Friday, February 28, 2014

DUTA EPHYRA ~ MEMEY SUHAIZA DAN NORMAN HAKIM

Hari ni aku nak kenalkan korang dengan duta baru Ephyra.. Rasanya ramai yang dah tahu kot? Heheh.. saja je Kak Pilla ni tau.. nak buat surprise tapi tak berapa nak surprise ;)


Siapa tak kenal Memey dan Norman Hakim memang tak patut.. Artis Malaysia yang boleh dikatakan terkenal gitu.. Alkisahnya cemana terlantiknya Memey Suhaiza sebagai duta Ephyra, diikuti oleh suaminya Norman Hakim bermula begini....

Memey start minum Ephyra sejak Julai tahun lepas dan tak lama lepas tu Memey mula merasakan hasilnya yang memuaskan.. kulit Memey semakin lembap dan dah tak kusam macam dulu.. Kulit bermasalah ni tak semestinya berjerawat atau berparut ye.. kulit tak sekata, kering dan kusam juga antara masalah yang membelenggu kebanyakan kita tak kira lelaki atau perempuan.  Memey pon mengalami masalah yang sama.. Semenjak mengamalkan minum Ephyra, Memey nampak kesannya yang sangat positif.. so Memey share secara sukarela di instagram beliau.. Kulit Memey menjadi semakin lembap dan cerah berseri selepas beberapa bulan.. ramai juga yang perasan akan perubahan yang berlaku kepada kulit Memey termasuklah suaminya Norman Hakim.. 

Bermula dari itu, pengasas Ephyra iaitu Puan Amiza mula mendekati Memey dan akhirnya bersetuju untuk melantik Memey sebagai duta Ephyra kerana Memey sendiri memang terbukti mengambil Ephyra dan menunjukkan kesan-kesan positif.  Suami Memey, Norman Hakim mengikuti jejak langkah Memey untuk turut serta minum Ephyra setelah melihat sendiri isterinya semakin berseri-seri.  Seperti yang kita semua sedia maklum, lelaki juga ingin tampil dengan wajah yang bersih dan sekata.  Norman turun mengakui selepas minum Ephyra, kulit Norman semakin lembap, badan menjadi lebih cergas, bertenaga dan rasa lebih sihat.  Semuanya bermula sebagai pengguna tegar Ephyra dan kini Memey Suhaiza dan Norman Hakim dilantik secara rasmi sebagai jurucakap / duta Ephyra.


Tengok sendiri video Memey Suhaiza dan Norman Hakim yang ada menceritakan pengalaman mereka sendiri setelah mengambil Ephyra.. Breastfeeding mom pon elok minum Ephyra supaya bayi turut mendapat khasiat dari Ephyra.. Memey masih menyusu badan hingga ke hari ini supaya anaknya turut mendapat manfaat dari Ephyra.. So kepada ibu yang masih menyusu badan, jangan risau ye.. Ephyra baik untuk anak anda juga!

Yang tertanya-tanya tetang halal atau tidak Ephyra ni? Ada kelulusan KKM ke? Jangan risau, Ephyra ada semua tu ;)


Aku sendiri pon masih minum Ephyra sampai ke hari ni.. Eh tapi ada terskip sebulan haritu sebab takde stock.. Now aku dah start balik sebab tak dapat melupakan kesedapan Ephyra hahahah.. lagipon memang ketara lah bila minum Ephyra sistem pelawasan tu semakin baik, hari-hari ke toilet, kulit jadi lembap especially bahagian tumit.  

Gambar kat atas ni testimoni terkini pengguna Ephyra yang berpuas hati dengan hasilnya selepas minum Ephyra.  Kalau nak tengok lebih banyak testimoni dari pengguna Ephyra sila ke:

ig : ephyra2u

Untuk pengguna baru yang nak cuba Ephyra boleh tengok my write up tentang Ephyra di sini:


Harga Ephyra:

Premium Pack - 1 kotak (30 sachet) = RM195

Trial Pack - (10 sachet) = RM68

* Semenanjung Malaysia Free Postage.
* Bagi Sabah Sarawak sila tambah RM10 untuk harga premium pack dan trial pack.


