Apa pendapat korang tentang orang-orang yang suka amik gambar dan upload kat instagram / fb? Korang suka tengok gambar-gambar cemana kat ig? Pernah juga terbaca artikel yang mengatakan orang yang suka selfie, suka amik gambar makanan dan upload dalam ig ni ada masalah mental hahaha..
Ada jugak tertengok video-video orang share kat FB.. keluar dengan boyfriend.. pastu sibukkkkkkkkk yang girlfriend dia nak snap gambar makanan, nak selfie.. boyfriend makan dah habis setengah pinggan ko tak habis-habis lagi selfie.. pastu kene tunjal kepala sebab saiko sangat hahah..
Eh pada aku biarkan lah dia.. kalau itu buat dia happy ;)
Aku sendiri obses dengan gambar makanan.. Aku suka belek gambar-gambar makanan yang orang upload kat ig.. Lagi-lagi bila gambar tu berseni je dia snap.. Kadang bukan makanan je.. macam-macam orang boleh buat flatlay.. Aku suka je tengok sebab kreatif.
Contoh macam ni.. Ko rajin nak buat camni?? siap tabur-tabur apa benda tah warna-warni tu.. demi nak bagi gambar nampak cantik. Effort tu paling penting..
Gambar atas ni cantik, aku suka.. Tapi ntah sapa lah tolong panjat kerusi snap dari atas hahahaha.. Kadang kelakar masa nak amaik gambar tu.. kalau kat rumah ok lah.. Tapi ada masa aku selamba je kalau kat luar, berdiri then snap gambar makanan..
Macam ni.. Apa ada hal?
Lelaki pon ada yang obses ok.. Ada sekali aku gi Mc D.. lama dah.. Masa tu kitorang dah habis makan.. dah nak blah pon.. Datang sorang mamat ni, muka hensem boleh tahan.. dia baru duduk dengan set breakfast dia.. siap coffee bagai.. muka memang macho. Aku buat tak nampak je.. Tapi aku tau dia pegang phone tu bukan tengah scroll apa pon.. dia tengah nak snap gambar.. bila aku lalu terus dia buat-buat makan.. Ai nampak okkk.. janganlah malu hahahahahah..
Dia nak jugak bagitau followers dia yang dia tengah makan burger hahaha
Nampak tu? Bukan hari-hari kot ko makan benda macam tu.. So biarlah dia suka nak snap dan upload kat social media.. Dia tak kacau orang pun.. Pastu kita pon tumpang telan ailio tengok.. Kadang paling tak paham.. dah siap masukkan location "Serai Empire Subang"
Pastu ada yang tanya "Sedapnya, kat mana tempat ni?"
Kalau ada gambar penumbuk, sila reply dengan penumbuk.
Yes, this one i like hahahahha.. Kalau aku ada event / campaign dengan bloggers aku happy nak snap gambar food.. Sebab semua orang pon akan bertindak macam gambar kat atas.. So ko takde rasa saiko sorang-sorang.. Kita sakit mental sama-sama muahahah
Bagi aku ni semua penerimaan masing-masing.. Kalau ada yang anggap kita suka upload gambar food sebab kita nak berlagak dan mampu makan benda yang orang lain tak mampu.. terpulanglah.. Bagi aku tak salah sebab gambar makanan tu seni.. Dah kalau aku, gambar lauk ikan masin pun snap upload kat social media.. tu kategori berlagak ke camne? Boleh lah nak share gambar, kalau nak kurangkan rasa bersalah tak yah senaraikan harga.. kang orang kata riak dan annoying. Melainkan kita buat review restaurant yang kita ni dibayar so tu lain cerita.
Cuba bukak ig masing-masing.. Lagi banyak gambar selfie ke gambar makanan? kalau gambar makanan kita satu team. #teamobsesmakan
Tata.
*pic from google*
Filla.
17 comments:
Saya okeh je tapi sesetengah keadaan rasa kelakar dengan kegigihan diri sendiri time tangkap2 gambar...hihihi
Dedulu suka ambil gambar selfie, dah tetua ni, gambar makanan lagi menarik hati. Haha.
Suka tgk gmbr org cantik selfie
Suka tgk gambar makanan yg sdp2..
Dan gambar makanan homemade
bila time xlapar sgt boleh la smpt tgkp gmbr mknn dl.. klu dh lapar, xsmpt fikir dh..trus ngap..hehe
Tp suka baca klu org post gmbr, bg location and price trus..so boleh la tgk kita mampu nak g mkn ke x.. xrs pon org tu blagak..dh dia mampu..chill jela :)
sy suka buka ig kak pilla, pastu tgk kak pilla masak apa. lepas tu sibuk nak masak jugak haha...
haha sy pun suka amek gambar makanan sebab itu yang boleh buat kita rasa happy :) lagipun boleh dikatakan itu hobi sampingan ;0 lain orang lain hobinye ye tak? :)
saya tergolong dalam golong yg sakit mental juga. kdg2 gigih juga cari lighting cantik supaya gambar makanan tu nampak menarik. hahaah
Lol..sama dengan I.suka jer tengok gambar makanan
betol tu kite pon selalu pikir benda yg sama...bior la bukan kacau orang lain pon sendiri makan sendiri bayo...yg orang lain nak sakit hati dah kenapa ??? yg betolnye diorang yg dok mengata2 tu yg sakit...kan..kan..kan
Kak pilla,, kita sama.. saya pun obsess tengok gambar makanan.. kalau kat IG suka intai insta orang thai.. dorang suka upload video masakan yang comel2...
aku pun ok. aku suka je tengok. buat ape pk negatif.. kan kan kan
Samalah kita.. akk suka plating mknn yg akk msk.. tapi kalu dah penat sgt tu mmg takde gbr la
ikut masa..kdg2 en bf mmg takleh amik gmbr..kalau tak kena sekeh kepala..hahaha
yeay kita geng.. kekadang snap sebab nak kongsikan kat blog atau fb atau ig.. yelah, kalau makanan sedap apa salhnya berkongsi kan.
I like dz topic, klu bleh nak double tap jgk kt blog ni, huhu...For me semua gambar tu seni kak pila, sama ada makanan, selfie, flatlay apa2 je, gambar ootd, dll semua tu seni. Peace and wassalam.. @hamidahyussof :)
http://hamidahyussof87.blogspot.my/
https://www.instagram.com/hamidahyussof/
nice and amazing
Pernah ambil gambar makanan n post di fb dan ada kawan satu kampung komen dia tak mampu nak makan makanan tu sebab mahal, terus rasa x nak upload gambar makanan dah
Post a Comment