Sungguh seronok bila dapat invitation untuk join Yakult Factory Tour.. sebelum tido dah set jam supaya tak terlajak bangun.. al-maklumlah kan.. nak bawak Amaani sekali.. kang dia buat hal lambat pulak sampai.. Factory Yakult ni terletak kat Oakland Industrial Park, Seremban... Untuk pengetahuan korang semua.. hanya satu sahaja kilang Yakult di Malaysia ye.. untuk HQ Yakult plak terletak di Glenmarie, Shah Alam. Eleh, takat Seromban tu, kojap yo den dah sampai ;)
Lawatan pukul 10 pagi.. kami sampai awal10minit.. kawasan tempat letak kereta adalah besar.. so tak perlu risau kalau korang nak datang buat lawatan kat sini.. Oh ya, untuk join tour di Yakult Factory ni PERCUMA.. takde bayaran yang akan dikenakan.. ramai jugak buat lawatan kat sini.. especially college students, budak-budak tadika dan sekolah..
Yakult memasuki pasaran Malaysia pada 2004 dan baru sahaja memasuki pasaran Sabah dan Sarawak pada tahun lepas.. tapi kalau kat Sabah / Sarawak cuma boleh didapati di pasaraya Giant sahaja ye.
Yakult juga telah lama memasuki pasaran negara-negara di atas.. Kajian selama 75 tahun telah dijalankan ke atas produk Yakult oleh Dr. Minoru Shrota.. Gila punya lama tu.. Ok nanti aku cerita pasal minuman Yakult nie.. memang best.. sebab selama ni aku main minum je, tupon takde lah nak fikir sangat kepentingan dia.. aku tau, haus.. nampak yakult, telan je...
Ini adalah packaging untuk Hari Raya.. Aku ni kurang alert.. now baru aku tau, Yakult di Malaysia cuma ada keluarkan 2 jenis Yakult je.. merah ngan biru tu.. Tapi Yakult Ace awal dulu dah ada iaitu pada tahun 2004, Yakult Ace Light lambat sikit masuk ke pasaran Malaysia iaitu pada tahun 2009.. Untuk pembaca dari Singapura, Yakult Ace Light yang korang minum kat sana tu semua dibuat kat kilang Yakult di Seremban ni ye...
Sila baca.. Yakult Ace warna merah menggunakan gula tebu dan Yakult Ace Light (less sweet) menggunakan gula buah-buahan.. Seriously dulu aku kurang nak ambil berat pasal ingredients or benefit yang kita consume dalam makanan dan minuman.. tapi bila dah pegi Tour macam ni baru macam melopong-lopong.. Ingat tak aku selalu cerita pasal Probiotics yang perlu ada dalam sistem usus bayi sehingga mereka berumur 5 tahun? Ok now berita gembira untuk kita yang tak berapa nak bayi sangat nie.. hahahha..
Dalam sebotol Yakult, terdapat lebih daripada 30,000,000,000 bakteria baik.. Bakteria baik ini yang akan melawan bakteria jahat di dalam usus kita.. bila usus kita tak kuat, itu lah punca-punca segala penyakit pon bermaharajalela di dalam tubuh badan kita.. susah sangat ke nak lindungi sistem imunisasi kita? minum sebotol yakult sehari dah cukup... balik je dari Yakult Factory Tour nie, aku berazam, aku akan jadikan Yakult minuman harian aku dan keluarga.. at least 1 botol 1 hari.. prevention is better than cure kan???
Fresh lagi.. Kebiasaannya ada hari-hari untuk proses Yakult Ace dan Yakult Ace Light..
Yakult Ace - Isnin, Selasa dan Khamis
Yakult Ace Light - Rabu dan Jumaat
Sabtu pulak ikut demand.. so masa kitorang datang Tour ni demand untuk Yakult Ace Light tinggi kot? hahahah.. Aku kat sini je minum 3 botol kot..haha.. so aku ada lah tanya.. if kita minum lebih dari 1-2 botol sehari, apa akan jadi? So jawapannya, tak salah, cuma MEMBAZIR.. hahaha.. ingat ye, Yakult bukan minuman penghilang dahaga.. sebab tu lah size dia very small.. Yakult ialah minuman kesihatan yang supply good bacteria ke dalam usus kita ;)
Baru je sampai.. Ani dilayan mesra.. hahaha.. untung bawak anak.. anak tak habis minum, mak dia yang habiskan..
Bersama Yakult Staff..Oh ye, Yakult pon boleh beli terus jugak kat sini.. tapi harga sama je macam kat luar.. kalau kurang pon, kurang 10sen (untuk Yakult Ace sahaja)
Model Yakult heheh..
my choice.. of course yang less sweet..
Sarah tengah memberi sedikit taklimat tentang produk Yakult.. setiap country tu packaging dia lain-lain.. Jangan tak tau ye, kat Jepun siap ada keluarkan skin care dan barang-barang makeup lagi.. produk-produk kesihatan pon ada diorang keluarkan..
Ini lambang Yakult masa mula-mula diperkenalkan.. dulu kala lah.. zaman Dr. Shirota ;)
Rombongan student pulak dah sampai..
Memula sekali kita akan lalu kat Bilik Semaian / Seed Room.. kat sini lah paling penting sekali.. Tau apa yang disemai? Hah dalam machine tu ada Bakteria baik.. hahahhaaha...
Bilik Kultur ni memang hebat.. Lepas je bakteria tu disemai.. dia akan dibawak masuk ke machine-machine ni pulak.. bukan bawak dengan tangan ye.. semua machine yang proses.. No wonder pekerja dalam kilang ni tak ramai.. semua pekerja adalah lebih kurang 40 orang rakyat tempatan ye..
