Monday, July 13, 2015

Beli 1 jam, tambah RM90 dapat 1 lagi jam.

Tolonglah, mata mengantuk sangat.. Nak transfer gambar pon tak boleh sebab memory card tertinggal... 

Jomlah kita borak je sebab gambar pun takde kan.. Persiapan raya korang cemana? Kak Pilla ala kadar je takde yang best pon.. Baju kurung budak-budak nasib baik Wan buatkan sorang sepasang haritu.. Takde glamour-glamour... Kak Pilla sempat lah bli top Jovian haritu untuk match dengan kain hitam.. Pastu Pak Radie takde baju melayu hitam.. Bagus.. Dari dulu memang tak pernah nak sedondon, main tibai je hhhaha dia cakap pakai jubah hitam pon boleh lah.. Ok settle.

Biskut raya ada beli sikit haritu kat Kedai Pink kat area umah Wan tu.. beli sekali kerepek-kerepek sikit.. Balang untuk kerepek beli 2 biji semalam kat Parkson.  Semalam singgah beli jeans Kasih dengan Amaani.. Carikan jugak belated birthday present untuk Amaani.

Amaani pun tak tau nak apa.. Kitorang dah malas nak belikan segala toys ke play doh ke.. membazir sebab tau nanti tak main pun.. bersepah je sikit tah heran.. so tanya if dia nak jam.. Dia cakap nak.. jam yang dia ada sekarang ni jam swatch Wan belikan dulu.. So semalam dia pilih satu jam tu takde stock pulak.. Last-last dia nak jam flik flak yang ada gambar Frozen, Elsa and Anna.  ok lah..

Tapi yang bestnya now ada promotion kat Swatch.. kita purchase 1 jam (tak pasti pulak harga berapa) tapi jam amaani tu tak sampai RM200 pon.. then kita boleh bayar RM90 kalau tak silap.. pastu boleh join "mystery box" tu.. Ada satu catalogue tu banyak gila gambar jam, rasanya most of the them pon harga RM250 and above.. Cuma ada banyak gila mystery box tu, pilih dan nasib lah ko dapat jam apa.. 

Kesian pulak kat Kasih.. dia yang dari haritu beria nak jam.. tapi dia nak jam lain.. jam tu takde dalam mystery box.. Alah hentam je lah Kasih.. Kasih pilih, tapi kalau jam lelaki kene bagi kat papa, kalau jam perempuan, untuk Kasih ;)

Berdebar-debarlah dia semalam.. Dia tanak pilih, dia suruh Pak Radie pilihkan.

Mak dia pon berdebar, dalam hati berdoa, biarlah jam perempuan.. sian Kasih hampa nanti.. 


Fuh masa ni berdebar hahaha.. Kasih dia emo sikit.. baru bukak kotak mata berkaca-kaca.. aku takleh bayangkan kalau dalam tu jam lelaki hahahah

Nasib baik dapat jam perempuan hehehe

Terus muka ada senyum ;)

So kalau korang tengah mencari jam, gi lah usha kat Swatch.. tak tau promotion tu sampai bila ;)



Love, 
Filla.

4 comments:

Azura Aziz said...

cantik jam kasih..

missmeraa said...

Eh. ada lagi eh.

Kite last year ada juga dapat promotion macam ni, masa tu dec, ingatkan untuk krimas je.
berbaloi kak, saving separuh duit utk beli jam hantaran..

namy yul said...

sweetnya jam kasih..

Noor Mala Shahar said...

cantik....