Sesiapa yang berminat boleh email framekasih@yahoo.com

"Selamat memiliki kulit cantik menawan"


Love,
Filla.

NAK KULIT CANTIK DENGAN CARA YANG MUDAH?

*please scroll down for new entry*

Siapa ada masalah kulit kering sila angkat tangan.. Heheh.. *gimme 5* Aku kalau kat muka tak kering sangat.. sebab selalunya berminyak.. tapi masalah kat bahagian tangan dengan kaki.. Mungkin jugak sebab terdedah dengan aircond.. bertambah lah kulit semakin kering... 

Lotion? Adaaa berlambak hahahah.. kat bilik tidur ada satu.. kat dalam kereta ada satu.. kat office ada satu.. Tapi jarang sangat nak guna.  Dah kat depan mata pon tetap malas nak guna.  Aku ni bangsa tak suka ada rasa sticky atau melekit kat kulit.. kalau nak apply pon selalunya sebelum tidur.. dan kat atas katil hahaha.. memang over sangat.  Especially kalau apply yang kat tapak kaki.. lagi aku tak nak sebab nanti nak jalan habis semua lantai rumah macam melekit-lekit..

Tu semua cuma alasan.. sebenarnya aku PEMALAS.  so create lah macam-macam alasan.. Tapi bila kulit kering tetiba stress pulak.. Ok satu lagi reason ialah, anak ramai.. i sibuk, kerja lagi, masak lagi, jaga anak lagi.. So now you tell me, when is the right time for me to apply body lotion?.. nanti baru apply, tetiba nak masak pulak.. kan kan kan?

Tapi still jealous bila tengok perempuan lain yang berkulit lembut dah halus.  Dulu masa belum kahwin, rajin jugak lah nak manjakan diri.. duduk berjam-jam depan cermin.. sapu lotion wangi-wangi, lepas tu baca novel sampai tertidur.. Sekarang no more.. tak sempat.

Skin Conditioner? Seriously? Ok, dulu aku ingat hair conditioner je yang wujud.. Now buat pertama kalinya di Malaysia, terciptanya satu produk yang menjimatkan masa, unik, melembut dan melembapkan kulit dengan serta merta.. itulah NIVEA In-Shower Skin Conditioner.  Yes, i tak bergurau, ini serious.. memang terpaling sesuai untuk sesiapa yang PEMALAS TAPI NAK CANTIK.. hahahah *tujukatdirisendiri*

Sabar.. jangan excited dulu.. Bagi aku cerita kat korang dulu.. ini fakta ye, 70% wanita di Malaysia tidak menggunakan body lotion setiap hari.  kebanyakan nya mempunyai alasan yang sama macam aku jugak.. 

MALAS
TAK DE MASA
MALAS
TAK SUKA THE STICKY FEELING
MALAS

Kat Malaysia ni lagi la.. dengan cuaca panas, memang tak kuasa nak apply lotion pastu nak tunggu kering.. pastu rasa sticky / melekit-ntah-bila-nak-kering.  hehehe... aku kalau rajin sikit pon, kene sapu kat tempat yang ada aircond.. supaya sejuk dan cepat kering ;)

Mujurlah NIVEA sangat memahami masalah wanita seperti kita dengan terlahirnya NIVEA In-Shower Skin Conditioner.. Dalam erti kata lain, moisturize while in the shower!  Ada dua variants iaitu:

NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner - for dry skin (contains rich nourishing Almond Oil to leave the skin feeling noticeably softer and smoother)

NIVEA In-Shower Skin Conditioner - for normal skin (enriched with Sea Minerals to leave the skin feeling soft and hydrated)

Texture lembut dan halus exactly macam hair conditioner.. tapi ni Skin Conditioner ;)

4 simple steps:
Step 1 - Gunakan shower gel seperti biasa dan rinse off.
Step 2 - Apply NIVEA In-Shower Skin Conditioner 
Step 3 - Bilas / rinse off NIVEA In-Shower Skin Conditioner (Note: tak perlu tunggu lama sebelum dibilas)
Step 4 - Lap badan hingga kering dan boleh terus berpakaian ;)

Senang dan mudah.. shower gel-bilas-Nivea In-Shower Skin Conditioner-bilas-pakai baju-kulit lembut dan gebu  :)

Kalau ada yang nak tau, "Kak Pilla, benda ni berbuih ke?" Tak berbuih, bila di sapu dia licin je macam gambar kat atas tu.. dan yang penting WANGI.  suka bau dia.. lepas dah mandi dan lap semua.. bau dia bertahan yeee.. Kalau korang masih kurang jelas, jom kita tengok video kat bawah ni.. Kak Pilla tak leh jadi model hahaha.. so kita tengok model lain je pakai ok ;)


3 minit je siap.. *clap clap* hebat sungguh.. 

Each variant is available in 250ml and with a RSP of RM16.90

Nak try the product for free tak? Visit NIVEA Malaysia FB page untuk mendapatkan 10ml trial pack percuma!! 

Kalau bertuah, boleh menang a year supply's NIVEA In-Shower Skin Conditioner with your BFF.  

Visit https://www.facebook.com/mynivea for details and free products, atau kalau nak tau experience Kak Pilla guna product ni boleh tanya Kak Pilla ;)



Love,
Filla.

CARA PAKAI TUDUNG SQUARE...

Weekend haritu gi jalan-jalan melawat tapak kat Cyberjaya.. Cantik pulak tempat ni, sesuai sangat nak snap-snap gambar.. 

Post gambar ni kat ig and fb.. ramai kata kurus.. muahahha.. kurus ke? kalau kurus baguslah.. berat aku sekarang 53-54kg.. sama je kan dengan dulu? aku nak 50kg.. tapi sampai harini masih tak berjaya, mungkin sebab malas bersukan, dan mungkin sebab diet hangat-hangat taik ayam.. ada yang suruh share tips kurus.. cemana nak share sedangkan aku pon tak all out.. kalau nak paksa jugak share ok, boleh. 

Aku makan tak segila dulu lah.. sekarang aku makan jugak, tapi beragak-agak.. kalau dah lama tak makan nasi, sesekali aku makan jugak.. kalau sehari tu aku dah makan nasi banyak, lepas tu aku tak makan nasi dah untuk hari tu.. kalau aku makan nasi sikit.. boleh lah aku makan lagi sikit untuk dinner.. gitu.. breakfast aku tak pernah amik nasi.. aku cuma makan kueyteow/mihun camtulah.. aku kene amik heavy breakfast sebab aku skip lunch.  kadang petang aku buat milo makan ngan biskut kering.. malam aku masak, so aku makan jugak lah sikit.. weekend selalunya aku makan.  depends lah makanan cemana.. tak pasti sebab weekend selalunya keluar.. so apa ada aku belasah je lah.. tapi aku jarang lah nak order nasi-nasi nie.. 

Kira itu jelah pon.. kawal pemakanan.. sometimes kalau aku rajin.. balik dari kerja.. aku workout sendiri dalam bilik.. aku lari setempat mengadap cermin.. 2000x larian non-stop. ko try buat tengokkkk.. peluh jangan cakap.. tapi aku rasa tak bagus sebab tak berkasut.. silap haribulan tapak kaki boleh terseliuh.. pepandai lah korang ye.. 

kat sini nampak tembam kan? hahhhhh tulah korang.. jangan percaya pada gambar.. tu semua penipuan hahha.. ada yang tanya baju beli mana sebab labuh dan nampak comfortable.. ye memang pon.. baju ni beli kat Zara. sejuk sebab silk ;)

Ni si Tembam ai.. mood selalu ceria.. tapi sekarang-sekarang ni pandai merajuk.. kalau dia merajuk, dia akan peluk tubuh dengan muka masam pandang tingkap luar.. bila kita borak, dia senyap.. bila tanya kenapa? nanti dia cakap "mama dah tak sayang amaani kan????".. kita jawab "Sayangggggggggg".. dia jawab "Tak sayang, mama marah amaani kan tadi? kan? kan? kan?".. oh marah je tak sayang lah? apa-apa lah Ani... tapi kalau pujuk dengan cara tunjuk ais krim kat depan muka dia.. mesti dia lemah.. muka kurang masam, tapi still tak senyum... tapi tangan tetap capai ais krim.. hahahahah

