Wednesday, February 26, 2014

Seri Pajam ~ Topaz Bungalow 26 units at Bandar Warisan Puteri

*scroll down for new entry*

Baru-baru ni sibuk cerita pasal rumah mana best nak beli?  Beli rumah bukan macam beli baju.. Bila nak beli rumah, banyak benda yang kita kena fikir.. berbaloikah? location ok ke? rumah tu cantik ke? luas ke? ada highway ke? dekat dengan hypermarkets and shopping mall ke? ada berapa bilik? berapa toilet? harga ok ke? Arghhhhhh macam-macam yang bermain di fikiran... yelah kan.. kita sekeluarga yang akan duduk kat situ.. ntah-ntah sampai ke tua kita memang akan menetap kat situ, of course semua tu harus diambil kira.. dan kalau jenis duit berlebihan, dah tentu nak beli aset untuk dijadikan investment.. 

Aku kan kerja kat Putrajaya.. so Projek Seri Pajam Development ni dah memang popular sangat di kalangan orang yang menetap di Serdang, Putrajaya, Cyberjaya, Seremban, Kajang dan yang berdekatan.. Semua tahu yang Projek Seri Pajam Development antara projek terbaik di Bandar Warisan Puteri..

Korang tau tak Projek Seri Pajam Development yang kat Bandar Warisan Puteri tu ada lebih kurang 2,500 units rumah.. dari semi-detached, double storey terrace, single storey terrace dan rumah kos rendah.. sehingga hari ini 98% project dah hampir siap... Yang dah siap tu dah lah kan... Aku terkagum-kagum jugak sebab ada collegue aku ni, anak dia beli rumah terrace kat Seri Pajam nie.. cantik gila kotttt.. balcony besar gila boleh main bola.. hahahahah... ok lah aku kata, muda-muda dah ada aset.. macam tulah remaja berwawasan.. mak ayah jugak yang senang.. sebab dia plan supaya nanti mak ayah dia tinggal sana sebab dia kerja kat KL.. so bila mak ayah dah pencen, duduk je sana.. weekend baru anakanda balik.. dengan syarat 1 bilik tidur besar tu dia punya.. hahahah.. sejuk perut ibu mengandung...

Hari ni aku nak citer pasal latest project dari Seri Pajam..  Tak banyak... ada 26 units je 1 1/2 storey bungalow (Topaz) yang bukaan size dia 60' x 80', 3062sq.ft berharga dari RM750,500.00. Projek Seri Pajam antara yang terpantas siap dan tiada masalah.. disebabkan itu kalau berkenan silalah beli cepat.. kau macam tak tau.. harga rumah ni laju kemain dia naik.. bagus ok untuk investment.. location pulak memang strategik sangat.. itu antara sebab Projek Seri Pajam Development macam goreng pisang panas..

cuma ada 26 units sahaja bungalow ini dan rekaan nya sungguh eksklusif

Bungalow kalau size macam ni, kita memang takkan merasa nak dapat harga serendah ni kalau kat tengah-tengah KL tu.. confirm harga juta-juta kot? Kalau aku lah, aku suka tempat macam kat Bandar Warisan Puteri ni sebab aman damai, jauh dari kesibukan kota, tapi masih dekat dengan pembangunan... Hanya 5 minit drive ke Seremban City Center, nak ke Aeon Seremban 2, Seremban Parade, beberapa hypermarkets pon ada untuk grocery shopping... Ni yang aku suka ni.. kita masih dapat hidup jauh dari kesibukan kota, tapi masih dekat dengan kemudahan dan pembangunan... bingit ok telinga kalau duduk tengah-tengah KL tu.. 

Salah satu bilik tidur.. besar gila kot... main bola pon boleh ni.. hahaha... untuk pengetahuan korang.. Setiap Topaz Bungalow 26 units ni ada 5 bedrooms and 5 bathrooms.. Ye anda tak bermimpi.. ambiklah toilet sorang satu.. tak yah gaduh-gaduh.. semua orang ada privacy ;) tak perlu lah nak share bilik air kannnnn... 





