Tuesday, February 11, 2014

SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

Aku memang kampung.. Tekak aku pon kampung.. bila tengok lauk-lauk kampung atau ulam-ulam kampung ke.. aku jadi excited gittew.. eh over kau ni.. Aku suka tengok sayur hijau-hijau.. kengkadang tak masak pon takpelah.. simpan je dalam fridge.. sekali tengok.. eh dah kuning? *campak tong sampah* *stress*

Ni nama dia nafsu.  Eh tapi oklah bernafsu tengok sayuran daripada bernafsu tengok emas.. kahkah.. tak kelaka.. Pastu aku ni pantang tengok akak cleaner kat office nie.. dia pon pantang tengok aku.. hahahah.. asal bertentang mata je.. aku tanya, "Kak, ada sayur?".. yang dia pulak "Nak sayur?".. hahaha.. nanti kitorang berjanji-janji, esok dia bawaklah... hehehe... dia kadang tu jual serai, bunga kantan, batang keladi, cili padi kampung, pucuk ubi, daun kesom, erghhhhhhhhhh... tak leh tahan aku.. serai dia segar.. padat2 gemok.. bukan macam kita beli kat kedai yang dah keringgg... kalau beli 3 batang.. 2 je ok.. 1 lagi kurus dah stok nak kena campak tong sampah.. ai is stress like that.

Kadang daun kesom dia tu.. makkkk ai.. satu penyekak besar.. gila apa? aku nak guna sikit je... Hari tu aku tanya dia ada jual terung tak? sebab hoih malas nak gi pasar hoih... dia cakap terung tu takde.. terung pipit adalah.. aku macam hmmm pipit???? ok belasah lah, esok bawak ye.. 


special untuk Dik Pilla.. kahkah.. aku nak bayar, dia tak nak.. ni yang maleh nie.. takpe.. esok lusa kita order lain.. kita bayar lebih ;) 

Pastu bila mintak suggestion kat u olls.. majoriti suruh buat sambal ikan bilis terung pipit.. ok, dari banyak-banyak suggestion, kita kena amik undi tertinggi.. padahal, aku tak reti.. hahah.... balik rumah, mesti google "resepi sambal ikan bilis terung pipit".. bahahahah.. tapi tiap kali google.. kene make sure bibik tak nampak.. depan bibik, aku berlakon macam terror gila masak.. hahahahhaha... ai bukan apa, ai tak konpiden je u.. 

Amacam? Sedap gaklah.. lantak lah nak kata masuk bakul.. ada aku kesah? hehehe.. tapi Atok kata patutnya aku rebus dulu sikit terung tu.. Wan plak kata.. goreng sikit bagi dia lembut.. hahah.. aku lebur je terus.. so bila makan terung tu macam meletup.. hahah.. keras sikit.. tapi bila makan esoknya dia dah lembut dah... apa-apa lah.. janji boleh makan ;)

RESEPI SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

1 mangkuk ikan bilis (digoreng)
1 biji bawang besar (blend)
3 biji bawang putih (blend)
sejemput ikan bilis (blend)
1 senduk cili kering blend

sedikit garam dan gula
terung pipit (1/2 mangkuk)
1/2 biji bawang besar dihiris

Mula-mula goreng ikan bilis.. pastu ketepikan.. masa blend bawang tu masukkan ikan bilis sikit dan blend.. orang kata nak bagi 'manis' dan sedap kalau blend ikan bilis tu sikit..panaskan minyak, tumis bahan blend.. masukkan sesenduk cili kering blend.. tumis sampai cili masak.. masukkan garam dan gula secukupnya.. kemudian masukkan terung pipit dan bawang besar.. dah empuk sikit.. last baru masukkan ikan bilis.. kacau rata.. siap.

Makan ngan nasi panas or roti. Pergh. 

-Ads-
Siapa nak kerja? Boleh apply sekarang ye.. Company specialize in waterproofing system and flooring system
Jawatan: Project Sales
Kelayakan: Diploma/Degree holder (with or without experience)
Company provide: car petrol + allowance + mobile phone + commission
Gaji: Lumayan.

Please send your resume: 
admin@saracsb.com
saracsb@gmail.com


-Ads-

Dah lama tak dapat? Sos Sengkuang yang rasa memang macam dolu-dolu.. Bila makan je terus teringat zaman sekolah.  Selain makan dengan sengkuang, boleh jugak makan dengan buah-buah lain macam epal, mangga, pear, lai dan macam2 lagi.  Sos ni pelbagai guna, boleh buat kuah tahu bakar, popia, sotong kangkung dll.  1 botol cuma RM5 siap bagi kacang free.  Siapa berminat nak join jadi usahawan pon boleh.. peluang masih terbuka.

Whatsapp/SMS/Call : 012-6400812 (Noor)
IG: @sossengkuangdoludolu


Love, 
Filla.

10 comments:

hOtMaMa said...

Haibat buk pilla rajin tepek resepi! hehe.. betul la kt kampung den bersepah terung nih.. tp tompek den panggil terung belando.. apo pasal belando tak tahu la.. mmg buat sambal mcm ni.. tak pun sambal yg paling simple di abad ini.. ko tumbuk jek cili bawang puteh, merah & cili api podeh berdosing.. campur ikan bilis.. tumis.. last sekali masukkan terung tu..tp biasanya terung tu klu buat masa kn pecah2kan dulu guna lesung batu tu ha..

hEarTLeSs said...

pehhhhh sambil bilis menggiurkan. tak pernah lg try letak terung. first time jupe terung pipit kekekeke

http://kedaiciknab.blogspot.com/

Siti Suhana said...

makanan orang jowo jugak nih. Biasa saya buat, tumis bwg merah, putih, bilis dan cili padi sekali. Kemudian, masukkan terung, tumis jap, pastu masukkan air banyak, janji tutup terung. Guna api sederhana. Biarkan menggelegak, air nak hampir kering, tambah lagi air sekali lagi (tak sebanyak yg awal td) hingga terung lembut. kompem akan lembut dan sebati dgn bahan tumisan.

Anonymous said...

salam,kak pilla klu wat sambal tempoyak bilis plus terung pipit lagik best try lew...

CikLily Putih said...

tak pandai masak guna terung pipit ni coz kecik nau. so skrg boleh la cilok resipi ek...

ddJaafar said...

saya bagi cadangan kat instagram aritu suruh filla masak sambal tempoyak.hahaha..lagi meletup!

Shybie Hasliza :) said...

Ya Allah , laparnya tengok sambal tu!

Anonymous said...

Terliuqqqqq..nangis tgk sambal tumis terung belanda ni kak..my all time favourite!!

~jeet~ said...

baik betul akak tu siap kopekkan tangkai terung tu :) isk..lama tak makan ni...tak tahan...!!!

Emmy said...

Nampak post CMG yang ni terus teringat kisah terung pipit filla http://www.tiffinbiru.com/2014/02/terung-pipit-lemak-cili-padi.html
;D