Wednesday, July 08, 2015

RESEPI KUEY TEOW KUNG FU PALING MUDAH.

 Wow tajuk entry hahaha.. Eh mana pernah resepi kalau Kak Pilla share susah? semua senangkan? Adik-adik sekolah menengah pun boleh try ;)

Rasanya orang yang suka try masak ni orang yang suka makan hahaha.. Aku suka noodle, aku suka lauk makan dengan nasi.. agaknya sebab tu sanggup nak belajar.. tapi satu je, aku suka tengok orang buat cake, tapi aku tak makan cake sangat.. sebab tu agaknya buat cake tak menjadi??? ke dasar pemalas haha..

Ok jom tengok resepi:

Resepi Kuey Teow Kung Fu

Cara Goreng Kueyteow
3 senduk minyak masak
2-3 biji telur
1/2 sudu kecil white pepper
1 paket kueyteow dibahagikan kepada 4-5 bahagian

Panaskan minyak sehingga betul-betul panas.. pukul telur dan letakkan white pepper.. kueyteow tu basuh dan tos dulu hingga kering.. kemudian ambil 1 bahagian kecil kueyteow masukkan dalam telur yang telah dipukul.. kacau rata dan kaut dengan senduk masukkan dalam kuali.. biarkan hingga perang.. terbalikkan.. kemudian angkat dan ketepikan.. kalau boleh letak tisu masak tu bagi dia serap minyak sikit ;) kalau telur habis, boleh tambah lagi :)

Cara sediakan kuah
3 biji bawang putih diketuk
1 bahagian fillet ayam
10 ekor udang
1 batang carrot dihiris nipis-nipis
4 biji anak jagung (baby corn)
1 pokok sayur kailan (nak ganti sayur lain pon boleh)
1/2 sudu white pepper
2 sudu sos tiram
sedikit garam
1/2 kiub ayam
2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air

Panaskan 1 sudu makan minyak masak.. masukkan bawang putih kacau hingga keperangan.. masukkan 2 sudu sos tiram supaya rasa sedap dan warna tak pucat..kemudian masukkan air dan kiub ayam.. masukkan isi ayam, carrot dan anak jagung.. masak sehingga agak empuk.. kemudian masukkan udang dan sayur.. masukkan 1/2 sudu white pepper berserta sedikit garam.. Last sekali masukkan bancuhan tepung jagung.. korang boleh agak-agak kuah banyak mana.. fungsi tepung jagung untuk memekatkan kuah.. 

Bila dah siap, boleh curahkan kuah tadi ke atas kueyteow.. makan dengan cili padi potong.. cili padi potong Kak Pilla letak dalam kicap cair.. slurppppp :)

Jom tengok step by step:

Senang je kan bahan-bahan dia..

 Rasa sepeket macam tak cukup.. tapi cukup sebenarnya kalau makan 1 family.. dewasa 3 memang ngam lah.

Bahagikan kueyteow kepada bahagian yang lebih kecil..  telur tu letakkan white pepper sikit..

Panaskan 3 senduk minyak.. Tunggu hingga betul-betul panas baru masukkan kueyteow.


celup kueyteow ke dalam telur.

 dan goreng hingga perang.. boleh terbalikkan supaya perang dia sama.

macam ni rupa yang dah siap digoreng.. kalau terlalu oily serap dengan kertas tisu dapur dulu.

Cara buat kuah pulak lagi senang..
 Guna 1 sudu minyak masak.. panaskan dan tumis bawang putih sampai perang, masukkan sos tiram pastu sampai naik bau.. Kemudian masukkan air, kiub ayam, lada putih, isi ayam, anak jagung dan hirisan carrot.

Dah empuk baru masukkan udang dan sayur.. letak sedikit garam..

 Last sekali letakkan bancuhan tepung jagung.. Kuah tu agak-agaklah nak banyak mana ikut pada kueyteow korang tu ye..

 Ok kuah siap ;)

 Kemudian curahkan kuah tadi bersama bahan-bahan yang membuak-buak tu atas kueyteow kita tu.. tabur daun bawang dan bawang goreng.. cili padi pon tabur banyak-banyak..

Senang kan? Nanti boleh lah korang cuba ye ;)




Love, 
Filla.

25 comments:

Azura Aziz said...

adoiii tetiba mcm nk buat kuey tiow kungfu... jahat la kak pila ni, suka goda2 dgn makanan huhu...

Anonymous said...

Suka tgk filla masak , nampak senang sbb siap bergambar lg :)

Yati WTL said...

nak cubalah nanti

intandayani said...

Kak nak lagi sedap cili padi potong-potong letak kicap dgn cuka sikit..Confirm pastu Pak Radie pun akak tak pandang masa tgh makan ni la

Unknown said...

kak pilla, sy dh try resepi ni semalam, sedap sgt! husband cakap kalau bukak kedai boleh jadi killer menu haha..

Roziah Muhammad Nor @ Cie said...

Senang je rupanya. Kuey teow dah ada. Sayur2 je takde. Nanti nak try buat la. Tq share resepi

Laluna Moon said...

Nak try!!!!!

Xcrutieyna said...

Nyum nyum

Zabarjad Ahmar said...

Nk try jugak....slurpppppp,nyam2

Zabarjad Ahmar said...

Nk try jugak....slurpppppp,nyam2

Rashidah Hanapiah said...

Tq resepi yg mudah ni.nk buat la ni.encik asben request..tq kak :-)

Siti Najihah Mohamad Nor said...

Thanks for sharing

izzah hafiz said...

tq kak pilla...nnti share lah lgi

Unknown said...

Tq share. Hrini baru nak masak untuk suami dan adek ipar

Anonymous said...

Mcm senang je..mcm nak buat je..mcm sdap je...

beautifulLIFE said...

Hi..thank u tunjuk step by step!ok menjadi! 😊

NUR AFIQAH said...

Dah try, sedappp

Anonymous said...

dah cuba.. mmg sedap. tq ya share resepi..

Unknown said...

Penerangan yg ringkas dan teratur serta sample yg kemas , mudah difahami

U&I said...

Terima kasih, dh cuba sedap..mcm kt kedai lak..

Unknown said...

thanks kak...resepi ni lain dr yg lain yg sy google.so pilih utk follow resepi ni utk kietiaw ladna.tq..

hidayah said...

Semalam dah cuba utk berbuka. Sedappp!!! Thanks for the recepi!

mala_yusof said...

Tq sis..senang dan sedap😘

Unknown said...

ini utk makan brapa org punya? kalau makan sorang kiub ayam setengah kiub juga ke?

Mawar biru said...

Nak try gak la