Sunday, March 13, 2016

ADAB MANA ADAB?

Sempat lah nak membebel kejap sementara mengadap pc ni ha.. Dengan berlengasnya sekarang ni bukak aircond doplohpatjam.. hujung bulan dapat bil tnb rasakan kau.. hahahaha.. 

Macam tak sempat je nak mengupdate belog sekarang ni.. kalau cakap busy orang kata poyo.. muahahahah eh ai memang busy okay.. 

Oklah, ni saja nak sembang sikit.. luahan perasaan tak puas hati dan marah jugak sebenarnya.. Haritu aku gi Office Ellfie kat Platinum Walk tu.. siapa biasa ke sana memang tau lah situ ada kedai makan Qing Fang.. Kitorang pon dah lama tak makan sana, lagipun malas nak gi jauh-jauh, lunch pastu start engine terus balik rumah masing-masing.. 

Nak dijadikan cerita, kitorang pun duduk order makanan.. Aku, Elly, Peej and Ben masa tu.. Pastu makanan pun sampai.. Elok je aku nak suap mee dalam mulut, diorang suruh pusing belakang tengok kat tepi jalan raya tu.. Aku pun pusing.. Ko tau aku nampak apa????? 

Urut dada sebab ahkak marah sangat nie.. Ada seorang bapa dan dua orang anak.. Anak dia sorang lelaki and sorang pompuan.. yang pompuan tu dalam umur 4 tahun.. yang lelaki dalam 5 tahun kot.. Memula yang pompuan dulu angkat gown bukak panty dan kencing kat situ!  Tepi jalan kot???? omg helppppp i kenot.. Terbuntang bijik mata aku... Dia menyangkung ok kat situ.. Jalan tu bukan jalan raya yang tak de kereta.. orang lalu lalang dan kereta semua lalu lalang.. Then yang lelaki pulak bukak seluar relakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk je pancut menghala ke jalan raya.. Wow apakah semua ini??? 

Bangsa apa tak yah cerita sebab tu tak penting... yang penting sekarang kenapa macam tu? Adab mana adab?  Aku nak suap makanan pun rasa kembang tekak.  Kenapa sebagai ibu bapa ko tak terapkan dekat anak-anak benda tu tak elok? Mana ada orang kencing tengah jalan? hancing kot huwaaaaaaaaaaaaa... kalau aku lah terdesak memang aku berlari cari jugak toilet.. Kalau dah takde memang aku sumbat anak dalam kereta, baringkan pakai diapers.. kencing ko kat situ.. nanti jumpa toilet baru kita wash elok-elok.. 

Dulu pon aku pernah nampak sekali.. kat tadika tempat Kasih.. lama dah berapa tahun punya cerita boleh terpahat diingatan aku ni.. maybe sebab aku tak leh terima benda tu, sebab tu aku susah nak lupa hahah.. Relak je turun dari tadika tu dia tunggu anak dia bukak seluar pastu pancut tepi tangga tadika.. Hoi!!!! dalam tu ada toilet kenapa ko tak boleh naik balik and guna toilet???? 

Aku faham kalau kes-kes emergency ni ada kalangan kita yang akan buat benda yang sama.. Tapi ko agak-agaklah, bukan dekat public! bukan tengah jalan raya yang orang lalu lalang, kereta lalu lalang, tempat orang tengah makan.. 

Come on lah, alert sikit persekitaran boleh? Kalau emergency gi carik celah hutan ke, celah bangunan yang takde orang ke and ada longkang ke.. hah situ takpe, takde orang nampak.. 

Sekian saja luahan kesentapan Kak Pilla hari ini.

Maaf kalau ada menyinggung sesiapa, tapi adab kena jaga.  Hormat orang sekeliling sikit.  Kalau didik anak macam tu, memang sampai ke besar lah anak tu kencing tengah jalan tanpa perasaan malu. Cisssss.



 


Love, 
Filla.

11 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Teringat satu gbr bdk tadika yg kenC depan pagar mngadap org ramai sambil tersengih2. Bagi setengah org mnganggapnya lawak tapi bagi akk.. tu namanya tak beradab. Adab bermula dari rumah, kalu dari mula dididik dgn rasa malu tak mgkin bdk tu sanggup kenC kat situ

Iryani Mohd Lajis said...

pernah la nampak 2 3 kali org wat gini and everytime bangsa yg sama...hahaha...nak sebut gak pasal bangsa.

