Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, November 03, 2016

Lobster Treat.

3 November 1979

Lahir seorang bayi perempuan di sebuah hospital di Kota Kinabalu.  Lahir dengan rambut terpacak naik ke atas tak berapa nak comel.. Menangis lah si Ibu melihat anak perempuan pelik sangat rupanye hehehehe... Itulah aku namun syukur sebulan dua selepas tu rambut dah kembali turun dan tak terpacak macam memula lahir ;)

Terima kasih kepada ibuku Hazizah yang susah payah melahirkan aku secara scissorian cesarean pastu perut kene stapler je.. yelah zaman dulu tak canggih macam sekarang.  Maka berbekaslah perut ibuku sehingga sekarang parut ibarat lipan bara.  Itulah pengorbanan seorang ibu yang dulu nya kita anggap biasa-biasa je.  Bila dah jadi ibu, baru tau seksanya mengandung 9 bulan bulan.. sakitnya bersalin sampai tahap phobia nak bersalin lagi.

Pagi ni on the way ke office hujan renyai-renyai.. sayup je rasa hati.. Drive slow sambil tengok ke langit, sambil tengok kiri dan kanan jalan yang basah.. Bersyukur masih bernafas di bumi tuhan ni.. Bersyukur masih ada anak-anak, masih ada suami yang sentiasa ada disisi, masih ada mama dan ayah, masih ada keluarga mertua dan anak-anak buah tersayang dan masih ada teman-teman yang sentiasa mendoakan yang baik-baik.  

Ntah kenapa harini rasa syahdu semacam je.  Faktor usia mungkin.  Aku tak nak cake, aku tak nak celebration semua tu.. sebab takde apa pun setakat birthday ni rasa biasa je.  Mama tanya nak hadiah apa? Ayah pun tanya nak hadiah apa.. hahaha rasa nak gelak, dah tua kot, takde apa yang aku nak.. Now pun dah bahagia.. orang wish pun dah rasa dihargai je.. tak wish pun takpe hehehe.. tapi paling comel Atok Braim.. Tadi dia call.. dia tak selalu call yer.. so bila nampak nama dia call tu rasa wowwww hahaha..

Ayah: Hellllooooo Assalamualaikum.

Aku: Waalaikumsalam.. Hheheheh napa call? (saja usik dia)

Ayah: Tulah harini Ayah nak ucapkan selamat hari raya, eh Hari Jadi yang keberapa tahun?

Aku: Apa??? Selamat Hari Raya??? muahahahhahaha 

Ayah: Ayah doakan ko sihat sejahtera, bahagia selalu, murah rezeki... nak hadiah apa? nak kain?

Aku: Tanak lah.. takyah, tanak apa-apa.. kain pulak nak buat apa?

Ayah: Yeke tak nak apa-apa?

Aku: Yelah tanak apa-apa pun, dah tua dah pun... tanak apa-apa dah.. Eh napa call??? Napa tak type?? Napa tak whatsapp?

Ayah: Ntah tadi nak type tekan-tekan apa tah susah sangat.. call je senang.



Atok oh Atok... selalu je tersasul-sasul tau.. ada pulak hari raya..  pastu kenapa kain? Hoh terbayang kain kapan ke apa ni? jangan nak buat citer seram ye Tok ye...

Wan pulak pepagi tadi call tapi call je dia citer benda lain.. pastu dah lama tu terus aku cakap "Hari ni hari apa? Napa tak wishhhhhhhhhh? penat tau tunggu".. Terus dia jerit nyanyi "Happy Birthday To Youuuuuuu.. Happy Birthday To Youuuuuu"..

Pitam semua kena paksa harini hahahhaha.. saja je menyakat... tu belum Pak Radie kena sakat lagi tu.. semalam dia tanya nak hadiah apa? jawab kat dia "tanak apa-apa,  tolong urut kaki boleh? tu je, tanak hadiah.. kaki sakit ni".. terus berputar mata dia ke atas.. Eh? Tapi aku tak sihat sangat semalam.. so sedar tak sedar rasa gak dia tolong urut tangan.. tapi macam urut tangan je? kaki takde pun? mustahil aku tidur tak sedar diri.... awas ye, kaki tu kira hutang belum selesai lagi tu.