Dah berapa bulan ni Amaani tidur dengan Kakak.. dia dah tak tido sebilik ngan kitorang dah.. Kasih tido kat single bed dia.. Amaani tido kat tilam bawah (sebelah katil kakak).. kengkadang ok.. kengkadang dia datang ketuk pintu sambil cebik-cebik "Mama, teman lah Amaani".. biasanya aku akan teman dia.. tido sebelah dia sambil peluk badan dia yang macam bantal peluk tu.. bila dia dah tido baru aku bangun pindah bilik aku balik.. 

Ini takde citer aku nak citer.. hahaha

Aku memang salute orang yang buat OOTD nie.. hahahaha.. aku baru posing gini pon dah segan tahap dewa.. padahal takde orang pon.. hahahaha.. Oh ya.. tudung yang aku pakai tu jenis square.. memula tak reti cemana nak pakai? aku suka warna dia tapi selalu tak reti, then aku simpan balik.. ni dah reti dah.. kalau korang ada tudung square pon boleh buat camni.. takyah jadikan dia tiga segi.. pakai je macam pakai shawl panjang tu.. tapi sebab dia pendek.. so ko centerkan dan pakai brooch bawah leher mcm biasa.. pastu amik balance bawak ke depan.. pastu yang sebelah tu tarik letak kat telinga sebelah dan cucuk je pin.. tak paham? tengok gambar kat bawah.

nampak? amik dari tepi sini.. bawak ke tepi sana.. cucuk pin menghala ke bawah.. senang kan?

-no caption-


ibu dan anak



Kasih tak dapat di kesan sebab dia asyik hilang je lari sana sini.. 
Aleesya tak ikut.. kesian dia takde dalam gambar..

Dah puas merayap, jom lah kita balik.. 

weekend korang ok tak? 



Love, 
Filla.

Thursday, February 27, 2014

Gambar Anak-Anak bersama Bapaknya.

 Selalunya sesi melepak anak beranak macam ni terjadi di hari weekend je..

Sekejap je budak-budak ni dah besar.. Aleesya pon dah besar.. tak lama lagi dah pandai berjalan.. huwaaaa takde baby nak digendong dah :(


Tu diaaa.. Kasih pon dah join.. 


Alhamdulilah ada 3 anak perempuan penghibur kat rumah nie.. Masing-masing ada character masing-masing.. memang seronok lah jugak melayan.. 

Sebenarnya aku tak de idea.. tengok gambar diorang tu terus rasa macam feeling sayu.. kopehal nak sayu-sayu hahahah.. Ok lah just nak share, seluar tido for kids ni beli kat Uniqlo.. sukaaaaa sangat!!! kain dia lembut, warna dia dan corak polkadots tu comel.. Aku belikan yang merah untuk Amaani size S tapi pinggan longgar sikit.. kalau anak korang slim, memang kena alter kecikkan pinggan sikit :)... dan untuk Kasih size L tapi tak pakai lagi.. dah hantar kat Wan mintak tolong kecikkan pinggang.. sedap pakai seluar ni buat duduk rumah.. kalau nak beli pegi lah beli.. selai RM29.90. 

Sekian, thank you.

*baca balik, kopehal pinggan pinggan pinggan? PINGGANG lah.


Love, 
Filla.

HAPPY BIRTHDAY KAK TON.

Hari sabtu hantar anak tuition.. So aku ngan Elly terus amik Peej.. kitorang dah setuju ikut tekak Birthday Girl je.. dia teringin nak makan kat Sushi King.. Ok jom...

Elly the birthday girl.. belom lagi birthday dia ahad tu (esoknya) tapi ahhhh sukati lah nak sambut hari ni.. muahahah.. takde lah istilah nak celebrate ke apa.. kitorang memang jumpa pon hari sabtu.. dan asal jumpa je memang lapar.. hahahah..

Peej Burhan gitu... 

Kak Filla nie.. hihihi... Hoi letih menunggu makanan sampai.. ktorang dah merungut-rungut dah 1/2 jam makanan tak sampai-sampai.. pastu Elly tekan bell tu terus tanya.. dia kan selamba... 

Belambak order makan.. tapi jangan risau.. habis ok.. makan ngan ktorang mana boleh biarkan makanan tak habis.. tak baik... mesti habiskan semua ok.. 












Kak Ton ni suka main tipu tau.. suruh tutup mata.. pastu asyik nak bukak mata je.. Oh ada video dia kat instagram hahah.. tak reti nak masukkan kat sini.. memang kelakar Kak Ton nie.. heheheh

aku ngan Peej share belikan pandora nye lock berantai tu.. aku tak tau apa nama dia tah.. aku siap printscreen pandora Elly kat ig dia..sebab takut terbeli charm yang dia dah ada.. memula ingat nak belikan blue charm tu.. sib baik tak beli.. masa jumpa aku jeling tengok eh? dia baru beli lah tu.. kat gambar printscreen tu takde pon hahahah.. nasib baik dia memang belom ada lagi lock tu.. 

So happy birthday Elly!!! Semoga dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan, dipanjangkan umur, dilindungi Allah dunia dan akhirat.. 



Love, 
Filla.

Wednesday, February 26, 2014

UMRAH.

Baru-baru ni giliran biras aku Kak Liza dan suami (Abg Ogy) pulak menunaikan umrah.  So beramai-ramai lah kitorang ke LCCT pukul 10.30mlm kot sampai sana.. Aku bawak sekali bibik ngan Aleesya.. 

Dengan muka tak makeup nye hahah.. ada plak reader nampak.. haihhh sorry i selekeh ;) 

Abg Ogy ni satu-satunya abang Pak Radie.. dia pendiam sikit.. pastu macam malu-malu sikit hahaha.. tapi dia ok je kalau ajak sembang.. pastu kan.. Aleesya paling suka ngan Abg Ogy nie.. bagi kat orang lain memang dia melekat mencengkam kat aku.. dan-dan ngan Pak Radie pon dia tak nak.. apa lagi ngan orang lain.. tapi kalau kat Abg Ogy dia nak.. pelik betul.. dari baby lagi dia memang nak kat Abg Ogy nie.. agaknya sebab Abg Ogy ni pendiam.. orang lain suka sakat dia.. so dia tak nak.. hahahaha..

kiri biras aku, Kak Liza.. orangnya lemah lembut je.. yang kanan Kak Yatie my SIL.. siapa nak beli shaklee boleh carik Kak Yati ok? kat sidebar aku ada banner Shaklee tu.. just click je, InshaAllah dia boleh pos je apa korang nak ;) Seronok sebab Kak Liza and Kak Yati baik sangat.. aku ni kan hantu sikit.. perangai bukan elok sangat pon.. tapi bila dah kahwin, dapat pulak mertua, ipar duai yang semua baik-baik.. so rasa bersyukur sangat.. takut dengar masalah orang dan tengok sendiri yang bergaduh sana sini, hasad dengki sana sini.... tak suka camtu :(

Baru dapat berita.. Kak Liza kata kat sana diorang jumpa orang yang muka sebijik macam aku.. Aaaa tak tau nak takut ke nak suka.. hahahah... last year Kak Yati and family pergi kata nampak muka sebijik macam muka Abang aku (Pak Long).. InshaAllah, doa-doakan lah lepas ni kitorang pulak dapat menjejakkan kaki menunaikan umrah.. 

Mudah-mudahan Kak Liza dan Abang Ogy sihat kat sana, dipermudahkan urusan mereka mengerjakan umrah dan mendapat umrah yang mabrur.



Love, 
Filla.

Seri Pajam ~ Topaz Bungalow 26 units at Bandar Warisan Puteri

*scroll down for new entry*

Baru-baru ni sibuk cerita pasal rumah mana best nak beli?  Beli rumah bukan macam beli baju.. Bila nak beli rumah, banyak benda yang kita kena fikir.. berbaloikah? location ok ke? rumah tu cantik ke? luas ke? ada highway ke? dekat dengan hypermarkets and shopping mall ke? ada berapa bilik? berapa toilet? harga ok ke? Arghhhhhh macam-macam yang bermain di fikiran... yelah kan.. kita sekeluarga yang akan duduk kat situ.. ntah-ntah sampai ke tua kita memang akan menetap kat situ, of course semua tu harus diambil kira.. dan kalau jenis duit berlebihan, dah tentu nak beli aset untuk dijadikan investment.. 

Aku kan kerja kat Putrajaya.. so Projek Seri Pajam Development ni dah memang popular sangat di kalangan orang yang menetap di Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Kajang dan yang berdekatan.. Semua tahu yang Projek Seri Pajam Development antara projek terbaik di Bandar Warisan Puteri..

Korang tau tak Projek Seri Pajam Development yang kat Bandar Warisan Puteri tu ada lebih kurang 2,500 units rumah.. dari semi-detached, double storey terrace, single storey terrace dan rumah kos rendah.. sehingga hari ini 98% project dah hampir siap... Yang dah siap tu dah lah kan... Aku terkagum-kagum jugak sebab ada collegue aku ni, anak dia beli rumah terrace kat Seri Pajam nie.. cantik gila kotttt.. balcony besar gila boleh main bola.. hahahahah... ok lah aku kata, muda-muda dah ada aset.. macam tulah remaja berwawasan.. mak ayah jugak yang senang.. sebab dia plan supaya nanti mak ayah dia tinggal sana sebab dia kerja kat KL.. so bila mak ayah dah pencen, duduk je sana.. weekend baru anakanda balik.. dengan syarat 1 bilik tidur besar tu dia punya.. hahahah.. sejuk perut ibu mengandung...

Hari ni aku nak citer pasal latest project dari Seri Pajam..  Tak banyak... ada 26 units je 1 1/2 storey bungalow (Topaz) yang bukaan size dia 60' x 80', 3062sq.ft berharga dari RM750,500.00. Projek Seri Pajam antara yang terpantas siap dan tiada masalah.. disebabkan itu kalau berkenan silalah beli cepat.. kau macam tak tau.. harga rumah ni laju kemain dia naik.. bagus ok untuk investment.. location pulak memang strategik sangat.. itu antara sebab Projek Seri Pajam Development macam goreng pisang panas..

cuma ada 26 units sahaja bungalow ini dan rekaan nya sungguh eksklusif

Bungalow kalau size macam ni, kita memang takkan merasa nak dapat harga serendah ni kalau kat tengah-tengah KL tu.. confirm harga juta-juta kot? Kalau aku lah, aku suka tempat macam kat Bandar Warisan Puteri ni sebab aman damai, jauh dari kesibukan kota, tapi masih dekat dengan pembangunan... Hanya 5 minit drive ke Seremban City Center, nak ke Aeon Seremban 2, Seremban Parade, beberapa hypermarkets pon ada untuk grocery shopping... Ni yang aku suka ni.. kita masih dapat hidup jauh dari kesibukan kota, tapi masih dekat dengan kemudahan dan pembangunan... bingit ok telinga kalau duduk tengah-tengah KL tu.. 

Salah satu bilik tidur.. besar gila kot... main bola pon boleh ni.. hahaha... untuk pengetahuan korang.. Setiap Topaz Bungalow 26 units ni ada 5 bedrooms and 5 bathrooms.. Ye anda tak bermimpi.. ambiklah toilet sorang satu.. tak yah gaduh-gaduh.. semua orang ada privacy ;) tak perlu lah nak share bilik air kannnnn... 





Mak oiii besar sangat ni... 

antara bathroom yang ada

tangga untuk ke tingkat atas

Topaz Bungalow direka khas bagi mereka yang mementingkan keluasan rumah dan keselesaan untuk setiap penghuninya.. selain dari bilik-bilik yang besar dan selesa, Seri Pajam Development Sdn. Bhd. sebagai pamaju juga mementingkan kualiti dan kepuasan hati pemilik rumah.. dengan tingkap yang luas dan besar, with huge open porch dan berkonsepkan modern contemporary architecture, sudah pasti memukau mata.. Amboiiiiii indah bahasa hahaha... Aku memang suka tengok show-show units ni, pastu berangannnnn... 

