Friday, February 28, 2014

NAK KULIT CANTIK DENGAN CARA YANG MUDAH?

*please scroll down for new entry*

Siapa ada masalah kulit kering sila angkat tangan.. Heheh.. *gimme 5* Aku kalau kat muka tak kering sangat.. sebab selalunya berminyak.. tapi masalah kat bahagian tangan dengan kaki.. Mungkin jugak sebab terdedah dengan aircond.. bertambah lah kulit semakin kering... 

Lotion? Adaaa berlambak hahahah.. kat bilik tidur ada satu.. kat dalam kereta ada satu.. kat office ada satu.. Tapi jarang sangat nak guna.  Dah kat depan mata pon tetap malas nak guna.  Aku ni bangsa tak suka ada rasa sticky atau melekit kat kulit.. kalau nak apply pon selalunya sebelum tidur.. dan kat atas katil hahaha.. memang over sangat.  Especially kalau apply yang kat tapak kaki.. lagi aku tak nak sebab nanti nak jalan habis semua lantai rumah macam melekit-lekit..

Tu semua cuma alasan.. sebenarnya aku PEMALAS.  so create lah macam-macam alasan.. Tapi bila kulit kering tetiba stress pulak.. Ok satu lagi reason ialah, anak ramai.. i sibuk, kerja lagi, masak lagi, jaga anak lagi.. So now you tell me, when is the right time for me to apply body lotion?.. nanti baru apply, tetiba nak masak pulak.. kan kan kan?

Tapi still jealous bila tengok perempuan lain yang berkulit lembut dah halus.  Dulu masa belum kahwin, rajin jugak lah nak manjakan diri.. duduk berjam-jam depan cermin.. sapu lotion wangi-wangi, lepas tu baca novel sampai tertidur.. Sekarang no more.. tak sempat.

Skin Conditioner? Seriously? Ok, dulu aku ingat hair conditioner je yang wujud.. Now buat pertama kalinya di Malaysia, terciptanya satu produk yang menjimatkan masa, unik, melembut dan melembapkan kulit dengan serta merta.. itulah NIVEA In-Shower Skin Conditioner.  Yes, i tak bergurau, ini serious.. memang terpaling sesuai untuk sesiapa yang PEMALAS TAPI NAK CANTIK.. hahahah *tujukatdirisendiri*

Sabar.. jangan excited dulu.. Bagi aku cerita kat korang dulu.. ini fakta ye, 70% wanita di Malaysia tidak menggunakan body lotion setiap hari.  kebanyakan nya mempunyai alasan yang sama macam aku jugak.. 

MALAS
TAK DE MASA
MALAS
TAK SUKA THE STICKY FEELING
MALAS

Kat Malaysia ni lagi la.. dengan cuaca panas, memang tak kuasa nak apply lotion pastu nak tunggu kering.. pastu rasa sticky / melekit-ntah-bila-nak-kering.  hehehe... aku kalau rajin sikit pon, kene sapu kat tempat yang ada aircond.. supaya sejuk dan cepat kering ;)

Mujurlah NIVEA sangat memahami masalah wanita seperti kita dengan terlahirnya NIVEA In-Shower Skin Conditioner.. Dalam erti kata lain, moisturize while in the shower!  Ada dua variants iaitu:

NIVEA In-Shower Intensive Skin Conditioner - for dry skin (contains rich nourishing Almond Oil to leave the skin feeling noticeably softer and smoother)

NIVEA In-Shower Skin Conditioner - for normal skin (enriched with Sea Minerals to leave the skin feeling soft and hydrated)

Texture lembut dan halus exactly macam hair conditioner.. tapi ni Skin Conditioner ;)

4 simple steps:
Step 1 - Gunakan shower gel seperti biasa dan rinse off.
Step 2 - Apply NIVEA In-Shower Skin Conditioner 
Step 3 - Bilas / rinse off NIVEA In-Shower Skin Conditioner (Note: tak perlu tunggu lama sebelum dibilas)
Step 4 - Lap badan hingga kering dan boleh terus berpakaian ;)

Senang dan mudah.. shower gel-bilas-Nivea In-Shower Skin Conditioner-bilas-pakai baju-kulit lembut dan gebu  :)

Kalau ada yang nak tau, "Kak Pilla, benda ni berbuih ke?" Tak berbuih, bila di sapu dia licin je macam gambar kat atas tu.. dan yang penting WANGI.  suka bau dia.. lepas dah mandi dan lap semua.. bau dia bertahan yeee.. Kalau korang masih kurang jelas, jom kita tengok video kat bawah ni.. Kak Pilla tak leh jadi model hahaha.. so kita tengok model lain je pakai ok ;)


3 minit je siap.. *clap clap* hebat sungguh.. 

Each variant is available in 250ml and with a RSP of RM16.90

Nak try the product for free tak? Visit NIVEA Malaysia FB page untuk mendapatkan 10ml trial pack percuma!! 

Kalau bertuah, boleh menang a year supply's NIVEA In-Shower Skin Conditioner with your BFF.  

Visit https://www.facebook.com/mynivea for details and free products, atau kalau nak tau experience Kak Pilla guna product ni boleh tanya Kak Pilla ;)



Love,
Filla.

11 comments:

ayunidati said...

Wah hebat... sy pn malas jugak. . Bercinta nak apply... saya suruh anak yang pakai.... hehehhe....

peej said...

serious aku suka benda ni. best gilaa.
memang masa pakai n feeling lepas tu best kan.

Anonymous said...

Saya cari benda ni kt watson semalam.tp tak jumpa.so sy beli lotion biase je.kulit tangan & kaki kering sampai merekah & luka.sy pun x suka pakai lotion sbb melekit.

ajumohit said...

sis saya ada emel kat u nnti check ye

Farid Laham said...

macam best aje produk ni hehe

fatimah said...

Perkongsian yang sangat menarik. Info yang berguna sangat. Terima kasih admin.

Lebih banyak tips kecantikan di sini,
http://KedaiVitaminFatimah.Wordpress.Com

Unknown said...

Bagus... Saya suka pakai losyen nivea..

Unknown said...

Wow..nice shqring..jom singgah blig saya http://allnutritiinforlife.blogspot.com

Hanadabeauty said...

Rajin share, thnx :)
Jemput ziarah blog sy www.hanasihat.blogspot.com

Unknown said...

Gud sharing...
Ble la cari pas ni...kaki memang.kering...huhu...

Jom lawat blog saya
www.sihatnatural.blogspot.com

http://qaseh83.blogspot.com/ said...

eh, kenapa alasan kita sama..hihi.Betul la tu, sejak dah ada anak ni rasanya dah kurang bab-bab penjagaan diri. Nak kena start balik ni, risau jugak berkeratu pulak kulit ni nanti..hihi.
thanx dear..

http://qaseh83.blogspot.com/