pegi membazir plak.. tapi dah fikir panjang... lagi few months aku 'outstation'... 8 hari plak tu... so masa takde tu... Amaani ngan Acih akan dipos balik Shah Alam tinggal ngan Nenek.. jadi setelah mengambil kira demi kebaikan bersama.. baik aku start ajar dia dari sekarang.. kang aku susah, Amaani susah.. mak mentua aku pon susah... lagipon dia ok jer ngan susu formula... kang nyusahkan MIL aku plak kalau memalam dia mencarik mak kesayangan dia nieh.. heheh...
so dua hari tak bagi tu aku ok lagi.. masih boleh bertahan... masuk hari ketiga... aku dah peluh-peluh... dan akhirnya terpaksa mengalah.. tunggu Pak Radie balik dekat kul 10 malam nak suruh usung bawak gi klinik sebab bengkak... ok mari saya share apa yang perlu anda lakukan sekiranya anak sudah tidak mahu menyusu badan atau pon susu masih banyak tetapi anda tidak mahu meneruskan atas sebab-sebab tertentu..
kat klinik Doktor boleh bagi pil behenti susu... tapi ko tak boleh beli.. sebab ubat tu ubat terkawal.. ko kene jumpa doktor... masa jumpa doktor, dia kata... wife dia dulu pon sama.. genap anak dia setahun, wife dia kene further studies ke apa tah nun jauh di sarawak.. so terpaksa berpisah dengan baby... pil kalau ko makan.. tak semestinya dia boleh berhenti... sama macam kes ubat diet.. ada orang makan pil diet berjaya.. ada orang tak.. terpulang kepada sistem badan masing-masing... so apa yang perlu ko buat? untuk kurangkan kesakitan, ko boleh tuam dengan air panas... JANGAN teruskan memberi anak anda susu badan kerana dia akan stimulate balik... jadi what for ko bertahan bengkak-bengkak segala, tapi akhirnya ko bagi jugak walaupon sedikit... cara paling berkesan is keluarkan susu dari badan.. tak kira dengan apa cara sekalipon.. perah? pump? ikut suka kau lah... sebab secara logiknya.. selagi ko bagi susu badan.. akan ada bonding.. akan ada 'perasaan' antara kau dan anak.. dan benda tu akan dihantar sampai ke otak.. dan bila otak ko terima message tu.. dengan serta merta susu akan diproses semula oleh badan.. 8 tawun pon tak abis citer kalau mcm tu.. hahahaha.... aku pegi klinik kene RM34 kalau tak silap.. dpt pil behenti susu dan ponston.. so far aku makan sebijik jer... kalau pulang balik dapat duit tak? T_________________T
berapa lama akan rasa sakit dan bengkak? tu aku tak pasti... ada orang seminggu.. ada orang 2, 3 hari... tapi sakit dia tu ada time-time.. bila sakit melampau tu.. perghhh.. angkat tangan pon tak boleh.. baring telentang mengereng sikit pon tak boleh.. rasa macam kene sengat tebuan dol... hah baru kau tau nilai setitik susu ibu kan? kalau melawan sila lempang anak masing-masing... tapi doktor kata, kalau boleh keluarkan, sila keluarkan.. sebab ada jugak bahaya kalau ko biar bengkak mcm tu.. kadang boleh bentan dan demam.. dan kadang boleh jadi nanah!! tak pon jadi KEJU... ada orang kering sendiri tanpa bengkak... tapi bila rasa boleh keluarkan.. keluarkan lah slow-slow yer.. ada cara dia.. ikut rentak.. InsyaAllah berjaya.. tapi bertapa lama sikit lah dalam toilet.. muahahahah....
cara orang tua-tua plak.. letak kelopak kobis yang sejuk stok baru kuar fridge punye...masa tido... boleh kurangkan bengkak dan boleh keluarkan susu secara semula jadi...
tapi nasihat aku, selagi boleh bagi susu badan.. bagilah susu badan.. kerana tiada susu setanding susu ibu... lagipon dari situlah bonding ibu dan anak tercipta..
untuk kaum lelaki yang baca entry nie, jangan nak senyum-senyum sumbing ke kambing ke... ni lesson ok.. sok ko dah kawin, ada bini... at least ko tau lah apa nak dibuat...
itu saja maklumat dari mak bidan tak bertauliah.. selamat mencuba ;)
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com