Tuesday, July 14, 2015

WAKAF.

Mungkin sempat lagi kot kalau Kak Pilla nak share pasal benda ni..

Bulan puasa ni eloklah kita menambah amal, bersedekah di bulan puasa pon bagus jugak.. Tapi Kak Pilla tau mungkin you all bukan tak nak bersedekah, tapi tak tahu saluran mana yang patut kita salurkan.. Saluran mana yang betul-betul sah dan tiada penipuan..

 Salah satu organization yang boleh kita salurkan ialah di www.wakaf.org.my

 Jumlah pembelian untuk sekaki persegi ialah RM50.. Terpulanglah kat masing-masing nak beli berapa kaki persegi.. Bersedekah ni bukan nak dapatkan nama, bersedekah lah dengan niat yang ikhlas walau hanya RM1..


 Caranya mudah je.. Kalau dah pernah membuat pembelian wakaf sebelum ni.. kita just masukkan ic no dan kita dah ada record kat situ berapa banyak kita wakaf.  Tapi kalau belum pernah, rasanya kene register dulu masukkan nama, no telefon, ic, alamat rumah.. Kita juga boleh beli wakaf untuk orang yang dah meninggal dunia.  Nampak kat atas tu Wakil 1 - Wakil 10.  Boleh masukkan nama kat situ :)

Ini contoh kalau nak buat pembelian wakaf.  Kalau sebelum ni dah pernah beli, so ni just nak buat tambahan unit belian.. semua yang Kak Pilla blurkan tu dah ada kat situ, tak perlu isi lagi.. korang just isi berapa unit kaki persegi (kuantiti) nak beli je.. boleh click tepi tu dan pilih nak berapa.  Selepas pilih berapa unit boleh proceed kepada pembayaran.

Buat pilihan cara bayaran.  Bila dah settle bayaran, korang boleh check balik kat website tu di bahagian Semak Wakaf.  Selalunya once payment has been made, dia terus update situ ;)

Kadang selalu fikir, duit banyak kat dunia pun nak buat apa? Saham akhirat tu kene isi jugak.  Dah banyak berlaku depan mata, orang yang kaya raya sampai tak boleh kita bayangkan jumlah duit dia kat dunia ni.. Once pergi meninggalkan dunia sementara ni takde satu sen pon boleh dibawa bersama.  Kak Pilla bukan orang sesuai untuk ajak orang buat kebaikan itu ini.. Nanti orang meluat pulak.. Tapi kalau ada yang terbuka hati untuk benda-benda yang baik alhamdulilah.  Kak Pilla pon teruk jugak, tapi perlahan-lahan cuba perbaiki diri dan bukan semua benda pun kita nak bagitau orang apa yang kita buat.. cukup untuk diri sendiri sudah.

Sebelum mengundur diri bacalah sedikit petikan di bawah untuk peringatan kita bersama.


 Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu SEDEKAH JARIAH (HARTA YANG DI WAKAFKAN), ILMU YANG DI MANFAATKANNYA dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.
(Hadis Riwayat Muslim )



Love, 
Filla.

No comments: