Thursday, September 26, 2013

Renungan..

Sebagai ibu bapa sedarlah bahawa Rasulullah SAW menjanjikan tawaran hebat buat kedua-dua ibu bapa yang bersabar dan mendidik anak perempuan dengan sempurna.  Manakala kepada anak anak gadis pula, ketahuilah dirimu begitu tinggi nilainya sehingga boleh menjadi 'laluan mudah' kedua-dua ibu bapamu untuk ke syurga serta diharamkan daripada api neraka.

"Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan, lalu dia mengasihinya, melindunginya dan mencukupkan nafkahnya, maka wajiblah baginya syurga.  Seorang lelaki dari satu kaum bertanya: 'Dan dua orang pun begitu juga ya Rasulullah?' Baginda menjawab: 'Dua orang pun begitu juga.' (Riwayat Ahmad dan Bukhari)

Daripada Aisyah r.a., "Sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

8 comments:

Onna said...

Fila,

Akak ada 3 girls...kata org2 warak...kelebihan bg yg mempunyai 3 anak perempuan adalah memperoleh 3 Nur...wallahualam....

Unknown said...

Penguat semangat.

Nas said...

Adik beradik sy tiga tiga perempuan..semoga mak dan abah sy dihadiahkan syurga oleh Allah berkat kasih sayang yang tak terhingga utk kami.. insyaallah Allah rahmati kak filla n pak radie ;)

εïзmmyHazaεïз said...

Haza 4 anak lelaki... ade 2 anak buah gugurl je yg kami pelihara.. harapan tinggi sgt2 nak girl... inshaaAllah..

JMR said...

alhamdulillah...

~Qiqish~ said...

Salam, kak fila syg.. mohon nak share kat fb ye.. memanjangkan benda baik.. semoga kita semua dpt berkatnya :) thanks kak fila syg..muahhhh.. i lebiu <3Sa

~Qiqish~ said...

Salam, kak fila syg.. mohon nak share kat fb ye.. memanjangkan benda baik.. semoga kita semua dpt berkatnya :) thanks kak fila syg..muahhhh.. i lebiu <3Sa

qasqas said...

adik beradik termasuk saya 5org perempuan..saya plak 2 orang perempuan..semoga dipermudahkan buat kita semua..insyaallah..