Nasiblah korang nak muntoh ke apa dengan update lauk tak habis-habis hahahaha... Gambar ada jangan dibuang.. campakkan kat blog ni, sok-sok kalau aku lapar, boleh aku gebek2 balik gambar ni sambil jilat skrin heheheh..
Ni actually lauk buka puasa hari Jumaat..
Masak lemak telur itik.. Nak cari belimbing kecik tu tak de musim pulak.. hentam je lah pakai kacang botol..
Ikan siakap goreng garing je cicah cili padi potong ngan kicap bawang.. dua lauk tu je cukup ;)
Yang lain tu Pak Radie beli..
Ini lauk buka hari sabtu pulak.. Sabtu haritu macam biasa gi hantar Kasih gi tuition.. Lepas hantar Kasih terus gi rumah Peej sebab nak hantar barang kat dia.. Dah tu baring je letih.. Kucing Peej yang M tu asyiklah meleser-leser.. Balik tu terus aku rasa nak demam terbersin non top.. I kenot bulu-bulu kucing ni.. nanti muka rasa merenyam, bersin, selsema dan badan seram sejuk macam nak demam.. Macam tu Pak Radie nak suggest bela kucing? Lupakanlah hasrat.. kalau nak bagi aku demam sepanjang zaman boleh la.
Favourite Kasih ni beli kat kedai akak yang sama meniaga bazar ramadhan depan tuition tu.. Nasib baik ada lagi lala dia nie.. Sedap!!! cukup pedas dia semua.. Amaani pon makan banyak..
Amaani tu akal dia panjang sikit.. Perangai dia camne yek.. dia jarang lah nak melawan.. dia selalu boleh ikut je cakap cuma suara dia tu nyaring meninggi sikit.. dia tak reti control suara dia.. Kalau minta tolong memang dia paling boleh harap lah.. Urut kaki ke memang boleh harap tapi mulut dia boleh tahan.. time urut tu "mana nak urut ni mama? sini ok? Ya Allah ni kaki ke apa? besarnya banyak lemak ni mama" pitam aku dengar.. Pastu bila aku tanya "Apaaa????" terus dia sengih-sengih kerang busuk, angkat tangan.. sorry mama. hehehe..
Bab puasa pon sama.. Dia bangun tidur pukul 9 muka sardin datang kat aku "Mama, Amaani nak milk".. Aku terus sound, "Eh? bukan puasa ke? baru pukul 9, bangun tidur terus nak milk? tunggulah tengahari ke apa tak boleh?".. Terus dia diam.. Nanti bila buka tanya "Puasa tak ni?" "Puasa!!!! Amaani makan buah je tadi, sikit pulak tu".. Ok fineeeee..
Paling tak leh tahan kalau aku nak keluar rumah aku pesan kat bibik, "Bik, Amaani tu kalau bangun pagi dia mintak makan ke milk ke, cakap kat dia mama suruh tahan sikit.. puasakan.. tengahari baru bagi" so bibik pon ok lah.. aku nak gerak jumpa Amaani dulu "Amaani, try puasa lama sikit ye harini?".. Pastu muka dia ceria dengan suara nyaring "Ok mama" pastu senyum muka penyek tu..
Bila aku balik je tanya bibik "Bik, Amaani makan pukul berapa tadi?".. "Puan keluar je terus dia mintak nak milk, saya cakap mama suruh puasa kan? tengahari sikit baru milk".. "Dia nangis kuat-kuattttt dia cakap mama kan dah keluar, boleh lah milk"
Eh pening layan budak kecik kaki auta ni.. Kang aku balik kemain ceria lagi dia peluk-peluk.. Ni bahaya ni, licik dia ni....
Walaupun sampai rumah lambat, laju-laju jugak nak masak sikit, at least bukan semua lauk beli..
Huwaaa sambal sardin ni sedap.. Aku kalau takde idea suka tanya Peej and Elly.. Tapi biasanya Peej akan cerita dengan muka-muka sekali.. pastu sampai ailio aku rasa nak meleleh membayangkan dia cerita masak macam ni macam tu.. Sambal sardin dengan kentang, letak air asam jawa.. Pergh sedap makan cenggini jer.. ni goreng dulu ikan sardin tu nyammmmms lagi sedap..
Ni beli kat kedai akak jual lala tu.. Lala tu RM6.. Gulai daging ni RM3.. murahkan?
Kasih nampak tepung pelita ni dia nak.. ok lah layankan..
pastu dia nampak cakoi pon dia nak.. nampak kuih kacang pon nak.. layannn
Nampak je meriah... tapi ok tiada pembaziran... sardin dengan gulai daging buat makan sahur sebab ada lebih..
Kasih suka air cincau.. mama teringin nak air jagung..
Rumah aku memang jarang air manis.. bulan puasa ni je layankan.. hari biasa memang kene minum air kosong je..
Sekian..
Love,
Filla.
2 comments:
Selamat hari raya...
Selamat hari raya Kak Pila..
Post a Comment