Alhamdulilah hidup dikelilingi keluarga dan teman-teman yang menyayangi.. Hari tu Team Fame / Ellfie kata nak bawak aku gi makan.. Tapi lunch time.. Ok boleh je.. Tanya diorang.. tanak tutup mata Pilla ke?.. Jawapan diorang serentak "Eh kosser yaaaaa".. hahahah.. dahlah sampai sudah tanak bagi tau lunch kat ne.. Diorang cakap kang tutup mata ko.. kita pusing seround kat block opis ni rupanya stop kat warung "Lauk Omak Den" ntah camtu kot nama gerai baru area situ hahaha.. Omak den pun tak kisahlah.. Omak kau pun lagi ok hahahaha..

 with Sis Peej and Sis Elly

 Umur kitorang jauh beza kot.. wow matilah Elly tumbuk aku hahaha.. Peej ni adik lagi.. baru 33 kalau tak silap.. ke 23 ahkak pun confuse... Aku and Elly dah akak-akak sangat dari Peej.. Tapi biasa jelah kalau borak takde lah kitorang rasa dia adik-adik sangat sebab dia kan jenis derk tak kisah tu.. so nampak matang lah kot.. Kitorang banyak persamaan tang suka makan.. heheheh.. bila lapar tu asyik borak pasal makan ini makan itu.. yang paling suka buat suara ialah Elly.. sikit-sikit dia berbunyik "Slurrrrppp" "Slurpppp" dah aku dengan Peej pon sekarang sikit-sikit "Slurrrppp".. hahahaha.. 

Persahabatan kitorang biasa je sebab kitorang rock-rock sikit.. keluarga tetap jatuh no.1 bagi kitorang.. janji hormat each other, nasihat each other.. sebab aku rasa aku kawan je dengan semua orang, mungkin aku bukan jenis yang very concern dan menjaga hati.. tapi aku still keep in touch with my old friends macam Natra tu selalu je rindu.. tapi sukahati je.. lepas sebulan tetiba "Oit rindu" hehehehe.. kawan-kawan uitm pon still lah keep in touch walaupun tak macam dulu.. Aku takut orang kata aku sombong ke apa.. aku masih macam dulu.. sebab dulu pun aku sombong hahahahah...Sama je semua cuma bezanya sekarang masa aku banyak kat pekerjaan.. so bebalik muka Elly and Peej yang aku jumpa.. dan aku banyak belajar dari kehidupan dan pengalaman.. bersahabat dan bercinta tu biar berpada-pada.. hati manusia ni lain-lain.. so aku lebih berhati-hati supaya aku, keluarga dan orang sekeliling aku tak terkena tempiasnya.  Aku pulak jenis tak kuasa nak 'mempertahankan' diri sebab bagi aku cukuplah aku tahu, and i don't need to explain to others.  

Ok cukup.

Cerita bab makan kat tempat ni nama dia Red Lobster kat Intermark tu.. Diorang cakap ko kan teringin nak makan Lobster? Haritu kat Bali dah plan baekk punya supaya kitorang akan makan lobster stok kaki lobster terjuntai keluar dari bibir.. Tapi tak jadi makan sebab Jimbaran tu mahal tak masuk akal dan takdelah sedap pun.. So diorang kata kali ni aku kena pilih menu yang ada Lobster.

Eh paksa ni. hehehhehe.. Neway thanks ;)

Meh Kak Pilla kumpulkan semua jenis makanan haritu... Hancus diet.



Kak Pilla kat gambar atas ni.. Tak perasan ada rice sebab tak baca bebetul.. So ketepikan nasi dan makan lobster, prawn and salmon tu je pun membuak kekenyangan.