Dengan keluasan yang macam ni, kalau anak aku merangkak memang jenuh jugaklah nak cari dia kat mana.. dan dengan keluasan rumah yang macam ni.. kalau kat Klang Valley.. memang jangan harap lah dapat harga serendah ni.. 

Jalan utama yang menghubungkan Bandar Warisan Puteri ini ialah Kajang-Seremban Highway (LEKAS) dan memang sangat lekas hahaha.. nak ke KLIA dekat.. nak ke KL boleh guna North-South Highway or LEKAS.. tak sampai sejam pon boleh sampai ;)

Dry Kitchen yang luas

Wet Kitchen yang luas jugak.. best nyaaa.. gotong royong memasak pon ok..

kawasan halaman yang sangat luas dan mendamaikan...

dan jatuh cinta ni.. bahaya aku ni.. muahahahahahah.... 

Untuk pembeli yang ada anak-anak remaja jangan risau... Uncle or Auntie boleh hantar anak masuk college kat area Bandar Warisan Puteri ni je.. tak yah pegi jauh-jauh... kat sini ada beberapa Institusi seperti INTI International University, Kolej Lagenda, Kolej Tuanku Ja'afar dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Rasanya kalau yang bakal bersara memang inilah tempat yang paling sesuai untuk didiami.. rumah yang mewah tetapi dengan harga yang mampu dimiliki, suasana yang tenang dan aman, dekat dengan institusi pengajian tinggi, dekat dengan mall, dekat dengan masjid (5 minit) dan dekat dengan tempat rekreasi (kot nak jogging bersama-sama)..

Eh meh lah aku bagi lists apa yang dekat.. sebab aku kalau beli rumah semua aku nak tau.. penting tuuu..

Amenities
Family Store - (3.3 km, 5 min)
Centre Point (6.1 km, 10 min)
Lake Garden (6.6 km, 9 min)
KTM Seremban (7.7 km, 13 min)
Bus Terminal (7.8 km, 13 min)
Terminal One (7.8 km, 13 min)
Big AEON (8.4 km, 12 min)
Giant Ampangan (5.3 km, 9 min)
Econsave (10 km, 16 min)
Jusco S2 (12 km, 19 min)
Parkson Seremban Parade (8 km, 10 min)
The Store, Centre Point (4 km, 5 min)

Schools
SMK Teknik Ampangan (6 km)
SMK Teknik Tuanku Jaafar (10 km)
Sekolah Rendah Bandar Warisan Puteri (1 km)
Sekolah Menengah Bandar Warisan Puteri (1 km)
Sekolah Rendah Keb Sikamat (3 km)
Sekolah Rendah Jenis Keb, Kg Baru Sikamat (2 km)
Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah (3 km) 

Hospitals
Salam Hospital Senawang (8 km)
Hospital Besar Tuanku Jaafar (15 km)

So amacam.. ok tak? mestilah ok sangat kannnn.. untuk yang family size besar memang bagus lahh sebab Topaz Bungalows ni sangat spacious, untuk families sangat sesuai especially yang nak bersara pon bagus dan untuk investors pon sangat sesuai...

Promotion: Developer (Seri Pajam Development Sdn. Bhd.) absorbed Sales & Purchase Agreement Legal fees and Memorandum Transfer of Title (MOT)

Map to Bandar Warisan Puteri



Kalau nak lihat sendiri, boleh plan untuk ke show units ye.. Untuk nak tengok sendiri projects Seri Pajam Development, boleh visit :

https://www.facebook.com/SeriPajam
www.seripajam.com.my

kalau ada sebarang pertanyaan boleh ke:


 NO.233, Jalan Lavender Heights 2, Lavender Heights Business Square, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-6782988
Fax : 06 6782699
Email : marketing@seripajam.com.my

GPS Coordinates: 2.75588,101.98188

Love,
Filla