Saturday, July 04, 2015

LAUK BUKA PUASA DAY 16 - 2015

 Semalam pon Pak Radie tak balik untuk berbuka.. Macam biasa bila dia tak balik, ni lah masanya kita masak lauk bukan favourite dia hehehehe.. Tekak teringin nak makan ikan tenggiri masak pindang.. ke masak asam rebus? Sama jelah kan?

 Actually ni lauk favourite Atok Braim.. Kak Pilla pon suka, bibik pon suka ;)

Hiris-hiris je bawang besar, bawang putih dengan halia.. lebur je semua dengan air asam jawa.. jangan lupa titik serai dalam 2 batang.. letak tomato ngan lada besar.. sedap oiii makan dengan nasi boleh hirup kuah dia.. Tak tau pulak bila masak ni semalam the kasihs semua suka jugak..

 goreng tauhu dengan buat cili kicap untuk cicah..

 Ni bibik masak untuk kasih.. kentang bilis pedas.. tapi kenapa hitam plak ni.. terhangit lah ni..

 Itu je lauk berbuka semalam.. hari ni gamaknya berbuka kat luar kot sebab kasih tuition kat KL sana.. tak sompek nak masak.. Ingat nak gi klcc la jap lagi belikan kasih seluar jeans.. raya ni tak yah shopping sangat utk budak-budak sebab sebelum gi Langkawi haritu dah beli dah.. tak elok membazir dengan GST lagi hoiiii terbeban ai tau..


Love, 
Filla.

3 comments:

eelleenana said...

Terliur tengok tenggiri masak pindang tu.. Nk try buatlah nanti :)

Amanda Suria said...

uk campak2 macam ni pun sodap

sweet_saya said...

boleh x kak pilla share resipi tepat '' Hiris-hiris je bawang besar, bawang putih dengan halia.. lebur je semua dengan air asam jawa.. jangan lupa titik serai dalam 2 batang.. letak tomato ngan lada besar.. sedap oiii makan dengan nasi boleh hirup kuah dia.. Tak tau pulak bila masak ni semalam the kasihs semua suka jugak..'' terutamanya berapa bawang putih n byk mane air asam jawa.. bukan pe.. takut nnt lain pulak rasa.. hehehe.. pls eh.. nampak kecur ayak liur jugak