Tuesday, March 29, 2016

SILA TADAH TELINGA, ONGTUA NI MEMBEBEL.

Apa ke lama nau entry bau keti.  Hahah move on pilla, move on.

Haritu Kak Pilla ada event kat Sunway Pyramid dan discuss lah sikit dengan Manager Kak Pilla from Nuffnang.. Tapi tulah yang official meeting belum lagi sebab sesama sibuk mengalahkan menteri.  Sambil tu borak-borak pasal dunia blogging nie..

Dia kata nowadays ramai dah bloggers yang stop blogging, maybe sebab social media lain lebih pantas dan mudah.. Dekat nuffnang itself ada ramai gila kot talent.. Talent tu apa? Talent tu blogger yang terpilih untuk sign contract bersama Nuffnang lah gitu.. So chances untuk dapat campaign-campaign from client tu agak tinggi.. Pihak nuffnang akan propose talent-talent ni kepada client dan terpulanglah client nak pilih talent mana yang mencairkan hati dia heheheh.. Maksudnya sesuai atau tidak client tu untuk menjayakan campaign tersebut.. gitulah kononnya.

Masalahnya sekarang ni talent-talent semua kurang aktif.. Kak Pilla pon agak kurang dah update blog hari-hari sebab haku dah tak tau nak cerita apa.. Tapi Kak Pilla masih lagi bertahan disini maybe sebab menulis tu dah jadi sebahagian dari hidup.  Kak Pilla blogging since Kasih Aleeya lahir.. tahun 2005 ye adik-adik.. Now dah 2016.  Masih setia mengadap blog ni.. Thank you jugak Kak Pilla ucapkan kat korang semua yang masih setia dengan Kak Pilla.. Wow macam atas stage terima award hahahah..

Menulis ni bukan sekadar menulis-janji-update.. nak buat apa macam tu? Menulis ni sebab memang rasa nak tulis.. Orang tak baca pun takde hal.  Sebab tu Kak Pilla jarang share issue semasa, issue politik, issue panas.. Sebab tak nak you all semua berperang-perang kat ruangan komen.. Kalau boleh kita kurang-kurangkan kontroversi.. Kalau boleh jangan jadikan social media (termasuk blog) untuk ruangan melepas geram, menyindir, memalukan pihak lain dan macam-macam lagi.. Dulu masa muda ada jugak Kak Pilla share rasa marah atau tak puas hati, tapi tu masa muda, akal cetek.  Sekarang dah meningkat umur ni tak yah lah nak marah-marah tak puas hati semua nak diluah.  Orang perati je perangai kita.. so simpan je dalam hati, or share lah dengan orang paling rapat dalam hidup, seperti suami atau mak ayah kita.  Kalau itu dapat melegakan apa yang membebankan kita.  

Kak Pilla paling tak suka orang memaki hamun kat social media, sorry to say.  Tak kisah lah kau tak suka siapa pun, kau tak suka pemimpin? Kenapa mesti maki hamun? Pung Pang memaki hamun kat social media.. so negative.. please don't do that.  Itu merendahkan lagi diri kita sendiri.. Dia pun manusia jugak, jangan lah maki orang macam takde hari esok, sebab dosa memaki hamun tu siapa nak tanggung? Ada benda yang Kak Pilla tak puas hati jugak, tapi buat apa up status mencarut-carut? Nak orang lain sama mengapi-apikan dan tumpang mencarut sama? No janganlah buat macam tu.. tu semua sikap kita yang kita pamerkan kat orang, kat ahli keluarga kita, kat anak-anak kita.. Kalau ada anak yang dah pandai membaca, pandai layan facebook.. Wow tengok je mak dia memaki hamun orang lain.. Bukan good example kepada anak-anak.. So let's be positive ok?

Ada orang tanya, nak berblog tapi tak tau nak tulis apa.. Korang sharelah lauk yang korang masak.. kalau ada resepi baru boleh share.. So that orang lain pun boleh dapat benefit jugak.. Tulis yang ringan-ringan je pun dah ok.. Kak Pilla suka share resepi sebab Kak Pilla suka makan.. dan suka tengok gambar makanan hahaha.. walaupun lauk biasa-biasa je.. tu pun dah buat diri rasa happy.

Itu saja bebelan dari Kak Pilla pagi ni.. Gambar fresh from oven.. terus upload don't play-play.  Nak tayang Fame Matte Lip Cream colour baru yang bakal keluar soon.. Actually ada dua kaler.. Dua-dua kaler baru ni pun menikam kalbu.. Sesuai sangat dengan korang yang takut-takut nak pakai kaler teghang-teghang.. Kaler ni lebih safe dan soft gitu.. Sebelum ni ada 5 kaler tak sesuai untuk Wan sebab Wan takut kaler pekat-pekat.. Tapi kaler ni Kak Pilla nak bagi Wan, mesti dia suka sebab lembut je... ongtua ke ongmuda ke semua sesuai.. Sila bawak bersabar.. lotih makincik nak jawab pertanyaan bila bila dan bilaaa nak keluar.. sabar you olls.. we olls bukan robot hahaha.. Once dah keluar sila berebut.. RM29 only.

Benanah telinga tak pagi-pagi dah kena bebel?




Love, 
Filla.

16 comments:

Puan Eka said...

Hehehe. Saye pon kurang aktif sblum ni, skang aktif smula. Sy plak berblog start tahun 2008. Baru nak masuk 6 tahun. Masa tahun 2011-2012 tu sronok sgt berblog. Meriah. Skang dah kurang dah

izzeyda said...

cantik warna lipstick tuh..

kathy jem said...

Bebelan paling ku suka..hahaha

ZaridaIshak said...

Dah biasa dah dengar celoteh pepagi nie...
tapi akak suka lip cream tu... bila nak publish ? :D

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Tak bernanah.. sebab tak buat semua tu.. malu wooo maki2 n mncarut kat laman sosial. Kat realiti pun tak pandai maki n mencarut.. setakat cakap bo*** pandailah sikit. Kalau dah marah sgt baru terkeluar pkataan ba**.. kih kih kih

Azwar Syuhada said...

Cantiknya kak Pilla, saya pun tak berapa berkenan orang dok up status maki hamun ni..

dorsett pink said...

haa. bebelan yang penuh makna

Cik Da said...

ha2 .....

Atiqah Azmi said...

Segaknya Kak Pilla tak nampak macam ibu-ibu pun. Saya yang tak kawen lagi ni pun tak segak cam kak Pilla. Mana jeles pun :(

ir said...

kalo org kulit kelam2 sawo mateng sesuai kaler ape kak pila?

Unknown said...

Paling suka dengar celoteh Kak Pila :)

yaneebakar said...

suka tengok lipstick fame cantik2 warna dia tapi bibir kita sensitip takut nak try....

suezen said...

nice entry!!! "Pung Pang memaki hamun kat social media.. so negative.. please don't do that. Itu merendahkan lagi diri kita sendiri.. Dia pun manusia jugak, jangan lah maki orang macam takde hari esok"

suka part tu....i know well known blogger....asyik pung pang politik dlm fb... dh x friend ngn dia...sebab rasa x sedap dok bc all that.

so...lets positifkan diri :).....

minci said...

please keep writing kak..

Anonymous said...

Filla tak kan bagi Wan sorang je. Kesian bff Wan tau 😂

Siti S said...

Saya pun takut gak nak pakai lipstik kaler terang2. Malu kot. hikhik...sebab duk biasa pakai earth color jek. Tak sabar nak tunggu color yang bakal keluar....

Btw, k.filla comelll sgt.... i loike!