Tuesday, September 24, 2013

Food Food Food Go Away..

Kau ni dah kenapa.. kemain malas nak hapdate belog.. hahaha.. tak tau nak hapdet apa.. bukak belog, click new post.. pastu temenung... hahahaha.. memang hebat.. Oh ye, sejak aku update entry nak kurus.. amboi lumba-lumba plak semua nak bagi aku try produk kurus... Sabarrrrrrrrrrrrrrrrrr..... sabarrrr... aku reply kat sini teruslah ye.. Jangan kecik hati ye u olls.. sebab aku rasa nak cuba kurus dengan amalkan pemakanan sihat *puiiisangat* dan nak cycling je dulu... aku nak cuba avoid nasi.. dan aku kalau boleh tak nak berharap pada ubat untuk kurus.. nak try dulu cara natural... if berjaya alhamdulilah.. kalau tak berjaya.. nanti aku buat entry hahaha.. masa tu marilah share produk langsing ngan aku.. hahahahha... 

Gila ok.. bila aku fikir balik kan.. kita nak kalau nak menuju ke arah kebaikan.. atau nak capai sesuatu matlamat tu bukan mudah.. pasti ada gangguan.. pasti ada halangan dan bisikan syaiton.. hahahahah...contoh aku nekad nak kurus ni kan.. tetiba time tulah ada event.. takkan nak pandang je.. macam semalam punya event.. bersusun-susun tinggi rendah makanan hahahahah.. ko nak apa? lasagna pon ada.. pergh. dessert dari hujung sana sampai hujung sini.. muffin.. nak yang flavour apa? pilih kak pilih... Kak Jem dok seru-seru.. takpe.. esok je start diet.. hari ni boleh makan.. kalau hari-hari cakap nak start esok.. mampoih makincik.. hahah.. tapi aku makan jugak semalam.. sebab kul 6 ptg kan? dan makan tu untuk dinner sekali.. kalau tak makan.. nanti aku pitam tengah jalan sapa nak angkat? tapi aku pilih lah.. aku tak amik lah yang cheese2, choclate dessert semua aku tak amik... 

Ni je aku makan semalam... NI JE okeh.. hahahahah.. tapi sardine puff tu aku makan suku je.. makan ni kul 6.30 petang kot.. pastu malam dah tak makan... Wan ada kat rumah semalam.. Wan masak nasi goreng.. aku amik bau je.. gila hebat melawan nafsu makan... berjaya jugak... nak buktikan kat Wan.. sebab Wan kata "Betul tak mama cakap? dah masuk anak ke-3 memang susah nak kurus?" Amboi Wannn.. sentap hati ai tau... takpe, i take it as a challenge.. Malaysia Boleh! Filla Boleh! tetiba semangat sorang-sorang terjerit-jerit tepekik telolong.. eh aku imagine je macam tu.. barulah ceria hidup dan tak stress.. Nasiblah aku ni bukan lah bolah mati kalau tak makan dessert manis-manisan tu.. tapi kalau tadah depan aku, memang aku ngap jugak.. so semalam.. aku lalu je.. aku nampak ikut hujung mata je.. hahahahahha... takut nak tengok.. sebab kalau tengok nanti kakiku akan membawaku ke sana.. bahahahaha.. aku over eh? ke korang pon over mcm aku? 

Ni sebelum event lagi satu tu.. datang awal nak mam.. serik aku datang lambat.. eh tak sengaja lambat hahaha.. aku kan punctual selalunya.. so bila terlambat aku rasa macam kesalahan besar gila.. event pukul 10.30, aku dah tepacak kul 9.00.. saiko sangat. lantak.