UmmySheera said...

terasa nk komen pulak dgn entry ni. sy pon ada pengalaman, kt sebuah mall.. nk solat.. pi amik wuduk kt toilet sbb kt toilet tu afa kawasan utk amik wuduk.. dh terang2 tulis kt situ dilarang kencing di sini.. siap dwibahasa lagi.. elokkkk je ade bapak dgn anak ni bangsa apa paham2 sendiri lah.. si anak disuruh je kencing kat situ.. woii tempat wuduk woiii.. klu ye pon ko tak paham wuduk tu menda xkan ko tak paham notis atau papan tanda dilarang kencing yg dwibahasa tu.. xde sivik betol.. sekian luahan perasaan. huhu

nurul said...

Ada anak jiran dtg beraya kat rumah mak ayah saya. Sah2 ada bilik air tapi relax je dia pi pancut depan rumah. Gila ke apa?

Lagi satu saya gi beraya rumah org. Elok je cucu tuan rumah sambut dgn pancutan kencing. Pastu mak dia jirus anu anak dia dpn2 kami.

Saya sikit tak salahkan si anak sbb mmg kecik lg. Tp kesian dia dpt mak bpk yg yg tau beranak je tp xtau didik adab. Tu baru sekecik2 perkara.

deeni said...

Terasa nk komen gak. Mmg penah nampak 2 3 kali kejadian mcm ni. Tp yg paling x boleh diterima sorg mak ni selamber bukak seluar anak dia suh pancut kencing tempat org ambik wuduk kt dlm surau kt shopping mall. kanan kiri org duk ambik wuduk. Terpaksa la saya tegur maknya. Geram betul

izzeyda said...

ishh geram laa plak.. emergency macam mana pun cari laa toilet.. nasib laa anak2 dah diajar kencing kat toilet walaupun tempat makan tu sekadar gerai tepi jalan.. sanggup cari stesen minyak p kencing..

Syida Rasyidah said...

kak, kte lg kembang tekak bila nampak ada lelaki rileks je mencangkung kat tepi jalan, ingatkan buat apa, rupanya nak membuang hajat besar. Haih! :(

aliah said...

Still remember ad ank someone ni kencing dlm parking area tesco. Since then xberani pijak or lalu dkt lopak dlm tesco 😂😂😂😂 sbb was was.kahkah

Mommy Cici said...

pernah nampak jugak gak Filla . kat petrol station. I husnuzon la kejap, maybe penuh and anak dia tak tahannnnnnnnnn sangat tapi carik lah tempat cover sikit. ni sesiapa isi petrol memang boleh nampak lah. memang lah budak kecik, tapi kena ajar malu jugak. -_____-

Anonymous said...

Sy pun pernah nampak juga ada sorg nenek ni, selamba je bwk cucu dia kencing kt dlm singki basuh tgn. Kt area food court plak tu...adoi! Mmg x selera lgsg la kn nk mkn. Sy terpaksa la basuh tgn anak2 guna air botol je. Nk guna singki tu mmg x la kn. Mmg xde adab lgsg pdhal boleh je kot kalau nk pergi toilet. X phm sy dgn mentaliti org2 mcm ni

Anonymous said...

mcm boleh agak je bangsanye kak pilla..hehe...sorry not about racist but tersangatlah upset dgn 1 hal kencing jgk ni...tp yg ni dkt jd toilet lah dlm aeon station 18 ipoh...Q la dkt satu toilet ni then kluar sorg mak budak..bila sy masuk membara rasa hati bila tgk air dlm toilet bowl wrna kuning...keluar balik nk tgur slh dia skli dia dh berambus la pulak dr toilet tu..alahai susah sgt ke lpas guna nk tekan flush tu..ke mmg jnis bangsa pengotor nak tayang kt org pun xtaulaaaa...sdgkn dia tahu org tgh Q nk guna toilet lpas dia....ahh lantakla nk ckp sy racist sekali pun...conclusionnya 'auntie, U mmg pengotor !