 Kitorang amik squid ni 2 ketul sebab macam menarik je.. sodap gak ;)

Kelakar sangat ni.. Nak suap pun Peej nak lari dah.. Aku tarik dia.. sini sini siniii... belakon je kejap..  hahahah nak anjer-anjer pun tak leh *matakeatas* yang Sis elly ok sikit.. tapi dia lagi suka kalau laki dia suap.. Over sangat ni.. Pastu aku sound peluk peluk.. terus dia kaut bahu aku.. Ouch sakit tau.  Elly ni ko jangan memain ye.. garang ni.. kalau gaduh dengan Yaya sambil driving dia leh hulur tangan ke belakang dia libas-libas je dengan harapan dapat libas Yaya tu.. hahahah..gelak-gelak aku dengan Peej dengar citer dia.. 

Nak amik gambar pun susah.. 

 Ok cukup.. 1 je tak yah banyak-banyak.

Laki ai banyak-banyak takpe muahahahhaah.. Oitt Pak Radie dah boroi.. Gumbira hati Kak Pilla hehehe.. Haritu gi rumah Elly jap.. Kat rumah Elly tu ada ala-ala tiang-tiang tu.. Dulu Pak Radie selamba je masuk situ keluar sana.. ni baru ni dia masuk tersekat tak leh lalu dah.. hahahahahah.. dah gems tapi tang perot je.. Kembang idong Kak Pilla.. Kak Pilla sangat yakin dia jadi macam tu sebab makan masakan Kak Pilla.. wow yakin sangat ni.. Nak tambat hati suami mestilah jaga perot dia dulu.. Hahahhahah jangan poyo ye.. Konsep Kak Pilla senang je.. Haku dah masak, nak makan sila makan.. tanak makan sudah.. Walaupun bunyik nye agak kejam.. tapi takpe.. semua kat rumah dah paham konsep ni.  Faktor umur kot perot dan maju kedepan hehehehe.. Jangan marah ye Pa.. i lap u.  

Itu je cerita kemain panjang lebau lagi.


Love, 
Filla.

Wednesday, March 23, 2016

BIRTHDAY ELLY AND PEEJ

Check dashboard tengok ada draft entry ni.. Eh lama sangat draft hahaha.. Ok jom publish.

Birthday Elly and Peej dekat-dekat je.. Tapi jangan tanya, aku tak hapal.. Aku kalau birthday ni lemah sikit.. Aku ingat birthday aku je.. Birthday Amaani dengan Aleesya pon aku kadang kene refer mykad hahahahah... 

So haritu birthday Elly, husband dia Win whatsapp kat group suruh turun lunch kat Avenue K tu.. Ek eleh tak surprise langsung sebab Elly pon ada dalam group tu.. Dah tua tak kuasa nak surprise hahaha..

So lunch kat Dolly Dim Sum.. Betul ke aku eja? Hantam je lah..

Huwaaa semua sedap-sedap.. Aku memang suka benda-benda camni.. Kalau makan kat Ampang Yong Tow Foo pon ai dah cukup gembira ;)

Makan kat sini kena slow-slow menikmati sedapnya.





Ni tah apa nama.. tapi sedap sangat..

Ada lagi gambar nasi goreng dengan apa tah, tak larat nak amik gambar.. kata dah tua hahaha..

Ni mango apa tah pon sedap ;)

Birthday girl yang happy.. Elly dia memang manja-manja, tapi dengan laki dia je lah.. dengan kitorang takde pon manja hahah.. Tapi dia suka berangan dan feeling princess.. huh.. 

Tu yang kadang dia suka buat surprise untuk diri dia sendiri.. Aku dengan Peej redho je.. 

Aku dengan Peej takde belikan hadiah.. Sebab dah tua-tua eh berapa kali aku nak mention tua? hahaha.. tak kuasa nak memikir apa nak beli.. Peej tetiba datang idea bernas nak suprisekan Elly dengan bunga and belon.. Ok setuju.. kita belikan dia bunga and suruh orang hantar.. mesti dia suka..

Pastu kat office ada orang tekan bell semua buat bodoh sebab dah pesan kat staff biar Elly yang bukak pintu hahaha.. suka dia ;)

Ok ni celebrate birthday Oling Peej pulak.. Anjer-anjer ai..

Sampai nak muntah aku dengan Elly tengok salmon ni.. 

Kali ni saja pilih Hard Rock sebab diorang nak tengok live band.

Wow romantik.. erkkkk

Surprisekan Peej jugak... Eh ke dia tau? Peej muka dah keras.. orang nyanyi je dia tak tentu arah hahahaha

all of us.

wow selfie hahaha.. Hoi orang sebelah, takyah lah pandang macam sakit hati je hahaha

My botak and sahabat-sahabat.

Bersewi-sewi Oling..

Happy Birthday Peej and Elly.. Malas nak buat ucapan sebab dah bagi dah ucapan.. jangan over sangat.. Cuma, birthday Pilla bulan Nov, dah boleh plan kot apa surprise nak buat.. bahahahahah

Tata.




Love, 
Filla.

Tuesday, March 01, 2016

Kasih Aleesya 3 tahun.

21 Februari 2016 birthday Aleesya yang ke 3 tahun.. Wow pantas sangat dah besar.. ingat lagi dulu baru lahir ekk ekk ekkkk bunyi dia hahahaha..

Alhamdulilah Aleesya membesar dengan sihat.. paling senang dijaga ialah Aleesya.. kalau dulu Amaani memang kuat muntah.. setakat pukul 3 pagi aku dengan Pak Radie bekejaran bila dia batuk confirm muntah.. melompat aku dari katil angkat dia takut muntah.. kalau tak sempat, menangis lah aku kul 3 pagi memberus cadar muntah tu.. kadang sempat tadah dengan tapak tangan je muntah belambak.. tetap kena basuh cadar huwaaaaaa..

Aleesya selama 3 tahun jarang muntah.. pernah sekali dia muntah 9 kali kot tapi sehari je.. rasanya dia tak sihat sebab salah makan ke apa aku pun tak tau.. panik sebab dia tak pernah camtu.. lain-lain dia biasa je.. paling rapat dengan Papa walaupun selalu kena buli ngan apak dia.. korang tak tengok ye dia kene buli tahap apa.. kaki ke atas kepala ke bawah.. Pak Radie geram dengan dia stok tampar hahahah.. eh menaikkan darah aku tengok.. dia akan buat sampai budak tu melalak.. tapi Aleesya ni pulak suka nangis eksyen je.. sambil nangis meraung mata tengok cermin kat almari.. poyo sangat.. pastu terus manja-manja dengan Papa.. aku jugak yang diketepikan.. 

Takpe takpe.. tetap sayang jugak..

Pegi makan-makan je bawak budak-budak nie.. pi Empire je..

 Burger memang bukan pilihan aku.. Pak Radie dengan Kasih makan burger.. 

Eh ini je gambar makanan aku sempat snap.. nampak sangat dah tak remaja semua gambar makanan nak snap hahahahaha..

Pastu panggil waiter tu tanya dia boleh tak nyanyi untuk Aleesya? diorang cakap boleh siap bagi complimentary ice cream cake ke apa tah dalam glass tu.. teruja Aleesya bila semua datang ramai-ramai nyanyi sebut nama dia.. 


 Happy betul dia hari tu ;)

 Pastu terus pegi Toys R Us.. paw apak dia..



Happy Birthday Aleesya.. Semoga Aleesya menjadi anak yang baik, taat suruhan Allah swt, taat kepada mama dan papa, hormat orang tua, cemerlang di dunia dan akhirat.. mama sayang sangat kat Icha walaupun Icha selalu je ignore mama.. 

I love u sayang.




Love, 
Filla.

Sunday, June 21, 2015

Kasih Amaani genap 5 Tahun.

Birthday Amaani 17 Jun, ngam-ngam plak jatuh sehari sebelum puasa.. Yang sempat beli cake je hihihi.. Nasib lah Papa rajin jugak keluar beli air kotak milo ngan apa-apa tah lagi untuk goodie bags dia.. Amaani pon takde sibuk nak hadiah.. Dia cuma nak hadiah untuk bagi kawan-kawan je.. tapi dia tanya jugak "kek untuk birthday kat sekolah, habis tu kat rumah takde cake?"

*Erkkk Krikkk Krikkk Krikkkkk*

Malam tu peluh-peluh pack kan untuk 30 orang.. Pagi tu Papa gi antar cake ngan goodie bags naik moto je.. aku suruh naik kereta dia degil.. Dia kata nak terus gi kerja.. aku cakap kalau tebalik cake tu gi beli ganti balik hahahaha..

Kesian Amaani sebab sampai hari ni takde celebrate lagi apa-apa kecuali kat school je.. Yelah esoknya tu dah puasa.. mana sempat nak buat apa kan... Biasanya gi makan-makan ke kat luar.. Bulan puasa memang makan kat rumah je lah kan..



Balik tu semangat Amaani cerita dia happy kat school nyanyi sama-sama.. pastu tanya dia, cukup tak cake tu? semua dapat makan? Amaani kata cukup, semua makan, cikgu pun dapat makan.. Alhamdulilah..

Nipun kelakar.. Sebab Amaani cakap "Mama, teacher suruh berlakon pegang lama-lama senyum je sebab nak amik gambar" hahahahha..

Amboi Amaani dah gaya Pengetua kat penyampaian hadiah jer hehehe.. 

Semoga Amaani membesar jadi anak yang solehah dan menyenangan hati mama dan papa.. Belajar rajin-rajin jadi manusia berguna ok? Mama sayang Amaani sangat-sangat...



Love, 
Filla.

Wednesday, November 12, 2014

BIRTHDAY CELEBRATION @MAJESTIC KL

3 November yang lepas Kak Pilla naik lagi satu anak tangga menuju ke alam remaja *ehem*

Terima kasih kepada semua yang wish kiter ya... Kali ni gi makan-makan pulak ngan kesayangans.. Tak tau lah nak kata ni makan sempena belated birthday ke atau memang nak makan-makan hahaha.. Sebab memang kitorang ada plan nanti nak makan kat Majestic ni bersama.. So jom.

Saja nak test kehebatan kamera lama.. Huwaaa tengah dalam dilema nak beli camera baru tapi Lumix ni pon best so kenapa perlu nak tukar baru? Tamak sangat kan? Masa ni Elly and Win gi amik Peej and Ben.. So aku dari rumah lah.. Lek jer keluar lepas maghrib.. sekejap je dah sampai, lakiku mat rempit haha.. Eh tapi pegi ni naik kereta lah.. Ko gila, terbang tudung ai nanti kalau naik motor, herot berot tak vogue mana boleh.

Sampai-sampai je tengok Elly baru nak suap makan.. Peej masih mencari makanan... Apa lagi letak bag terus cari makan.. Lapar ok.

Gulp sedap nak arwah. 

Ni pon alahaiiii sedapnya terbayang-bayang la pulak.. 

Tempura pulak.. Ok masa ni dah kenyang gila... Tapi still sumbat jugak.

Ni Pak Radie punya dim sum, aku rasa seketul memang sodap.

Dessert dia semua menggeramkan.. Ni Peej punya.. Kak Pilla suka amik gambar food yang cantik je.. Nak makan dessert manis-manis ni tak berapa gemar.. Boleh makan, tapi taklah menggila.

Pastu buat muka kesian mintak tolong Peej amikkan air.. padahal air ni kat sebelah je pun.. Best buli Peej hahaha.. 

Ni pun terbaik.. Eh food kat Majestic memang terbaik lah... 

Peej yang tersayang dan Pak Radie yang dikasihi.. *ehem*

Elly yang disayangi dan Win yang rasa nak tumbuk-tumbuk.. Asal jumpa je "Filla, mana tudung aku?" 

Ben please Ben.  Jangan buat renungan macam tu Ben.

Hahahha masa ni Peej dah geleng kepala sambil cakap "Yang, dah tu Yanggggg dah tuuuu" hahahahhaha.. 

Tak biasa pakai tudung style macam ni.. Tapi diorang kata ok je.. So biar je lah.. Ni salah satu satin silk shawl by TheKasihsShawl yang akan release selepas Kak Pilla balik dari holiday.. Jatuh cinta sangat dengan collection yang ni.. Ni bukan satin biasa-biasa tu ye.. Ni silk ye.. of course lah nampak cantik sebab kain dia pon memang cantik.. Kak Pilla suka satin tapi tak suka satin yang jegang-jegang pastu yang kain biasa tu.. So siapa pencinta satin silk shawl, sila tunggu ye. 

Tengah duduk tetiba datang orang bawak kek.. Pastu satu meja ni nyanyi Happy Birthday To You.. Happy Birthday To You.. Happy Birthday To Fillaaaaaa... Happy Birthday To You.. Well, thank you korang.. Kak Pilla steady je, tak de rasa OMG tekejut bagai, sebab dah tau dah mesti ada punya.. kahkah.. Kalau takde memang sentap.

Ini lakonan semula hahahaha.. Saje buat muka nak kene sepak sikit ;)

Elly and Peej tau Kak Pilla nak gi holiday ala-ala lepak tepi pantai.. So diorang bagi Havaians untuk Kak Pilla.. Memang elok sangat.. Kalau tak selagi selipar yang ada ni tak putus.. memang itu je lah yang akan dipakai.  Thank you korang *ciomsikit*

Rasa happy bila dikelilingi orang-orang baik, orang-orang yang disayangi, orang-orang yang appreciate persahabatan dan respect each other.. Rasa macam if diorang ni tak menjadi kawan aku mungkin hidup agak boring dan kosong je.. Banyak cerita yang kitorang share bersama dan tak share di blog pon.. Close macam adik-beradik dah nak tebaring tegolek telentang pon tak kisah.. 

Pak Radie pon dah berisi sekarang kan? Win cakap "Di comel je perot ko Di" hahahahah... Terima kasih jugak sebab jadi suami yang penyabar, jadi Papa yang baik dan best untuk The Kasihs.. Yang suka makan masakan kitew.. Yang semakin memahami bila Kak Pilla busy dan ke hulu ke hilir attend event.. Yang faham bila ma busy dengan business The Kasihs Shawl.. Semoga business awak pon sukses ye Pa.. 

Haaaaa Peej dan marah.. Ben suka kacau Peej tau.. Jangan buat moling ai macam tu ye Ben.. Pukul kangggg!

Ben tinggi gila ok.. Peej kene panjat kerusi kalau nak berdiri sama tinggi hehehe

Bennnnnnn stop it Bennnn!!!!

Aku rasa team lelaki lebih gila bergambar dari perempuan.. 

Tengok ong pompuan kalau bergambar.. sopan manis jee gitu hahaha



Ok lah, boleh gang ngan Ben muahahahah.. 

Wow gaya boss sangat nie.. 

Tapi takkan berjaya mengatasi gaya Ben.. Ben tetap juara carta.


Filla - Elly - Peej

Suamiku Encik Sotong. Eh? 

Suamiku Rawk Kapak.

Suami Peej suka posing.  Suami Peej suka posing pandang tepi.  

Balik dari makan-makan kitorang naik satu kereta ngan Elly and Win.. Ingat nak gi kopi-kopi last-last gi Karaoke kat Low Yatt.. Memang sakit perot gelak tengok lakiku gila karoke.. Lagu penutup lagu Cek Mek Molek tu memang menangis M.Daud Kilau tengok dia begelek..  

Diorang hampir tak percaya Pak Radie kepala gila.. lakiku dangdut boleh, rawk pon boleh.

Syabas Pa.  Kepoyoon terserlah.



Love, 
Filla.