Mak oiii besar sangat ni... 

antara bathroom yang ada

tangga untuk ke tingkat atas

Topaz Bungalow direka khas bagi mereka yang mementingkan keluasan rumah dan keselesaan untuk setiap penghuninya.. selain dari bilik-bilik yang besar dan selesa, Seri Pajam Development Sdn. Bhd. sebagai pamaju juga mementingkan kualiti dan kepuasan hati pemilik rumah.. dengan tingkap yang luas dan besar, with huge open porch dan berkonsepkan modern contemporary architecture, sudah pasti memukau mata.. Amboiiiiii indah bahasa hahaha... Aku memang suka tengok show-show units ni, pastu berangannnnn... 

Dengan keluasan yang macam ni, kalau anak aku merangkak memang jenuh jugaklah nak cari dia kat mana.. dan dengan keluasan rumah yang macam ni.. kalau kat Klang Valley.. memang jangan harap lah dapat harga serendah ni.. 

Jalan utama yang menghubungkan Bandar Warisan Puteri ini ialah Kajang-Seremban Highway (LEKAS) dan memang sangat lekas hahaha.. nak ke KLIA dekat.. nak ke KL boleh guna North-South Highway or LEKAS.. tak sampai sejam pon boleh sampai ;)

Dry Kitchen yang luas

Wet Kitchen yang luas jugak.. best nyaaa.. gotong royong memasak pon ok..

kawasan halaman yang sangat luas dan mendamaikan...

dan jatuh cinta ni.. bahaya aku ni.. muahahahahahah.... 

Untuk pembeli yang ada anak-anak remaja jangan risau... Uncle or Auntie boleh hantar anak masuk college kat area Bandar Warisan Puteri ni je.. tak yah pegi jauh-jauh... kat sini ada beberapa Institusi seperti INTI International University, Kolej Lagenda, Kolej Tuanku Ja'afar dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Rasanya kalau yang bakal bersara memang inilah tempat yang paling sesuai untuk didiami.. rumah yang mewah tetapi dengan harga yang mampu dimiliki, suasana yang tenang dan aman, dekat dengan institusi pengajian tinggi, dekat dengan mall, dekat dengan masjid (5 minit) dan dekat dengan tempat rekreasi (kot nak jogging bersama-sama)..

Eh meh lah aku bagi lists apa yang dekat.. sebab aku kalau beli rumah semua aku nak tau.. penting tuuu..

Amenities
Family Store - (3.3 km, 5 min)
Centre Point (6.1 km, 10 min)
Lake Garden (6.6 km, 9 min)
KTM Seremban (7.7 km, 13 min)
Bus Terminal (7.8 km, 13 min)
Terminal One (7.8 km, 13 min)
Big AEON (8.4 km, 12 min)
Giant Ampangan (5.3 km, 9 min)
Econsave (10 km, 16 min)
Jusco S2 (12 km, 19 min)
Parkson Seremban Parade (8 km, 10 min)
The Store, Centre Point (4 km, 5 min)

Schools
SMK Teknik Ampangan (6 km)
SMK Teknik Tuanku Jaafar (10 km)
Sekolah Rendah Bandar Warisan Puteri (1 km)
Sekolah Menengah Bandar Warisan Puteri (1 km)
Sekolah Rendah Keb Sikamat (3 km)
Sekolah Rendah Jenis Keb, Kg Baru Sikamat (2 km)
Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah (3 km) 

Hospitals
Salam Hospital Senawang (8 km)
Hospital Besar Tuanku Jaafar (15 km)

So amacam.. ok tak? mestilah ok sangat kannnn.. untuk yang family size besar memang bagus lahh sebab Topaz Bungalows ni sangat spacious, untuk families sangat sesuai especially yang nak bersara pon bagus dan untuk investors pon sangat sesuai...

Promotion: Developer (Seri Pajam Development Sdn. Bhd.) absorbed Sales & Purchase Agreement Legal fees and Memorandum Transfer of Title (MOT)

Map to Bandar Warisan Puteri



Kalau nak lihat sendiri, boleh plan untuk ke show units ye.. Untuk nak tengok sendiri projects Seri Pajam Development, boleh visit :

https://www.facebook.com/SeriPajam
www.seripajam.com.my

kalau ada sebarang pertanyaan boleh ke:


 NO.233, Jalan Lavender Heights 2, Lavender Heights Business Square, 70400 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-6782988
Fax : 06 6782699
Email : marketing@seripajam.com.my

GPS Coordinates: 2.75588,101.98188

Love,
Filla

No comments: