Wednesday, March 23, 2016

BIRTHDAY ELLY AND PEEJ

Check dashboard tengok ada draft entry ni.. Eh lama sangat draft hahaha.. Ok jom publish.

Birthday Elly and Peej dekat-dekat je.. Tapi jangan tanya, aku tak hapal.. Aku kalau birthday ni lemah sikit.. Aku ingat birthday aku je.. Birthday Amaani dengan Aleesya pon aku kadang kene refer mykad hahahahah... 

So haritu birthday Elly, husband dia Win whatsapp kat group suruh turun lunch kat Avenue K tu.. Ek eleh tak surprise langsung sebab Elly pon ada dalam group tu.. Dah tua tak kuasa nak surprise hahaha..

So lunch kat Dolly Dim Sum.. Betul ke aku eja? Hantam je lah..

Huwaaa semua sedap-sedap.. Aku memang suka benda-benda camni.. Kalau makan kat Ampang Yong Tow Foo pon ai dah cukup gembira ;)

Makan kat sini kena slow-slow menikmati sedapnya.





Ni tah apa nama.. tapi sedap sangat..

Ada lagi gambar nasi goreng dengan apa tah, tak larat nak amik gambar.. kata dah tua hahaha..

Ni mango apa tah pon sedap ;)

Birthday girl yang happy.. Elly dia memang manja-manja, tapi dengan laki dia je lah.. dengan kitorang takde pon manja hahah.. Tapi dia suka berangan dan feeling princess.. huh.. 

Tu yang kadang dia suka buat surprise untuk diri dia sendiri.. Aku dengan Peej redho je.. 

Aku dengan Peej takde belikan hadiah.. Sebab dah tua-tua eh berapa kali aku nak mention tua? hahaha.. tak kuasa nak memikir apa nak beli.. Peej tetiba datang idea bernas nak suprisekan Elly dengan bunga and belon.. Ok setuju.. kita belikan dia bunga and suruh orang hantar.. mesti dia suka..

Pastu kat office ada orang tekan bell semua buat bodoh sebab dah pesan kat staff biar Elly yang bukak pintu hahaha.. suka dia ;)

Ok ni celebrate birthday Oling Peej pulak.. Anjer-anjer ai..

Sampai nak muntah aku dengan Elly tengok salmon ni.. 

Kali ni saja pilih Hard Rock sebab diorang nak tengok live band.

Wow romantik.. erkkkk

Surprisekan Peej jugak... Eh ke dia tau? Peej muka dah keras.. orang nyanyi je dia tak tentu arah hahahaha

all of us.

wow selfie hahaha.. Hoi orang sebelah, takyah lah pandang macam sakit hati je hahaha

My botak and sahabat-sahabat.

Bersewi-sewi Oling..

Happy Birthday Peej and Elly.. Malas nak buat ucapan sebab dah bagi dah ucapan.. jangan over sangat.. Cuma, birthday Pilla bulan Nov, dah boleh plan kot apa surprise nak buat.. bahahahahah

Tata.




Love, 
Filla.

2 comments:

Blog Akak Kembang said...

happy birthday peej & elly.

izzeyda said...

happy birthday buat peej dan elly.. yelah, bila umur dah banyak nih malas nak celebrate grand sangat.. biasa2 jer pun ok..