Wednesday, July 01, 2015

BUKA PUASA DAY 13 - 2015

Mentang-mentang bulan puasa.. Tak nak miss lah kononnya update juadah berbuka puasa setiap hari.. heheh saja je bagi belambak-lambak entry nampak lah rajin sikit update blog ;)

Banyak juga dengar macam-macam pasal update lauk berbuka ni.. Ada kata tak elok sebab tayang-tayang makanan, ramai lagi orang yang susah dan tak cukup makan kat dunia ni.. Bagi aku terpulanglah kat niat masing-masing.. Kalau ada yang berfikiran kita ni tunjuk lauk sebab nak riak.. terpulanglah.. sayur goreng je kot nak riak apa nye.. Aku orang yang suka kepada makanan.. Aku sukaaaa sangat tengok gambar makanan sedap-sedap dan aku suka makan.. dan paling penting aku suka kalau orang pandai amik gambar makanan cantik-cantik.. bagi aku tu seni dan kelebihan yang dia ada.. so kita appreciate dan kita belajarlah untuk berseni.. seni amik gambar, seni memasak, seni menghias makanan.. bila kita berfikiran negatif maka jadilah negatif.

So kita anggap je sharing is caring ok? At least bila up gambar lauk berbuka puasa yang aku masak, mana lah tau ada yang tengah buntu nak masak apa, boleh lah bagi idea sikit.. Aku pun suka tengok blog yang update lauk berbuka puasa, sebab aku ni hari-hari kena masak, sampai nak gila memikirkan apa lagi nak masak hahaha.. korang tak paham, tekanan ok hehehe.. 

Masak lemak cili padi je yang memang confirm orang kat rumah semua suka makan.. So masak itu je.. Ini berbuka hari Isnin, masa ni Pak Radie whatsapp cakap tak balik berbuka sebab kerja kat office berlambak so dia buka kat office dan balik lambat..

Bulat-bulat tu meatballs just goreng je dengan sedikit minyak.. beli yang frozen jual kat Shah Alam haritu.

So itulah lauk berbuka kami yang serba simple :)


Love, 
Filla.

9 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Org skrg ni sume tak boleh.. habis tu buat apa buka akaun laman sosial.. kdg2 mnyampahs dibuatnya

Chekgu Azrine said...

Semua sedap2 pilla masak...

Unknown said...

kite share atleast bagi idea kepada wife2 lain untuk masak juadah berbuka..

Unknown said...

Sungguh riak Filla ni! Hahaha. Kaan Filla... ini riak... itu riak. Sampai serba salah nak upload apa-apa. Apa agaknya perimeter yang digunakan untul measure tahap keriakkan tu yek?

For me, bukan ke dari apa yang diuploadkan tu kita ni sket sebanyak dapat idea untuk masak/ beli juadah berbuka? Tak gitu?

FadMN said...

betui tu kak pilla.sebab tu i update pic makanan kat blog ja.kalau kat fb nanti kena lahar.hahahaha.harini nak makan sambal teloq pecah tu sebab skodeng blog kak pilla :)


FAD

Suri said...

Kak bg resepi masak lemak akak boleh? Sy suka sgt masak lemak.n suka try mcm2 versi masak lemak

Anonymous said...

Tapi ada betulnya...sbb orang jadi riak. Kadabg kadang yg tak mampu tertelan airlior melihat...kalau nak makan luar hari hari sekali boleh30/40ringgit it is a bit much.

Anonymous said...

Riak ni borderline cara tak sedar dan sedar boleh bercampur...cthnya kalau asik updat trip oversea.. which org yg melihat terliur....
oh the extras paid for business class.or.first.class..seat...
shppping etc
duduk5star

Anonymous said...

Kalau rasa org riak, xpayah lah nak skodeng life event dia, xperlu baca pihak yg riak tu. Baca bahan ilmiah je sudah. Xgitu?