So canggih kan? Di bilik kultur ni lah segala proses yang dilakukan untuk menghasilkan Yakult.
Machine kat atas ni pulak ialah machine yang menghasilkan botol-botol Yakult.
7,000 bottles per hour..
Setiap batch Yakult akan dibuat testing ok.. Testing ni dilakukan setiap hari (Isnin - Sabtu)
Apa yang dia nak test? Ok kat sini lah dia check kandungan bakteria.. dan kena jugak make sure bakteria tu bersih dan tiada bakteria lain yang tidak diingini.. Kalau korang musykil dan nak tahu.. bakteria di dalam Yakult ialah dari sumber makanan ok.. so jangan ragu-ragu kerana ia disahkan halal..
Ok jom kita meneruskan lawatan kita lagi ye..
kebetulan plak semua bloggers berbaju merah.. senang nak cam ;D
Ok lepas tu kita singgah jap kat Quality Control Room.. Ada seorang atau 2 orang sahaja staff yang dibenarkan kat dalam ni.. tu aku cakap.. boleh pitam aku kerja dalam ni.. hahahhaha.. ini ok gak dua orang.. yang buat test tadi.. sorang je.. hahahah..
Filling Room ni agak besar jugak..
Nampak 2 calong besar atas tu? ok botol-botol semua ada dalam tu... bersedia untuk diisikan dengan Yakult.. boleh sampai ke maksimum 700 ratus ribu botol sehari...
Untuk pengetahuan korang, straw pon kita import from Japan ok.. Nampak mamat tu berdiri kat situ.. sambil tu dia check if ada yang takde straw ke.. mata dia pantas gila ok.. dah hari-hari mengadap kan... lagi satu.. staff-staff kat dalam room ni semua di'sterelize' sebelum masuk dalam ni.. hahahahha... ada satu room khas diorang kena masuk dan di scan ke apa.. haaa cenggitulah.. demi memastikan diorang 'bersih'.
memang leka tengok step by step penghasilan Yakult.. aku memang suka pegi kilang-kilang nie.. sebab suka tengok cara-cara dia hasilkan sesuatu produk.. dan keyakinan kita akan meningkat ke 100% bila tengok sendiri kan? kebersihan, kualiti semua tu penting.. tak dapat pegi kilang, dapat tengok kat tv pon aku suka.. Ok dah habis round kat sini.. kitorang di bawa ke PR room pulak..
Kat dalam bilik ni staff Yakult akan bagi penerangan tentang minuman Yakult nie.. Ada jugak dia share tentang video sorang anak mat salleh nie.. budak tu ada masalah dalam perut sampai parents dia dulu menangis dan berdoa supaya anak dia dapat meneruskan hidup sebab terlalu kritikal kan?.. So bila start bagi Yakult setiap hari, anak dia semakin sihat dan now dah normal macam kanak-kanak lain.. Oh ya lagi satu info nak share, if korang tengah amik antibiotik, korang adalah digalakkan untuk minum Yakult.. kenapa? Sebab antibiotik functionnya ialah untuk membunuh bakteria dalam tubuh badan.. tapi antibiotik ni dia bukan kira, bakteria baik or jahat semua dia hapuskan!! aku kan still on antibiotik sebab mata ketumbit.. so bila sedar badan dah kurang bakteria baik.. laju-laju minum yakult hahahahaha.. saiko..
bawak budak kecik ni.. cengginilah dia kannn.. takpe.. janji dia tak kacau orang.. hehehe..
Aku ada fun facts about Yakult Ace Light.. kandungan gulanya kurang 50% daripada Yakult Ace.. Tahukah anda bahawa gula adalah makanan bagi bakteria? walaupun sugar yang terkandung di dalam Yakult Ace Light kurang berbanding Yakult Ace, namun ia masih mengandungi lebih dari 30 billion bakteria baik yang dinamakan Shirota Strain. Fructose dan Glucose adalah gula yang digunakan di dalam Yakult Ace Light.. Both Yakult Ace and Yakult Ace Light mengandungi rendah kandungan glycaemic index.. bila kita consume, the sugars break down slowly, releasing glucose gradually into the blood stream and will not cause a rapid rise in your blood sugar levels.. susah nak explain dalam bahasa melayu.. hahah.. tapi korang paham kan?
Bawah ni ada sikit info aku nak share ngan korang..
Kannnnn... sekarang tahu tak betapa pentingnya penjagaan kesihatan kepada kanak-kanak dan orang dewasa? rasa dah lah sedap.. lagi tak mau minum kah??? hahahah...
Duta Yakult confirm sentap tengok nie.. muahahaha.. sorry Fafau.. muahahhaha..
with Beautifulnara dan Redmummy
Eh Eh banyak sangat bag Yakult tu.. saja nak posing.. Thank you Yakult for having us.. Untuk readers yang nak join Yakult Factory Tour sila layari http://www.yakult.com.my/ ada banyak good infos jugak ;)
Sekian saja pesanan penaja, minumlah Yakult Ace atau Yakult Ace Light at least 1-2 botol sehari untuk kesihatan usus kita.. Usus sihat, badan pon sihat ;)
4 comments:
bestnyer awattttt x ajak nak ikuttttt hihihihi
tiap petang ada je keta jual yakult masuk taman aku..3peket rm10
dia punya iklan mesti aku gelak
'yakult sudah datang'
hahaha
eh mana beli legging ani tu
lawa lah
waahhhhh.. bestnya gi lawat kilang yakult....
Wah syonyee...
Post a Comment