Wednesday, July 29, 2015

#THROWBACK.

Saja tengok gambar-gambar lama.. Tetiba rindu rasa nak balik rumah :(

Leecha masa kecik.. memang betul anak bapak kan? hehehe.. Masa ni Pak Radie baru lepas accident motor.. Takutkan orang bawak motor ni? Aku ni redho je lah dia naik motor tu.. Berbuih kot mulut pesan kat dia jangan bawak laju.. kadang bukan salah kita tapi salah orang.. tapi at least kalau tak laju, ok lah sikit.. penat ai membebel, rasa dia dengar ke tak?

Aku dengan Pak Radie ni jenis kurang communication ke apa, aku pun tak pasti.. Kadang kelakar, tiap kali jumpa Peej and Elly, handphone diorang selalu bunyi.. Peej jangan cakaplah, kejap-kejap Ben call. "Oling wat pe Oling?" hahaha.. Peej tu perangai aku dengan dia sama.. jenis cepat rimas.. Tapi sebab laki dia jenis kejap-kejap call.. dia kene redho lah hahahah.. Ben kadang call saja je nak bagitau dia ada kat sini.. nak gi sini.. nak buat tu, nak buat nie.. hahahha.. Husband Elly pulak jenis call jugak kadang.. Laki aku? Tak pernah kot call sepanjang aku ada dengan diorang.. Peej tanya, tak pernah call ke? dia memang macam tu dari dulu ke sekarang je? Memang macam tu dari dulu hahahaha.. Aku pon tak call dia, dia pon tak call aku.. aku ok je heheheh.. Jangan ko mimpi dia nak call tanya "makan apa tewwww?" "wat pe tewww" hahahah.. so aku dah terbiasa macam tu dan aku rasa ok jer.. sebab aku bangsa cepat rimas.

Balik rumah pon sembang time makan.. kadang senyap.. tapi kalau ada benda nak borak memang borak lama gila lah.. tu sebab aku rasa kitorang kene pegi holiday berdua at least once a year.. Sebab masa tu memang lain gila kot perangai hahahaha.. agaknya bila kat rumah, dah jadi rutin, aku kerja, dia kerja.. balik aku masak, dia makan, tengok anak, anak tuition itu ini, tido, esok bermula hari yang sama.. 

Aku tau mungkin ada yang tertanya, boleh pulak kau gi bercuti tinggalkan anak-anak? Eh boleh, kenapa pulak tak boleh? hahahah.. Terpulanglah kepada diri masing-masing.. Kenapa? kalau aku tak bawak anak, maksudnya aku tak sayang anak?  Sebab kitorang jenis hari-hari kat rumah tak spend time sangat sesama.. dahlah jenis bukan call-call, borak-borak.. so bila bercuti 5-6 hari tu.. Nah mengadaplah muka aku ni sampai muntah, jom merempit naik motor.. gi makan sama-sama, gi snorkeling, gi lepak sampai lebam.. rasa very close masa tu.. nanti dalam setahun tu, bawak pulak gi bercuti dengan anak-anak supaya takde rasa bersalah sangat :)

Aku tak reti nak sekali harung.. sebab bercuti dengan anak-anak, purpose aku ialah nak bagi anak-anak happy.. so aku kene bahagi-bahagikan.. dengan laki cari masa lain untuk bercuti supaya ko betul-betul dapat spend time together.. dengan anak cari masa lain untuk bercuti supaya anak-anak happy.. dengan family besar kita pon cari masa lain.. so semua kegembiraan kita rasa :) Nasib aku baik sebab aku masih ada ayah dan mama untuk tolong tengok anak-anak kalau aku bercuti laki bini.. aku masih ada mertua yang boleh tolong jaga jugak :)

 Tapi terpaling close dengan anak-anak of course lah Pak Radie.. dia tu sabar sikit melayan kerenah budak-budak.. Aku ni stok mak tiri sikit.. 

 Anak-anak pun dah makin membesar.. 

Amaani pon dah tak tomato macam dulu.. 

 Eiiish dulu tengok badan dia.. rasa nak picit..

Icha pon dah besar.. dah sombong kalau nak cium pon meronta.. 

Eh aku ni dah tua ke apa emo sangat ni.

Bye.

Love, 
Filla.

10 comments:

Lynda Che Lah said...

rasa taknak bagi anak-anak besar boleh tak kak Filla?
hehe

Lynda Che Lah said...

rasa taknak bagi anak-anak besar boleh tak kak Filla?
hehe

saye niza said...

patotla ibu-ibu duk kata 'dont grow so fast'. sbb time kecik2 tu comel gebu sgt hihi

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

KALAU PIKIR CAKAP ORG TAK HIDUPLA PILA..

bagusla at least ada masa spend together
kalau dah ramai2 berjalan dgn kerenah anak2 ..kekadang jadi sentap bila anak buat hal
haha.. sesekali tinggalkan yg "sentap" tue kejap :p

Anonymous said...

I pun sama, kena ada banyak versi pegi vacation... bercuti ngan anak2 dedua kena focus kat anak2 kasik semua program sesuai ngan derang.. kadang2 je menyelinap berdua bila derang da tido kat hotel.. tapi pun susah. kalau bawak maid baru boleh wat cam tu.

So it is healthier for our rship bercuti ngan laki tanpa anak2..

now kitorang lepas tengok program reality pasal mendidik anak2, advance to bercuti atau spend time with one of the child only..so pegi bergilir2 bercuti bawak anak sorang..local or oversea. Bila dah buat, baru tau, perangai anak yg sebenar, lain dr kat rumah. character dia masa bercuti dan kenangan spend one to one time with them they most precious macam depa anak tunggal.. they talked to you more also.

so peace pada yg nak mengomen negative.. cer try dulu... hanis.

Chekgu Azrine said...

Suka tgk amani masa tembam tu..comel!

lia ummiirfan said...

hihi.. nice photos.. :))

f.i.e.z.a said...

hubs kita pun bukan jenis call. sbb dah biasa dari zaman bercinta sbb dia mmg busy man jgn kacau dia kat opis. gitu.
tp kalau borak mmg lama.

setiap org lain ragamnya :)

Shida Idris said...

setuju sangat dengan filla.

shida pun jarang bercakap dengan laki sendiri. kalau cakap pun benda yg biasa. nak cakap benda serius atau future planning memang tak ah. kena pergi vacation berdua jugaklah or at least pergi makan berdua je.

cujen lejen said...

geramnyeeeeeeeeeee tgk amani tu kak...
btw, sy pun sama stok2 mak tiri jugak..
org lelaki mmg jenis penyabar sikit kot.. x macam org pompuan.. ade masa pms.. ;p