Ni nak citer.. masa event aku ngan Jemah nak amik gambar ngan Sazzy Falak.. sekali ajak duduk sebelah dia bersembang.. Ok fine, boleh sangat, artis yang ajak kau lepak sebelah dia.. melampau sangat. hahahah.. seriously Sazzy tu down to earth gila babas.. friendly, talkative.. no wonder dia berjaya.. sebab tak sombong dan tak bajet diva.. so citerlah pasal dia gi NY baru-baru ni kan.. tapi aku banyak tanya pasal dia kurus kecik cinonet gitew.. aku tau dia memang layang gym kan.. so dia kata.. actually dia memang SUKA makan! tapi dia SUKA workout.. yang SUKA makan tu dah sama dah tu.. hahahahah.. dia cakap workout ni kalau kita suka buat.. dan biasa buat.. kita akan addicted lah.. so bila tak buat rasa tak best.. tu lah.. aku cakap nak start tu memang payah.. once dah start baru syok.. semua benda dalam hidup ni kan.. nak memulakan tu yang payah kan? sama lah macam aku nak pakai tudung ni.. bukan malas ke apa la.. cuma nak start.. rasa macam banyak sangat persoalan.. hari ni ke? esok ke? bulan depan ke? syaiton sangat kan.. ahahaha.. pastu aku kena motivate diri sendiri macam "eleh, pakai je lah.. lawa sangat ke rambut kau":.... gi salon pon tak.. so apa yang payah sangat nak tutup? Ok lepas aku nekad pakai.. dah hari-hari pakai, aku dah get used to it.. tak rasa leceh pon.. ada gak masa rasa leceh..sebab aku kan bangsa pemalas.. bangsa yang tengok cermin pagi je nak gi keja.. pastu tak tengok dah.. lantak kau lah nak ghoper apa...tapi selalu yang rasa leceh bila nak keluar makan malam yang dekat-dekat tu.. hamekkkk kau.. aku pakai yang sarung terus mcm syria tu.. pastu pak radie tengok muka aku macam kerut-kerut dahi.. nak cakap buruk lettew.. lantak. adalah lah lagi pasal tudung.. takkan nak share kat sini.. kang poy plak kan.. dah pakai tu dah lah..tak yah poy kang org nyampahs. 

So hari sabtu hari tu sebelum gi event..kat rumah dah breakfast wholemeal bread tu ngan jam.. apa lagi cara nak buang masa? duduk makan je lah kan? pegi lah la bodega duduk.. tengok menu.. pergh. mana boleh duduk je tak order.. latte. hahahah.. lemak manis berkrim... ok, tengah diet jangan minum air camni.. tapi takpe.. kita pelan-pelan kayuh.. jangan nak poyo sangat.. itu tak boleh ini tak boleh.. habis apa yang boleh ayah???? hahahahah.. keluar dialog movie terus.. kalau dulu aku main hantam je melantak semua.. now aku selective lah sikit.. dan now aku tak makan banyak sangat lah.. and now aku tak amik nasi.. and now aku makan yang ringan-ringan je for dinner.. and now balik kerja je aku cycling bagi peluh, now kalau ada masa aku lari setempat (500x) hahahahha 

Banyak kan perbezaan dengan dulu??? So lepas ni kita timbang berat.. kalau perbezaan dah banyak aku buat.. tapi berat tak turun, kemungkinan penimbang tu akan ku campak keluar dari rumah ini adalah tinggi.

Sekian.

6 comments:

strawberi said...

at least filla ade sejarah pernah diet..prnh workout..okla...cuma nk kuatkan semangat je..ai ni..tk prnh diet...pasni kena fikir diet jugak kot...perghh..tak sanggup


sazzy tu..bulan puasa pun gi gym..perghh...

Rina Rosdi said...

Assalam Kak Filla,
Saya tak nak suh akak makan produk apa pun..hehe..yang saya nak sarankan, akak banyak2 minum air. Flush out toksin mana yang patut! Selamat berjuang :)

♥mamaTisyaThaqif♥ said...

semalam tgk dekat insta sape eh.. xigt denabahrin ke irine nadia tah.
dia ckp "every women diet start tomorrow" caption of her uploaded foods.kekeke

good luck akak..
saya pun xsabar nak beranak nak cuba kurus.mcm anak dara.ahahah.agak2 cecah x 50-54 kg :P

Jan@Afzan said...

Ok. terus berazam nak diet gak!

Saya lagi lah, anak dah 10bulan, berat still ada 10kg nak turun...aishhhh...

Jom diet!

kathy jem said...

Hahaha caiyok babe..aku pon sama badan dh naik 2 kg..hari tu bulan pose turun 4 kg skng naik 2 kg pulak..erghh stress..

Suliana said...

Kak filla, kurgkan gula dan karbo kak. Sy prnh tgk cite omputih dia kata cheese tu blh la.. Akak set la dlm masa sebulan ke turun brp byk. Smga berjaya!!