Monday, July 06, 2015

BUKA PUASA DAY 18 - 2015

Tak sangka gigih update lauk buka puasa dari Day 1 lagi.. Kali ni berbuka kat Enstek pulak.. Pak Long ada call tanya if nak buka kat luar macam biasa.. Aku ni sekarang-sekarang macam malas jugak nak buka kat luar.. dahlah pemalas bontot nak bangun duduk amik food dan rasa membazir pulak.. Wan pun tak berapa suka buka luar..  

Pastu Pak Long terus cakap ok ok ok.. Abang belanja, kita beli udang, ketam, ikan.. apa nak beli pon boleh pastu masak ramai-ramai umah Mama.. Wah macam best je dia punya idea tu.. Pastu semalam dia sampai dia membongkang tido dalam bilik mama.. apa pon tak bleh.

So yang masak semalam, Wan, aku ngan Azza (mak long) . Pak Long pulak betul-betul sehari sebelum tetiba call Wan dia cakap dia tak kisah, tapi wajib ada Sup Ikan dengan Ayam Berlada.. Terus Wan tertelan ailio sebab kitorang plan masak lain.. Wan tu bukan boleh, anak dah sebut masak jugaklah.. Memula aritu dia cakap korang masaklah berdua, mama nak rehat, mama penat.. Memang tak lahhhhh.. dah tau sangat Wan tu hahahaha.. Pastu awal dia dah siapkan Sup Ikan Jenahak, Ayam Berlada dengan Ketam Masak Lemak Cili Api.. Oiiii banyak gila lauk, aku je nak masak 3 jenis lauk.. so total ada 6 lauk hahahaha.. Hantam jelah.. 

Buka puasa semalam kita jemput jugak Auntie Rabitah dengan Uncle Rosli.. pastu ajak Ain (best friend arwah Syafiq) Sayang kat Ain tiap kali datang macam-macam Ain bawak.. Husband dia tak dapat join semalam so bawak anak je Danish tu.. Ain tu penyegan tapi tak pernah tak datang kalau ajak.. Tengok Ain rindu kat Arwah, kata Wan.. terus mengalir air mata Wan lagi... hmmmm.. 

Ingat lagi masa bulan puasa arwah duduk sebelah aku time berbuka.. Aku beli kat bazar ramadhan.. teringin nak makan mee bandung.. kitorang kalau berbuka memang tak sabar.. Especially arwah lah.. pastu bergaduh-gaduh nak suruh habiskan mee bandung.. Arwah tu suka sengih je sampai hilang mata sebab sepet.. bercakap tak banyak sengih je.. Eh ok sorry terbawa-bawa perasaan..

Sup Ikan Jenahak untuk Pak Long.. Sebenarnya Jenahak ni Wan nak masak lomak cili api.. Dah Pak Long nak sup, hantam je lah Jenahak pon boleh hehehe.

Wan kata umur-umur sekarang ni Wan tak leh tengok ayam.. tak lalu tekak rasa kembang je.. Eh Wan ni, aku tengok ayam suka je hhahahahaha..

Wan nak jugak buat ketam masak lomak dia.. Aku bukan apa, kang Wan tu penat berdiri lama-lama kat dapur.. ni campur nanas.. aku tak sompek nak rasa pon semalam..

Ulam-ulaman.. pon aku tak makan semalam..

Ketam Telur Asin ni Kak Pilla masak hahahah.. first time try, Pak Radie suka sangat dah 2 x makan dengan Elly, Win, Peej and Ben kat Hokaido tu.. sedap gila kot.. Bila rasa je terus, "aku tau ni masak ni cemana" heheheh padahal google je.. pastu reka ikut tekak dan ikut deria rasa makan kat hokaido.. Pak Radie kata sedap, tapi macam terkering sikit.. Ish suka komplen.. 

Butter Prawn first try jugak.. Egg Floss tu ada yang tak halus.. rasanya if cuba lagi sekali ok kot hahahaha.. Kasih suka gila udang butter prawn ni.. Siap cakap pandainya mama masak, kasih makan banyak gila semalam.. kasih suka serbuk-serbuk (floss) tu.. nanti mama masak lagi camtu yeh..

Sebab sayur takde, so mari kita masak Broccoli with Beef..  

Buat 3 hidang semalam.. 1 hidang kat tikar bawah untuk budak-budak.. Sian Mak Long tak muat atas dia join budak-budak kat bawah.. tp Mak Long memang jenis happy-happy suka budak-budak.. 

Air sirap bandung Mak Long buat ;)

Makan kat tikar ni pon syok kan? Aku sampai tak tau nak mula mana dulu nak makan.. Aku tak biasa lauk banyak-banyak, sudahnya makan 2-3 lauk je lain tak makan.. Tapi semua tapau bawak balik untuk sahur hahahahaha... 

Ada banyak lagi makanan tak snap gambar.. Ain bawak caramel roti, Auntie Rabitah bawak kuih Khadija ke apa tah? makanan tradisional orang Kedah yang warna putih atas dia tabur bawang goreng tu.. mama buat Pulut Serawa Durian, pastu duduk meratah durian fresh lagi.. pastu ada dragon fruit and honeydew.. 

Lepak borak-borak, pastu Ain tolong jadi nurse tolong check BP.. Alhamdulilah BP aku ok 117 atas, bawah berapa eh semalam? kira Ain kta tu bagus sangat.. wow hehehe.. 

Sembang punya sembang tengok jam dah dekat pukul 10 malam.. Moh lah kita balik, esok kerja, esok sekolah.. Tapi seronok sangat semalam.. mama and ayah pon nampak happy :)

Thank you Uncle Rosli, Auntie Rabitah and Ain sama-sama berbuka dengan kitorang semalam.. Kita dah macam part of family dah ;)  Sayang semua :)



Love, 
Filla.

8 comments:

JMR said...

nyesal bukak entri ni masa ni haha

liliana scarf said...

kuih utara tu nama dia qasidah kak pilla haha

mannira said...

sedap nama kuih ko bagi tu filla... qasidah la sayang...

Ruhill Fahima Mohammad said...

Qasidah laaa...tapi ok lagi dari kawan saya, dia sebut musabaqah

!EFIL said...

Nak resipi ketam telur asin kering tu kak pilla.. 👍👍👍

Nadiah Hanum Wahab said...

Bestnya dekat dgn family...boleh berbuka sama2...nak suruh mak kita pindah dok kl lah! Hahaha...

Anonymous said...

Salam,

Kak Filla,

cantik pinggan portmeirion Wan...

semua bunga rare tu...

-Zara-

Anonymous said...

Salam,

Kak Filla,

cantik pinggan portmeirion Wan...

semua bunga rare tu...

-Zara-